Hari ini saya nak kongsi resepi cempedak goreng yang rangup. Lagi sedap bila isi cempedak manis! Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum. Sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas. Ia merupakan hidangan yang lazat untuk kudapan minum petang apabila digoreng panas. Krup krap krup krap kerangupannya.. dan lembut di dalam dengan rasa manis buah cempedak. Cempedak goreng ni makan time petang memang layan sangat! Buat sendiri lagi jimat, jom cuba resepi cempedak goreng rangup yang mudah ini.
Resepi Cempedak Goreng Rangup Azie Kitchen
Cempedak Goreng Rangup: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
-
2 senduk tepung beras
-
1/2 – 1 senduk tepung gandum
-
1 sudu besar tepung jagung – opsyenal
-
1 sudu besar butter
-
1 biji telur
-
Sedikit serbuk kunyit
-
Secubit gula
-
Garam
-
Air secukupnya
Cara-cara:
- Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
-
Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.
- Balik balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati.
Resepi Cempedak Goreng Rangup Che Nom
Cempedak Goreng Rangup: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- Cempedak secukupnya
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil kunyit
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
- Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
- Kacau sehingga adunan betul-betul sebati dan tidak berketul
- Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
- Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
- Angkat dan toskan di atas kertas tisu
Resepi Cempedak Goreng Mat Gebu
Cempedak Goreng: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
-
1 biji cempedak (kurang lebih 35 ulas isinya)
-
1 1/2 cawan tepung gandum
-
1/2 cawan tepung beras
-
2 cawan air + lebih sedikit kalau bancuhan pekat sangat
-
1 biji telur, dipukul sedikit
-
Garam secukup rasa
-
Sedikit pewarna kuning makanan (optional)
Cara-cara:
- Satukan tepung tadi, kacau rata dan masukkan telur. Gaul rata dan tuang air (2 cawan) sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang licin, jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (jangan cair sangat, nanti tak melekat pada isi cempedak).
- Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan perwarna kuning makanan. Kacau rata. Masukkan isi cempedak dan goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas 2-3 helai kitchen paper towel dan biar minyak terserap. Boleh hidangkan.
Nota:
- Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak untuk sekali goreng tapi kalau kuali atau bekas gorengan anda besar, tidak mengapa. Mat cuma goreng 10 – 12 ulas saja sekali goreng. Guna api sederana dan kacau selalu. Jumlah bancuhan tepung agak banyak sebab isi cempedak banyak, jadi anda pandai-pandai lah adjust mengikut kuantiti isi cempedak yang anda guna.
Resepi Cempedak Goreng Azlita Aziz
Cempedak Goreng: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 1 biji cempedak – ambil ulasnyer saje ye!
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu minyak masak
- secubit garam
- sedikit pewarna oren
- 1/2 cawan air
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali cempedak. Kacau rata hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau tercair atau terpekat pandai-pandai lah adjust ye!
- Panaskan minyak untuk mengoreng. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas . Goreng dan balik-balikkan hingga masak keemasan. Angkat dan toskan minyak atas kitchen towel. GORENG PON SODAP!!!
Resepi Cempedak Goreng Wani Sukarno
Cempedak Goreng: Sumber Wani Sukarno
Bahan-bahan:
- Buah cempedak – anggaran 20 biji
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 3/4 cawan air suam
- Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
-
Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air. Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana.. Biar masak kekuningan.
Resepi Cempedak Goreng Inani Hazwani
Cempedak Goreng: Sumber Inani Hazwani
Bahan-bahan:
- tepung gandum
- garam
- pewarna kuning sikit
- air
Cara-cara:
- Campur aje semua sekali, bancuhan tu cair cair aje lepas tu goreng lah dalam minyak panas.
Resepi Cempedak Goreng Buat Orang Lapo
Cempedak Goreng: Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-bahan:
- 1 cawan @125 gram Tepung Gandum
- 1/3 cawan @ 42 gram Tepung Beras
- Garam
- Serbuk Kunyit
- 1 cawan @ 250 ml Air
- 3 sudu besar Minyak Masak Panas
- Cempedak
Cara-cara:
- Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.
- Sambil bancuh adunan tepung, boleh panaskan minyak untuk menggoreng cempedak nanti.
- Bila bancuhan tepung telah sebati, masukkan minyak yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
- Kemudian ambil cempedak dan celupkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Boleh juga asingkan biji cempedak dahulu, kemudian celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!
Nota:
- Cara dan tips untuk mendapatkan cempedak goreng yang rangup krup krap, krup krap cara saya. Hehe. Tipsnya ialah dengan memasukkan beberapa sudu minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam bancuhan tepung dan juga dengan menambahkan tepung beras. Bancuhan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, kentang dan bermacam-macam lagi. Kalau nak salutan tepung yang tebal, boleh bancuh tepung pekat sedikit. Kalau nak salutan yang nipis pula boleh cairkan sedikit bancuhan tepung ni.
