fbpx

Ramai Yang Cakap Nasi Beringin Sedap! 7 Resepi Nasi Beringin ORIGINAL Dari Selatan Tanah Air

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi beringin. Resepi nasi beringin ini original dari selatan tanah air. Nasi Kenduri ini cukup popular di Johor. Nasi beringin ialah kombinasi nasi lemak dan nasi minyak. Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma. Aroma nasi beringin ini juga sangat wangi dengan tambahan daun pudina. Rasanya lembut apalagi bila menggunakan beras basmathi, lemak dan beraroma pudina. Ditambah dengan serai, bagus untuk kesihatan kerana berfungsi membuang angin dalam badan. Jika kena dengan lauknya, pasti makin berselera. Suapan demi suapan tanpa henti, apabila nasi dan lauk ditambah silih berganti.

Resepi Nasi Beringin Mat Gebu

Nasi Beringin Mat Gebu

Nasi Beringin: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1500 ml santan (kurang lebih)
  • 4 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 150 gram minyak sapi
  • 1 camca besar garam
  • 1 camca besar serbuk ketumbar*
  • 1 camca teh serbuj jintan manis*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan rempah)
  • 1 biji bawang besar#
  • 6 ulas bawang putih#
  • 3 cm halia#
  • 50 gram badam# (#dikisar halus)

Cara-cara:

  1. Sukat beras tadi, nisbah beras dengan santan = 1 beras : 1 1/2 santan. Ketepikan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis daun pandan dan serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah. Kacau rata.
  2. Bila terbit minyak, tuang santan yang telah disukat tadi dan masukkan garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras yang telah disukat dalam rice cooker, tuang no. 2 dalam rice cooker tadi dan kacau rata bersama beras. Masak seperti biasa. Bila nasi betul-betul kering, gemburkan perlahan. Boleh dihidangkan.

Resepi Nasi Beringin Pandan

Nasi Beringin Pandan

Nasi Beringin Pandan: Sumber Kak Wan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras Basmathi
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan jus pandan
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 2 sudu besar MARJERIN PLANTA
  • 2 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau
     

Bahan Hiris:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Rempah Kasar:

  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 6 biji cengkih
  • 2 helai daun bay

Bahan Sampingan:

  • Kismis dan bawang goreng

Cara-cara:

  1. Rendam beras selama 20 minit, toskan.
  2. Panaskan Marjerin PLANTA, tumis bahan hiris hingga perang.
  3. Masukkan rempah kasar, tumis sebentar.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Alihkan beras ke periuk letrik.
  6. Tambah air, jus pandan, susu sejat, garam dan pewarna hijau. Kacau rata dan biarkan masak.
  7. Setelah masak gemburkan dengan chop stick atau garpu supaya nasi tidak patah.
  8. Tabur kismis dan bawang goreng sebelum di hidang.
  9. Hidang bersama acar dan masakan berempah.

Resepi Nasi Beringin Dan Rendang Ayam Nangka Muda Azlita Aziz

Nasi Beringin Azlita Aziz

Nasi Beringin: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras Basmathi ~ rendam 20 minit , cuci dan toskan airnya
  • 2 labu bawang besar yang sederhana saiz ~ di hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ di kisar
  • 1 inci halia ~ di kisar
  • 1 inci Kunyit hidup ~ dikisar
  • 1 batang serai ~ di ketuk
  • 2 helai daun pandan ~ di simpul
  • 1 sudu teh garam Marsala
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu besar air mawar
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna kuning jika suka
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masak terus nasi di dalam periuk nasi. Panaskan periuk nasi, masukkan minyak sapi dan minyak jagung. Tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Masukkan bawang, serai dan daun pandan dan tumis hingga harum.
    Tambahkan bahan kisar ( halia, bawang putih dan kunyit).
  3. Tumis lagi hingga harum, tambahkan garam Marsala dan kacau. Tambahkan air dan susu cair. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan beras dan tanak nasi seperti biasa. Bila nasi dah 1/2 masak. Tuangkan air mawar, tutup periuk semula dan biarkan nasi masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk pauk kesukaan anda.

Rendang Ayam Nangka Muda

Rendang Ayam Nangka Muda

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ayam kampung ~ ayam bandar pun ok! potong dan cuci bersih
    Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak.
    Kalau tak nak goreng pun boleh.
  • 400 gram nangka muda ~ potong , cuci dan rebus sampai empuk
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 4 kuntum cengkih
  • 4 biji bawang besar ~ dikisar
  • 2 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 5 batang serai ~ 2 kisar 3 lagi di ketuk
  • 2 inci halia ~ dikisar
  • 1 inci lengkuas ~ kisar
  • 2 inci kunyit hidup ~ dikisar
  • 5 helai daun limau purut ~ di siat-siat
  • 2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
  • 3 camca besar serbuk kari daging Babas
  • 2 camca besar serbuk cili  atau boleh guna cili kering 10 batang rendam dan kisar
  • 500 ml santan pekat
  • 3 camca besar kerisik
  • 1 liter air kelapa
  • 1 buku gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Cara Pak Engku, dia tak goreng ayam, ayam itu di masak terus. Cara ita pula, ita goreng ayam dahulu . Ita tunjukkan cara yang pak Engku ajar kan ya.
  2. Masukkan air kelapa, ayam kampung, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang cengkih serbuk kari daging dan serbuk cili ke dalam kuali.
  3. Renihkan sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Masak hingga mendidih. Masukkan santan pekat, gula melaka, kerisik, dan nangka muda.
  4. Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah pekat. Sedia di hidangkan.

