fbpx

5 Resepi Pasembor Paling Sedap, Hidangan Popular Di Pulau Pinang!

Hari ini saya nak kongsi resepi pasembor yang paling sedap! Pasembor/ pasembur/ passembur ialah rojak India Muslim yang terdiri daripada sayur-sayuran yang dicincang, telur, tauhu, dan goreng yang disiram dengan sos ubi berempah. Nak makan pasembor yang sedap mesti cari di utara, apakata kali ini kita buat sendiri dirumah. Saya kongsikan resepi pasembor popular ini, khas untuk anda.

Resepi Pasembor Kodiang Mat Gebu

Pasembor Kodiang Mat Gebu

Pasembor Kodiang: Sumber Mat Gebu

Bahan Kuah:

  • 200 gram ubi kentang*
  • 300 gram ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
  • 200 gram kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
  • 70 gram bawang besar*
  • 20 gram bawang putih*(*kisar halus)
  • 50 gram gula merah (mat guna gula melaka)
  • 3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
  • 60 ml jus asam jawa
  • 1/2 liter air
  • 60 ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain:

  • 200 gram timun, potong halus
  • 200 gram sengkuang, kupas dan potong halus
  • 200 gram taugeh, buang ekor dan celur sekejap
  • 5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
  • 2 keping tauhu, goreng dan hiris
  • 2 – 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

Bahan Cucur Udang:

  • 100 gram tepung gandum
  • 1/2 camca teh soda bikarbonate
  • 1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
  • 125 – 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa ekor udang (jika suka)

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
  2. UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali “udang”. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 – 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
  3. UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera…Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak.

Resepi Passembur Azlita Aziz

Passembur Azlita Aziz

Passembur: Sumber Azlita Aziz

Bahan Cucur Passembur:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung
  • 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut kering.
  • 1 sudu kecil (tsp) Yis segera atau  Mauripan 11gm setengah paket.
  • 1/2 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam ( pastikan bukan air panas )
  • 3/4 sudu kecil (tsp) garam

Bahan lain:

  • Daun kucai di potong 1 inc
  • taugeh
  • cili merah di cincang halus
  • udang basah jika nak buat cucur udang
  • Jika nak letak udang, udang perlulah di salut dengan tepung jagung terlebih dahulu. Ambil sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, buat macam gum. Kemudian gaulkan dengan udang.

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita larutkan dahulu gula di dalam 2 cawan air suam. Pastikan air suam kuku ya bukan air panas. Kalau air panas  nanti bakteria dalam yis tu mati.
    Masukkan yis dan kacau, biarkan ia larut dan aktif dalam 10 minit
    Yis akan berbuih.
  2. Sementara itu, kita goreng kelapa parut tanpa minyak atau sangai sebentar.
    Bahan-bahan tepung kita satukan dengan baking powder dan garam dalam bekas besar.
  3. Bila yis dah berbuih, tuangkan dalam tepung. Kacau rata. Tutup bekas dengan tuala bersih dan perap 1 hingga 2 jam. Jangan lama sangat nanti cucur akan rasa masam.
  4. Lepas tepung kita naik, masukkan kelapa kering, cili merah, kucai, taugeh dan udang jika nak cucur udang.
  5. Goreng cucur dengan minyak yang panas, jika minyak tak panas cucur akan serap minyak.
  6. Cara bagaimana nak mendapatkan cucur yang cantik dan cara mengoreng cucur bolehlah baca di blog Tuan Mamak Haji di Sini. Ita goreng macam biasa aje..
  7. Goreng cucur sampai dia kuning keemasan. Menurut Tuan mamak Haji, jika inginkan cucur yang kuning macam mamak Penang tu.. tambahkan pewarna kuning.
  8. Cucur ni dia jenis yang ringan. Bila dah masak dia akan terapung.
    Adunan cucur ni agak cair tau! mula ita pun panik jugak bila lihat adunan yang sangat cair, tapi bila dah goreng dia ok! sangat rangup dan sedap!

Bahan Kuah Passembur:

  • 1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat. Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti. Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus. Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek.
  • 500 gram udang kertas atau udang putih ~  kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.
  • 125 gram kacang tanah ~  Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai)  jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.
  • 5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.
  • 10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.
  • 15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.
  • 3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur. Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.

Bahan lain:

  • 1 buku gula Melaka ~ ita tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
  • 4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
  • Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali.
  2. Masukkan udang yang di kisar halus.
  3. Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih.
  4. Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar. Masukkan keledek yang dah di lumatkan. Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya.
  5. Masukkan juga air asam jawa. Masukkan juga gula Melaka yang di hiris. Perasakan dengan garam dan juga gula.
  6. Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar. Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat.
  8. Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya.
  9. Kuah pesembur dah pun siap.

