fbpx

7 Resepi Putu Bambu Dan Putu Piring Yang Sedap Dan Mudah!

Hari ini saya nak kongsi resepi putu bambu dan putu piring yang sedap. Sedap dimakan panas-panas mahupun ketika suam. Apalagi jika menyuap sepotong putu bambu yang masih panas ke mulut memang terasa nikmatnya. Apalagi jika dibuat homemade, fresh dari dapur! Terus terbayang kesedapan dan kelembutan putu dengan inti gula melaka kan. 

Resepi Putu Bambu Guna Acuan Je

Putu Bambu Guna Acuan Je

Putu Bambu Guna Acuan Je: Sumber Norasida Myasin

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 13 sudu makan air
  • Gula Melaka Secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masak air dalam periuk besama secubit garam dan daun pandan. Apabila air mendidih dan wangi bau daun padan. Tutup api.
  2. Di dalam mangkuk masukkan tepung beras dam masukkan air suam tadi dan gaul hingga berderai seperti serbuk roti.
  3. Kemudian tapis tepung tadi gunakan penapis jarang dan ayak. Setelah siap masukkan dalam acuan dengan di bahagian tengahnya letakkan gula Melaka.
  4. Kukus dengan penutup kukus dibalut dengan kain.
  5. Kukus lebih kurang 15 minit.

Resepi Putu Bambu Pandan Yang Lembut dan Sedap

Putu Bambu Pandan Yang Lembut dan Sedap: Sumber Borianafoods

Bahan-bahan:

  • Tepung beras kering 400 gram
  • Parutan kelapa muda 150 gram
  • Gula merah 125 gram (dihiris nipis)
  • Air bersih 300 ml
  • Garam 1 sudu teh
  • Daun pandan 2 helai
  • Cetakan bambu (garis pusat 3 hingga 5 cm)
  • Daun pisang secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air yang telah anda siapkan menggunakan periuk. Masukkan garam dan daun pandan. Aduk sebentar. Tunggu sehingga air menjadi suam kemudian matikan lagi.
  2. Sediakan bekas untuk mengacau adunan, tuang tepung beras di dalamnya. Kemudian, tuang air yang telah anda hangatkan pada langkah pertama. Tuang air tersebut sedikit demi sedikit. Sambil terus menuang air, aduklah secara perlahan sehingga terbentuk butiran-butiran halus.
  3.  Sediakan penapis yang kasar untuk menapis adunan tersebut. Gosok-gosokkan sehingga terbentuk butiran yang sangat halus.

  4. Sediakan acuan bambu, masukkan adunan hingga mengisi setengah cetakan. Beri keping gula di tengahnya. Tutup menggunakan adunan kembali. Beri sisa ruang sedikit agar adunan dapat mengembang.

  5. Sediakan kukusan untuk mengukus. Lapisi loyang menggunakan daun pisang. Kukus kuih putu bambu ini selama kira-kira 10 minit. Kemudian, angkat dan keluarkan dari acuan bambu.

  6. Hidangkan kuih bambu selagi masih hangat. Agar lebih sedap, taburkan dengan parutan kelapa muda.

Resepi Putu Bambu Haliza Jeran

Putu Bambu

Putu Bambu: Sumber Haliza Jeran

Bahan-bahan:

  • 400 gram tepung beras
  • 300 ml air
  • 3 lembar daun pandan
  • 1 sudu teh garam
  • 125 gram gula merah
  • 125 gram kelapa parut

Cara-cara:

  1. Rebus air yang di campur garam dan pandan hgga didih. Angkat biar hangat. Masuk tepung beras dalam bekas masuk air pandan sikit-sikit hingga rata. Guna penapis kasar masuk adunan ayak jadi halus.
  2. Amik acuan lompang masuk adunan separuh letak gula merah tambah lagi adunan penuh.

