fbpx

7 Resepi Maggi Sotong Yang Sedap, Simple Je Nak Buat!

Hari ini saya nak share resepi maggi sotong yang sedap. Nak buat kat rumah senang je! Resepinya cukup simple, nak sediakan bahan pun mudah dan senang. Kalau layan maggi sotong sambil layan movie, tengah malam, time hujan. Perghh..Padu! Sajian ini lazat dan menyelerakan. Kalau anda suka makan sotong, boleh letak sebanyak mana yang anda suka, so bila masak sendiri lagi puas hati!

Resepi Maggi Sotong Yang Sedap Daily Makan

Maggi Sotong Yang Sedap Jannah

Maggi Sotong Yang Sedap: Sumber Jannah

Bahan-bahan:

  • 1 paket megi kari (cap maggi)
  • 1-2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih |diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 2 cili api diketuk (untuk pedas)
  • Sayur-sayuran
  • Sotong/telur sotong
  • Isi ayam
  • Telur

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Apabila bawang dah kekuningan masukkan air ke dalam periuk. Apabila air dah sedikit mendidih masukkan perencah maggi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan cili api.
  4. Masukkan pula isi ayam. Kemudian masukkan sotong dan beberapa sayuran lain.
  5. Apabila sotong dah hampir masak masukkan pula maggi.
  6. Kemudian pecahkan telur.
  7. Tunggu sekejap sehingga telur tu masak kemudian boleh tutup api.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Maggi Sotong Simple Eyqa Hasnan

Maggi Sotong Simple Eyqa Hasnan

Maggi Sotong Simple: Sumber Eyqa Hasnan

Bahan-bahan:

  • 1 paket maggi kari
  • 2 ekor sotong sederhana besar *cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar *tumbuk
  • 2 ulas bawang putih *tumbuk
  • 3 biji cili padi *tumbuk
  • 1 sudu cili boh
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 cawan air
  • Secubit garam 
  • 1 biji telur
  • 4 keping keropok keping *optional
  • 1 batang sawi *potong

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan satu sudu cili boh, satu sudu sos cili dan perencah maggi kari.
  4. Masukkan sotong dan masukkan satu cawan air.
  5. Kemudian, pecahkan telur dan masukkan secubit garam.
  6. Masukkan maggi dan sayur yang telah dipotong.
  7. Masukkan keropok keping dan gaul perlahan-lahan dengan kuah maggi tu.
  8. Akhir sekali, masuk satu jus lemon dan siap!

Megi Kari Sotong oleh SuperDaddy

Megi Kari Sotong oleh SuperDaddy

Megi Kari Sotong: Sumber Khairul Abdullah

Bahan-bahan:

  • 1 pek mee segera perisa kari, wajib ada
  • 3 ekor sotong, saiz ikut suka
  • 1 biji telur, cari sampai jumpa
  • 2 tangkai sawi, dipotong sahaja
  • ½ biji tomato kalau ada
  • 1 ketul tauhu goreng, juga kalau ada
  • 1 ulas bawang putih mesti ada
  • ¼ ulas bawang besar harus ada
  • Cili merah, daun bawang dan daun sup untuk hiasan 

Cara-cara:

  1.  Tumis bawang putih dengan sedikit minyak dan kemudian masukkan 400ml air.  Biarkan mendidih.

  2. Dah mendidih masukkan megi biar 2 minit dan keluarkan masukkan dalam pinggan atau mangkuk.

  3. Masukkan perencah dan sotong dalam air mendidih tadi, kacau sekejap.

  4. Masukkan sayur sawi bersama hirisan bawang besar, hirisan tomato dan juga tauhu.

  5. Terus masukkan telur dan kacau.

  6. Tutup api dan tuangkan semuanya dalam pinggan/mangkuk megi tadi.  Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang serta cili.

Resepi Maggi Sotong Resepiana

Resepi Maggi Sotong Resepiana

Maggi Sotong: Sumber Resepiana

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong saiz besar belah 2
  • 2 buah cili padi dihiris
  • Daun bawang dihiris
  • 1 ulas bawang putih dikisar
  • 1 bungkus mee maggi

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan sotong, kemudian angkat ketipikkan.
  2. Rebus mee maggi kemudian angkat.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan sotong dan mee.
  4. Tambakan bumbu mee dan daun bawang, kacau rata.
  5. Angkat dan hidangkan.

Resepi Maggi Goreng Sotong Salina Jalaludin

Maggi Goreng Sotong Salina Jalaludin

Maggi Goreng Sotong: Sumber Salina Jalaludin

Bahan-bahan:

  • 1 pek maggi kari
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 5 ekor sotong (potong bulat)
  • 30 gram kubis (hiris halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit minyak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan sayur kubis. Masak sehingga sedikit layu.

  3. Masukkan maggi (yang telah dicelur dan ditos). Masukkan perencah maggi kari. Masukkan juga sotong. Kacau sebati.

  4. Masukkan kicap lemak manis dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga maggi masak sempurna. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba kak.

Resepi Maggi Goreng Sotong Cahaya Hayati

Maggi Goreng Sotong Cahaya Hayati

Maggi Goreng Sotong: Sumber Cahaya Hayati

Bahan-bahan:

  • 5 Packs Maggi Ayam – di celur sehingga lembut
  • 2 Sudu besar cili kisar
  • 3 ekor sotong besar – di potong bulat
  • 2 biji telur ayam – di goreng hancur
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 1 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 biji tomato – dihiris nipis
  • 2 pokok sawi
  • garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Bawang Goreng
  • Cili besar – di potong bulat
  • Daun Bawang
  • 2 Sudu besar Minyak Masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan tomato. Masak sebentar sehingga mendidih dan gaul rata.
  4. Masukkan sotong. Masak sotong sehingga sotong benar-benar masak.
  5. Rasa. Jika semua rasa telah cukup, masukkan maggi yang telah di celur dan sawi. Gaul rata.
  6. Tambahkan telur yang di goreng hancur dan dua sudu besar air (jika maggi terlalu kering). Gaul rata.
  7. Angkat dan hidangkan dengan menabur bawang goreng, cili besar dan daun bawang.

Resepi MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai

MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai

MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai

Bahan-bahan:

  • ️2 bungkus Mi MAGGI® Kari 2minit
  • 1 bungkus Perencah MAGGI® Kari 2minit
  • 3 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 10 biji cili padi ~ ditumbuk halus
  • 2 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • Segenggam Cumi (sotong biji)
  • Segenggam Petai
  • 1 mangkuk kecil Sayur Pak Choy
  • 1/2 biji Lobak merah ~ dipotong memanjang
  • 1/2 sudu kecil MAGGI® Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Didalam periuk, rebuskan MAGGI® Kari 2minit dan toskan. Ketepikan. Rebus cumi sehingga kembang dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan sedikit gula untuk seimbang kan rasa pedas.

  3. Masukkan Perencah MAGGI® Kari, MAGGI® Cukup Rasa, cumi, petai dan hirisan daun limau purut. Kacau sebati.

     

  4. Masukkan Mi MAGGI®,sayur pak choy, lobak merah. Kacau sebati.

  5. Mi MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai sedia dihidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan telur rebus.

Penutup

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mencuba resepi Maggi Sotong ini. Ikut selera anda nak makan maggi  goreng ataupun berkuah. Tepuk dada tanya selera. 

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.