fbpx

9 Resepi Ayam Kung Pao Special (Sedap Dan Wangi! Confirm Menjadi)

Hari ini saya nak kongsi ayam kung pao special! Rugi tau kalau anda tak cuba resepi ayam kung pao special ini, memang sedap dan wangi, pasti bertambah selera! Resepi ayam kung pao ini telah dipopularkan oleh masyarakat berbangsa cina dan ianya terkenal dan berasal daripada negara China di daerah yang bernama Sinchuan. Kung pao ialah hidangan stir-fry yang berasaskan ayam dan kacang. Ayam kung pao ini sedap sangat rasanya sebab ada rasa pedas dari cili kering dan rasa lemak-lemak manis dari kacang atau gajus dan sos soya. Ia juga digabungkan bersama beberapa jenis sayur-sayuran dan beberapa jenis sos. Cukup simple dan sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Ayam Kung Pao Special Che Nom

Resepi Ayam Kung Pao Special Che Nom

Ayam Kung Pao Special: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 400 gram atau 2 keping isi ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap cair

Bahan-bahan untuk sos:

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula
  • 3-4 sudu besar air

Bahan-bahan untuk lain-lain:

  • 1 senduk minyak masak
  • ½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
  • 6-7 tangkai cili kering
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • capsicum
  • ¼ biji bawang holland atau bawang merah
  • daun bawang

Cara-cara:

  1. Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.
  2. Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.
  3. Perap seketika ayam tersebut.
  4. Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.
  5. Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.
  6. Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.
  7. Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.
  8. Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.
  9. Tambah garam jika perlu.
  10. Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.
  11. Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.

Tips:

  • Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.

Resepi Ayam Kung Pao Mat Gebu

Ayam Kung Pao Mat Gebu

Ayam Kung Pao: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
  • 1 camca besar sos tiram*
  • 1/2 camca teh lada sulah*
  • 1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
  • 1/2 biji red capsicum, didadu
  • 1/2 biji green capsicum, didadu
  • 4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
  • 8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
  • 1 1/2 camca besar sos hoisin
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar kicap pekat
  • 1/4 camca teh minyak bijan
  • 3/4 camca teh gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas.

Resepi Ayam Kung Pao Chinese Style Lina Pg

Kung Pao Chicken Chinese Style (Ayam Masak Kung Pao)

Kung Pao Chicken Chinese Style (Ayam Masak Kung Pao): Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam -potong kecil
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh kicap pekat (supaya kelihatan gelap sedikit)
  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu teh Tepung jagung 
  • Minyak untuk menggoreng
  • 5 tangkai cili kering – potong anggaran 2inci 
  • 1 pokok daun bawang potong 2cm
  • 2 labu bawang besar saiz sedang (potong wedges)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 2 sudu besar minyak bawang putih

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong kiub ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan tepung jagung. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan minyak bawang putih gaul rata. Perap ayam selama 15-20 min. Sementar perap ayam. Sediakan sos kung pao.

Bahan-bahan: (Sos Kung Pao)

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar cuka hitam
  • 1 ½ sudu sos tiram
  • ½ sudu teh kicap pekat (supaya warna gelap dan cantik)
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu teh gula
  • 1 ½ tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu teh chicken stok (LiNa Pg guna 1/4 kiub ayam) 

Satukan semua bahan di atas. Gaul rata, kemudian ketepikan sebentar.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak goreng sebentar bawang besar, cili kering dan halia. Goreng sekejap sahaja. Jangan terlalu garing. Proses ‘tarik minyak’. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga masak jangan terlalu garing. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan kuali (yang lain) masukkan minyak bawang putih kemudian masukkan ayam yag telah digoreng tadi.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, cili kering dan halia yang telah digoreng (‘tarik minyak’) tadi. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sos Kung Pao dan kacau sebentar. Tabur daun bawang dan kacang gajus. Kacau rata.
  6. Tutup api dan sedia dihidang panas-panas. Boleh jugak ditabur gajus semasa menghidang.