Resepi Nasi Beringin Dan Ayam Sambal Serai Yatie Memories

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai Yatie Memories

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cawan santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin

Bahan Tumis:

  • 2 batang serai – saya titik je
  • 5 ulas bawang merah (mayang nipis)
  • 3 ulas bawang putih (mayang nipis)
  • 3 cm halia (di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.

Ayam Sambal Serai

Ayam Sambal Serai

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar

Cara-cara:

  1. Ayam yang telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yang di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yang di titik tadi dan gaul lagi. (Tambahkan sedikit air sekiranya perlu).
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula, perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

Resepi Nasi Beringin Dan Kurma Ayam Qaseh Honey

Nasi Beringin Dan Kurma Ayam Bersama Telur Rebus

Nasi Beringin Dan Kurma Ayam Bersama Telur Rebus: Sumber Qaseh Honey

Bahan Nasi Serai Wangi/Nasi Beringin:

  • 2 cawan beras basmathi – rendam 30 minit
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bawang holland – mayang halus
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar kismis – optional
  • 2 helai daun mint
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk nasi di atas dapur, masukkan minyak jagung dan minyak sapi.
    Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga naik baunya.
  2. Kemudian kita tumiskan bawang holland, bawang putih dan halia tumis hingga naik bau dan layu.
  3. Masukkan pula serai dan daun pandan. Tumis lagi.
  4. Tambahkan air, susu cair, kiub ayam, kismis, daun mint dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan beras yang telah direndam 30 minit dan ditos airnya. Alihkan periuk dan sambung masak nasi macam biasa menggunakan periuk nasi.
    Apabila nasi telah masak, kacau menggunaka chopstick supaya nasi tak patah dan hancur.

Bahan Acar Simple:

  • 1 batang lobak merah – sagat halus
  • 1 batang timun jepun – sagat halus
  • 2 batang cili merah – hiris halus
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • cuka – jika suka

Cara-cara:

  1. Satukan semua dan gaul rata.

Ayam Masak Kurma Sedap

Ayam Masak Kurma Sedap

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1  batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji kentang
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 cawan air
  • 3 tangkai cili hijau
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 4 biji telur rebus
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia

Bahan Pes:

  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.

  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

  3. Masukkan pes kurma dan tumis hingga pecah minyak.

  4. Kemudian masukkan lobak merah, kentang dan ayam. Kacau rata dan tutup periuk hingga semuanya empuk dengan api sederhana.

  5. Buka penutup periuk, masukkan santan yang telah dicampurkan dengan air. Kacau rata dan biarkan hingga sedikit mendidih sambil kacau sekali sekala.

Resepi Nasi Beringin Dan Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Nasi Beringin Dan Sambal Tumis Petai

Nasi Beringin Dan Sambal Tumis Petai: Sumber Zelekha Ismail

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras basmathi – di cuci bersih dan direndam 1/2 jam
  • 3 cawan santan
  • 4 cawan air
  • 2 labu bawang besar – dihiris
  • 6 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris
  • 3 batang serai – di memarkan/ketuk
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah kelapa
  • 1/2 camca teh halba
  • 3 sudu makan minyak sapi – (saya guna majerin je)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi/majerin dalam periuk, masukkan rempah penumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga.  Tumiskan hingga berbau harum masukkan pula bawang besar hiris bersama bawang putih dan halia, masukkan juga serai.
  2. Bila bawang agak kekuningan masukkan air dan santan.  Masukkan juga daun pandan. Biarkan hingga air mendidih baru di masukkan beras basmathi yang telah ditoskan.  Masak nasi sehingga tanak, gemburkan beras dan biarkan nasi masak dengan api yang kecil pula sehingga nasi masak elok.
  3. Hidangkan bersama lauk-lauk yang disukai seperti sambal tumis udang, rendang, kari atau kurma juga sesuai di gandingkan dengan nasi beringin selain ulaman timun dan tomato atau pencuk nenas timun. Selamat mencuba.

Sambal Tumis Udang dengan Petai

Sambal Tumis Udang dengan Petai

Bahan-bahan:

  • 500 gm udang sederhana besar – di bersihkan 
  • 1 mangkuk petai yang siap di buang kulit 
  • 1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
  • 2 1/2 labu bawang besar – diblender halus
  • 4 ulas bawang putih – diblender halus
  • 2 inci belacan
  • 2 labu bawang besar – di hiris kasar2
  • 1 cawan air jus asam Jawa
  • 3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum.
  2. Masukkan bahan-bahan yang diblender halus, goreng dan balik-balikkan sehingga agak garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan udang yang telah dibersihkan dan ditos, diikuti dengan jus asam jawa.
  4. Masak sehingga sambal tumis  masak dan naik minyak cantik warnanya masukkan pula petai. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama.
  5. Hidangkan bersama nasi beringin.

Resepi Nasi Beringin Daun Pudina Kesukaan Orang Johor

Nasi Beringin Kesukaan Orang Johor

Nasi Beringin Daun Pudina: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
  • 2 sudu makan minyak sapi atau majerin
  • 2 batang serai /diketuk
  • 5 ulas bawang putih /dicincang
  • 1 biji bawang besar /dihiris
  • 1.5 cm halia /dihiris
  • 2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan halba
  • Garam secukup rasa
  • 100 gram daun pudina /dikisar dengan sedikit air

Cara-cara:

  1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
  3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
  4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
  6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
  7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang.

Penutup

Resepi Nasi Beringin ini cukup mudah dan cepat disediakan. Nasi Beringin jika dimakan dengan Daging Masak Hitam, atau kambing, pasti membangkitkan rasa. Nasi Beringin berlaukkan Ayam Masak Merah pun sedap dimakan bersama acar! Nasi Beringin ini cukup popular di Johor.

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.