fbpx

21 Tempat Makan Best di Langkawi

0

Terbaru. 21 tempat makan BEST di Langkawi. Satu destinasi yang memang menjadi tempat kegemaran orang Malaysia bercuti. Ada yang datang untuk menikmati pemandangan cantik, ada yang datang untuk membeli-belah.

Yang pastinya semua yang datang mahu makan!

Jadi mari kita lihat tepat makan yang disyorkan untuk anda singgah. 

1. Restoran Seashell

seashell

Kepada sesiapa yang mahukan suasana yang tenang sambil menikmati angin sepoi-sepoi menghembusi muka bolehlah singgah ke Restoran Seashell dimana mereka menyediakan tempat makan outdoor.

Yang menariknya tempat outdoor ini di tengah-tengah sawah padi. Memang akan jatuh cinta dengan pemandangan sekelilingnya. Lokasinya berdekatan dengan Muzium Padi di Chenang. 

2. Islandish Seafood Restaurant

islandish

Bagi penggemar makanan laut pula boleh datang ke Islandish untuk menikmati hidangan makanan laut yang sangat segar. Disini terdapat masakan ala thai dan masakan ala cina. Jadi anda boleh nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan dengan harga yang berpatutan.

Disini anda boleh memilih sendiri sebesar mana lauk pilihan anda kerana harga udang galah di sini hanya RM13 per 100gram. Berat udang galah pula adalah 500 gram -1 kg untuk seekor jadi anggaran harganya adalah RM50 ke atas. Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Anda juga boleh memilih cina ataupun masakan ala thai. 

Iklan
Iklan

Lokasi No. 8, Kampung Tanjung Mali Mukim Kedawang 07000 Langkawi,  ( depan Mali Perdana Resort ) Tel 04- 9555528

3. Restoran Wan Thai

wan thai

Disini pula terkenal dengan masakan thai yang sangat sedap. Makanan yang terkenal disini adalah otak-otak udang dan isi ketam malah ayam dan kerang juga ada. Menarik bukan? Restoran ini boleh memuatkan seramai 300 pelanggan dalam satu-satu masa.

Iklan

Tel: +6 (0)4 – 9661214
wanthairestoran@bluehyppo.com

Waktu Operasi : Setiap hari
11am -15pm & 6.30pm -10pm

4. Artisan Pizza

artisan pizza

sumber : http://honestcooking.com

Siapa yang melancong ke Langkawi dan mencari masakan barat yang enak untuk dicuba boleh ke artisan pizza. Restoran ini terletak berhampiran Pantai Cenang.

Artisan Pizza ini ada menyajikan pizza sebagai hidangan utama. Namun masih ada menu lain yang menarik seperti sandwich, burger baguette dan aiskrim. Harga pizza ini sangat berpatutan dalam lingkungan RM19 ke RM35 mengikut saiz dan juga jenis pizza anda.

Jika anda malas hendak keluar, Artisan Pizza juga ada menyediakan perkhidmatan penghantar terus ke depan muka pintu rumah anda dari pukul 9 pagi ke 12 malam tanpa caj tambahan. Bestkan? Jom cuba pizza mereka nampak macam sedap.

Lokasi : Lot 1230, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
012-4771232 (Cenang), 012-5231232 (Kuah), 017-4771232 (Pantai Kok)

5. Laksa Power

laksa

sumber : https://www.tripadvisor.com.my

Laksa adalah makanan yang popular di kawasan utara. Dan di Langkawi ada sebuah restoran yang menyediakan laksa yang sangat sedap sehingga sesiapa yang ke sana pasti ingin datang kembali. Laksa Power ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi. Haa apa tunggu lagi. Jom !

6. Nasi Dagang Pak Malau

5

sumber : https://www.tripadvisor.com

Nasi Dagang Pak Malau ini memang terbaik , selain nasi dagangnya yang enak dan menyelerakan tempat yang disediakan juga sangat cantik. Seolah-olah seperti berada di kampung sendiri pula.

