Hari ini saya nak kongsi resepi sambal bendi. Bendi adalah salah satu makanan superfood yang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi komposisi nutrient yang pelbagai seperti vitamin A, tinggi dengan vitamin C, kalium dan kalsium! Bendi juga dikenali sebagai Okra dan Lady Fingers. Nak sediakan resepi bendi sambal ini cukup mudah. Hasilnya cukup menyelerakan bagi penggemar sayur bendi ini. Makan dengan ikan goreng dan nasi panas-panas pun dah cukup untuk menaikkan selera makan kita. Alahai.. sedapnya! Saya juga kongsikan resepi bendi sambal udang kering ala The Chicken Rice Shop! Anda boleh cuba resepi ke-5 ini. Recommended!
Resepi Sambal Bendi Mat Gebu
Sambal Bendi : Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 10 – 12 batang bendi muda
- 1 helai daun limau purut, mayang halus
- 3 biji limau kasturi, perah jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumbuk Halus:
- 5 biji cili merah
- 4 biji cili padi (optional)
- 4 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- Sebesar ibu jadi belacan, dibakar
Cara-cara:
- UNTUK BENDI :- Didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak. Bendi dicuci dan toskan, tak perlu dibuang tangkainya. Kemudian celur bendi dalam air panas tadi selama 1 minit atau hingga lembut (che mat celur kurang lebih 45 saat saja). Toskan dan terus rendam dalam bekas berisi air sejuk dari peti ais. Biarkan sekejap dan toskan.
- UNTUK SAMBAL :- Panaskan sedikit minyak, anggaran 3 camca besar, Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
- UNTUK SAMBAL BENDI :- Bendi yang telah dicelur tadi, dikerat sedikit pada bahagian tangkainya. Kemudian kerat 2 setiap 1 biji bendi dan susun dalam pinggan sesuai, buat hingga siap. Sudukan sambal atasnya dan ratakan. Tabur dengan daun limau purut yang dimayang halus dan hiaskan dengan belahan limau kasturi, hidangkan segera bersama nasi panas, telur dadar cencalok dan ikan goreng….Selamat mencuba!
Resepi Sambal Bendi Nyonya Style Nur Azliani Amer
Sambal Bendi Nyonya Style: Sumber Nur Azliani Amer
Bahan A: Bendi Celur
-
1 pek Bendi
-
Air secukupnya untuk merebus / celur
-
1 sudu kecil garam
Bahan B: Sambal (Semua Bahan Dikisar)
- 1 biji bawang besar
- 1 genggam cili kering yang telah direbus dan ditoskan airnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- 1 ketul kecil belacan bakar
- 1/4 cawan air
- Minyak untuk menumis
- 1 sudu makan gula (optional)
Cara-cara:
- Cuci bersih bendi. Yani potongkan sedikit di bahagian tangkai. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang diisi dengan air dan garam. Rebuskan / celurkan sehingga air rebusan mendidih. Toskan air selepas itu.
-
Panaskan minyak dikuali. Tumiskan bahan yang telah dikisar. Kacau sekali sekala sehingga sambal pecah minyak. Masukkan sedikit gula jika cili kerimg tersebut terlalu pedas. Masakkan sehingga sedikit kering.
-
Tuangkan sambal ke atas bendi yang telah dicelur tadi di dalam pinggan hidangan. Siap dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi Sambal Bendi Nyonya Sesimple Loralin
Sambal Bendi Nyonya: Sumber Sesimple Loralin
Bahan-bahan:
-
300 gram bendi (sebiji-sebiji atau nak celur baru potong)
-
1/2 biji limau nipis (ambil perahan)
-
Garam, gula secukupnya
Bahan Kisar kasar/Tumbuk:
-
1 biji bawang merah besar/5 biji bawang ros
-
2 sudu teh belacan
-
3 sudu besar udang kering
-
4 biji cili besar merah
Cara-cara:
Sambal Bendi : Sumber Citarasawan
Bahan-bahan:
- 500 gram Bendi Kecil –
- Potong Tangkai
- 1 Liter Air
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Kecil Minyak
Bahan Kisar:
- 10 Tangkai Cili Merah
- 5 Ulas Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- 1 Sudu Besar Udang Kering
- 1 Sudu Kecil Belacan
- 3 Sudu Minyak Untuk Menumi
- Garam Dan Gula Secukup Rasa
*Air yang di campur ketulan ais
Cara Penyediaan:
- Rebus bendi bersama air, garam dan minyak hingga lembut. Toskan dan masukkan bendi ke dalam air ais untuk memberhentikan prosess masak dan mengekalkan kelembutan dan kerangupan bendi.
- Biarkan selama 5 minit dan toskan. Susunkan dalam pinggan hidangan dan belah
sedikit di tengahnya untuk di isi sambal. - Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan gula secukupnya dan kacau rata.
- Isikan ke dalam bendi atau tuang ke atasnya untuk hidangan.
Resepi Bendi Sambal Udang Kering Ala Chicken Rice Shop
Bendi Sambal Udang Kering Ala Chicken Rice Shop: Sumber Dailymakan
Bahan-bahan:
- Cili kering
-
Bawang merah + Bawang putih (blend halus)
-
Udang kering banyak + Ikan bilis sikit (blend kasar)
Cara-cara:
- Basuh cili kering, jangan rendam. Keringkan sedikit sebelum dikisar. Kalau ada air air fryer, masukkan dalam dahulu air fryer pada suhu 140°c selama 15 minit sebelum dikisar.
