fbpx

5 Resepi Sotong Stim Limau Yang Simple Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi sotong stim limau yang sedap. Rasa pedas, masam dan manis yang pastinya menaikkan selera apabila dimakan. Kecur liur dibuatnya! Jimat masa di dapur. Bahan pun mudah nak dapatkan, dan kebanyakkannya sudah sedia ada di dapur. Sos ikan ini, nak digunakan untuk ikan masak stim pun boleh.  Jom cuba resepi sotong stim limau dengan sos istimewanya! Cara penyediaan sotong stim limau ini cukup ringkas dan mudah je. 

Resepi Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap Qaseh Honey

Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap Qaseh Honey 3

Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong saiz besar – kelarkan badannya
  • 4 batang serai – diketuk
  • 2 inci halia – hiris
  • 2 inci lengkuas – hiris
  • 15 helai daun limau purut – hiris kasar

Bahan Kisar:

  • 15-20 biji cili padi merah dan hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 tangkai akar daun ketumbar
  • 3 biji limau nipis – ambil jusnya

Bahan Sos:

  • 8 biji tomato ceri – belah 2
  • 2 biji limau nipis – potong kecil
  • Setangkai daun ketumbar – hiris
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1.  Didihkan air ke dalam pengukus. Ketepikan.
  2. Satukan bahan kisar bersama bahan sos. Gaul rata dan perasakan rasanya. Ketepikan.
  3. Ambil bekas atau loyang, susun sotong ke dalamnya. Masukkan serai, halia, lengkuas daun limau purut.
  4. Masukkan bekas sotong ke dalam pengukus dan stimkan sotong selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan sotong sahaja dan satukan dengan campuran bahan kisar tadi. Siap untuk dihidang.

Resepi Sotong Kukus Thai Citarasawan

Resepi Sotong Kukus Thai Citarasawan

Sotong Kukus Thai: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg Sotong (4-5 Ekor)
  • 1 Batang Serai – Hiris
  • Halus
  • 4 Hiris Lengkuas
  • 4 Ulas Bawang Putih – Hiris
  • 1 Tangkai Daun Ketumbar Bersama Akar
  • 2 Helai Daun Limau Purut 

Bahan-bahan Sos:

  • 6 Tangkai Cili Padi Merah Dan Hijau – Hiris
  • 1 Sudu Besar Gula Pasir
  • 3 Sudu Besar Jus Limau Nipis
  • 2 1/2 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1/4 Sudu Kecil Gara
  • 1 Ulas Bawang Putih – Hiris

Cara-cara:

  1. Kelar sotong tapi jangan sampai putus. Masukkan ke dalam bekas bersama serai,
    lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
  2. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
  3. Susun ke dalam pinggan.
  4. Satukan semua bahan sos, kacau rata. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
  5. Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Ayadieeya

Sotong Stim Limau Ala Thai Ayadieeya

Sotong Stim Limau Ala Thai: Sumber Ayadieeya

Bahan-bahan:

  • Sotong setengah kilo @ 1kg
  • Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )
  • Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)
  • Asam limau nipis dalam 3biji
  • Daum ketumbar ( potong )
  • Kiub pati ayam 1/2 @ 1
  • Kicap sotong 3 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar

Cara-cara:

  1. Kukus sotong dlm 7 minit, jangan letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat (air sotong tu kak aya buang).
  2. Lepas tu buat sos dia!
  3. Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar.
  4. Nanti korang try dulu, kalau tak cukup masam tambah limau nipis, kalau tak masin boleh tambah kicap sotong, kalau tak cukup manis tambah gula.
  5. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. 

Resepi Sotong Kukus Limau Yang Mudah

Resepi Sotong Kukus Limau Yang Mudah

Sotong Kukus Limau Yang Mudah: Sumber Makanlena

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Cabai melaka – merah, hijau
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar (akar sekali)
  • Gula
  • Bawang putih
  • Daun pudina
  • Lengkuas, serai

Cara-cara:

  1. Cuci sotong dan potong (kelar) sotong; jangan sampai putus.

  2. Susun sotong dlm bekas untuk dikukus, letakkan lengkuas, serai (potong), akar ketumbar, sedikit bawang putih di atas sotong.

  3. Kukus dengan api yang paling kuat, agak-agak sotong dah masak buang air yang keluar dari sotong.

Resepi Sotong Kukus Limau Hazura Hashim

Sotong Kukus Limau Hazura Hashim

Sotong Kukus Limau: Sumber Hazura Hashim

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Cabai melaka merah, hijau
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar (akar sekali)
  • Gula
  • Bawang putih
  • Daun pudina
  • Lengkuas
  • Serai

Cara-cara:

  1. Cuci sotong bersih-bersih.
  2. Potong sotong macam dalam gambar tapi jangan sampai putus.
  3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar, sedikit bawang putih.. Letak atas sotong.
  4. Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong

Cara-cara: (Sos)

  1. Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong… kacau hingga hancur.
  2. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan potong sedikit limau nipis-nipis letak atas sotong yang telah di stim.

Penutup

Mudah je resepi sotong stim limau kali ini. Jom cuba!

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.