fbpx

11 Resepi Muffin Coklat Chip Yang Sedap Dan Moist, Fresh From Oven!

Hari ini saya nak kongsi resepi muffin coklat chip yang sedap dan moist. Resepi muffin coklat  chip ini cepat dan mudah untuk disediakan, muffin coklat yang diadun sekali bersama cip coklat. Tekstur muffin juga lebih padat dan berat berbanding tekstur kek cawan yang lebih ringan dan gebu. Bentuk muffin juga comel dan mudah dimakan. Anda boleh cuba resepi double chocolate muffin juga, ianya penuh dengan rasa coklat. Anda juga boleh cuba resepi muffin pisang coklat, pasti puas hati! 

Resepi Muffin Coklat Chip Che Nom

Resepi Muffin Coklat Chip

Muffin Coklat Chip: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung(plain flour)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu dutch lady full cream
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)
  • 2 sudu kecil essence vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius.
  2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau rata.
  3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  4. Isikan adunan ke dalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Tips:

  • Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi (toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat).

Resepi Muffin Coklat Chip Guna Sukatan Cawan

Resepi Muffin Coklat Chip Guna Sukatan Cawan, Memang Gemuk Dan Gebu!

Muffin Coklat Chip Guna Sukatan Cawan: Sumber Daily Makan

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/4 cawan coco powder

Bahan B:

  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu sejat @ susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Cip coklat 3/4 cawan

Cara-cara:

  1. Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas dan gaul sampai sebati semuanya.
  2. Dalam bekas yang lain, pukul telur menggunakan whisk. Pukul-pukul manja je.
  3. Masukkan susu cair, esen vanilla, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul-gaul kejap
  4. Masukkan bahan-bahan A tadi yang telah di sebatikan ke dalam adunan bahan B & gaul bagi sebati.
  5.  Tuang adunan ke dalam cawan cup cake & bakar pada suhu 160c selama 20 – 25 minit ( cup saiz L ) & untk cup saiz M bakar dalam 15 minit.
  6. Siap!

Resepi Muffin Coklat Yang Sangat Mudah Buat Orang Lapo

Muffin Coklat Yang Sangat Mudah (Super Easy Chocolate Muffin)

Muffin Coklat Yang Sangat Mudah: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan A:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 100 ml susu segar
  • 120 ml minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
  2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
  5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan moist.
  • Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor.

Resepi Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin Azie Kitchen

Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin Azie Kitchen

Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin: Sumber Azie Kitchen

Bahan A

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 100 ml susu segar
  • 120ml minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:

  • 190 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder double action
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.
  2. Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap.

Resepi Chocolate Chips Muffin Paling Simple

Chocolate Chips Muffin Paling Simple

Chocolate Chips Muffin Paling Simple: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 125 gram tepung gandum – ayak dg baking powder
  • 7 gram baking powder
  • 75 gram minyak masak
  • 75 gram susu sega
  • 75 gram gula caster
  • 1 biji telur B
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Sedikit chocolate chips – tabur

Cara-cara:

  1. Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
  3. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Resepi Muffin Coklat Chips Dan Tips Mendapatkan Muffin Moist Lina Pg

Muffin Coklat Chips Dan Tips Mendapatkan Muffin Moist

Muffin Coklat Chips Dan Tips Mendapatkan Muffin Moist: Sumber Lina Pg

Bahan-Bahan (sukatan cawan dan sudu metrik) ~16 biji saiz M

  • 1+3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan gula perang
  • 1/3 cawan minyak jagung/minyak masak (LiNa Pg guna Vesawit)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur A 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan coklat chips

Cara-cara:

  1. (Bahan kering) Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda.Kemudian ayak.
  2. Masukkan gula perang.Gaul rata.
  3. (Bahan basah) masukkan minyak, susu cair, telur dan esen vanila ke dalam bahan kering dan gaul rata.
  4. Masukkan sebahagian coklat chips ke dalam adunan. Kaub balik sahaja.
  5. Skopkan ke dalam cup/souffle cup 3/4 penuh.Kemudian tabur coklat chips.Bakar selama 15-20 min suhu 180’C (bergantung kepada suhu oven masing-masing).

Resepi Muffin Pisang Coklat Bake With Love

Muffin Pisang Coklat

Muffin Pisang Coklat: Sumber Bake With Love

Bahan-bahan:

  • 1 cup gula
  • ½ cup mentega (masin, 1 batang – dilembutkan pada suhu bilik)
  • 3-4 besar pisang (terlalu banyak)
  • 2 besar telur
  • 2 sudu susu (susu keseluruhan)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 cup tepung serbaguna (dibahagi – simpan ¼ cawan untuk melapisi coklat chip)
  • 1 cup cip coklat susu mini