Nota:

Pesembur ini di makan bersama :

  • Cucur Pesembur
  • Tahu yang di goreng dan potong dadu
  • Kentang ~ direbus kemudian di celupkan di dalam bancuhan tepung beras bersama
  • garam dan sedikit air kemudian di goreng. Potong baji
  • Sengkuang ~ yang di hiris mancis
  • Timun ~ di hiris mancis
  • Daun salad secukupnya
  • Kuah pesembur

Resepi Rojak / Pasembur Cik Manggis

Rojak Pasembur

Rojak / Pasembur: Sumber Cik Manggis

Bahan untuk Kuah:

  • 150 gram keledek-rebus dan lenyek halus (Cm blend dengan sedikit air)
  • 190 gram gula melaka jika suka manis boleh tambah lagi ya
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air
  • 150 gram kacang tanah-panggang dan kisar (Cm tambah lebih kacang tanah dan kisar kasar)

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih.
  • 8 ulas bawang merah.
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar cili boh (Cm tak bubuh)
  • 4 tangkai cili kering

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar diatas hingga naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan-bahan seperti keledek,kacang tanah,air,gula melaka,air asam jawa serta garam.Rasa manis,masin dan masam agar seimbang.masak hingga mendidih dan kuahnya pekat.
  3. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan timun, sengkuang, tauge (celur), telur rebus, tauhu goreng, cucur udang dan cucur beras.

Bahan Cucur Beras Dan Kelapa:

  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan kelapa parut.
  • 2 ulas bawang merah-mayang halus
  • 1/2 tsp soda bicarbonat
  • Sedikit garam/
  • Air secukupnya. (Agak-agak seperti buat cucur udang) Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik.

Cara-cara:

  1. Bancuh semua bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap. Kemudian goreng seperti buat cucur biasa. Goreng hingga garing. Siap:)

Resipi Rojak / Passembur Mamak Yang Meletup!

Resipi Rojak Passembur Mamak Yang Meletup!

Rojak/Passembur Mamak Yang Meletup!: Sumber rasa.my

Bahan-bahan rojak:

  • Sengkuang dihiris nipis memanjang
  • Timun dihiris nipis memanjang
  • Taugeh dicelur sedikit
  • Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
  • Kentang direbus dan dipotong
  • Telur rebus
  • Cucur kelapa dipotong
  • Cucur naik dipotong
  • Cucur beras dipatah dan ditabur atas
  • Bawang goreng ditabur atas

Bahan Cucur Kelapa:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepun gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
  • Bawang kecil di mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sodium bicarbonate

Cara-cara:

  1. Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas. 

Bahan Cucur Naik:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda
  • Taugeh basuh bersih
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit / pewarna
  • 1 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
  2. Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.

Bahan Cucur Beras atau Kerepek:

  • 250 gram tepung beras
  • 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (tapioca flour)
  • Minyak untuk goreng

Bahan Perencah: (dikisar)

  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
  • 1 biji telur.
  • 50 ml santan cair.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan:

  1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
  2. Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250 ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
  3. Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
  4. Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas  rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.

Bahan-bahan Kuah Rojak:

  • 1/2 kg ubi keledek berwarna oren – dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
  • 125 gram udang kertas halus – goreng dulu udang itu 1/4 masak.  
  • kacang tanah (goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. 
  • 3 ulas bawang putih – digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
  • 2-3 bawang besar digoreng layu.
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar.  Masukkan garam secukup rasa.
  2. Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh. 

Resepi Pasembor Mamak Haji

PASEMBOR MAMAK HAJI

Pasembor Mamak Haji: Sumber Faudziyah Haji Ariffin

KUAH PASEMBOR

Bahan A:

  • 1/2 kg ubi keledek berwarna oren (kalau keledek putih pon boleh)
  • 125 gram udang kertas halus atau ‘segumpal tangan’ sotong kering  (Sotong ini tujuan untuk save kos dan penggunaan nya sedikit saja sudah mencukupi kerana kuat baunya. Walaubagaimana pon Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah akan jadi kehitaman sedikit)
  • 125 gram kacang tanah. (Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah)
  • 10 – 15 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 bawang besar atau 15-20 biji bawang merah (bawang merah lebih wangi dari bawang besar)
  • 4 cawan air
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 ketul gula melaka (Saya tambahkan kerana gemar kuah yang lebih manis dan lebih terasa apabila dimakan dengan cucur/salat)
  • 2 sudu besar asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air (saya lebihkan sedikit. Kemasaman apabila diblend dengan kemanisan kuah adalah lebih sedap)
  • 5-8 keping biskut merry
  • Sedikit garam
  • Sedikit Pewarna oren merah (jika menggunakan ubi putih)