Resepi Cempedak Goreng Crispy Qaseh Honey
Cempedak Goreng Crispy: Sumber Qaseh Honey
Bahan-bahan:
- ulas cempedak secukupnya
- 400 ml air
- 220 gram tepung gandum
- 50 gram tepung beras
- 100 gram marjerin
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 ¼ sudu kecil garam
Cara-cara:
-
Masukkan bahan-bahan batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas kecuali cempedak. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
-
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepung ke dalam kuali berhati-hati dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula ya).
-
Goreng pisang ke dua-dua belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang.
Resepi Cempedak Goreng Rangup Krukk Krukk
Cempedak Goreng Rangup Krukk Krukk: Sumber Ayu Zarina
Bahan-bahan:
- Tepung beras
- Sedikit air kapur
- Sedikit serbuk kunyit
- Air sejuk peti
- 2 biji telur
- Garam
- Gula
Cara-cara:
- Sukatan ikut kuantitti berapa banyak cempedak tu.
- Agak-agak bancuhan tak likat sangat, tak cair sangat…ok dah tu.
- Ada yang tanya saya macam mana nak buat krukk krakk krukk krakk tu dalam minyak… Actually tak ada buat apa pun, celup cempedak dalam bancuhan tepung, then goreng.. Nanti krukk krakk krukk krakk tu akan terbit sendiri.. Nak lagi halus krukk krakk tu, tambah telur ya… Resepi atas saya guna 2 biji telur.
Resepi Cempedak Goreng Noor Akma
Cempedak Goreng: Sumber Noor Akma
Bahan-bahan:
-
1 biji cempedak
-
1 cawan tepung gandum
-
2 sudu makan tepung beras.
-
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Secubit kapur makan
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.
- Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.
- Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.
- Bolehlah di hidangkan terus.
Resepi Cempedak Goreng Garing Mami Aster
Cempedak Goreng Garing: Sumber Mami Aster
Bahan-bahan:
-
12 ulas cempedak
-
*1 Sudu Besar Butter /majerin
-
*1 Sudu Besar Tepung Gandum
-
*2 Sudu Besar Tepung Beras
-
Air secukupnya
-
secubit garam
-
sedikit serbuk kunyit untuk warna (optional)
Bahan-bahan:
- Satukan semua bahan yang bertanda dan gaul dengan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik.
- Perasakan dengan secubit garam dan letakkan sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna cempedak.
- Celupkan cempedak ke dalam adunan tepung.
-
Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng cempedak.
-
Pastikan minyak benar-benar panas.
-
Masukkan cempedak tadi, goreng sehingga garing.
-
Terbalik-balikkan cempedak tadi, bila nampak kekuningan dan garing boleh diangkat dan ditoskan.
-
Sedia untuk dimakan.
Resepi Cempedak Goreng Yang Rangup & Sedap
Cempedak Goreng Yang Rangup & Sedap: Sumber Alfi Mohd
Bahan-bahan:
- 2 senduk tepung beras
- 1/2 senduk tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar butter
- 1 biji telur
- Sedikit serbuk kunyit
- Secubit gula
- Garam
- Air secukupnya
Cara-cara:
- Satukan semua bahan di atas & gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana.
- Goreng dengan minyak yang banyak & panas.
- Masukan satu persatu & masak hingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
- Ulang sehingga cempedak habis. Enak dimakan time dah tak berapa panas.
Resepi Cempedak Goreng Rangup Krukkk Krakkk
Cempedak Goreng Rangup Krukkk Krakkk: Sumber Leeina Qaliena
Bahan-bahan:
-
1 biji cempedak masak
-
1 1/2 cawan tepung beras
-
1/2 cawan tepung gandum
-
1 1/4 cawan air sejuk(ikut kepekatan yang dikehendaki)
-
1 sudu teh air kapur
-
1 sudu teh garam
-
1 sudu teh gula
-
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning -jika suka
-
1 sudu besar minyak
-
Minyak untuk menggoreng terendam
Cara-cara:
- Satukan tepung beras dan tepung gandum, telur, air kapur, garam, gula dan serbuk kunyit. Kacau sebati…masukkan minyak 1 sudu. Kacau sebati.
- Buka buah cempedak ambil isinya dimasukkan kedalam adunan tepung tadi.
- Goreng didalam minyak panas sehingga garing.
Penutup
Bancuhan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, kentang dan bermacam-macam lagi. Yang pasti, satu rumah harum bau cempedak goreng yang wangi menusuk hidung. Isinya yang manis di dalam dan rangup di luar, pasti menambat selera keluarga anda apabila disajikan sebagai kudapan waktu petang.
Jom cuba resepi ini: