fbpx

Shhh..11 Resepi Kerutuk Daging Yang Sedap Dan Simple! (Kerutub Daging)

Hari ini saya nak kongsi resepi kerutuk daging. Bagi yang tidak mengenali hidangan tradisional Kelantan ini, kerutuk kelihatan seperti rendang tetapi kaya dengan rasa lemak santan dan kerisik kelapa. Kerutuk ini lebih sedap dimakan dengan nasi putih dengan sambal belacan berulamkan hirisan timun atau acar timun mentah. Kerutuk daging juga sedap dimakan bersama roti, pulut kuning, lemang ketupat, dan lain-lain lagi. Lagi menarik apabila daging kerutuk yang dimasak empuk ini, bila ia dibiarkan sehingga pecah minyak. Daging Kerutuk ialah masakan popular di negeri Pantai Timur, nak rasa  yang sedap lagi..boleh dapatkan rempah kerutub/kerutuk di Shopee dan Lazada. Guna rempah kerutuk dari Kelantan/Terengganu, lagi padu rasa rempahnya! Resepi yang dikongsikan cukup mudah dan ringkas. 

Resepi Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan

Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan

Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2″)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 1 kotak santan – bancuh dengan air secukupnya.
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka
  • 1 keping asam keping
  • Tomato ketchup – boleh menyedapkan lagi

Cara-cara:

  1. Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.
  2. Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.
  4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada. Kalau tak letak pun OK tapi ianya petua pakar masakan di Perupok.
  5. Sesuaikan kepekatan dan rasa. Olehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas bersama sambal dan ulam timun. 

Resepi Kerutuk Daging Azie Kitchen

Kerutuk Daging Azie Kitchen

Kerutuk Daging: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 sudu besar kerisik
  • ½ keping gula Melaka
  • Garam
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bahan kisar:

  • 1 ½ biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar. Tumis bahan kisar dan rempah penumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kerutuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah masak dan terbit minyak.
  3. Setelah terbit minyak, masukkan daging dan kacau sehingga air daging kering. Nota: saya gunkan periuk noxxa untuk melembutkan daging. 
  4. Masukkan santan yang dicampurkan dengan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Nota: lebih sedap jika menggunakan santan segar pekat.
  5. Masukkan gula melaka, garam, asam keping dan kerisik secukupnya. Nota: kuah kerutuk sedikit pekat dan mesti menpunya lebih rasa manis berbanding rasa masam dan masin.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kuah terbit minyak. 

Resepi Daging Kerutub Terengganu Che Nom

Resepi Daging Kerutub Terengganu

Resepi Daging Kerutub Terengganu: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis
  • 5 sudu besar rempah kerutub
  • 1 senduk cili giling
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara-cara:

  1. Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.
  4. Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.

Nota:

  • Kuah kerutub sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya.

Resepi Kerutuk Daging Rusa Amie’s Little Kitchen

KERUTUK DAGING RUSA

Kerutuk Daging Rusa: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 800 gram daging rusa – potong lebar dan nipis
  • 1 paket (24 gram) Serbuk Kerutuk Ayam & Daging jenama ADAB
  • 3/4 cawan minyak
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  •  3 kuntum bunga lawang
  • gula melaka / garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan  Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 batang serai – hiris
  • 3 hiris nipis lengkuas
  • 3 hiris nipis halia

Cara-cara:

  1. Gaul serbuk rempah kerutuk bersama daging rusa hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, dan masukkan kulit kayu manis serta bunga lawang.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4.  Seterusnya masukkan daging rusa, dan gula melaka serta garam / perasa pilihan.
  5.  Masukkan juga pati asam jawa serta santan.
  6.  Jangan lupa masukkan juga kerisik.
  7. Gaul rata, dan tutup kuali serta perlahankan api dapur.
  8. Masak sehingga daging rusa empuk, kuah pekat dan pecah minyak.

