fbpx

9 Resepi Rempeyek Viral 2022, Pastinya Rangup & Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi rempeyek yang viral. Rasa rempeyek yang rangup dan sedap! Pasti sesuai dijadikan kudapan. Rempeyek kalau kena caranya pasti makan tak berhenti, lagi-lagi bila tengok drama kegemaran. Tips nak dapatkan rempeyek yang crunchy, sudip kena betul-betul panas , dan pastikan bancuhan tak pekat sangat. Bagi cair, barulah rempeyek anda tak kembung. Pasti hasilnya sedap, rangup krup krap!

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis Azhafizah

Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis: Sumber Azhafizah

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup/crunchy)
  • 1 biji telur
  • 8 ulas bawang putih* (untuk naikkan rasa lemak)
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar jintan manis*
  • 3 sudu besar jintan kasar*
  • 3 sudu besar ketumbar biji*

Cara-cara:

  1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
  2. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit-sikit).
  3. Bilis dan kacang (jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah di goreng).
  4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
  5. Goreng seketul 2 dulu pas bancuh tengok struktur kuih, barulah nampak tebal ke nipis sangat ke.
  6. Kalau tebal, boleh tambah sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
  7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
  8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. InsyaAllah sedap.

Nota:

  • *Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup kena masukkan sedikit kapur makan. Bancuhan tu usah terlalu cair dan pekat.
  • Masa goreng cuba dulu sekeping dua untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti boleh adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis Adha

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis: Sumber Adha

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus tepung beras – gunakan tepung beras cap 1 ekor gajah atau tepung beras cap teratai
  • 200 gram kacang tanah – boleh ditambah atau dikurangkan
  • 200 ml santan kotak – tambah 3 cawan air
  • 1 mangkuk ikan bilis – dibersihkan dan dibelah 2
  • 7 ulas bawang putih – ni nak bagi rempeyek rasa lemak, kalau tak suka boleh kurangkan, nak lemak lagi boleh tambah
  • 1 sudu makan ketumbar biji – tumbuk kasar
  • 1 sudu makan jintan manis – tumbuk kasar
  • 1 sudu teh kapur – bancuh dengan sedikit air – ni nak bagi rempeyek rangup atau renyah
  • 1 biji telur
  • garam dan perasa pilihan secukupnya
  • minyak

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
  3. Letakkan acuann di dalam minyak panas.
  4. Keluarkan acuan dan tuangkan sedikit adunan dan bubuh ikan bilis serta kacang tanah.
  5. Masukkan acuan berisi adunan ke dalam kuali. Goyang-goyangkan sedikit supaya adunan segera tanggal.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5.
  7. Apabila rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
  8. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.

Resepi Rempeyek Rangup Yang Enak

Resepi Rempeyek Rangup Yang Enak

Rempeyek Rangup Yang Enak: Sumber Says

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras (cap teratai)
  • Sebiji telur
  • Setengah kotak kecil santan
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • Ikan bilis (ditumbuk sedikit)
  • Ikan bilis
  • Kacang tanah (tidak perlu disangai ataupun dijemur)
  • 2 cawan air
  • Garam

Cara-cara:

  1. Pertama, satukan tepung beras, telur, santan, bawang putih, jintan manis, jintan putih, ikan bilis tumbuk, air dan garam di dalam bekas.
  2. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga semuanya sebati.
  3. Kemudian panaskan kuali berisi minyak.
  4. Rendamkan sudip di dalam minyak panas tersebut.
  5. Kemudian, letakkan sedikit bancuhan tepung tadi ke atas sudip yang panas.
  6. Ratakan nipis bancuhan tepung ke atas sudip.
  7. Letakkan kacang dan ikan bilis di atas bancuhan tepung di sudip tersebut.
  8. Masukkan sudip berisikan bancuhan tepung, kacang dan ikan bilis ke dalam minyak.
  9. Biarkan bahan tersebut lurut daripada sudip apabila dimasukkan ke dalam minyak.
  10. Biarkan rempeyek berenang sebentar di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan rangup.
  11. Angkat rempeyek daripada kuali dan toskan minyaknya ke tepi.
  12. Nikmati rempeyek anda yang fresh dari kuali!

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Asli Yang Rangup, Berempah

Rempeyek Kacang Tanah Asli Yang Rangup, Berempah

Rempeyek Kacang Tanah Asli Yang Rangup, Berempah: Sumber Cik Matahariku

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung beras ( cap teratai. cap gajah/ cap bunga)-mana-mana boleh
  • 3 biji telur
  • 1 kotak santan kara ( 200ml) campur dengan 1 cawan air ( untuk sebatikan adunan)
  • 3 sudu makan ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu makan jintan manis (dikisar)
  • 2 sudu makan jintan putih (dikisar)
  • Segengam ikan bilis (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (bawang kecil /dikisar)
  • 1/2 sudu teh kapur makanan
  • 1 mangkuk ikan bilis ( hiasan atas rempeyek)
  • 500 gram kacang tanah ( tabur atas rempeyek)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng yang secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
  2. Dalam bekas lain,masukkan tepung beras dan garam.Masukkan telur satu demi satu.Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan kisar dalam bekas adunan tepung.
  4. Gaul adunan dengan santan ( yang sudah dicampur air) sedikit demi sedikit.Gaul sehingga adunan menjadi cair seperti adunan lempeng.Kalau ikut Mak Muo saya, adunan rempeyek ni sepatutnya lebih cair lagi daripada adunan lempeng.
  5. Masukkan sedikit kapur makanan.Kacau lagi sehingga sebati.
  6. Sediakan kacang tanah dan ikan bilis dalam mangkuk kecil supaya senang kita nak guna time menggoreng rempeyek nanti.
  7. Sediakan juga santan cair ( balance santan untuk adunan tadi ) bagi tujuan mencairkan adunan jika ia memekat sementara kita menggoreng rempeyek.
  8. Panaskan kuali dengan api sederhana, dengan minyak yang sederhana.
  9. Gunakan acuan rempeyek atau sudip untuk membentuk rempeyek.
  10. Goreng sekejap rempeyek, kemudian angkat dan letak atas dulang.Buat hingga selesai.
  11. Selepas selesai semua, goreng sekali lagi rempeyek dengan pastikan kacang tanah dan ikan bilis menjadi rangup dan sedap dimakan.
  12. Selesai menggoreng bolehlah hidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Dan Kacang Dhal

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Dan Kacang Dhal

Rempeyek Kacang Tanah Dan Kacang Dhal: Sumber Norhidana

Bahan-bahan:

  • 1 plastik tepung beras (500 gram)
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 biji telur
  • 1 kiub ikan bilis
  • Sedikit kapur makan ( suku sudu kecil kfc)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • Kacang tanah
  • bilis
  • kacang dhal

Cara-cara:

  1. Tumbukkan garam dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih hingga hampir lumat.
  2. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas besar dan kacau hingga sebati, pasti kan bahan tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan kuali masukkan minyak banyak, api sedang dan bolehla masukkan adunan bila minyak dah panas.
  4. Dengan api sedang terbalik kan beberapa kali rempeyek supaya kacang tanah masak. Bila dah nampak kekuningan dan garing bolehla di angkat.

Resepi Rempeyek Kacang Dhal Resepi Bonda

Resepi Rempeyek Kacang Dhal Resepi Bonda

Rempeyek Kacang Dhal: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung beras
  • 5 Cawan santan
  • 2 biji telur
  • 250 gram ikan bilis
  • 400 gram kacang dal/kacang hijau – direndam semalaman
  • 2 sudu besar Ketumbar
  • 2 sudu besar Jintan manis
  • 2 sudu besar Jintan putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

  1. Bawang putih, kunyit hidup, ikan bilis, ketumbar, jintan putih dan jintan manis di tumbuk/dikisar.

  2. Masukan bahan yang telah dikisar ke dalam tepung beras.

  3. Masukan santan, telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel.

  4. Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan (gunakan senduk) adunan yang telah di isi kacang dhal di tepi kuali.

  5. Biarkan bahan garing, barulah boleh diangkat. Simpan rempeyek di dalam bekas kedap udara.

Resepi Rempeyek Kacang Dhal Suraya MSyed

Rempeyek Kacang Dhal Suraya MSyed

Rempeyek Kacang Dhal: Sumber Suraya MSyed

Bahan-bahan:

  • 1 cawan dhal gram
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh air kapur
  • 1 sudu besar garam

Bahan Kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara:

  1. Kacang dhal direndam semalaman dan toskan. Satukan semua bahan dan dikacau menggunakan whisk hingga tidak ada tepung yang bergentel.  
  2. Panaskan minyak dalam kuali besar. Sambil tu siramkan minyak panas tu di tepi-tepi permukaan kuali. Ambil sesenduk adunan tadi dan tebarkan di tepi-tepi permukaan kuali tu. Siram-siramkan tebaran adunan dhal itu dengan minyak panas sehingga ia lekang dan melurut ke dalam minyak.
  3. Gorenglah hingga garing. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Rempeyek Kacang Dal Na-Kitchen

Resepi Rempeyek Kacang Dal

Rempeyek Kacang Dal: Sumber Na-Kitchen

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung beras
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu makan santan
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 biji telur
  • 175 ml air
  • Ikan bilis dan Rosted Kacang Dal secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumbuk /kisar kasar ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
  2. Gaul sebati dengan semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang dal.
  3. Masukkan acuan rempeyek kedalam minyak menggoreng dan biarkan ia betul-betul panas kira-kira 3 – 5 minit.
  4. Apabila acuan telah panas, angkat acuan dan masukkan adunan tepung tadi, letakkan kacang dal dan ikan bilis.
  5. Masukkan semula ke dalam minyak dan gorenglah hingga masak.

Resepi Rempeyek Kacang Hijau Mamamikael Oven

Rempeyek Kacang Hijau

Rempeyek Kacang Hijau: Sumber Mamamikael Oven

Bahan-bahan:

  • 50 gram kacang hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 biji telur
  • 200 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 10 gram ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cawan minyak untuk menggoreng
  • Secubit serbuk perasa jika suka

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan.

  2. Rendam atau rebus kacang hijau seketika. Saya pilih rebus seketika memandangkan masa dah suntuk, kalau rendam lama pula nak tunggu lembut.

  3. Sementara itu tumbuk bawang putih bersama ikan bilias dan jintan serta ketumbar.

  4. Dalam satu bekas kita satukan tepung beras dengan santan, air, serbuk kunyit, telur dan juga bahan tumbuk tadi.

  5. Kacau rata dan masukkan kacang hijau yang sudah direbus seketika. Agak-agak adunan ini jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

  6. Panaskan minyak, ambil sesenduk dan goreng nipis. Ulang proses sampai habis.

  7. Rempeyek Kacang Hijau siap. Rasanya sangat rangup dan sedap.

Penutup

Buat sendiri letak kacang & ikan bilis banyak puas hati! Nak gantikan dengan kacang dhal atau kacang hijau pun boleh! Boleh buat ikut selera anda.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.