- Tumis bawang, campuran udang kerign dan ikan bilis yang sudah dikisar. Bila dah kering dan bawang juga sudah masak, masukkan pula cili kering. Tambah garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
- Sebelum simpan dalam botol kaca, pastikan botol bersih dan sambal dah sejuk.
- Selamat mencuba.
Resepi Bendi Sambal Tumis Udang Kering Muzieyanie
Bendi Sambal Tumis Udang Kering: Sumber Muzieyanie
Bahan-bahan:
-
Sayur bendi
-
Segenggam cili kering
-
1 biji bwg merah besar
-
5 ulas bawang putih
-
Udang kering segenggam, lg byk lg sedap
-
Sos nampla
-
Sos tiram
-
Garam
-
Gula
-
Serbuk perasa
Cara-cara:
-
Rebus air sehingga mendidih, kemudian tutup api masukkan bendi ke dalam air mendidih & tutup periuk. Jangan biarkan bendi lama terendam sebab kita nak bendi tu rangup.
-
Kisar kering bawang merah, bawang putih & separuh udang kering. Nak tumbuk pun boleh.
-
Kemudian kisar kering cili kering yang telah dibasuh. Tak perlu rebus ye.
-
Tumiskan bawang & udang yang telah di kisar sehingga naik bau, masukkan sos tiram, cili kering, sos nampla dan perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa (kalau nak letak). Letak sikit je air. Kemudian tumis semua bahan ni sampai garing. Kena selalu kacau ye.
-
Terakhir sekali bila dah garing boleh tuangkan sambal ni atas bendi yang kita dah celur dalam air panas tadi. Dah boleh di hidang.
Resepi Bendi Goreng Sambal Mai
Bendi Goreng Sambal: Sumber Mai Haji Yahya
Bahan-bahan:
- 15 batang kacang bendi
- 1 sudu besar lada kisar
- 1 biji bawang merah besar – dikisar/ ditumbuk
- 2 biji bawang putih – dikisar/ ditumbuk
- 1 inci belacan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu besar kicap manis
- 1 biji telur
Cara-cara:
- Panaskan air dalam periuk, ambil bendi yg telah dicuci (tapi jangan dipotong mana-mana pun, untuk mengelakkan lendirnya keluar). Bila air telah mendidih, masukkan kesemua bendi untuk 1 min dan angkat dan terus dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk kalau ditambah ice lagi bagus), biarkan 2 min dan ditoskan.
- Potongkan bendi menyerong. Ketepikan.
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama lada kering sehingga garing. Setelah garing masukkan sos tiram dan kicap, kacau. Masukkan telur dan kacau lagi. Akhir sekali, tutup api dan masukkan sayur bendi. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Bendi Celur dan Sambal Belacan Hana Memories
Bendi Celur dan Sambal Belacan: Sumber Hana Memories
Bahan-bahan:
- Bendi – celur
- Sambal belacan:
- *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing-masing
- *1 batang cili merah – hiris
- *2 biji bawang merah kecil – hiris
- *1 ulas bawang putih – hiris
- *1 inci belacan
- *sejemput ikan bilis kopek
- limau kasturi
- secubit garam
- secubit perasa@gula
- sedikit minyak
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
- Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
- Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan sekali dengan kulit limau.
- Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam-ulaman lain.
Resepi Bendi Rebus & Sambal Hanieliza
Bendi Rebus & Sambal: Sumber Hanieliza
Bahan A:
- 500 gram bendi kecil [potong hujung]
- 1 liter air
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak
- 1 cawan ketulan ais
Bahan B:
- 10 tangkai cili merah ]
- 5 ulas bawang merah ]
- 3 ulas bawang putih ] mesin kasar
- 1 sudu besar udang kering ]
- 1 sudu kecil belacan ]
- 3 sudu minyak
- garam
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan A kecuali bendi dan ketulan ais dalam periuk dan panaskan sehingga air mendidih.
- Masukkan bendir dan biarkan selama 5 minit.
- Angkat bendir dan amsukkan dalam mangkuk yang tersedia ketulan ais. Biar sekejap.
- Toskan dalam tapiskan. Susunkan dalam pinggan hidangan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan ayng dimesin sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan kacau rata.
- Tuangkan atas bendir dan hidangkan.
Penutup
Simple je kan? Sedap tau, rugi tak cuba resepi bendi sambal yang sedap ini.
Anda juga boleh cuba resepi ini:
- 7 Resepi Dalca Sayur Popular 2021: Mudah Dan Sedap!
- 9 Resepi Kerabu Pegaga Sedap (Salad Superfood Untuk Ibu Berpantang)
- 5 Resepi Terung Salted Egg Special Yang Sedap, Confirm Menjadi!
- Shhh..13 Resepi Terung Goreng Tepung (Crispy, Viral Dan Sedap)
- 5 Resepi Kangkung Goreng Belacan Viral 2022 (Mudah Dan Sedap)
- 9 Resepi Bayam Goreng Yang Sedap Dan Simple!
- 15 Resepi Bendi Goreng Sedap (Superfood Yang Banyak Khasiatnya!)
- 17 Resepi Sayur Masak Lemak Sedap, Masakan Kampung Simple Je!
- 9 Resepi Labu Air Yang Sedap Dan Simple!
- 7 Resepi Sayuran Rangup Digoreng! Simple Dan Sedap