fbpx

7 Resepi Pengat Labu Manis Yang Sedap 2022

Hari ini saya nak kongsi resepi pengat labu manis yang sedap. Jom kita cuba resepi pengat labu yang mudah je nak buat. Alahai sedapnya pengat labu ini dengan rasa lemak manisnya. Cukup semua rasa! Ikut je resepi yang dikongsikan pada kali ini untuk dapatkan tekstur yang lembut. Jangan terlalu empuk ya, sebab labu mudah hancur. Ada beberapa variasi pengat labu yang anda boleh cuba sesuai dengan citarasa. Yang penting, hasilnya mestilah sedap. Buat sendiri lagi puas hati makan!

Resepi Pengat Labu Manis Che Nom

Resepi Pengat Labu Manis Che Nom

Pengat Labu Manis: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 mangkuk besar santan
  • 1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/2 -1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
  2. Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
  3. Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
  4. Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.
  • Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
  • Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.

Resepi Pengat Labu Manis Menu Tradsional Lama Ana Jingga

Pengat Labu Manis Menu Tradsional Lama Ana JIngga

Pengat Labu Manis Menu Tradsional Lama: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Labu
  • Gula merah
  • Gula putih
  • Air
  • Secubit garam
  • Pati Santan
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1.  Labu di hiris nipis.
  2. Masakkan terlebih dahulu gula merah dan gula putih ( ikut kemanisan yang dikehendaki) di dalam sedikit air bersama hirisan labu tadi.
  3. Apabila ia mendidih dan labu empuk, baharulah masukkan pati santan dan secubit garam. Masukkan daun pandan dan biarkan masak sehingga pekat. 

Resepi Pengat Serawa Labu Paling Mudah Bella Jamal

Resepi Pengat Serawa Labu Paling Mudah Bella Jamal

Pengat Serawa Labu Paling Mudah: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu *saiz kecil
  • 1/3 santan kotak *boleh adjust kuantiti
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula melaka/merah
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Kupas kulit labu dan bersihkan.
  2. Masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan dan air dalam periuk. Didih sampai bahan larut.
  3. Masukkan labu dan biarkan labu lembut.
  4. Masukkan santan, sedikit garam dan kacau supaya santan tak berketul.
  5. Sedia dihidangkan.

Tips:

  • Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut.
  • Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
  • Anggarkan semua bahan termasuk garam secukupnya supaya ada rasa lemak-lemak sedap.
  • Boleh kurang atau tambah kuantiti gula ikut tahap kemanisan yang disukai.

Resepi Pengat Labu Bersagu

Resepi Pengat Labu Bersagu

Pengat Labu Bersagu: Sumber Norida Alias

Bahan-bahan:

  • 3 genggam sagu (boleh tambah jika suka)
  • 1/2 biji labu kuning (potong dadu)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu gula pasir (ikut selera sndiri)
  • 1 sudu gula merah
  • 2 helai daun pandan (disimpul – sis tak letak)

Cara-cara:

  1. Rebuskan labu + sagu terlebih dahulu.. Sehingga labu agak lembut (jangan terlalu empuk takut labu hancur sebab bila masukkan santan, perlu didihkan sekejap lagi agar santan masak).
  2. Kemudian, masukkan santan + gula putih + gula merah juga secubit garam (untuk naikkan lagi rasa lemak).
  3. Didihkan sekejap dengan api yang perlahan supaya santan betul-betul masak. Setelah yakin masak, boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba. 

Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka

Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka

Pengat Labu Candil Biji Nangka: Sumber Zaidalifah

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu (dipotong seperti dalam gambar)
  • 1 ketul gula merah melaka (cairkan dahulu)
  • 250 gram tepung pulut
  • 1 kotak santan kecil
  • 2 hehai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit air untuk merebus

Cara-cara:

  1. Mula-mula sediakan air gula merah cairkan dan tapis. 
  2. Tepung pulut dibancuh dengan mengunakan air masak, letak air sedikit demi sedikit untuk membancuh adunan, selepas itu jadikan adunan seperti biji nangka.
  3. Didihkan air masukkan daun pandan, masukkan adunan biji nangka yang telah diuli tadi.
  4. Biji nangka yang telah masak akan timbul, bila dah timbul bolehlah diangkat dan ketepikan dahulu
  5. Potongan saiz labu terpulang ikut kegemaran anda. 
  6. Gunakan periuk yang sama, tambah air dan masukkan labu, biarkan labu empuk.
  7. Kemudian masukkan air gula merah, kacau rata.
  8. Masukkan santan kotak.  Bonde guna jenama Rasaku.
  9. Kacau-kacau santan hingga nampak rata dan sebati, gunakan api kecil.  Masukkan candil biji nangka. kacau-kacau pelahan dan masukkan garam. Kacau-kacau dah siap!

Resepi Pengat Labu dengan Jagung Amie’s Little Kitchen

Resepi Pengat Labu dengan Jagung Amie's Little Kitchen

Pengat Labu dengan Jagung: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1.2  kg labu manis – kupas kulit – potong dadu ikut saiz yang digemari
  • 1 liter air
  • 250 ml santan pekat
  • 150 ml susu cair
  • 1 tin jagung biji
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan sagu biji – bilas – toskan 
  • 300 gram gula melaka – didihkan hingga larut dengan 1 cawan air – tapis (boleh tambah atau kurangkan gula – ikut tahap manis yang disukai)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan – siat dan simpul

Cara-cara:

  1. Tuang air ke dalam periuk dan jerang atas dapur.
  2. Masukkan daun pandan, labu manis, jagung biji dan jagung krim.
  3. Setelah mendidih, masukkan sagu biji. Kacau selalu.
  4. Apabila  labu mulai empuk, tuangkan air gula melaka dan garam.
  5. Biarkan mendidih seketika, dan kemudian tuangkan santan pekat serta susu cair.
  6. Kacau perlahan, dan apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.

Resepi Pengat Labu dengan Beras Pulut Amie’s Little Kitchen

 Pengat Labu dengan Beras Pulut Amie's Little Kitchen

Pengat Labu dengan Beras Pulut: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg labu manis – kupas kulit dan potong ikut saiz yang digemari
  • 1/2 cawan beras pulut – cuci – toskan
  • 1 liter air
  • 400 ml santan pekat
  • gula pasir secukupnya
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan – siat dan simpul

Cara-cara:

  1. Tuang air ke dalam periuk dan jerang atas dapur.
  2. Masukkan beras pulut dan daun pandan.
  3. Setelah beras pulut kembang, masukkan pula labu manis.
  4. Kemudian masukkan gula pasir serta garam.
  5. Kacau sekali-sekala dan setelah labu kuning empuk, tuangkan santan pekat.
  6. Kacau perlahan, dan setelah kuah mulai mendidih, padamkan api dapur.

Penutup

Mudah je nak sediakan pengat labu ini kan. Jom kita cuba di rumah.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.