fbpx

11 Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce (Viral & Simply Delicious!)

Hari ini saya nak kongsi resepi ikan salmon grill lemon butter sauce. Rasanya yang lemak dan isinya yang sedap. Ikan salmon kaya dengan khasiat lemak Omega-3, potassium, selenium dan Vitamin B. Bukan isi salmon sahaja yang sedap, kulitnya juga enak untuk dinikmati! Isinya yang lembut serta bau yang harum semasa dipanggang pasti akan membuat anda terpikat dengan resepi ikan salmon grill lemon butter sauce ini. Hidangan ini agak mudah di sediakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

Resepi Grilled Salmon With Garlic And Herbs Azlita Aziz

Grilled Salmon With Garlic And Herbs

Grilled Salmon With Garlic And Herbs: Sumber Azlita Aziz

Bahan perap:

  • 2 keping fillet salmon
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam di tumbuk kasar

Cara-cara:

  1. Lumurkan fillet salmon dengan sedikit garam. Taburkan lada hitam di kedua-dua belah ikan. Perap dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya serap rasanya.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu makan garlic butter
  • 1 sudu besar olive oil

Cara-cara

  1. Panaskan grill, letakkan garlic butter dan olive oil (minyak zaiton).
  2. Letakkan kepingan ikan di atasnya dan panggang.
  3. Balikkan ikan supaya rata masak di kedua-dua belah.
  4. Jangan masak lama sangat nanti isi ikan keras.

SOS IKAN

Bahan-bahan:

  • 1 kiub ikan bilis
  • sedikit lada hitam
  • sedikit daun parsley kering
  • sedikit oregano kering

Cara-cara:

  1. Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 1/2 cawan ).
  2. Bila airnya dan tinggal setengah.
  3. Masukkan sedikit minyak dari baki yang kita grill ikan tadi anggaran 1 sudu.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, oregano dan parsley. Biar ia didih.

Bahan dimakan bersama:

  • Baby carot
  • Bunga kubis
  • Broccoli

Cara-cara:

  1. Masak air dan sedikit garam hingga didih.
  2. Celurkan sayur-sayuran di atas. Angkat dan toskan.
  3. Siap untuk di hidangkan bersama grill salmon dan sos ikan.

Resepi Ikan Salmon Bakar Lemon Azhafizah

Ikan Salmon Bakar Lemon

Ikan Salmon Bakar Lemon: Sumber Azhafizah

Bahan-bahan:

  • 1 potong Ikan Salmo
  • 1 hiris lemon
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Perah jus lemon pada ikan salmon.
  2. Kemudian gaul rata lada hitam pada ikan salmon.
  3. Bakar guna pan grill atau pemanggang ajaib sehingga masak.
  4. Simple sangat nak masak ikan salmon bakar lemon ni. Cuma kalau bakar atas non stick pan tu pastikan bahagian bawah dah masak betul baru terbalikkan ikan. Kalau belum masak, masa terbalikkan mesti bentuk potongan ikan tu rosak lari dari bentuk asal sebab tekstur ikan salmon ni agak lembut. Yang tak pakar masak macam Fiza kena hati-hati masa nak terbalikkan untuk jaga rupa bentuk tu cantik je. Ala, sama je macam goreng ikan tu.
  5. Kebiasaanya yang orang selalu masak ikan salmon ni guna kaedah bakar je la. Kalau rebus agak-agak hancur tak isi ikan tu. Lagipun ikan salmon jenis cepat masak. Rasa pun berlemak sedap sebab ada lemak pada bahagian kulit tu.

Resepi Grilled Salmon with Asparagus And White Sauce Dapur Aida

Grilled Salmon with Asparagus And White Sauce

Grilled Salmon with Asparagus And White Sauce: Sumber Dari Dapur Aida

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam
  • lemon
  • asparagus
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 labu bawang besar holland – potong dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Asparagus letak sedikit lada hitam,garam dan minyak. Grill/sote/panggang sekejap atas pan bersama butter kemudian ketepikan.
  2. Salmon cuci bersih dan perasakan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua belah ikan. Kemudian perah sedikit sahaja lemon.
  3. Panaskan butter, grill kan salmon tu. Make sure jangan lama sebab nanti isi jadi keras dah tak best nak makan.

Cara Masak Sos:

  1. Panaskan butter, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan susu segar dan kacau hingga sebati. 
  4. Perasakan dengan sedikit garam.
  5. Jika kuah pekat boleh tambah sedikit lagi susu segar.

Resepi Salmon Grilled Lemon Sauce

Resepi Salmon Grilled Lemon Sauce

Salmon Grilled Lemon Sauce: Sumber Iswatonie

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Garam
  • Blackpepper
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian grilled salmon dengan sedikit butter..ketepikan..guna minyak yang sama untuk buat sos.

Bahan sos:

  • Bawang putih cincang
  • Whip cream
  • Sedikit air perahan lemon
  • Bahan perasa
  • Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih hingga perang, masukkan air lemon dan juga whipping cream..kacau rata, tambah sedikit perasa, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah..tuang atas salmon, hias dengan parsley kering.