Resepi Kerutuk Daging Kasih Ilmar

Kerutuk Daging Kasih Ilmar

Kerutuk Daging: Sumber Kasih Ilmar

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging batang pinang dihiris nipis
  • 1/2 cawan minyak
  • 4 keping asam keping
  • 4 sudu besar kerisik
  • 4 helai daun pandan disimpul
  • 1/2 kilo santan segar
  • Gula merah/gula kabung secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air

Bahan Kisar:

  • 45 tangkai cili kering(cili kering ini jenis kurang pedas) di potong buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
  • 20 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5 sudu besar serbuk ketumbar
  • 4 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
  • 1 1/2 cawan air

Bahan tumbuk: Lumat

  • 6 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk dan masak sehingga rempah kelihatan gelap dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging, santan, 2 cawan air, asam keping, daun pandan dan gula secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  3. Bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan kacau selalu.
  4. Masak kerutuk daging sehingga kuah pekat.
  5. Akhir sekali senduk buang lebihan minyak

Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging

Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging: Sumber Rosmarlina

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging boneless ( nak guna daging yang ade tulang pun boleh)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar @ cili boh
  • 3 sudu besar serbuk rempah kerutuk
  • 400 ml santan pekat + 1 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • sedikit gula dan garam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Nota:

  • ros masukkan juga 3 sudu besar tomato ketchup, boleh ganti dengan tomato puri ataupun 1 biji tomato yang dikisar halus. ( ni kalau tak letak pun takpe)

  • ros masak opor daging ni guna pressure cooker, masak 20 minit je, terus daging lembut dan empuk, memang baguslah kalau masak daging beku guna pressure cooker ni, jimat masa dan jimat gas.

Cara-cara

  1. Potong daging sederhana bentuk kiub, saiz agak-agak je,basuh dan toskan airnya, kemudian kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan api dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, cili kisar, tomato ketchup serta bahan yang telah dikisar tadi.

  2. Setelah naik bau, rempah kerutuk jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan satu cawan air.

  3. Akhir sekali masukkan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba

  4. Kalau nak letak kentang pun boleh dan hiaskan kerutuk daging ni mengikut kreativiti masing-masing, amat sesuai dimakan bersama nasi beriani atau nasi minyak.

Resepi Kerutuk Daging Kambing (Tanpa Santan)Resepi Kerutuk Daging Kambing (Tanpa Santan)

Resepi Kerutuk Daging Kambing (Tanpa Santan): Sumber Lina_pg

Bahan-bahan:

  • 1 kilo daging kambing ( LiNa Pg guna yang ada tulang )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 4 ulas bawang merah (blend )
  • 3 ulas bawang putih (blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 4 sudu besar cili giling
  • 1 paket kecil rempah gulai bunga ros}boleh gantikan dengan rempah kerutuk 
  • 1/2 paket kecil rempah masak bunga ros}
  • 1 paket kerisik ( 40 gram )
  • 1/4 cawan sos tomato/ tomato puri
  • 1 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula/perasa
  • Rempah 4 beradik
  • Minyak
  • Air

Cara-cara:

  1. Daging kambing dicuci bersih, kemudian toskan.
  2. Rempah gulai dan rempah masak disatukan, campurkan sedikit air. Jadikan pes. Kalau tak ada rempah bunga ros, boleh guna rempah kerutuk adabi.
  3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan cili giling, tumis sebentar. Kemudian masukkan pes rempah. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing. Gaul sebati dengan rempah tumisan. Biarkan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu
  6. Masukkan sos tomato/tomato puri, sos tiram,dan juga kerisik.
  7. Sesuaikan rasa,tambah garam dan gula jika perlu. Renehkan hingga daging betul-betul empuk dan kuah agak pekat.
  8. Siap untuk dihidang.

Resepi Kerutuk Daging Darat

Kerutuk Daging Darat

Kerutuk Daging Darat: Sumber Dapur Wana

Bahan A:

  • Bawang putih – 2 ulas (dikisar halus
  • Bawang merah – 5 ulas (dikisar halus)
  • Halia – 1 inci  (dikisar halus)
  • Daun pandan – dibersihkan & disimpul

Bahan B:

  • Lengkuas – 2 cm (diketuk)
  • Serai – sebatang (diketuk)
  • Asam keping – 2
  • Gula Melaka – 1
  • Garam – secukup rasa

Bahan C:

  • Rempah kerutuk – 2 sb (dibancuh dengan air)
  • Daging – dipotong dadu & besar
  • Kentang – dibuang kulit & dibersihkan, dipotong sederhana besar
  • Santan – 1 kotak
  • Cili besar – 1 buah

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan A hingga harum & bawang bertukar warna keperangan.
  2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bahan B dan daging. Perasakan. Masak sehingga daging separuh masak.
  4. Masukkan kentang, kentang, dan santan (dalam gambar menu ini saya tidak masukkan santan).
  5. Matikan api. Siap dihidangkan.