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar anda hingga 375 darjah F (190 darjah C) dan luruskan kuali muffin anda dengan pelapik kertas.
  2. Dalam mangkuk pengadun besar, atau mangkuk pengadun berdiri, krim bersama mentega dan gula. Masukkan pisang yang terlalu masak dan tumbuk ke dalam mentega dan gula berkrim.
  3. Masukkan telur, susu dan vanila. Gaul hingga sebati (adunan basah akan sangat kental dari mentega dan pisang).
  4. Masukkan baking soda, serbuk penaik, kayu manis dan garam dan kacau ke dalam adunan. Kemudian masukkan bahagian pertama jumlah tepung terbahagi (1 ¾ cawan) dan campurkan sehingga tepung dimasukkan ke dalam adunan kental.
  5. Dalam beg ziploc kecil, gabungkan bahagian tepung yang tersisa (¼ cawan) dengan cip coklat susu mini dan goncangkan hingga dilapisi dengan baik. Tambahkan ke dalam adunan dan lipat perlahan-lahan untuk menyebarkan rata ke seluruh adunan.
  6. Pindahkan adunan ke kuali muffin yang siap diisi setiap pelapik kertas kira-kira ⅔ penuh, dan bakar pada suhu 375 darjah F (190 darjah C) selama 18-20 minit, atau sehingga tusuk gigi yang dimasukkan keluar bersih dari pusat muffin di tengah kuali .
  7. Keluarkan ke rak penyejuk wayar dan biarkan muffin pisang cip coklat sejuk di dalam kuali muffin selama 5 minit, sebelum dikeluarkan dari kuali dan pindahkan ke rak penyejuk wayar sehingga sejuk sepenuhnya.

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu Ana Suhana

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu

Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu: Sumber Ana Suhana

Bahan-bahan:

  • Susu Segar atau Full Cream – 1 cawan (250 ml)
  • Jus lemon / cuka – 2 sudu besar
  • Minyak Jagung – 1/2 cawan (120 gram)
  • Gula Kastor – 3/4 cawan (170 gram)
  • Telur – 2 biji
  • Esen Vanila – 1 sudu kecil
  • Tepung Naik Sendiri – 2 cawan (250 gram) 

    ** Kalau guna Tepung Gandum (2 cawan / 250 gram) + Baking Soda (1 1/2 sudu kecil) + Baking Powder (1/2 sudu kecil)

  • Serbuk Koko – 1/2 cawan (50 gram)

  • Garam – 1/4 sudu kecil 

  • Coklat Cip – 1 cawan (170 gram) – untuk adunan

  • Coklat Cip – 1 cawan (170 gram) – untuk topping

Cara-cara:

  1. Tuang susu ke dalam gelas, masukkan jus lemon dan kacau sehingga menjadi pekat.

  2. Untuk bahan basah – masukkan gula castor, minyak jagung, campuran susu segar dan jus lemon, telur dan esen vanilla ke dalam bekas. Kacau sekata.

  3. Untuk bahan kering – Dalam bekas berasingan, ayak tepung, serbuk koko dan garam.

  4. Kemudian tuang adunan bahan basah tadi ke dalam adunan bahan kering. Gaul sekadar sebati saja. Sebaiknya gaul hanya menggunakan spatula. Pada masa ni, pastikan korang jangan terlebih gaul sebab ia akan menyebabkan muffin menjadi keras akibat tindakbalas protein di dalam tepung tadi.

  5. Masukkan chocolate cip dan gaul sekadar rata saja.

  6. Sediakan cawan kertas. Masukkan adunan 3/4 cawan. Macam Ana, Ana masukkan lebih sikit. So bila masak, dia akan naik tinggi. ** Untuk cawan kertas saiz besar ni boleh dapat 12  biji muffin.

  7. Akhir sekali tabur coklat cip dekat bahagian atas adunan. Ikut lah banyak mana yang korang nak. Lagi banyak, lagi sedap lah nanti.

  8. Panaskan oven pada suhu 170°C. Kemudian bakar muffin antara 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing. Bila tengok muffin dah naik kembang dan agak masak, boleh keluarkan muffin dan cucuk dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih atau ada basah sikit-sikit, kira dah masak lah tu. Jangan terlebih bakar, nanti muffin akan jadi kering.

  9. * Macam oven Ana ni kecik molek je saiz dia. So Ana guna suhu dalam 150°C saja. Kena pandai tengok oven kita.
  10. Akhir sekali, boleh lah dihidangkan. Muffin ni makan panas-panas pun sedap. 

Resepi Muffin Coklat Chip Rohaisha

Resepi Muffin Coklat Chip

Muffin Coklat Chip: Sumber Rohaisha

Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur – pukul sikit
  • 1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Choc chips secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam.Ayak dan ketepikan.Gaulkan dengan gula.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.

Resepi Muffin Pisang Coklat Chips Yana Shaiful

Muffin Pisang Coklat Chips

Muffin Pisang Coklat Chips: Sumber Yana Shaiful

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca teh sodabicarbonat* (* digaul rata dan ayak )
  • 5 biji pisang emas ~ dilecek hancur
  • 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
     
  • 1 biji telur A
  • 1/3 cawan susu segar
  • 100 gram mentega ~ cairkan dan sejukkan beberapa titik esen pisang ( boleh juga esen vanila) yana guna esen vanila
  • 1/4 cawan coklat chips
  • Badam keping untuk hiasan
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180c, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanila. Masukkan 1/4 cawan coklat chips, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chips dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam.

Resepi Muffin Choc Chips Dapur Kak Zu

Muffin Choc Chips

Muffin Choc Chips:  Sumber Dapur Kak Zu

Bahan A:

  • 350 gram tepung gandum
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 200 gram gula perang

Bahan B:

  • 150 ml minyak jagun
  • 250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady]
  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 biji telur [dipukul sedikit]
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • coklat cipS /chocolate rice secukupnya
  • kertas muffin

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180’C [api atas bawah] selama 15 minit.
  2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
  3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
  4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
  5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
  6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
  7. Bakar selama 20 minit.

Penutup

Pasti wangi semerbak bila siap dibakar, fresh form oven! Anak-anak pasti suka. Resepi ini boleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak. Bahannya cukup mudah dan cepat disediakan. Sedap dimakan bersama keluarga dan orang tersayang.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.