Resepi Western Salmon Grill Lemon Butter

Resepi Western Salmon Grill Lemon Butter

Western Salmon Grill Lemon Butter: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  •  1 ekor ikan salmon atau ikan nak guna ikan lain pun boleh
  • 3 sudu besar butter dicairkan
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil kulit lemon diparut
  • 1/2 lemon – ambil jusnya
  • 3 tangkai cili api – cincang atau 1/4 sudu kecil paprika jika tak suka pedas
  • 1 sudu besar daun parsley – cincang
  • 2 sudu kecil thyme
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil bawang putih dicincang
  • 1 sudu kecil Minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama 15 minit. Cairkan butter dalam pan/kuali. Bersihkan ikan, lapkan ikan supaya kering, kalau tak nanti air dari ikan tu akan keluar.
  2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dalam mangkuk. Kacau semua bahan hingga gula hancur. Garam tu cik tie guna garam bukit pink tu, rasanya kurang masin. Jika guna garam biasa boleh kurangkan sikit.
  3. Tambahkan Cili api jika suka pedas, biasalah kan tekak melayu. Tak nak letak pun tak pe. Sapukan dulang atau mangkuk dengan sedikit minyak zaitun.
  4. Susun ikan dalam dulang atau mangkuk untuk bakar. Cik tie guna ikan salmon, nak guna ikan lain boleh. Ikut selera, kita masak suka hati kita nak guna ikan ape. Asal sedap masuk perut sudah.

  5. Tuangkan bahan sos tadi ke atas ikan. Sapu rata. Bakar ikan selama 10-11 minit atau sehingga ikan masak. Siap & boleh hidangkan.

Resepi Salmon Grill Sos Lemon Mentega

Resepi Salmon grill sos lemon mentega

Salmon Grill Sos Lemon Mentega: Sumber Nennie

Bahan-bahan:

  • 4 keping ikan salmon
  • 2 brokoli
  • 4 biji ubi kentang jenis russet

Bahan-bahan Sos:

  • 80 gram butter
  • 1 sudu kecil minyak zaiton
  • 1 cawan susu full cream 
  • 2 sudu besar jus lemon – boleh tambah
  • 6 helai daun pasley
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa

Nota:

  • Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing . Cara masak sos lebih kurang macam nak masak sos bechamel .

Cara-cara:

  1.  Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper, perap selama 1 jam . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak. Bila ikan dah masak boleh digrill ubi kentang pula sampai lembut serta masak.
  2. Potong semua sayur brokoli dan kukus sayur brokoli sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur brokoli jadi terlalu lembut dan lembik. Bersih kan ubi kentang russet dan rebus sampai empuk, tos dan ketepikan dulu.
  3. Panas kan semua besar butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan susu, serbuk lada hitam secukupnya , daun herba pasley yang diracik halus dan kacau kuah  sehingga hampir mendidih.
  4. Bila kuah hampir mendidih masukkan garam dan jus lemon secukupnya jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan kuah mendidih dan masak, boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .

Resepi Grill Salmon With Butter Sauce

Grill Salmon With Butter Sauce

Grill Salmon With Butter Sauce: Sumber Zalekha Ismail

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ikan salmon – dilumurkan dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam serbuk kasar perapkan setengah jam.
  • 1 pokok brokoli – dipotong kecil dan dikukus sekejap aje
  • 1 batang carrot – dipotong wadges dan dikukus juga

Bahan untuk Sos Butter:

  • 70 gram butter
  • 2 sudu makan olive oil
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • Daun parsley inggeris – dicincang dalam 1/2 cawan (ambil daun sahaja)
  • 1 sudu makan lada hitam serbuk kasar (corsely ground)
  • 3 sudu makan jus lemon (saya guna jus limau nipis aje sebab lemon tak ada)
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Mula-mula sediakan sos butter dengan panaskan butter bersama 2 sudu makan olive oil dalam periuk kecil, bila butter dah cair masukkan tepung gandum, kacau-kacaukan hingga butter dan tepung berbuih-buih sekejap jer.
  2. Masukkan pula susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan butter sos ini agak memekat masukkan lada hitam serta daun parsley serta sedikit garam.
  3. Jika gunakan salted butter kurangkan garam. Padamkan api baru masukkan jus lemon atau jus limau nipis. Rasakan kesesuaian rasa nak masam atau sedang–sedang aje.
  4. Untuk sediakan ikan. Panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan dan pan grill ikan salmon yang diperap tadi di kedua-dua bahagian hingga ikan masak.
  5. Untuk hidangkan letakkan ikan yang di grill tadi dalam pinggan berserta brokoli dan carrot yang di kukus hidangkan bersama butter sos.
  6. Kalau nak makan dengan sos cili untuk tekak kita yang nak pedas-pedas sikit pun boleh. Cubalah kawan-kawan sedap tau.

