fbpx

5 Resepi Kuih Titisan Hujan Viral 2022 (Raindrops)

Hari ini saya nak kongsi resepi kuih titisan hujan. Ia berupa manisan ringkas yang dimasak menggunakan serbuk agar-agar dan dinikmati bersama air gula merah dan juga serbuk kacang. Bentuknya yang jernih seakan titisan hujan dan sangat cantik sekali. Sangat mudah resipinya. Kuih ini tidak menawarkan sebarang rasa yang kuat, kelebihannya lebih kepada tekstur yang ringan. Sedap dan lembut rasanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. 

Resepi Kek Titisan Hujan Viral

Kek Titisan Hujan Viral

Kek Titisan Hujan Viral: Sumber Anis Affandi

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar swallow layang-layang

  • 1 sudu besar gula castor ( gula nih tak cukup komer kena tambah, maksu just nk tengok texture ja,) tambah la gula kalau nak ya

  • 700ml air

Cara-cara:

  1. Rebus sampai mendidih, cari mangkuk dalamnya membulat macam acuan lompang tu. Maksu guna mangkuk tupperware heheheh, hentam ja.

*Hiasan:

  • Air gula melaka
  • Soy bean powder yang dipanggang

Resepi Raindrop Cake @ Japanese Water Cake Mudah Versi Mini

Raindrop Cake @ Japanese Water Cake Mudah Versi Mini: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar
  • 950 ml air
  • 250 gram gula halus
  • Pewarna – jika suka
  • Gula merah
  • Serbuk kacang tanah 

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
  2. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.
  3. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
  4.  Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.
  5. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
  6. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Resepi Rain Drop Cake “Kuih titisan Hujanku”

Rain Drop Cake Kuih titisan Hujanku (1)

Rain Drop Cake “Kuih titisan Hujanku”: Sumber Leeina

Bahan Rain drop versi Jelly:

  • 1/2 sudu teh serbuk jelly(Konnyaku)
  • 4 sudu teh gula
  • 650-700 ml air

Bahan Rain drop versi agar-agar:

  • 1 /2 sudu teh (1 gram) serbuk agar-agar
  • 3 sudu teh gula
  • 400 ml air

Bahan  Sirap gula melaka:

  • 4 sudu makan gula pasir
  • 1/4 cawan gula merah/gula melaka
  • Secubit garam
  • 1/4 cawan air

Bahan Soya powder:

  • 100 gram kacang soya-cuci dan rendam seketika
  • 3 sudu teh gula

Cara-cara:

  1. Rain drop Cake: Dalam mangkuk Satukan serbuk jelly, gula dan sedikit air,Kacau sehingga larut. Tuankan semua bahagian air lalu dikacau diatas api perlahan sehingga mendidih matikan api.Kacau seketika supaya sedikit sejuk lalu dituang kedalam acuan.
  2. Tuang kedalam acuan bulat yang sesuai. Boleh juga guna mangkuk kecil atau acuan lompang ataupun gelas yang berbentuk bulat dibahagian dasarnya. Sejukkan 1 jam dalam peti ais sebelum dihidangkan bersama sirap gula melaka dan soya powder. Nota: Cara penyediaan versi serbuk agar-agar juga sama ye.

  3. Soya powder homemade: Kacang soya dicuci dan direndam seketika sekitar 20-30 minit..Jika ada kulit2 kacang yang sudah terpisah dari isinya tapis dan buangkan. Cuci bersih soya dan Toskan. Sangai didalam kual sehingga keperangan. Sejukkan. Campurkan dengan gula dan blend sehingga halus. Ayak kedalam bekas dan ketepikan.  *Jika nak mudah boleh guna soya powder yang dijual dipasaran lagi ummph rasanya.

  4. Sirap gula melaka: Campurkan gula putih dan gula merah/gula melaka serta air, kacau sehingga gula larut kemudian tapis kedalam bekas, ketepikan.

Resepi Kuih Titisan Hujan Nurbazlyn Husna

Kuih Titisan Hujan Nurbazlyn

Kuih Titisan Hujan: Sumber Nurbazlyn Husna

Bahan A:

  • 1/2 sudu besar serbuk jelly atau serbuk agar-agar

  • 680 ml air

  • 2 sudu besar gula castor

Cara-cara:

  1. Gunakan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.

Bahan B: (Untuk Topping)

  • 2 sudu besar gula merah

  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak bahan tersebut sehingga mendidih dan larut.

Nota:

  • Untuk kacang tanah, boleh beli yang sudah siap.
  • Untuk acuan, anda boleh guna acuan Tupperware atau mangkuk.

Resepi Kek Titisan Hujan

Kek Titisan Hujan: Sumber Viral Muafakat Johor

Bahan-bahan:

  • Air mineral secukupnya
  • Serbuk agar-agar
  • Gula pasir secukupnya
  • Gelatin yg halal
  • Tepung kacang soya (Tabur)
  • Air gula melaka (Tabur)

Cara-cara:

  1. Didihkan air mineral bersama agar-agar, gula dan gelatin.
  2. Tuangkan didihan tadi ke dalam acuan seperti mangkuk. Saiz ikut suka.
  3. Tunggu sehingga keras. Masukkan dalam peti pun boleh.
  4. Pastu taburkan tepung kacang soya panggang dan air gula melaka.
  5. Pastu makanlah.. sedap giler!! jadikan dessert!

Penutup

Kuih ini sangat lembut dan sangat mengenai tekstur halus yang cair di dalam mulut anda.

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.