Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup
Bermula pada 29 Januari 2024, tahap pertama pembayaran STR akan secara bertahap disalurkan ke akaun bank penerima yang telah terdaftar dalam database STR, atau melalui penyaluran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN), berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan
Cara Mohon STR 2024
Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:
i. secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR; atau
ii. secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024 bagi tatacara untuk membuat permohonan
Kaedah penghantaran borang dan dokumen sokongan adalah seperti berikut:
i. Muat naik secara dalam talian di Laman Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
ii. Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
iii. Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan di Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya
Cara Semakan Status STR 2024
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan
memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
b. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store
pada telefon bimbit; atau
c. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
e. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Cara Semakan Status STR Melalui Portal Rasmi STR
a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
Permohonan Rayuan STR 2024
a. Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024: Mulai 29 Januari 2024
b. Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024: Secara Dalam Talian
c. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
d. Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Jadual Pembayaran STR 2024
a. Pembayaran STR 2024 Fasa 1 mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.
b. Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.
c. Kaedah pembayaran:
i. Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
ii. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)