fbpx

13 Resepi Siakap Kengsom Original Thai (Menu Diet Sihat Dan Simple)

Hari ini saya nak kongsi resepi siakap kengsom original thai. Menu ini pastinya membangkitkan selera kita. Hirup kuah pun dah sedap, apalagi jika menggunakan ikan siakap yang segar. Nama sebenar kengsom ialah Kaeng som atau pun gaeng som. Kengsom ini adalah masakan dari selatan Thailand. Pada asasnya kengsom bermaksud kuah yang masam manis dan berwarna kuning. Resepi ini sesuai untuk dijadikan sebagai menu diey sihat. Yang menariknya kengsom ini di padukan lagi dengan sayur kangkung dan nenas. Itu yang menjadikan kuahnya sangat menarik dan juga cantik. Jom saya share dengan anda beberapa resepi siakap kengsom yang cukup mudah dan simple  ini.

Resepi Siakap Kengsom Yang Mudah Dan Sedap Azie Kitchen

Siakap Kengsom Yang Mudah Dan Sedap

Resep Siakap Kengsom Yang Mudah Dan Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar:

  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar – sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
  4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
  5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas. 

Resepi Siakap Kengsom Azian Hassan

Resepi Siakap Kengsom Azian Hassan

Resepi Siakap Kengsom: Sumber Azian Hassan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dipotong 4 atau 5)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Separuh biji nanas (dipotong tabal sedikit)
  • 1 cekak kangkung (di potong panjang dalam 2 cm)
  • Air secukupnya

Bahan Kisar:

  • 2 biji cili merah
  • 10 – 15 biji cili padi hijau
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan (optional)

Cara-cara:

  1. Didihkan air dan masukkan bahan kisar ke dalamnya.
  2. Masukkan nenas dan air asam jawa.
  3. Masukkan ikan dan biarkan ianya mendidih lagi.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan kangkung dan apabila kangkung sudah lembut, masukkan jus limau.
  6. Rasa kuahnya dan apabila sudah secukup rasa, padam api dan hidangkan.

Resepi Kengsom Ikan Siakap Nina Mahdar

KENGSOM IKAN SIAKAP

Kengsom Ikan Siakap: Sumber Nina Mahdar

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap –
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili api (*) – letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nanas.
  4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  5. Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Ikan Siakap Masak Kengsom Abam Kie

Ikan Siakap Masak Kengsom

Ikan Siakap Masak Kengsom: Sumber Abam Kie

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • ½ biji nanas
  • Kangkung secukupnya
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 2 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.
  4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup.
  5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kengsom Ikan Siakap Dapur Kak Jee

Kengsom Ikan Siakap Dapur Kak Jee

Kengsom Ikan Siakap: Sumber Dapur Kak Jee

Bahan-bahan:

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidu
  • Serai
  • Daun kesom
  • Belacan
  • Asam gelugor atau asam Jawa
  • Nenas dan kangkung.

Cara-cara:

  1. Tumbuk halus cili, bawang, kunyit dan belacan.
  2. Masuk dalam periuk, bubuh air secukupnya dan didihkan.
  3. Ketuk serai. Masukkan. Kjee campak 4 keping asam gelugur. Didihkan.
  4. Masuk nenas. Masukkan juga Daun Kesom kalau guna. 
  5. Dah mendidih masuk ikan Siakap. Potong-potong ikut suka. Perlahankan api.
  6. Letak secubit gula dan garam. Letak ikan lain pun ok. Ikut citarasa lah pulak kan! Apabila nak hidang, panaskan kembali , masukkan Kangkung seketika dan hidangkan. Kangkung tu tanam sendiri. Kesom pun.

Resepi Siakap Kengsom Shuhaida Kabdy

Siakap Kengsom Shuhaida Kabdy

Siakap Kengsom: Sumber Shuhaida Kabdy

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan Siakap – boleh gantikan dengan ikan Kerapu
  • 2 biji cili merah – buang biji *
  • 15 biji cili api *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 biji bawang merah * (Kak Sue tak letak)
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai *
  • 1 inci belacan *
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya. (Kak Sue guna serbuk limau dari Maggie)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Nanas masak secukupnya – (Kak Sue tak letak)
  • Kangkung secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bahan yang bertanda * tadi.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk.
  3. Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa.
  4. Perasakan garam dan gula ikut selera korang.
  5. Kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak
  6. Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Siakap Kengsom Bersayur 

RESEPI SIAKAP KENGSOM BERSAYUR

Siakap Kengsom Bersayur : Sumber CikCappuccinoLatte

Bahan-bahan:

  • Siakap @ kerapu
  • air asam jawa
  • 1 biji limau nipis
  • nenas
  • kangkung

Bahan-bahan Dikisar:

  • cili merah 2 biji ( buang biji )
  • cili api 15 biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam periuk sekali nenas yang dipotong masak sehingga mendidih
  2. Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam gula secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan ikan siakap masak ikan sehingga betul- betul masak .
  4. Masukkan kangkung dan sedikit perahan air limau nipis.
  5. Tutup api dan siap dihidangkan.

Resepi Kengsom Siakap Cik Wan Kitchen

Kengsom Siakap Cik Wan Kitchen

Kengsom Siakap: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan Siakap- optional, boleh tukar dengan apa-apa ikan yang digemari
  • 1/2 biji betik muda- boleh ganti dengan nanas atau kangkung
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • Segenggam cili padi- boleh ubah ikut kepedasan
  • Garam
  • Gula
  • Air limau nipis

Cara-cara:

  1. Blend lumat semua bahan rempah.
  2. Masukkan dalam periuk.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan betik yang telah dipotong.
  5. Masak hingga menggelegak.
  6. Masukkan gula, garam dan air limau.
  7. Masukkan ikan. Masak hingga menggelegak.
  8. Rasakan garam gula. Siap.

Resepi Siakap Kengsom Ayu Zarina

Resepi Siakap Kengsom

Siakap Kengsom: Sumber Ayu Zarina

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit hidup
  • * 6 tangkai cili api
  • * 2 tangkai cili merah besar
  • * 2 batang serai
  • * 1/2 sudu besar belacan (dibakar)
  • * sedikit air (agak-agak paras bahan-bahan nak blend)
  • 1 sudu kecil paste asam jawa adabi (nak lagi masam boleh tambah)
  • 2 sudu perahan air limau nipis
  • Nenas yang dipotong  kangkung
  • Garam & perasa 

Cara-cara:

  1. Mula-mula blend semua bahan-bahan yang bertanda*.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak sekali bersama nenas sehingga mendidih.
  3. Masukkan pula air asam jawa, garam dan perasa.
  4. Kemudian masukkan ikan dan tutup periuk untuk ikan masak sekata.
  5. Apabila ikan dah masak, bolehlah masukkan kangkung dan perahan air limau nipis. Siap! 

Resepi Khaengsom Ikan Siakap

Khaengsom Ikan Siakap

Khaengsom Ikan Siakap: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 1 ekor siakap
  • 2 asam keping
  • 1 cawan air asam jawa+ 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula melaka
  • 1 ikat kangkung
  • 1/2 biji nanas masak

Bahan Kisar:

  • 15 cili api merah
  • 1 cili merah
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 batang serai
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 ketul kecik kunyit
  • 2 bawang putih
  • 2 bawang  merah

Cara-cara:

  1. Rebus nanas bersama bahan blend, air asam jawa + air, garam, gula dan asam keping hingga nanas empuk dan nampak jernih.
  2. Masukkan ikan siakap dan biar mendidih hingga nampak mata ikan tersembul menandakan ikan sudah masak.
  3. Sesuaikan rasanya.
  4. Masukkan kangkung yang dipotong panjang-panjang dan terus matikan api.
  5. Kacau supaya kangkung tenggelam dalam kuah dan terus hidang supaya kangkung kekal rangup.

Resepi Siakap Masak Kengsom Yang Memikat

RESEPI SIAKAP MASAK KENGSOM YANG MEMIKAT

Siakap Masak Kengsom Yang Memikat: Sumber Ihantaqfresh

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (bersihkan dan kelar)
  • 1 keping nenas (potong kecil)
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 ikat kangkung
  • 1-2 cawan air
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 biji cili api(nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 1 keping nenas

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan kisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam kuali atau periuk yang sesuai. Masak sehingga mendidih.

  2. Kemudian masukkan asam keping dan serai. Masak sekejap. Masukkn air. Terpulang nak kuah banyak mana.

  3. Kemudian masukkan potongan nenas. Masak sekejap hingga nenas lembut.

  4. Masukkan ikan siakap dan kangkung. Boleh potong kepada 3 atau 4 bahagian. Saya malas nk potong masuk terus sekor gitu. Biarkan sehingga ikan masak dan semua sebati!