Disekelilingnya ada sawah padi yang menghijau dan bukit-bukit yang berdekatan. Selain itu, nasi dagangnya tidak mudah muak seperti nasi dagang yang lain. Lokasinya terletak berdekatan dengan Masjid Kg. Bukit Temin di Kuah Langkawi. 

7. Yellow Café 

yellow cafe

Yellow Cafe ini pula menawarkan keunikan yang baru yang dibuat seperti negara barat dimana cafe nya terletak di persisiran Pantai Cenang dan pasti akan menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai sambil menikmati matahari tenggelam. Makanan yang disediakan kebanyakannya adalah makanan barat.  

Lokasi berdekatan dengan Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi  Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah (tel 0124593190).

8. Kak Yan Nasi Campur 

kakyan

sumber : http://angelinecpho.blogspot.com

Tidak sah jika ke Langkawi namun tidak singgah menjamu selera di Restoran Kak Yan Nasi Campur ini. Di sini ada pelbagai makanan kampung, kari dan macam-macam lagi. Yang kami pasti adalah semuanya enak dan murah. Puluhan jenis lauk yang disediakan bersama puluhan jenis kerabu dan makanan-makanan lain. 

9. Jom Ikan Bakar

ikan bakar

sumber : http://khaziminrazali.blogspot.com

Manakala penggemar ikan bakar pula boleh ke Jom Ikan Bakar ini yang terletak di Padang Matsirat. Selepas keletihan melihat beras terbakar dan membeli belah di Beras Terbakar, bolehlah singgah untuk mengisi perut dengan ikan bakar ini. Disini anda boleh memilih jenis dan saiz ikan bakar anda. Pekena pula dengan sambal belacan perghh memang sedap gila. Harga disini juga berpatutan. 

10. Hafiz Rojak

rojak

Bagi penggemar rojak pula boeh singgah ke Hafiz Rojak yang agak terkenal di sekitar Langkawi ini. Bahkan Hafiz Rojak ini pernah dikunjungi Jalan-Jalan Cari Makan untuk sesi penggambaran kerana ramai yang mengesyorkan rojaknya itu. Makan rojak sambil bersantai memang menenangkan fikiran . Dijual hanya dengan menggunakan van dan tempat biasa dia berniaga adalah di tepi Pantai Kuah dan Pantai Kok setiap hari. 

11. Restoran Haji Ramli

haji ramli

sumber : http://watiefatin2707.blogspot.com

Ikan Bakar di Restoran Haji Ramli ini sudah ramai yang mengesyorkan untuk mencubanya, Restoran ini dibuka dari petang ke malam. Disini juga terdapat menu masakan seafood dan ala thai. Jadi  jangan lupa untuk singgah jika ke Langkawi. 

Pantai Cenang Kedawang 07000 Langkawi, Tel 049554128

12.  Jai Island Cafe

jai

sumber : http://luvlifeandlivelife.blogspot.com

Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Di sini ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Tempat makannya juga sangat cantik dan selesa. Kebanyakan makanan di sini sangat sedap lebih-lebih lagi makanan baratnya. 

Lokasi : Kuah Riverside 07000 Langkawi, Tel 04 9666948

13. Restoran Orkid Ria

orkid

sumber : https://www.tripadvisor.co.za

Restoran Orkid Ria menyediakan menu makanan laut yang segar. Rasanya luar biasa sedap dan enak. Cuma makanan di sini agak mahal jika dibandingkan dengan Islandish Restaurant. Pun begitu, kebiasaannya tempatnya selalu penuh. Sebab sedap! Jadi sesiapa yang bercadang untuk ke sini, datang awal ya. 

Lot 1225, Pantai Cenang  Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah (Tel 04-9554128)

14.  EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )

ee cafe

EE Burger Trimula ini pula terkenal dengan masakan barat mereka yang sangat sedap lebih-lebih lagi steak dan burgernya. Memang menyelerakan. Ianya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan memang banyak sangat menu sampai tak tahu nak pilih apa. Jadi, pilih apa yang berkenan dihati. 

