fbpx

7 Resepi Ikan Bakar Air Asam Viral, Sedap Dan Menyelerakan

Hari ini saya nak kongsi resepi ikan bakar air asam yang viral, sedap dan menyelerakan. Bila membayangkan ikan bakar, pasti anda kecur liur mendengarnya apabila digandingkan dengan air asam. Pasti menyelerakan apabila ikan bakar dicicah air asam dan dimakan dengan nasi yang panas-panas. Jika diratah begitu sahaja pun sedap ikan bakar ini. Resepi ikan bakar air asam ini pasti dapat menaikkan selera semua! Jangan lupa Follow dan Like Listikel di Facebook untuk perkongsian resepi yang menarik!

Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam Che Nom

ikan bakar dan air asam che nom

Ikan Bakar Dan Air Asam: Sumber Che Nom
Bahan-bahan Ikan Bakar:
  • 4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda
  • daun pisang
  • sedikit minyak (untuk grill)

Bahan Pes Ikan Bakar:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • 1 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • ½ sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • ½ – 1 sudu kecil garam
  • sedikit air
  • 1 senduk minyak masak
  • ½ – 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan air asam:

  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 10-15 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • ½ biji bawang besar
  • 1-2 biji tomato
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit perahan jus limau nipis

Cara-cara untuk pes ikan bakar:

  1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak.
  3. Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
  4. Sambung masak dalam anggaran 5 minit.

Cara-cara untuk ikan bakar:

  1. Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
  2. Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
  3. Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
  4. Panggang ikan sehingga ia masak.

Cara-cara untuk air asam jawa:

  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. Potong kecil bawang besar.
  3. Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
  4. Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
  5. Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  6. Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
  7. Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.

Resepi Ikan Selar Bakar Dengan Air Asam Sambal Berpantang Azie Kitchen

Ikan Bakar Dengan Air Asam Azie Kitchen

Ikan Bakar Dengan Air Asam Sambal Berpantang: Sumber Azie Kitchen

Bahan bakar:

  • 2 ekor ikan selar – kelar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia 
  • Minyak bijan
  • Minyak zaitun
  • Garam 
Cara cara:
  1. Tumbuk kunyit hidup dan halia.
  2. Lumur pada ikan bersama sedikit garam.
  3. Renjiskan minyak bijan dan minyak zaitun pada ikan.
  4. Letakkan daun pisang dan siram sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Bakar dan terbalikkan kedua dua permukaan sehingga masak. 
Bahan bahan Air Asam Sambal Berpantang:
  • 1/2 biji bawang besar Holland – cincang
  • 5 ulas bawang putih – lebihkan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Air asam jawa pekat
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam hingga hancur. Satukan semua bahan dan kacau rata.
  2. Sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar atau ikan panggang. 
Nota:
  • Elok makan banyak bawang besar Holland untuk kurus.
  • Air asam jawa elok untuk wanita dalam pantang tapi bukan asam keping. 

Resepi Pes Ikan Bakar Best Terangkat Dengan Air Asam

Pes Ikan Bakar Best Terangkat Dengan Air Asam

Pes Ikan Bakar Best Terangkat Dengan Air Asam: Sumber Dari Dapur

Bahan-bahan:

  • 600-700 gram cili kisar
  • 5 biji bawang merah saiz bola pingpong dibakar dengan arang
  • 3 ulas bawang putih dibakar dengan arang
  • 1 biji bawang holland saiz bola tenis dibakar dengan arang
  • 1 biji tomato besar saiz bola tenisdibakar dengan arang sampai kulit mulai tercabut
  • 1 tangkai ketumbar dan akar 70-90 gram
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 2 cm panjang halia muda
  • 4 cm panjang lengkuas
  • 2 cm panjang kunyit
  • 5-6 lada burung pedas ( lebihkan kalau suka pedas)
  • 3×3 cm belacan dibakar arang
  • 2 pek perencah ikan bakar ADABI
  • 3 sudu makan kicap pekat jalen
  • 2 batang serai
  • 1 sudu makan asam jawa amek air dia
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • Gula perang secukupnya, garam ( bagi masak biar rasa lebih sikit manis, masin sebab nak makan dengan nasi )
  • Minyak untuk menumis. Guna minyak banyak nanti akhir proses baru buang minyak.

Cara Buat Pes Ikan Bakar Sedap:

  1. Bakar bawang yang perlu dibakar. Ben guna arang sabab aroma lebihsedap.
  2. Lepas tu masukkan semua bahan dan kisar kecuali cili kisar dan airasam jawa.Tumis semua bahan kecuali cili kisar n asam jawa. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar.Tunggu pecah minyak lagi dan perasakan danbiar pecah minyak lagi.
  3. Dah rasa cukup, sejukkan, buang lebihan minyak sikit dan simpan dalam peti.

Cara Guna Pes Ikan Bakar:

  1. Masukkan 1-2 senduk pes ikan bakar atas daun pisang dan baru letakikan yang siap dikelar.
  2. Tambah lagi pes 1-2 senduk dan tutup dengan daunpisang.
    Bakar atas bara api . Tinggikan sedikit jarak bara dan permukaan daun pisangsupaya tak mudah hangit.
  3. Bakar sehingga ikan mulai masak dan masih juicy.

