Hari ini saya nak kongsi resepi prosperity burger yang paling sedap! Lebih juicy bila patty homemade digandingkan dengan sos black pepper yang lazat! Resepi sos black pepper kalau kena caranya pasti bikin ketagih! Mudah je nak buat sendiri prosperity burger ni. Pastinya lebih enak dengan hirisan bawang besar dan roti bijan panggang.
Resepi Prosperity Burger Azlita Aziz
Prosperity Burger: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- Daging burger ~ secukupnya
- Roti burger atau roti hot dog ~ secukupnya
- Bawang benggala ~ bawang besar berwarna kuning
- Black pepper sos
Cara-cara:
- Roti di potong 2 dan bakar sekejap permukaan yang di potong atas pan.
- Daging burger di masak atas pan hingga masak.Jika suka boleh di letakkan sedikit butter dan seasoning.
- Hiris bawang benggala ~ ini terpulang pada citarasa kita nak hiris bulat atau dadu, boleh juga di layurkan sedikit jika suka.
- Celupkan daging burger dalam black pepper sos dan letakkan atas roti.
- Taburkan bawang bengala.
- Siap untuk di nikmati.
Bahan Roti Burger:
- 250 gram tepung high protein atau tepung roti
- 50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gram tepung roti terus
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 besar tepung susu
- 1 ½ sudu teh yis
- 1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti
- 2 sudu besar marjerin atau mentega
- 100 ml susu segar
- 60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus
- 1 sudu kecil bread improver – ita tambah
- 1 sudu kecil softener – ita tambah
- Boleh juga sekiranya nak letakkan water roux
Cara-cara:
- Untuk Gliss: Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu ~ kilat nanti roti tu.
- Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. (Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
- Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
- Kalau takde Bread Maker, bolah ikut cara saya ni. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
- Jika ingin buat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dari bun biasa.
- Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- Untuk roti prosperty, Ita buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6. Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali ganda. Kelar atas roti dengan pisau yang tajam. Sapukan gliss.
- Taburkan lada itam yang di tumbuk halus. Kemudian bakar.
Bahan Black Pepper:
- 1 labu bawang besar ~ di hiris halus
- 1/2 botol sos lada hitam Life ~ botol besar
- 1/2 cawan susu segar
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar kicap manis
- garam dan gula secukup rasa
- Boleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas
Cara-cara:
- Tumis bawang besar hingga harum.
- Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rata.
- Tambahkan kicap manis dan susu segar.
- Perasakan garam dan gulanya.
- Boleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.
- Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.
Resepi Homemade Prosperity Burger Ala McDonald’s
Homemade Prosperity Burger Ala McDonald’s: Sumber Sirap Limau
Bahan-bahan:
Roti gardenia
Daging Ramly
Bawang besar 1/2 potong dadu
Bawang holland hiris nipis
Tepung gandum 2 sudu
Air 1 gelas
Lada hitam serbuk + tumbuk
Butter 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap manis 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti.
Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu).
Cara Buat Sos:
- Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum.. kacau sampai jadi gold.
Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak.
- .Celupkan daging yang dah goreng tadi.. letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi..
Resepi Burger Prosperity Sedap Secara Homemade
Burger Prosperity Sedap Secara Homemade: Sumber rasa.my
Bahan Patty Daging:
- 2 kg daging kisar
- 300 gram serbuk roti
- 3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
- 1 sudu makan oregano
- 1 sudu makan basil
- 1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk lada putih
- 1 sudu makan serbuk perasa ayam
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 cubit garam
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
- Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70 gram. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90 gm sekeping.
- Bentukkan ikut saiz yang digemari.
Nota:
- Jika buat dalam jumlah yang sedikit, boleh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yang digunakan.
Bahan Sos Lada Hitam:
- 1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
- 2 hirisan mentega
- 1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan sos lada hitam
- Serbuk pati ayam secukupnya
- 1 cawan air
Cara-cara Sos Lada Hitam:
Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
- Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.
Cara Menyediakan Burger Prosperity:
- Patty daging burger
- Sos lada hitam
- Bawang Holland- dihiris
- Roti oblong
Cara-cara:
Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
- Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
- Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Penutup
Bikin ketagih dibuatnya makan prosperity burger dengan sos black pepper yang padu!
Antara resepi yang anda boleh cuba:
- Resepi Cream Puff Sedap (Mudah, Gebu Je!)
- Resepi Karipap Rangup dan Sedap (Anda Kena Cuba Resepi Ini!)
- Resepi Karipap Sardin vs Karipap Inti Ikan (Sedapnya Tembosa Ikan Ini)
- Resepi Karipap Pusing Yang Rangup 2022 (Kulit Rapuh Krup Krap, Sedapnya!)
- Resepi Karipap Cheese Leleh Yang Sedap, Inti Padat!
- Resepi Karipap Inti Bihun Yang Simple Dan Sedap!
- Resepi Roti Nan Yang Lembut & Gebu!