Resepi Kerutuk Daging Cik Manggis

Resepi Kerutuk Daging Cik Manggis

Resepi Kerutuk Daging: Sumber Cik Manggis

Bahan-bahan:

  • 1 kilo daging -potong seperti nak  masak rendang

Bahan A:

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering-goreng tanpa minyak.
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar Rempah Kerutuk

Bahan B:

  • 10 ulas bawang merah.-mayang halus
  • 1 inci halia.-mayang halus
  • 3 ulas bawang putih.-mayang halus

Bahan C:

  • 3 kuntum bunga lawan
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 keping kulit kayu manis

Bahan D:

  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 cawan minyak masak (Mesti banyak)

Bahan E:

  • 1 biji santan kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa

Cara-cara:

  1. Kisar bahan-bahan A dan gaul bersama rempah kerutuk sehingga sebati-ketepikan.
  2. Mayang B hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis C.
  4. Kemudian masukkan B dan tumis hingga hampir garing.
  5. Masukkan A dan tumis sehingga rempah betul betul masak
  6. Masukkan serai.
  7. Masukkan daging dan letakkan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan daging empuk.
  8. Apabila daging sudah empuk baru masukkan santan, garam, gula melaka, kerisik dan air asam jawa.
  9. Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat. Kemudian bolehlah sudukan/buangkan  lebihan minyak dipermukaan nya.

Resepi Kerutuk Daging Kelantan Cheq Da

Kerutuk daging Kelantan Cheq Da

Kerutuk Daging Kelantan: Sumber Cheq Da

Bahan-bahan:

  • Setengah kilo daging
  • 10 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 batang serai dan sedikit halia
  • 2 sudu besar rempah kerutuk
  • Sedikit cili kering yang dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang untuk harumkan bahan tumis
  • 1 biji kelapa untuk santan
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Basuh daging yang dihiris nipis. Nak buat dalam besar-besar pun boleh. Toskan.
  2. Mayangkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Tumbuk serai yang dimayang halus.
  4. Tumiskan bawang, halia dan serai serta kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sehingga wangi.
  5. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan cili kering. Kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan air asam dan daging. Kacau sebati.
  7. Masukkan santan dan biarkan menggelegak dan biar hingga pekat.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Siap dan boleh la dihidang.

Resepi Kerutuk Daging Zahirah Dzahir

Resepi Kerutuk Daging Zahirah Dzahir

Resepi Kerutuk Daging: Sumber Zahirah Dzahir

Bahan-bahan:

  • Daging Lembu 1 kilo
  • Rempah kerutuk 5 sudu besar
  • Kerisik 4 sudu besar
  • Pes cili kering 6 sudu besar
  • Sos tomato 6 sudu besar
  • Tomato puri 6 sudu besar
  • Gula melaka – agak-agak
  • Garam secukup rasa
  • Asam gelugor 2 keping
  • Rempah 4 sekawan

Bahan Kisar:

  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia besar ibu jari 2x
  • Serai 1 batang yang putih

Cara-cara:

  1. Rebus dulu daging sampai empuk air rebusan jangan buang.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan, bunga lawang,
    kayu manis, cengkih, buah pelaga.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis sampai betul-betul pecah minyak dan wangi.
  4. Masukkan  Pes cili kering, tumis lagi sampai pecah minyak.
  5. Masukkan Rempah kerutuk yang dah dibancuh dengan air panas, masukkan sos tomato, tomato puri, asam gelugor, gula melaka, tumis lagi sampai wangi.
  6. Masukkan daging dan air rebusan, dan garam. Masak sampai kuah pekat.
  7. Akhir sekali masukkan hirisah bawang.

Penutup

Kerutuk ni biasanya dibuat dengan ayam atau daging. Masakan yang agak lama dimasak sebab banyak kena reneh lama nak bagi daging tu empuk. Tips daging empuk, masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk. Resepi hari ni merupakan menu kebanggaan orang Kelantan. Tetapi macam biasalah ada pelbagai versi ramuan dan juga cara memasak.

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.