Resepi Salmon With Garlic Butter Lemon Sauce

Salmon With Garlic Butter Lemon Sauce

Salmon With Garlic Butter Lemon Sauce: Sumber Sue Norrman

Bahan A:

  • 2-3 keping ikan salmon
  • Lada hitam – tumbuk kasar
  • Kosher salt sedikit
  • Secubit daun dill kering – skip kalau tak ada
  • Minyak zaitun sedikit

Cara-cara:

  1. Satukan bahan bahan bersama salmon kecuali minyak zaitun dan perap 10 minit.
  2. Panaskan non stik pan dan tuang sedikit minyak zaitun dengan api sederhana. 
  3. Goreng salmon tadi sehingga keperangan dan balik sebelah lagi sehingga masak.
  4. Angkat dan letak ke dalam pinggan sementara memasak sos.

Bahan Sos Garlic A:

  • 2 sudu makan mentega
  • 2-3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1/2 sudu makan tepung gandum 

Bahan Sos Garlic B:

  • 1 cawan air (+/-)
  • 3 sudu makan lemon jus
  • 1/2 sudu makan parutan kulit lemon
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula pasir

Cara Sos:

  1. Panaskan periuk atau non stik pan dan masukan mentega. Biarkan mentega cair dengan api sederhana dan masukan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan dan masukan tepung gandum. Terus kacau sehingga berbuih.
  2. Masukkan air, garam dan gula dan kacau. Biarkan mendidih sekejap dan tengok kepekatan dan rasa sekali lagi.
  3. Boleh tambah rasa kalau ada kekurangan dan akhir sekali masukan lemon jus dan lemon zest. Kacau sebati dan tutup api.
  4. Sedia untuk di nikmati.

Resepi Grilled Salmon With Lemon Butter Sauce

Resepi Grilled Salmon with Lemon Butter Sauce

Grilled Salmon with Lemon Butter Sauce: Sumber Yati Closet

Bahan-bahan:

  • Ikan Salmon
  • Lada hitam
  • Butter
  • Olive oil
  • Garam
  • Asparagus
  • Cherry tomato

Cara-cara:

  1. Untuk ikan, saya cuma perap dengan garam, lada hitam, butter dan olive oil.
  2. Tabur jugak dengan mixed herbs nak kasik wangi. Then grill jelah atas pemanggang ajaib both sides sampai ikan masak.
  3. Asparagus dan cherry tomato pon saya grill sekali bersama-sama dgn ikan…tabur jugak garam sket.
  4. Kalau rajin, boleh pair kan grilled salmon ni dengan steamed carrot, kacang buncis and brocolli ala-aka Chillis..pergh konfem sedapp!

Bahan-bahan Lemon Butter Sauce:

  • 2 sudu besar butter
  • sedikit bawang besar didadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan – 1 cawan fresh milk
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam
  • sedikit mixed herbs/daun parsley/rosemary/etc

Cara-cara:

  1. Panaskan butter, kemudian masukkan bawang goreng sampai layu sikit.
  2. Masukkan tepung, susu, garam, pepper and mixed herbs…kalau pekat sangat tambahlah susu..kalau tak nak lemak sangat tambahlah air masak sikit.
  3. Last sekali squeeze kan sedikit lemon juice dalam kuah tadi…done!

Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce MYKMU

Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce

Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce: Sumber MYKMU

Bahan-bahan:

  • 4 Keping ikan salmon
  • 1 inci halia muda (mayang
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji lemon (ambil jus sahaja)
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
  2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
  3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
  4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
  5. Perap selama setengah jam.
  6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak

Bahan Sos:

  • 1 atau 1/2 cawan butter
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebiji lemon
  • Garam
  • Black pepper

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali.
  2. Masukkan butter.
  3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
  4. Goreng sehingga wangi.
  5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
  6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
  7. Kacau dengan perlahan.
  8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.

Resepi Salmon Butter Lemon Zuhara

salmon butter lemon

Salmon Butter Lemon: Sumber Zuhara

Bahan-bahan:

  • 2 potong ikan salmon
  • 2 + 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar butter
  • ½ sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukupnya (3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
  • daun bawang untuk hiasan
  • tepung gandum/ corn starch

Cara-cara:

  1. Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun. Apabila minyak zaitun panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  3. Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi.
  4. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  5. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruap dan sos lemon melekat kat sudu.
  6. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  7. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon, pinggan tu panas sekejap dengan microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

Penutup

Omega-3 dalam ikan ini boleh melawan kemurungan dan dalam masa yang sama boleh menggantikan ubat antidepressant. Di samping itu ikan salmon dapat membantu perkembangan otak, menjaga kesihatan mata, menjaga kesihatan kulit, mencegah alzhaimer dan banyak lagi. Lebih enak lagi apabila ikan salmon panggang di makan bersama dengan sos lemon. Memang menyelerakan. Jom kita cuba!

Resepi Yang Anda Boleh Cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.