Resepi Kung Pao Chicken Dapur Kak Jee

Kung Pao Chicken

Kung Pao Chicken: Sumber Dapur Kak Jee

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dibelah 4 dan dicerai-ceraikan)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • ½ biji capsicum merah (dadu)
  • ½ bji capsicum hijau (dadu)
  • 6 biji cendawan putih segar (potong 4)
  • 1 sudu besar sos hoisin (optional)
  • 1 sudu besar sos tiram (kalau tak letak Hoisin, letak 2 sudu besar)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecik minyak bijan

Cara-cara:

  1. Setelah bahan-bahan semua sedia, campurkan sos Hoisin, sos Tiram, minyak bijan dan tepung jagung dalam mangkuk kecik. Letak lebih kurang 3 sudu air. Campur rata.
  2. Panaskan kuali. Guna api besar. Letak lebih kurang 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Ayam harus kelihatan kering. Kemudian curahkan sos yang telah dibancuh.
  3. Kacau pantas-pantas. Setelah kuah pekat, masukkan cili capsicum dan cendawan. Kacau lagi pantas-pantas.
  4. Kena makan semasa ia panas dengan nasi putih.
  5. Kjee letak jugak sedikit kicap hitam (tiada rasa) untuk tambah warna kepada lauk ini. Kalau tak letak pun ok. Kalau suka bolehlah letak sedikit kicap lemak manis.

Resepi Kung Pao Chicken aka Ayam Gajus

Kung Pao Chicken aka Ayam Gajus

Kung Pao Chicken aka Ayam Gajus: Sumber Intai Dapur

Bahan A:

  • 600 gm ayam
  • tepung jagung
  • garam

Bahan B:

  • 100 gram kacang gajus – goreng dan toskan minyak
  • 30 gram lada kering – pilih yang lebar-lebar dan potong dalam 1 – 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) – potong dadu besar-besar
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 biji lada benggala hijau- potong lebar-lebar sedikit
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • 1/4 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam – jika perlu
  • 2 inci halia – ditumbuk halus

Cara-cara:

  1. Untuk bahan A tadi, isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung. Kemudian goreng dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  4. Masukkan lada benggala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
  5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

Resepi Ayam Kung Pao Emilia Puteri

Ayam Kung Pao Emilia Puteri

Ayam Kung Pao: Sumber Emilia Puteri

Bahan perapan (15 minit):

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sekeping dada ayam dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan sos disatukan:

  • 1/4 cawan air pati ayam (saya pakai satu 1/2 kiub pati ayam maggi)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos bawang putih (saya ganti kepada sos cili Thai, boleh juga guna
  • sos biasa & kisar 2 ulas bawang putih)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa
  • 8 biji cili kering
  • 2 biji bawang putih*
  • Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
  • 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang

Cara-cara:

  1. Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan, panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng.
  2. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
  3. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Resepi Ayam Kung Pao Auntie Sue Kitchen

Ayam Kung Pao Auntie Sue Kitchen

Ayam Kung Pao: Sumber Auntie Sue Kitchen

Bahan A:

  • 600 gram isi ayam – potong dadu
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung, kemudian goreng dan toskan.

Bahan B:n

  • 100 gram kacang gajus – goreng dulu sampai garing
  • 30 gram lada kering – pilih yag lebar-lebar dan potong dlm 1 – 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) – potong dadu besar-besar
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia – hiris
  • 1 biji lada bangala hijau- potong lebar-lebar tak aae stok, aku bantai letak cili padi;)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu m sos tomato *aku tambah cili sos sikit
  • 1/4 cawan air
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  4. Masukkan lada benggala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
  5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

Resepi Ayam Kung Pao Chef Wafi

Resepi Ayam Kung Pao Chef Wafi

Ayam Kung Pao: Sumber Chef Wafi

Bahan-bahan:

  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
  • sedikit daun bawang
  • 2 sudu minyak masak

Bahan perapan:

  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Bahan untuk sos:
  • 1 sudu besar kicap pekat berkaramel
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar air

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit. 
  2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.
  3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah.
  5. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Tip: Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.