Resepi Ikan Bakar dan Air Asam Wani Sukarno

Ikan Bakar dan Air Asam Wani Sukarno

Ikan Bakar dan Air Asam: Sumber Wani Sukarno

Bahan A:

  • * Bawang besar
  • * Tomato
  • * Cili padi hijau
  • * Cili merah

Bahan B:

  • * Bawang besar
  • * Tomato
  • * Cili padi hijau
  • * Cili merah
  • * Belacan
  • * Air asam jawa
  • * Garam & gula secukup rasa

Bahan C:

  • * Kerisik secukupnya
  • * Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai

Cara-cara:

  1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.

Resepi Ikan Tilapia Bakar Bersambal Cicah Sambal Air Asam

Ikan Tilapia Bakar Bersambal Cicah Sambal Air Asam

Ikan Tilapia Bakar Bersambal Cicah Sambal Air Asam: Sumber Zera Naim

Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan tilapia merah ] dibersihkan
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 biji bawang besar ] dihiris halus
  • 3 biji bawang putih ] dihiris halus
  • 2cm halia ] diketuk
  • 2cm lengkuas ] dihiris halus
  • 2 batang serai ] diketuk
  • 15 tangkai cili kering ] direndam dan dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula merah secukup rasa

Bahan Air Asam:

  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 biji cili merah ] dihiris
  • 8 biji cili api hijau ] ditumbuk halus
  • 1 1/2 biji bawang merah ] dihiris
  • Sedikit belacan bakar ] ditumbuk
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Bagi menyediakan sos perapan ikan, panaskan minyak dan tumis bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga naik wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kering bersama air asam jawa dan biarkan sehingga garing.
  3. Perasakan dengan garam dan gula merah dan kacau rata.
    Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Sebaik mendidih, angkat dan ketepikan.
  4. Lumur ikan bersama dengan sos perapan dengan secukupnya. Bakar hingga masak.
  5. Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan dan gaul rata.
    Sedia untuk dinikmati.

Resepi Ikan Pari Bakar dengan Air Asam Bunga Kantan

Resepi Ikan Pari Bakar dengan Air Asam Bunga Kantan

Ikan Pari Bakar dengan Air Asam Bunga Kantan: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan Pes Ikan Bakar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam cili kering (basuh & rendam sampai lembut)
  • 1 inch halia
  • 1 inch lengkuas
  • 3 batang serai (racik)
  • 4 cili besar
  • segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing²)
  • 5 ke 6 helai daun limau purut (buang tulang belakang)
  • 1 sudu udang geragau kering (boleh ganti belacan bakar)
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1 asam keping
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak masak yg banyak (dalam 2 cawan)

Cara-cara Pes Ikan Bakar:

  1.  Blend bawang besar, bawang putih, semua jenis cili, halia, lengkuas, serai, udang geragau kering & daun limau purut dengan sedikit air sampai sebati.

  2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend. Masukkan asam keping & gula melaka. Kacau sampai garing.

  3. Perasakan garam & gula. Kalau kurang masam, boleh tambah pes asam jawa.

Nota:

  • Pes sambal ikan bakar ni boleh simpan dalam peti ais lama. Minyak memang bnyak sebab kita nak bakar ikan just guna minyak tu je.
  • Boleh juga bakar sotong, udang atau kerang. Ikut suka.
  • *Masa nak bakar tu boleh laa tambah petai. Lagi terangkat.

Bahan Air Asam Bunga Kantan:

  • 2 sudu membukit pes asam jawa
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu gula perang
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang holland (dadu kecik)
  • 1 biji bawang besar (dadu kecik)
  • 1 biji tomato (dadu kecik)
  • 1 bunga kantan (mayang halus)
  • cili api secukupnya (hiris)
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Gaul pes asam jawa, kicap, gula, garam & air panas sampai sebati. Rasa laa, tambah apa yang kurang.

  2. Masukkan semua bahan yang lain, kacau sebati. Done.

Resepi Ikan Bakar Dengan Air Asam Kerisik Yang Super Sedap

Ikan Bakar Dengan Air Asam Kerisik Yang Super Sedap

Ikan Bakar Dengan Air Asam Kerisik Yang Super Sedap: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan Ikan Bakar:

  • Ikan Siakap
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan Air Asam Kerisik:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 tangkai Cili Besar Merah
  • 7 biji Cili Padi Merah dan Hijau
  • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 1 cawan Air Asam Jawa
  • Belacan (lebih kurang 1 cm)
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sudu besar Kerisik

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit sehingga rata.
  2. Bakar ikan sehingga masak. Ikan boleh di bakar menggunakan oven, dapur biasa atau dapur arang.
  3. Sementara itu boleh sediakan air asam kerisik. Hiris bawang besar, cili besar merah, cili padi dan tomato (dipotong dadu). Ketepikan.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam mangkuk kemudian tambahkan belacan, lenyek belacan dan kacau sehingga hancur dan sebati.
  5. Letakkan garam dan gula secukupnya sehingga dapat rasa yang sedap.
  6. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dihiris tadi kacau rata kesemuanya.
  7. Akhir sekali, masukkan kerisik. Kacau sebati. Siap! Boleh dihidangkan bersama ikan bakar.

Penutup

Power kan resepi ikan bakar air asam ini. Anda wajib cuba! Pasti kecur liur bila teringat ikan bakar air asam. 

Anda juga boleh cuba resepi berasaskan ikan:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.