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ubi keledek dibuang kulit, direbus sehingga lembut dan dilenyek ketika ia masih dalam panas-panas lagi. Boleh juga dikisar dengan menggunakan air rebusan ubi.
  2. Jika menggunakan udang… boleh dibuang kulitnya atau pun biarkan begitu saja. Hanya basuh bersih-bersih, panaskan sedikit minyak dan goreng ia sehingga 1/4 masak. (Perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarna kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan dibuang yang berwarna kuning tersebut).  * Saya biarkan kulit bersama kepala nya. Oleh itu saya goreng sehingga garing untuk lebih beraroma.
  3. Jika menggunakan Sotong Kering…Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh beberapa kali sehingga pasti ia bebas pasir.
  4. Kacang Tanah digoreng kering atau dengan menggunakan sedikit minyak. Pastikan jangan sampai hitam. Kemudian asingkan sedikit kacang anggaran 1/4 bahagian.
  5. Goreng Cili kering dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam.
  6. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu.
  7. Satukan udang/sotong kering, 3/4 bhg kacang tanah, cili kering, bawang dan kisar sehingga halus. Baki 1/4 kacang kita masukkan masa terakhir kisaran dan kisar SEKALI saja supaya ia sedikit kasar.
  8. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi bersama keledek ke dalam periok. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  9. Apabila kuah sudah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa, dan gula.
  10. Rendam biskut merry,  lenyekan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang reneh.
  11. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang ‘oren’ dan perasakan dengan garam.

Nota:

  • Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok dan hanguskan masakan bila dipanaskan

CUCUR PASEMBOR 

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum (anggaran 100gm).
    1 cawan tepung beras campuran (1 gajah)
    3 sudu besar tepung jagung.
    1/2 sudu kecil baking powder.
    3/4 sudu kecil garam.

    1 cawan air 

    1/4 sudu kecil garam Amonia / Garam busuq. Dibancuh dgn 1 sudu besar air. (optional)

    * Kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

Bahan B:

  • 1/2 sudu kecil Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
  • 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan dan biar selama 10 minit

Bahan C:

  • 2 sudu besar kelapa parut kering (goreng kering di atas kuali dengan api sederhana)
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)  atau 1 mangkuk kecil isi udang basah (lebih lagi sedap)
  • 1 mangkuk besar Taugeh
  • 2 pokok Kucai (dipotong 1 inci panjang)
  • 1 biji Cili merah
  • 2 biji Bawang besar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
    * Kalau nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. 

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, baking powder, serbuk kunyit, garam dan larutan garam amonia kedalam bekas yang besar kerana adunan akan naik 2 kali ganda). Adunkan serata.
  2. Apabila larutan yis telah kembang, masukkan larutan kedalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
  3. Tutup bekas adunan. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
  4. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut dan bahan C yang lain. (Resepi asal Mamak haji masukkan bahan C yang lain pada langkah 2 diatas).
  5. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. Untuk menguji minyak betul-betul panas adalah dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak. Minyak kalau tak panas, ia akan menyerap ke dalam cucur anda. Tetapi jika terlalu panas akan menghanguskan cucur., jadi pandai-pandai kawal suhu panas.  Kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. 
  6. Perlu ingat ye..setiap bahan yang digoreng dalam minyak, bahan gorengan itu perlu “crust” (kerak) dulu sebagai dinding diantara minyak dan bahan gorengan. Bila crust dibentuk boleh lah perlahankan api dan goreng sampai masak.
  7. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan anggaran 2 sudu (menggunakan sudu yang lain) dan letakkan kedalam sudip, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
  8. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
  9. Jika udang dimasukkan berasingan … Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.
  10. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.
    Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Cucur yang Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

* Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. 

SALAD

Bahan A:

  • Telur rebus
  • Sayur salad
  • Timun (dihiris memanjang)
  • Ubi Sengkuang (dihiris memanjang)
  • Ayam Goreng tepung
  • Tauhu Goreng (dihiris kiub)

Penutup

Mudahkan, senang buat sendiri. Pasembor/Pasembur/Passembur ini di Selatan Tanah Air di gelar “Rojak Mamak

Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.