Resepi Kung Pao Chicken Rosmarlina

Kung Pao Chicken Rosmarlina

Kung Pao Chicken: Sumber Rosmarlina

Bahan-bahan: Perapkan bersama 15minit

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu kecil tepung jagung ( ros guna katakuriko)

  • sekeping dada ayam  (saiz kecil) dipotong kecil) – ros guna peha ayam boneless

Cara-cara:

  1. Goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan sos disatukan:

  • 1/4 cawan air pati ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili bawang putih ( ros guna sos chili thai)
  • 1 sudu besar gula – ros gune madu
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung ( ros guna katakuriko)

Bahan Tumis:

  • 1 sudu besar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
  • 8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
  • 2 biji bawang putih*
  • Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
  • 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
  • 1/2 biji capcicum kuning
  • 1 biji piman ( lada hijau)
  • 1/4 biji bawang besar ( dipotong kasar)

* semua sayur sampingan ni ros potong dadu, saiz agak-agak je*

Cara-cara:

  1. Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan, panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit garing.
  2. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
  3. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.
  4. Sebelum masuk gajus tu ros masukkan semua bahan sayur yang ros tambah tadi dan selepas itu baru ros masukkan gajus. 

Resepi Ayam Kung Pao Nennie

Ayam Kung Pao Nennie

Ayam Kung Pao: Sumber Nennie

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
  • 8 biji cendawan shitake yang kering
  • Garam secukup rasa – jika perlu
  • 5 sudu besar sos tiram – boleh ditambah
  • 4 sudu besar kicap manis – boleh ditambah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 cawan biji gajus
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • Air secukupnya

Bahan Tumis ditumbuk lumat:

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda

Cara-cara:

  1. Potong ayam menjadi ketulan kecil dan dibersihkan kemudian diketepikan dulu . Semua bawang , halia di kupas kulit dan ditumbuk lumat .
  2. Cendawan direbus sehingga kembang kemudian ditos dan dipotong kecil – simpan air rebusan cendawan tu .
  3. Buah gajus digoreng sehingga golden brown kemudian diangkat dan ditos. Bawang besar dan cili merah dipotong .
  4. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi . Kacau semua bahan ini dan dimasukkan sos tiram dengan cendawan shitake . Terus kacaus sekejap dan boleh la dimasukkan semua ayam dan dikacau lagi.
  5. Masukkan air rebusan cendawan anggaran dalam 1 cawan kemudian dimasukkan kicap dan minyak bijan. Kacau semua bahan dan biarkan mendidih dan boleh la dimasuk semua buah gajus , bawang besar serta cili merah yang dipotong menyerong.
  6. Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air lagi rebusan cendawan atau air biasa . Kacau ayam kung pao ni dan rasa kuah jika ada rasa yang kurang boleh ditambah lagi bahan-bahan perasa . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur.
  7. Saya tidak masukkan garam dalam menu ayam ni sebab saya dah tambah bahan perisa kicap dan sos tiram . Syukur , alhamdulillah sedap ayam kung pao ni.

Penutup

Resepi Ayam Kung Pao ini memang senang nak dibuat. Ayam Kung Pao ini masakan yang berasal daripada Sichuan yg terkenal dengan masakan Cina yang pedas. Sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kepedasan Ayam Kung Pao berasal dari cili merah kering yang di tumis dan bukannya dari sosnya.

PETUA CARA MENGGORENG AYAM KUNG PAO

  • Panaskan kuali atau kuali sebelum menggoreng.
  • Potong ayam menjadi kepingan seragam supaya ia masak dengan sekata.
  • Sediakan Sos Kung Pao terlebih dahulu dengan mencampurkan semua bahan bersama.
  • Spatula memainkan peranan aktif dalam menggoreng jadi gunakannya untuk terus mengacau dan melambung bahan-bahan secara berbolak-balik, membulat, memusing dan membalikkan.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.