Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu paku rawan. Ia sedap dan lembut, kebanyakan masyarakat Jawa di Utara menjadikan paku rawan kerabu. Paku rawan juga dijadikan ulaman dengan cara dicelur, jadi pastikan basuh dengan bersih ya! Ia juga dikenali dengan pokok paku rawan, keladi bunting, dan keladi sawah. Paku Rawan ini sedap walaupun ada sikit pahit. Antara khasiat paku rawan ialah membantu proses pencernaan, mengekalkan keseimbangan jantung, menjadi sumber tenaga yang baik dengan kandungan karbohidrat sebanyak 14.56 peratus. Paku rawan juga mempunyai sumber lemak baik (HDL), terutamanya untuk mereka yang mengandungi kolesterol tinggi dalam darah.
Resepi Kerabu Pucuk Paku Rawan Dapur Kak Noor
Kerabu Pucuk Paku Rawan: Sumber Dapur Kak Noor
Bahan-bahan:
- 2 atau 3 ikat pucuk paku rawan
- 2 labu bawang besar dihiris
- 1 cawan santan pekat
- 4 batang serai hiris nipis
- 10 biji cili api terpulang selera nak kurang atau lebih
- 3 sudu besar kerisik
- sedikit belacan
- 2 kuntum bunga kantan hiris
- Boleh letak kerang atau udang tapi kaknoor tak letak
- Akhir sekali sedikit garam dan gula.
Cara-cara:
- Pucuk paku rawan di potong dicuci dan di rebus dan tos kan.
- Tumbuk cilipadi dan belacan sehingga lumat.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi kedalam bekas , gaulkan bersama pucuk paku rawan, serai, bawang besar, kantan dan santan yang telah di masak sekejab.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul lagi sehingga sebati. Jangan lupa letak garam dan gula ok. Dah secukup rasa boleh lah di hidangkan bersama nasi putih.
Resepi Kerabu Paku Rawan Shuhaida Kabdy
Kerabu Paku Rawan: Sumber Shuhaida Kabdy
Bahan-bahan:
- 1 ikat paku rawan
- 1 biji bawang besar – 1/2 dikisar, 1/2 dihiris nipis
- 6 biji cili padi – dikisar
- Sedikit kerisik
- Sedikit susu cair
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Didihkan air bersama garam dan titik minyak ke dalamnya.
- Celur paku rawan sehingga lembut, angkat dan toskan.
- Gaul bahan yang dikisar dan dihiris tadi.
- Masukkan kerisik, susu cair dan perasakan dengan garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai
Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai: Sumber Fuzy Hamid
Bahan-bahan:
- 1 – 2 ikat pucuk paku rawan
- ½ kilo kerang (ikut kesukaan sendiri)
- 10 tangkai cili kering, dibuang biji
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- sedikit belacan
- ½ cawan perahan air asam jawa
- 1 gengam beras
- 2 – 3 sudu besar kerisik
- 1 labu bawang besar, dihiiris (kalau suka, tapi untuk resepi kali ni tak bubuh sebab dah habis stok)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Beras disangai (goreng kering tanpa minyak, tanpa air) hingga kekuningan dan sedikit gelap tapi bukan hangit kemudian di tumbuk tapi jangan sampai hancur.
Nota : Beras dibilas dengan laluan air bukan macam kita basuh beras untuk masak nasi. Pastikan beras ditoskan dan betul-betul kering sebelum disangai. - Kerang direbus tanpa air (pun boleh direbus menggunakan air tapi kemanisan kerang hilang sebab air tu kita akan buang kan, tapi terpulang). Biarkan sejuk, kemudian dikopek dan letak tepi.
- Cili kering, belacan, bawang kecil, bawang merah, halia dan belacan serta asam jawa ditumbuk hingga lumat. Umi tak guna air perahan asam jawa tapi asam jawa homemade buatan kakak ipar yang agak kering cuma masa menggaul letak sedikit air.
- Pucuk paku rawan yang telah direbus, ditoskan airnya.
- Sedia untuk digaul dengan cili yang ditumbuk dan masukkan pekatan perahan air asam jawa.
- Pucuk paku rawan yang dah sebati dengan bahan-bahan dimasukkan kerisik dan digaul
- Akhir sekali taburkan beras yang telah disangai, ditumbuk dan digaul rata. Aroma dari beras dan gabungan kerabu tu memang cukup bukan kecur air liur.
- Semua bahan dah dimasukkan, dah digaul rata dan sedia untuk di makan tapi bila dah siap memang tak sah kalau tak ratah dulu. Bagi Umi kalau dapat ni dengan nasi panas pun dah cukup.
Resepi Kerabu Paku Rawan Bertauge CheGu Rose
Kerabu Paku Rawan Bertauge: Sumber CheGu Rose
Bahan-bahan:
- 2 ikat paku rawan – ambil bunganya, cuci dan celur
- 1 mangkuk kecil tauge – buang akar, cuci dan celur
- 2 biji cili merah
- 6 biji cili padi
- 1 biji kecil bawang besar – hiris halus
- 1 inci halia – hiris halus
- 2 sidu besar beras – cuci dan sangai hingga garing n tumbuk
- 2 biji jus limau kasturi
- 1 sudu besar kerisek
- Sikit ikan bilis goreng
- Sikit garam
- Sikit belacan
Cara-cara:
- Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga jadi sambal belacan.
- Dalam mangkuk gaulkan semua bahan dengan sambal belacan, kerisek, jus limau kasturi serta garam hingga rata.
- Kemudian perap seketika supaya semua bahan kerabu tadi mesra. Masa nak makan tu baru tabur ikan bilis goreng.
- Kalau letak awal nanti dah tak rangup ikan bilis tu.
Resepi Paku Rawan + Perut Lembu Namakucella
Paku Rawan + Perut Lembu: Sumber Namakucella
Bahan-bahan:
- 1 ikat paku rawan-(agak-agak secekak)
- 1 kepingn perut lembu( agak-agak saiz tapak tapak tangan) – rebus hingga lembut (selain perut boleh ganti kerang rebus)
- 1/2 bawang besar-hiris
- 1 limau nipis
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh gula
- 1 sudu kerisik
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 sudu sambal belacan
- 1 sudu serbuk beras goreng- sangai beras & tumbuk halus
Cara-cara:
- Rebus perut hingg lembut dan potong-potong.
- Celur paku rawan sekejap sahaja dan toskan.
- Dalam bekas besar gaulkan sambal belacan,garam,gula,kerisik,bawang.santan dan air limau nipis.
- Sesuaikan rasa supaya seimbang masam,masin,sedikit manis dan lemaknya.
- Masukkan perut lembu rebus dan paku rawan celur.Gaul rata dan taburkan serbuk beras goreng.
- Sesuaikan rasa dan siap..** Kerabu ni x tahan lama sebab ada santan dan bawang. Perlu simpan dalam peti ais jika lambat dimakan.
Penutup
Bahan-bahan kerabu paku rawan ini ringkas sahaja.
Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba: