Resepi Rainbow Cake Gebu Azlita Aziz
Rainbow Cake Gebu: Sumber Azlita Aziz
Bahan A:
- 8 biji kuning telur ~ gred A
- 7 biji telur ~ gred A
- 200 gram gula halus
- 15 gram ovellete
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B: (di ayak)
- 125 gram tepung gandum
- 15 gram susu tepung
- 25 gram tepung jagung
Bahan C:
- 120 gram minyak jagung
- 30 gram minyak kelapa dara ~ optional
Cara-cara:
- Satukan bahan A.
- Masukkan dalam mixer dan putar dengan kelajuan sederhana hingga bergaul sempurna ( berbuih anggaran 2 min ).
- Satukan bahan B dan ayak.
- Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A.
- Pukul dengan speed laju hingga adunan , putih, gebu dan naik 2 X ganda dari asal.
- Akhir sekali minyak kelapa dara dan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada kepada 5 bahagian.
- Letakan berlainan warna untuk setiap mangkuk:
~ kuning
~ merah
~ hijau
~ biru
~ pink - Sediakan 2 loyang 4 segi tepat ukuran 10 X 12 inc.
- Sediakan juga 2 loyang bulat ukuran 7 inc.
- Sediakan juga spring cake tin ~ untuk memampatkan kek
- Tuangkan warna pink dalam 2 loyang bulat 7 inc dan sama banyak ~ anggaran 150 gram setiap satu.
- Baki warna pula tuangkan dalam 2 loyang 4 segi tepat secara tompok atau rawak
Bakar kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C selama 25 minit. - Kek yang telah sejuk untuk loyang 4 segi di potong kepada 3 bahagian yang sama besar ( kek yang kak ita buat ni tinggi, kalau nak rendah sikit bahagi 4 bahagian )
Untuk kaedah yang ita buat vertical dan horizontal. Kalau ikut cara MC D hanya vertical sahaja. - Untuk kaedah atau cara ita, jika ada baki adunan tuangkan sedikit dalam loyang bulat 7 inc. Kemudian potong bulat ukuran 2.5 inc atau 3 inc. Kalau nak buat Vertical sahaja tak payah buat cara ni.
- Untuk cara ita, setiap potongan bulatan kecil layerkan dengan krim.
Krim yang ita guna adalah lemon cream cheese. Kalau Mc D rasanya guna fresh krim sahaja. Kemudan letakkan krim pada kek yang kita potong memanjang dan lilitkan pada bulatan tengah tadi. Jika tak nak buat bahagian bulatan temgah, gulung sahaja kek macam kita buat swiss roll. - Setelah kita potong, letakkan krim dan ratakan. Kemudian tutupkan dengan lapisan kek yang sekeping lagi.
- Kemaskan dan simpan dalam peti ais semalaman. Bila dah set (semalaman ) buka ring kek. Salutkan kek dengan krim. * Krim ni terpulang nak guna krim apa ya, nak guna krim cheese yang sama pun boleh, nak guna fresh cream pun boleh, nak guna swiss meringue buttercream pun boleh atau nak guna buttercream pun boleh.
- Ita guna fresh cream untuk lapisan luar. Salut lapisan putih dahulu. Ratakan dan kemaskan dengan spatula. Simpan dalam peti ais hingga keras ( kalau fresh krim dia tak keras ya).
- Akhir sekali, warnakan cream yang kita gunakan terpulang ikut pilihan krim masing-masing. Layerkan satu warna berselang-selang hingga habis. Kemudian ratakan dan kemaskan. Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
Nota:
- Oleh kerana kek ini adalah dari jenis kek span, ia hendaklah di keluarkan dengan kadar segera setelah ia masak. Bila kek masak, terus keluarkan dari loyang dan terbalikkan atas redai. Kemudian terbalikkan semula ke kedudukan asal untuk mengelakkan kek kecut atau mendap. Biarkan kek sejuk
Bahan Lemon Cheese:
- 200 gram krim creese
- 120 gram gula icing ~ yang telah di ayak
- 2 sudu teh lemon paste
- 1 sudu teh vanilla
- 11 gram halal gelatin
- 45 gram air ~ untuk larutkan gelatin
- 200 gram Non dairy whipping cream
Cara-cara:
- Tuangkan gelatin dalam 45 gm air , biarkan kembang.
- Kemudian double boil atau masukkan dalam microwave hingga cair ( 1 minit )
pukul cream cheese hingga lembut. - Masukkan gula icing, vanilla dan lemon paste. Pukul lagi hinga bergaul sempurn. Tuangkan gelatin yang telah di cairkan sambil terus memukul adunan hingga rata. Ketepikan.
- Dalam bekas mixer yang lain pukul Whipping Cream hingga kental.
- Tuangkan whipping cream dalam adunan cheese dan kaup balik rata. Sedia di gunakan.
Bahan Fresh Cream:
- 200 gram Non dairy whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Pukul kedua adunan hingga kental dan bertanduk, bahagikan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata. Sedia di gunakan.
Resepi Rainbow Cupcake / Kek Pelangi Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan
Rainbow Cupcake / Kek Pelangi: Sumber Qaseh Honey
Bahan A:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
Bahan B:
- 1/2 cawan marjerin – suhu bilik
- 3/4 cawan gula castor
- 2 biji putih telur – suhu bilik (gred A)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3/4 cawan susu segar – suhu bilik
Bahan C:
- pewarna merah, hijau, biru, purple, kuning dan oren
Bahan Hiasan:
- 1 cawan non dairy whip cream – putar hingga kental
- manik gula warna warni
Cara-cara:
- Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih.
- Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila.
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
- Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. Maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung.
- Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan.
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
- Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup.
- Buat hingga semua adunan habis. * untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag. Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek. Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Bahan Fresh Cream Frosting
- 2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
- 1/2 cawan gula icing – QH tak letak
- 1 sudu kecil esen vanila – QH tak letak
Cara-cara:
- Menggunakan Stand @ hand mixer….whisker….pukul whip topping sehingga agak kental.
- Masukkan gula icing …vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 ‘stiff ‘.
- Siap dah …boleh gunakan utk deco cupcake tadi.
Bahan Buttercream:
- 80 gram butter
- 250 gram creamwell
- 1/2 cawan icing sugar
- 1/4 cawan golden sirap
Cara-cara:
- Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
- Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yang telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
- Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
- Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
Resepi Rainbow Cake With Cream Cheese
Rainbow Cake With Cream Cheese: Sumber Khairul Abdullah
Bahan Kek Rainbow:
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan majerin
- 2 sudu besar susu pekat1 sudu teh serbuk penaik
- 5 biji telur A
- 2 1/2 cawan tepung gandum
Cara-cara:
- Pukul gula dan majerin hingga kembang. Sebaiknya hingga gebu dan berwarna keputih-putihan.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.
- Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
- Kacau rata dengan spatula.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak.
- Tambahkan pewarna yang disukai. Seeloknya gunakan jenis gel supaya mendpat warna yang lebih terang dan cantik.
- Sapukan loyang pembakar dengan shortening dan tabur sedikit tepung.
- Masukkan satu bahagian dalam loyang pembakar (sy guna loyang 8 inci) dan bakar hingga masak pada 180 celcius. (lebih kurang 15 minit). Ulang untuk 5 bahagian lagi hingga siap.
- Bila sudah sejuk. bolehlah lapiskan setiap lapisan dengan butter cream atau cream cheese dan sapu bahagian luarnya dengan butter cream untuk menutup seluruh kek. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
- Gunakan pisau yang dicelup dengan air panas untuk memotong kek supaya mendapat potongan yang licin dan kemas.
Butter Cream. / Crem cheese icing:
- 250 gram butter/ cream cheese
- 200 gram majerin
- 80 gram gula icing/susu pekat (ikut manis yang disukai)
Cara-cara:
- Pukul butter atau cream cheese dengan majerin hingga kembang.
- Tambah gula icing dan pukul lagi hingga ringan dan mudah disapu.
Resepi Rainbow Cake ~ Kek Pelangi Kak Zue Semanis Gula
Rainbow cake ~ kek pelangi: Sumber Kak Zue Semanis Gula
Bahan-bahan:
- 300 gram butter ~ buttercup dalam tin emas ~ kalau nak gune jenama lain redah aje ye.
- 200 gram gula castor
- 5 biji telur
- 1 sudu teh ovelette
- 1 sudu besar esen vanilla
- 280 gram tepung superfine ~ ayak
- 1 sudu teh double action baking powder
- 20 ml susu segar
Cara-cara:
- Putar butter dan glicerin hingga kembang dan gebu ~ putar agak lama juge sebab takde kandungan gula di dalam nye.
- Bile butter dah betul betul kembang masukkan tepung bercampur baking powder. Putar sekejap aje.
- Dalam bekas lain putar telur, gula dan ovelette hingga kembang dan gebu putih serta likat pekat.
- Satukan bahan butter dan adunan telur.Putar sebati tetapi jangan lama sangat.
Masukkan esen vanilla dan susu segar. - Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu dengan kaler yang berlainan.~ jenis kaler yang di gunakan ialah kaler cecair.( ungu, biru, hijau tua, oren, kuning & merah ).
- Bakar satu lapisan selama 15 minit setiap satu atau bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
- Bakar sehingga habis 6 warna.
- Topping kek ikut kesukaan masing masing ye.
Resepi Rainbow Cake Yatie Memories
Rainbow Cake: Sumber Yatie Memories
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan butter ~ suhu bilik
- 2 cawan gula castor ~ ita guna 1 3/4
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik
- 2 sudu kecil esen vanila 1
- 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna – oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara:
- Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
- Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
- Masukkan esen vanila
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
- *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
- Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
- Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
- Bila dah masak letak atas redai
- Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
- Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
- *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bahan Cream Cheese Frosting:
- 250 gram cream cheese
- 120 gram gula
- 120 gram butter
Cara-cara:
- Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
- Sedia untuk digunakan.
- Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
- Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis.
- Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
- Hias mengikut kreativiti masing-masing.
Penutup
Bukan sahaja kek pelangi ini cantik dan berwarna-warni, malah rasanya memang sedap.
Antara resepi yang anda boleh cuba: