fbpx

7 Resepi Kerabu Tembikai Sedap, Kerabu Rare Orang Utara

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu tembikai. Bukan sahaja senang disediakan malah rasa manis dan pedas membuatkan anda akan lupakan kerabu mangga! Bahagian isi putih tembikai juga boleh dibuat kerabu tembikai yang sedap! Gunakan tembikai sebaik mungkin. Kerabu tembikai ini popular di negeri sebelah utara. Boleh dikatakan menu menu 'rare' orang Utara, Sedap Baqhang! Anda kena cuba resepi ini.

Resepi Kerabu Tembikai Utara Mishabul Munirah

Kerabu Tembikai Utara Mishabul Munirah

Kerabu Tembikai Utara: Sumber Mishabul Munirah

Bahan-bahan:

  • Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong ( masih di kulit)
  • 1 biji bawang merah
  • 5-6 biji cili padi hijau
  • Belacan secukupnya
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.
  3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Kerabu Tembikai Utara Salina Jalaludin

Kerabu Tembikai Utara Salina Jalaludin

Kerabu Tembikai Utara: Sumber Salina Jalaludin

Bahan-bahan:

  • Tembikai (bahagian dekat dengan kulit)
  • Bawang besar
  • Cili Padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Tembikai ni ambil bahagian yang dekat dengan kulit. Potong nipis dan letakkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan bawang besar dihiris halus, cili padi, belacan, garam dan gula. Kacau sebati. Untuk rasa yang lebih sedap picitkan tembikai dan semua bahan supaya rasanya lebih mesra. Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Tembikai Leeina Qaliena

Kerabu Tembikai Leeina Qaliena

Kerabu Tembikai: Sumber Leeina Qaliena

Bahan-bahan:

  • Lebihan isi dikulit tembikai
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah rose(hiris nipis)

Cara-cara:

  1. Kikis isi dikulit tembikai sampai habis.

  2. Tuang kedalam mangkuk, masukkan semua bahan diatas, cili padi, bawang, garam dan belacan. Picit dan gaul hingga sekata semuanya.

  3. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas sebagai kerabu.mm. Nak lagi sedap letak isi ikan bakar atau ikan rebus..melajak makan nasi.

Resepi Kerabu Tembikai Aisyah Masrani

Resepi Kerabu Tembikai

Kerabu Tembikai: Sumber Aisyah Masrani

Bahan A:

  • putih tembikai yang lembut
  • cili padi 5 biji dihiris
  • bawang besar sebelah-dihiris bulat dan halus
  • bwg kecil sebiji dihiris bulat dan halus
  • serai sebatang dhiris halus

Cara-cara:

  1. Ambil bahagian putih tembikai yang lembut. Asing kan kulit- Jangan terambil kulit tu ok, hiris tembikai.

Bahan B ( Sos Asam):

  • asam jawa satu sudu kecil (larutkan dalam air panas, then kita ambik dia punye air)
  • belacan dlm 2cm bkr dulu (juga boleh digantikan dengan sos ikan)
  • cili padi 5 biji
  • limau kasturi 2 biji
  • garam dan gula

Cara-cara:

  1.  Tumbuk ramuan 2, 3 dan 5. Lepas tu gaul dalam larutan asam jawa. Garam and gula secukup rasa (kau jangan lupa kau tengah puasa tau). Siap gaul kemudian perah kan limau kasturi- Gaul sebati. Ramuan B dah ready!
  2.  Campur ramuan A dan B dalam satu bekas, gaul sampai rata. Rasa garam dan gula. Tutup dan simpan dalam bekas kedap udara. Refrigerate for 10 mins or so..This is to retain its juiciness and aroma 😉 ..Nak buka nanti baru hidangkan.

Resepi Kerabu Tembikai Berlemon

Kerabu Tembikai Berlemon

Kerabu Tembikai Berlemon: Sumber Hafizah Yahaya

Bahan-bahan:

  • Sebiji tembikai saiz kecil dipotong empat – guna 1/4 daripadanya
  • 7 tangkai cili padi 
  • 1/2 inci belacan – dibakar 
  • secubit garam 
  • 5 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 sudu teh perahan lemon 

Cara-cara:

  1.  Kikis isi tembikai dengan sudu dan masukkan kedalam mangkuk. Sejat air tembikai dan ambil isinya sahaja untuk mengelakkan daripada kerabu terlebih berair.
  2. Ramas belacan bersama air lemon dan masukkan garam. 
  3. Tuang bahan tersebut kedalam bekas berisi hirisan bawang merah dan cili padi sambil digaul.
  4. Seterusnya masukkan isi tembikai tadi kedalam bahan tersebut dan gaul lagi hingga rata. Pastikan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas beserta lauk-lauk yang lain.

Resepi Kerabu Kulit Tembikai Maria Firdz

Kerabu Kulit Tembikai Maria Firdz

Kerabu Kulit Tembikai: Sumber Maria Firdz

Bahan-bahan:

  • Tembikai
  • Gula
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Cili padi

Cara-cara:

  1. Korek kulit tembikai yang warna putih dengan sudu, lepas tu potong nipis-nipis.
  2. Gaul semua bahan dengan kulit tembikai yang dipotong tadi, cili padi tu dipotong kecil, tapi MF suka tenyeh bagi keluarkan airnya untuk rasa lebih pedas.
  3. Dah gaul sebati, bolehlah makan. Makan dengan nasi putih panas-panas dan ikan goreng pun sedap.

Resepi Kerabu Kulit Tembikai Iera Azira

Kerabu Kulit Tembikai Iera Azira

Kerabu Kulit Tembikai: Sumber Iera Azira

Bahan-bahan:

  • Kulit tembikai dibuang kulit hijau/ambil putih shj
  • Cabai melaka/cili padi
  • Bawang besar
  • Jus limau nipis
  • Garam
  • Belacan
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Daun Ketumbar

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Gaul dan rasa secukupnya.
  3. Tabur daun ketumbar.
  4. Siap untuk dihidang.

Penutup

Bahan-bahan kerabu perut ini ringkas sahaja.

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.