  5. Tadaaaa! Dah siap ikan siakap kengsom ala Thai. Kengsom ni mesti kena ada rasa masam, manis, pedas dan masin semua kena cukup rasa. Boleh ejas ikut citarasa masing masing.

Resepi Siakap Kaeng Som Sari Yusa

Siakap Kaeng Som

Siakap Kaeng Som: Sumber Sari Yusa

Bahan-bahan:

  • 3 tangkai cili merah
  • 11 tangkai cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2″ kunyit hidup
  • 1/2″ belacan

Bahan lain:

  • Seekor Ikan Siakap dipotong
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 biji nanas dipotong kecil
  • 5 – 6 tangkai sayur kangkung (Sk tak letak)
  • 2 cawan air
  • Jus dari sebiji limau nipis
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk atau kuali. 
  2. Masukkan air dan didihkan. 
  3. Bila sudah mendidih,  masukkan serai dan nanas,  renihkan sekejap. 
  4. Masukkan ikan, masak kira-kira 6 – 7 minit. Jika ada sayur kangkung bolehlah dimasukkan masa ni. 
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan jus limau nipis. Kacau sekejap. Siappp!! 

Resepi Kengsom Ikan Siakap Ala Thai

Resepi Kengsom Ikan Siakap Ala Thai

Resepi Kengsom Ikan Siakap Ala Thai: Sumber Lativa Sakina

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Asam jawa
  • Garam + gula + serbuk perasa
  • Tomato
  • Air

Bahan Kisar:

  • 7-9 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 20-30 cili kering
  • sambal belacan secukup rasa
  • kunyit debu @ kunyit hidup
  • cili padi secukup rasa, boleh tambah kalau nak pedas lagi

Cara-cara:

  1. Kisar dan tumis semua bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan air asam jawa 1 setengah cawan @ 2 cawan.

  2. Masukkan air biasa 1 cawan , kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi.

  3. Bila dah sebati masukkan garam gula + serbuk perasa.

  4. Masukkan ikan , dan biar hingga mendidih & ikan masak dan masukkan tomato

  5. Siappp. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Kengsom Thai..Marvelous

Resepi Kengsom Thai..Marvelous

Kengsom Thai..Marvelous: Sumber Faharul Nazrey

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan. ( Ikan Siakap, paling sedap masak ni, kalau nak guna  ikan lain pon boleh.. kerat ikut macam biasa seekor saiz sedang-sedang cukup untuk makan 4-5 orang.
  • Bawang Putih – 5/6 ulas    *
  • Cili Padi – 10 biji (kalau nak pedas lagi, tambah lagi)   *
  • Kunyit – setengah inci  *
  • Belacan – besar ibu jari  *
  • Nenas – sebiji. 
    (kalau tak suka nenas, letak separuh je. nenas ni cari yang masak jangan terlalu muda nak rasa manis air nenas tu)
  •  Sayur Kangkung – seikat atau dua. 
    (ikut suka, kalau suka sayur, letak banyak pon tak pe.)
  • asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan yang bertanda *.
  2. Letak bahan yang diblend tadi dalam periuk dan tambah air dan jerang. Air ni korang agak-agaklah, kalau suka kuah banyak, letak banyak tapi kena pastikan bahan yang diblend tu balance la dengan air tu. Kalau nak kuah lebih, anda boleh jugak tambah bahan-bahan yang dikisar tu jadi tak de la cair kuah nanti.
  3. Lepas tu, agak-agak kuah dah mengelegak, letak ikan dan nenas.
  4. Lepas tu, letak garam secukup rasa.  Jangan lupa asam jawa. Bagi rasa masin masam manis semua la. Manis dari buah nenas tu memang umphh la. Sebab tu nenas beli yang masak tau.
  5. Last sekali baru letak kangkung. Kalau suka makan sayur, boleh letak kangkung sampai 2 ikat.
  6. Selamat mencuba.

Penutup

Satu lagi keistimewaan kengsom ini ialah ianya cukup segala-galanya di dalam satu masakan. Ada ikan dan juga sayur. Cukup kalau masak satu lauk sahaja. Bak kata orang putih ‘one pot meal’.

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.