Lokasi : Persiaran Mutiara Pusat Dagangan Kelana 07000 Langkawi, Tel 01 2476 6614

15. Air Kelapa/ Coconut Shake ( Jalan padang Matsirat )

coconut shake

sumber : http://go-blogtraveler.blogspot.com

Memang air kelapa benda wajib jika bersantai di tepi pantai kerana boleh melegakan tekak yang kehausan. Di sini terdapat coconut shake yang sangat sedap. Rasa air kelapanya segar dan melazatkan. Sesuai sangat minum coconut shake ini sambil bersantai di tepi pantai.

Lokasi : Antara bulatan airport Langkawi ke jalan menuju Padang Matsirat

16. Restoran Terong 

terong

sumber : https://foursquare.com

Restoran Terong ini merupakan satu restorang yang cukup unik. Menu-menu yang disediakan sangat menarik dan pada harga berpatutan. Susah saya nak cakap menu apa paling sedap sebab semuanya sedap belaka! Jadi cadangannya adalah cuba kesemua lauk yang ditawarkan. 

17. Restoran Padang Pasir

padang pasir

sumber : https://placesmap.net

Restoran Padang pasir ini dibuka selama 24 jam dan berdekatan dengan Hotel Citin. Menu paling power di restoran ini adalah nasi kandaq! Restoran ini dibuka sehingga tengan malam.

Selain itu mereka juga ada menyediakan pelbagai lagi menu seperti menu kebiasaan kedai mamak yang lain. 

Lokasi : 121 , Padang Matsirat , Kuah Langkawi.

18. Halim GP Gulai Panas Airport

gulai panas

sumber : https://foursquare.com

Disini anda boleh memilih udang, ikan , ketam dan sotong dimasak dengan kesesuaian kehendak perut anda. Boleh dimasak kari, gulai goreng tepung dan macam-macam lagi. Dimakan pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang sedap. Harga juga berpatutan. 

Lokasi : No 4 , Jalan Lapangan Terbang ,Kg. Bukit Nau  Langkawi

19. HBL Food Corner

hbl food corner

HBL Food Corner merupakan sebuah restoran yang menyediakan masakan nasi campur, masakan ala kampung dan sarapan pagi. Lauknya sangat pelbagai. Anda pasti akan rambang mata untuk memilih menu disini kerana pelbagai macam yang ada. 

Lokasi : Kg Bukit Dalam Langkawi

20. Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam

nasi ayam

sumber : https://www.tripadvisor.com.my

Nasi Ayamnya kelihatan ringkas sahaja namun rata-rata penduduk Langkawi suka mencadangkan Pak Ya Nasi Ayam ini sebagai tempat pilihan pengunjung. Ianya sangat sedap walaupun nampak ringkas. Ada keunikan dan rasa yang tersendiri. Harga juga berpatutan dan tempat ini akan dipenuhi orang jika waktu tengah hari. 

Lokasi: 82-98 Persisiran Mutiara 2 , Pusat Perdagangan Kelana MAs 07000 Langkawi,

21. Unkaizan Japanese Restaurant

unkaizan

Di Unkaizan ini pula menawarkan makanan dari Jepun dan satu-satunya restoran Jepun di Langkawi. Ia dimiliki oleh pasangan suami isteri Jepun yang berpindah ke Langkawi. Jika baru hendak mencuba makanan Jepun dan tidak tahu apa yang harus dimakan, cuba pesan sushi. Rasanya WOW! 

Lokasi : Pantai Jalan Tengah 07000 Langkawi
Masa : Khamis -Selasa  , Jumaat Tutup

Tempat Makan Best di Langkawi

Di Langkawi ini bukan sahaja tempatnya menarik, bahkan makanan-makanan disini juga best dan lazat. Kebanyakkanya segar dan terus dari laut. Ditambah pula dengan pemandangan yang cantik, pasti selera anda akan meningkat berganda-ganda.

Kesimpulannya, andai anda bercadang untuk melancong ke Langkawi, tidak perlu risau kerana pelbagai jenis makanan ada disini. Cuma sediakan duit sahaja =)

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.