  3. Kukus selama 25 minit hingga masak. Siap, makan panas-panas memang terangkat.

Resepi Putu Piring Asli Tradisional Yang Lembut dan Sedap

Putu Piring Asli Tradisional Yang Lembut dan Sedap: Sumber Cik Matahariku

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 sudu garam
  • 150ml air panas
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil yang putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
  • 1/2 cawan gula melaka,diparut
  • 5-6 helai daun pandan
  • kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8 inci persegi)
  • Daun pisang digunting 2 inci persegi

Cara-cara:

  1. Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.
  2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan.
  3. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya gunakan air panas.
  4. Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.
  5. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.)
  6. Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
  7. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
  8. Sedia untuk dihidang dan disantap.

Resepi Putu Piring Moden

Putu Piring Moden: Sumber Iluminasi

Bahan-bahan:

  • Air (300ml)
  • Daun pandan (2 helai)*
  • Garam (1 sudu kecil)*
  • Tepung beras (400g) – pemilik resepi guna cap Gajah
  • Gula melaka
  • Kelapa parut
  • Garam

Cara-cara:

  1. Masak bahan-bahan yang berhuruf condong sehingga mendidih. Asingkan
    sehingga suam-suam kuku. 
  2. Gaul air yang telah suam-suam tadi dengan tepung beras. Tepung tersebut akan menjadi peroi sedikit. Ia tidak akan menjadi seperti
    doh, tetapi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian, tapis adunan tepung tadi. Bahagian ini memang leceh dan menyakitkan jari kerana adunan tadi agak keras. Jadi, perlu tekan kuat-kuat adunan tadi pada penapis supaya adunan yang halus mulus akan keluar (rujuk gambar).
  4. Tumbuk gula melaka sehingga halus. Jangan ketul-ketul besar kerana gulanya akan menjadi tidak cair.
  5. Masukkan tepung yang telah ditapis menjadi serbuk yang lebih halus tadi
    dalam acuan lompang sedikit. Letak gula sebanyak mana yang dimahukan
    dan tutup dengan tepung kembali sehingga penuh acuan.
  6. Kukus sebentar dalam 10 minit dan siap untuk dihidangkan. Makan dengan kelapa parut dan garam.

Resepi Putu Piring & Putu Bambu Homemade Tapi Tak Ada Acuan

Putu Piring & Putu Bambu Homemade Tapi Tak Ada Acuan

Putu Piring & Putu Bambu Homemade Tapi Tak Ada Acuan: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • Kelapa
  • Tepung beras
  • Gula melaka

* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.

Cara-cara:

  1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
  2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh

  3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi

  4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).

  5. Kemudian masukkan sedikit garam.

  6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.

  7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.

  8.  Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.

  9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.

  10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.

Nota:

  • Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.

Resepi Putu Piring Meletops Rasanya..

Putu Piring Meletops Rasanya: Sumber Resepi Sheila Rusly

Bahan-bahan:

  • 400 gram beras
  • 135 gram beras pulut
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  •  garam dan sedikit air
  • 150-180 gram gula melaka (dihancurkan)
  • 1/2 biji kelapa parut putih digaul bersama sedikit garam
  • Acuan putu piring
  • kain putih (maslin) empat segi saiz 12cm
  • daun pisang sebesar acuan (untuk melapik putu)
  • pengukus

Cara-cara:

  1. Basuh beras dan beras pulut yang direndam semalaman bersama kunyit (untuk mewarnakannya).
  2. Kemudian ditoskan dan dicampurkan garam.
  3. Kisar atau blend sehingga halus dan ayak.
  4. Campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi serbuk roti.
  5. Taburkan dengan sedikit campuran atas acuan dan isikan dengan hirisan gula merah/gula melaka.
  6. Tutup dengan campuran beras tadi, rata dan kemaskan.
  7. Sediakan sehelai kain dan terbalik acuan atasnyer supaya putu piring tertinggal di atas kain.
  8. Angkat dan isikan di atas pengukus.
  9. Bila masak, gunakan kain untuk mengangkat putu.
  10. Letakkan kelapa parut dan terbalikkan ke atas sehelai daun pisang.
  11. Sedia disajikan.

Penutup

Mudahkan, senang buat sendiri. 

Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.