fbpx

5 Cara Mudah Sediakan Lamb Shank Yang Sedap (Lembut & Juicy!)

Hari ini saya nak kongsi cara mudah sediakan lamb shank yang sedap. Bahagian lamb shank merupakan potongan daging bahagian kaki. Daging di bahagian ini mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Jom cuba resepi lamb shank ini untuk dapatkan hasil yang lembut dan juicy! Sedap digandingkan dengan Nasi Arab, nak makan begitu sahaja pun boleh. Nak pekena dengan kentang putar yang berkrim pun sedap juga ya. Jom cuba resepi lamb shank yang dimasak sempurna! Ia mempunyai aroma tersendiri yang wangi dan harum dengan rempah thyme dan rosemary.

Resepi Braised Lamb Shank Citarasawan

Braised Lamb Shank Citarasawan

Braised Lamb Shank: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1-2 kg lamb shanks (betis kambing)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil sebuk lada hitam kasar
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 2 batang lobak merah, potong kasar
  • 1 biji bawang besar, potong kasar
  • 2 batang celery, potong kasar
  • 8 ulas bawang putih, potong kasar
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 1 liter stock ayam
  • 100 gram serbuk sos perang (demi glace powder)
  • 3 tangkai rosemary
  • 2 helai bay leaves
  • 2 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Lumur lamb shank dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung gandum.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Lecurkan(Sear) lamb shanks, ke semua bahagian hingga keperangan.
  4. Keluarkan dari kuali, tinggalkan lebihan minyak untuk menumis.
  5. Dalam kuali yang sama, tumis lobak merah, bawang besar, celery dan bawang
    putih.
  6. Setelah perang, masukkan puri tomato, masak hingga naik bau.
  7. Bancuh serbuk demi glace dengan stock ayam, tuang ke dalam kuali.
  8. Masukkan rosemary dan bay leaves, kacau sehinnga mendidih.
  9. Alih ke dalam periuk tekanan bersama lamb shank dan masak selama 20 minit.
  10. Keluarkan lamb shank, letak dalam pinggan hidangan.
  11. Tapis air rebusan dan lecek halus bahan-bahan tapisan.
  12. Masukkan kembali ke dalam periuk.
  13. Masak hingga mendidih, tambah garam, gula dan perasa secukupnya.
  14. Tuang larutan tepung jagung dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  15. Tuang ke atas lamb shank.
  16. Sesuai dengan hidangan roti, nasi berperisa atau kentang putar. 

Nota:

  • Jika menggunakan periuk biasa, masak atas api perlahan selama 2 1/2 jam hingga
    lamb shank lembut.
  • ATAU Masak di dalam oven suhu 180C selama 2 1/2 jam.

Resepi Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar

Resepi Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar

Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1 kg (6 cawan minuman biasa) beras bathmathi (direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)
  • Air lebihkan 1 cawan mengikut sukatan beras
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 6 ulas bawang putih (whole)
  • Kismis
  • 3 sudu besar yogurt
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar yomato puree
  • 1 batang cili hijau dimayang
  • Rempah empat sekawan
  • 3 susu besar rempah bukhara
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Minyak sapi
  • Minyak masak

Bahan Hiasan:

  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang besar dan cili hijau sehingga naik bau. Masukkan daun ketumbar, daun sup dan daun bawang.

  2. Masukkan rempah bukhara. Masukkan beras dan digoreng seketika. Masukkan air dan digaul rata. Masukkan yogurt, susu cair dan tomato puree.

  3. Perisakan dengan garam dan gula. Setelah mengelegak, tutup periuk dan dibiarkan sehingga masak, jika menggunakan periuk nasi elektrik.

  4. Setelah masak dihias dengan bahan hiasan. Siap untuk dihidang.

Resepi Lamb Shanks dan Kentang Putar Abg Brian

Resepi Lamb Shanks dan Kentang Putar Abg Brian

Lamb Shanks dan Kentang Putar: Sumber Abang Brian

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 lamb shank, di bersihkan “frenched”
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 bawang kuning besar, dicincang
  • 4 batang daun rosemary
  • 1 sudu besar daun thyme
  • 1 1/2 cawan stok ayam
  • 5 biji buah kurma, isinya sahaja, dihiris
  • Garam dan lada hitam secukupnya

Cara-cara:

  1. Salutkan lamb shank  dengan sedikit tepung. Sadurkan dalam periuk dengan minyak. Keluarkan dan toskan di atas tisu dapur.
  2. Dalam periuk yang sama, tumiskan bawang sehingga lembut. Masukkan rosemary dan thyme.
  3. Masukkan stok dan kurma, perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Masukkan lamb shanks. Biarkan mendidih.
  4. Tutupkan periuk dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 200C untuk 3 jam atau sehingga lamb shanks menjadi cukup lembut. (Kalau menggunakan pressure cooker 1 jam sudah mencukupi jika tetapan tekanan tinggi digunakan)
  5. Hidangkan dengan keledek lenyek dan hiaskan dengan daun thyme segar.

Resepi Braised Lamb Shank Avena

Resepi Braised Lamb Shank Avena

Braised Lamb Shank: Sumber Avena

Bahan-bahan:

  • 1 kg lamb shank
  • 100 ml minyak masak avena
  • 100 gram onion
  • 50 gram bawang putih
  • 50 gram lobak merah
  • 50 gram batang saderi
  • 30 gram batang leek
  • 1 liter stock pati kambing
  • 50 gram tomato paste
  • 2 gram oregano
  • 1 gram lada hitam
  • 1 gram rosemary
  • 2 gram daun salam
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa gula

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali kemudian masukkan minyak zaitun kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, oregano,rossemary dan daun salam.
  2. Tumis seketika kemudian masukkan lobak merah , batang saderi dan batang leek diikuti tomato paste.
  3. Masukkan air dan kemudian lamb shank. Biarkan ia mereneh 1 – 2 jam sehingga lamb shank lembut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.

Resepi Lamb Shank Chef Ammar Style

Lamb Shank Chef Ammar Style

Lamb Shank Chef Ammar Style: Sumber Julia Ali

Bahan-bahan:

  • * 2 sudu besar minyak sapi (ghee)

  • * 2 biji bawang putih

  • * 1 1/2 biji bawang besar dihiris kasar

  • *5 biji cili hijau

  • * 4 biji cili api kecil

  • * 3 1/2 sudu besar Rempah Mandi

  • * air secukupnya untuk memasak lamb shank

  • * 5 biji lamb shank

  • 1 sudu besar smoke flavour liquid

  • 2 sudu besar garam

  • 1/2 sudu kecil saffron powder

Cara-cara:

  1. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak sapi (ghee) hingga cair, tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air supaya rempah naik, tidak terbakar.

  2. Sekarang tuangkan semua air, smoke flavour liquid, garam dan saffron powder, kacau semua, masukkan lamb shank dan tutup penutup, untuk meneka lamb shank sehingga lembut.

Nota:

  • Jika anda tidak pasti tentang air, sentiasa tutup sehingga cukup ke bahagian atas kambing sahaja.

Penutup

Anda juga boleh cuba resepi lamb shank ini di rumah. Rasai keenakan lamb shank yang lebut dan juicy ini di rumah. Anda boleh dapatkan hasil yang premium ini menggunakan resepi yang telah saya kongsikan. 

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.