fbpx

5 Resepi Sotong Masala Yang Sedap, Pasti Ramai Yang Suka Makan!

Hari ini saya nak share resepi sotong masala yang sedap. Sebenarnya, mudah je nak sediakan resepi sotong masala ini, bahan-bahan pun senang nak dapat. Cara masakan lebih kurang kari sotong, cuma untuk melengkapkan rasa sotong masala ini, tambahkan rempah masala.  Nak lagi sedap, boleh makan dengan nasi minyak atau nasi biryani. Bau harum rempah dan aromanya pasti membangkitkan selera anda sekeluarga.

Resepi Sotong Masala Citarasawan

Sotong Masala Citarasawan

Sotong Masala: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong bertelur saiz sedang
  • 50 gram rempah kari daging (1 paket kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 tangkai daun kari

Bahan Hiris:

  • 1/2 labu bawang holland, potong baji
  • 1 tangkai cili merah, belah memanjang

Bahan Kisar:

  • 1/2 labu bawang holland
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 in halia

Rempah Kasar:

  • Rempah Kasar (Masala) :-
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 3 buah pelaga

Cara-cara:

  1. Cuci sotong, tarik keluar pundi hitamnya tanpa mengeluarkan tulangnya. Masukkan kepala sotong ke dalam badannya. Celur dengan sedikit air, 1/4 paras sotong.
  2. Masak sebentar sehingga sotong tegang dan mengelembung. Angkat, tos dan simpan air rebusannya. Ketepikan.
  3. Kisar bahan-bahan kisar dengan 1 cawan air dan tapis. Simpan air kisarannya. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis rempah kasar dan bahan hiris hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, daun kari dan tumis hingga kekuningan. Masukkan air kisaran bawang dan masak hingga mendidih.
  5. Satukan serbuk kari, jintan putih, jintan manis dan serbuk cili. Gaulkan dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali.
  6. Tumis hingga pecah minyak. Tambah air rebusan sotong dan reneh hingga hampir pekat. Akhir sekali, masukkan sotong yang di celur, gula dan garam. Tambah air panas jika kuah agak pekat.

Resepi Sotong Masala Resepi Mudah

resepi sotong masala resepi mudah

Sotong Masala: Sumber Resepi Mudah

Bahan perap sotong:

  • 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 serbuk lada sulah

Bahan Tumisan:

  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3 cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

Bahan-bahan lain:

  • 2 biji cili hijau | hiris bulat
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah masala
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:

  1. Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
  2. Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
  5. Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
  6. Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

Resepi Sotong Masala Nasi Kandar Wattie’s Homemade

Sotong Masala Nasi Kandar Wattie's Homemade

Sotong Masala Nasi Kandar: Sumber Wattie’s Homemade

Bahan-bahan:

  • kg Sotong putih (sarat telur).
  • 100 gram rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250 gram serbuk kari).
  • 1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
  • 2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
  • Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih, 1 sudu teh serbuk jintan manis, sudu teh serbuk kas-kas (tidak kemestian)
  • 1 sudu teh serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
  • 1 sudu teh gula pasir.
  • kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
  • 2 ranting daun kari.
  • 3 cili merah dibelah dua memanjang.
  • Daun bawang dipotong 2 inci.
  • 75 gram santan pekat atau (4 sudu besar yogurt atau 1/2 tin susu cair)
  • Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

Cara-cara:

  1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).
  2. Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. Jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.
  3. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.

Resepi Sotong Masala Terlajak Sedap

Resepi Sotong Masala Terlajak Sedap

Sotong Masala: Sumber Terlajak Sedap

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar |dihiris
  • 2 biji cili merah |dipotong memanjang
  • 2 sudu teh halia kisar
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 50 gram santan pekat
  • 1 cawan air rebusan sotong
  • 3 sudu makan minyak masak
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
  2. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
  3. Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
  4. Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
  5. Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.

Resepi Sotong Masala Akuman999

Resepi Sotong Masala Akuman999

Sotong Masala: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • 500 gm sotong- dikerat 1 1/2 inci tebal)

  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)

  • 3 tangkai daun kari

  • 1/2 cawan yogurt asli

  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)

  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)

  • 2 sudu kecil serbuk cili

  • garam dan gula secukup rasa

Bahan B: (Dikisar)

  • 6 ulas bawang mera

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 cm halia

  • 1 sudu besar jintan putih

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar lada putih

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.

  2. Masukkan udang/sotong dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu).

  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.

Penutup

Pikat perut suami dengan masakan yang sedap dan mudah ini. Pasti menambat hati yang tersayang!

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.