fbpx

7 Resepi Sira Ubi Kayu Sedap, Kuah Pekat Lemak Manis!

Hari ini saya nak kongsi resepi sira ubi kayu. Ia adalah sejenis masakan berkuah manis yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak. Ubi kayu direbus dan disira dalam kuah pekat yang lemak manis. Sira ubi, juga diisebut pengat ubi merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. 

Resepi Sira Ubi Kayu Azie Kitchen

Sira Ubi Kayu Azie Kitchen

Sira Ubi Kayu: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi kayu rebus
  • 1/3 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1- 1 ½ cawan air 

Cara-cara:

  1. Rebus ubi kayu dengan air secukupnya sehingga ubi empuk. Angkat. Potong kecil yang disukai.
  2. Masak air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan sehingga pekat dan likat. 
  3. Masukkan ubi kayu dan kacau rata rata sehingga sira bersalut pada ubi kayu.

Resepi Sira Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap Lina Pg

Sira Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap Lina Pg

Sira Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi kayu
  • 1/3 cawan gula nisan-terpulang selera (LiNa Pg guna 2 keping nisan keret)
  • 2 sudu besar gula pasir (LiNa Pg tambah bagi likat dan kilat-kilatt sikit)
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
  2. Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
  3. Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
  4. Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
  5. Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
  6. Angkat dan hidangkan.

Nota:

  • * boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka.

Resepi Sira Ubi Kayu Paling Mudah Zaila Mohamad

Resepi Sira Ubi Kayu Paling Mudah

Sira Ubi Kayu Paling Mudah: Sumber Zaila Mohamad

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu potong pendek
  • air
  • gula / nise (gula melaka)

Cara-cara:

  1. Dah itu sahaja. Rebus ubi kayu tu sampai masak, agak-agak air dah nak kering masukkan nise atau gula. Tunggu sampai pekat kuahnya. Siap!

Resepi Serawa Ubi Kayu / Pengat Ubi Kayu / Sira Ubi Kayu

Serawa Ubi Kayu

Serawa Ubi Kayu / Pengat Ubi Kayu / Sira Ubi Kayu: Sumber Wattie’s Homemade

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ubi kayu sederhana besar 
  • 1 cawan gula merah/gula kabung (sesuaikan ikut selera) 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 sudu teh garam 
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 sudu besar sagu – dibersihkan dan ditos

Cara-cara:

  1. Ubi kayu dibuang kulitnya dan dibersihkan. Potong menjadi ketulan-ketulan kecil. Saiznya terpulang kepada selera individu. 
  2. Rebus ubi kayu bersama sama air secukupnya hingga empuk. Asingkan.
  3. Di dalam periuk yang lain, masukkan santan, gula merah/gula kabung serta daun pandan yang telah disimpul dan didihkan. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. 
  4. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi beserta dengan sagu. Biarkan mendidih dan sagu bertukar menjadi warna jernih. 
  5. Bila kuah agak pekat sediit, masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. 
  6. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sira Ubi Kayu Intai Dapur

Sira Ubi Kayu Intai Dapur

Sira Ubi Kayu: Sumber Intai Dapur

Bahan-bahan:

  • 3 batang ubi kayu – bersihkan dan pootng kecil
  • 2 keping nise / gula Melaka
  • Sedikit gula
  • Daun pandan
  • 4 sudu besar santan pekat
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana kecil hingga ubi empuk dan bersalut . * Kalau masak dengan api besar, ubi takkan bersalut cantik ye…jadi kena banyak bersabar kalau nakkan hasil yang memuaskan hati.*

Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka

Ubi Kayu Sira Gula melaka

Ubi Kayu Sira Gula Melaka: Sumber Choco Ani

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi kayu
  • 1/3 cawan gula nisan (Kak Ani guna gula melaka)
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
  2. Rebus ubi kayu dalam air yang menutupi paras ubi hingga empuk.
  3. Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
  4. Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
  5. Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
  6. Angkat dan hidangkan. * boleh gantikan gula nisan dengan gula pasir atau gula melaka.

Resepi Sira Ubi Kayu K Nor

Sira Ubi Kayu K Nor

Sira Ubi Kayu: Sumber K Nor

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi kayu
  • 1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yang disukai
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
  2. Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
  3. Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
  4. Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
  5. Angkat dan hidangkan.

Penutup

 

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.