Hari ini saya nak kongsi resepi bombolini yang gebu. Anda craving manis? Jom cuba bombolini yang sedap ini, dengan filing yang menambat deria rasa anda! Testure yang lembut, disalut dengan gula kastor atau gula icing. Isikan donut dengan filling kegemaran masing, ada yang suka custard cream, ada yang suka Nutella, atau fruit jam filling. Macam-macam variasi boleh buat.
Resepi Bombolini Che Nom
Bombolini: Sumber Che Nom
Bahan-bahan untuk pastry cream:
- 2 kuning telur
- ¼ cawan gula kastor
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- ¼ sudu kecil garam
- 1 ¼ cawan /310 ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar mentega
Cara-cara:
- Asingkan kuning dan putih telur.
- Masukkan gula kastor, tepung gandum, tepung jagung bersama sedikit garam kedalam kuning telur. Gaul sebati sehingga menjadi cair sekata.
- Panaskan susu full cream hingga suam lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam acuan kuning telur.
- Tambah esen vanilla.
- Masak acuan dan kerapkan kacau sehingga menjadi pekat dengan api yang perlahan.
- Masukkan mentega dan kacau sehingga licin.
- Kemudian, masuk dan sejukkan acuan kedalam piping bag.
Bahan-bahan untuk coklat cream:
- 1 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 cawan/ 250 ml susu full cream
- 80 gram dark atau milk coklat kompaun
Cara-cara:
- Ayak serbuk koko lalu masukkan tepung jagung, mentega, susu pekat dan susu full cream.
- Masak acuan sehingga menjadi pekat.
- Sesudah menjadi pekat, tutup api lalu masukkan dark atau milk coklat kompaun. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian, masuk dan sejukkan acuan ke dalam piping bag.
Bahan-bahan untuk doh bomboloni:
- 1 cawan / 250 ml susu full cream
- 4 sudu besar sudu besar gula kastor
- 2 ½ sudu kecil serbuk yis
- 540 gram tepung hi-protein atau tepung roti
- 1 sudu kecil baking powder
- 5 sudu besar / 70 gram mentega
- 1 biji telur saiz B
- ¼ sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung (Che Nom tambah off record)
- ¼ cawan air (tambah lagi sedikit jika perlu)
Cara-cara:
- Bancuh serbuk yis segera bersama susu full cream suam dan gula kastor, lalu gaul kesemuanya.
- Masukkan tepung hi-protein, baking powder, mentega atau marjerin, telur dan bancuhan yis kedalam bekas pengadun, lalu uli sehingga menjadi doh.
- Ketika menguli, masukkan garam dan air lalu sambung uli sehingga menjadi doh kental dalam anggaran masa 10-15 minit.
- Keluarkan doh apabila doh sudah tidak melekat pada bekas pengadun, uli seketika dengan tangan diatas tempat taburan tepung.
- Griskan mangkuk dengan minyak. Kemudian, masukkan doh dan perap hingga naik 2 kali ganda.
- Selepas 1½ jam apabila doh menjadi kembang, uli doh sekali lagi.
- Bahagikan kepada doh-doh kecil, dan timbang berat dalam 40g atau 50g.
- Bulatkan doh lalu letakkan diatas dulang yang berlapik kertas baking dan susun dengan jarak.
- Tekan doh sedikit rata dan perapkan sekejap sehingga naik atau kembang.
- Panaskan minyak lalu goreng doh sehingga keperangan kedua belah bahagian donut.
- Bila donut masih panas, gaul dan salut ia dengan gula kastor atau gula icing bersama snow powder.
Cara-cara untuk meletakkan/’pipe’kan topping:
- Gunting donut sedikit atau membuat lubang menggunakan chopstick.
- Masukkan fillings pastry cream dan coklat cream kedalam donut.
Nota:
- Gunakan api perlahan memasak acuan pastry cream.
- Jika yakin bahawa yis sudah okay, boleh masukkan terus dan kacau didalam adunan tepung lalu uli kesemuanya.
- Jika mahu menggunakan cara “slow rising”, boleh bancuh dengan air sejuk atau air ketulan ais.
- Jika tidak mahu uli menggunakan pengadun, boleh sahaja uli menggunakan tangan.
- Elak letakkan garam bersama bancuhan yis supaya yis tidak rosak.
- Jika tidak mahu membuat bulatan dengan tangan, boleh sahaja menggunakan dengan acuan ring.
- Elakkan daripada mengalih donut banyak kali kerana donut akan jadi lebih berminyak.
- Seeloknya untuk yang berniaga, salutkan menggunnakan dengan snow powder untuk menjadikan gula tahan lebih lama.
Resepi Bomboloni dengan Krim Pastri Lembut dan Sedap
Bomboloni dengan Krim Pastri Lembut dan Sedap: Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-Bahan Bomboloni:
- 1/2 Cawan Susu Segar (Suam-Suam Kuku)
- 2 Sudu besar Gula
- 1 Sudu besar Yis
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Sudu kecil Garam
- 1 sk Esen Vanila
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu besar Mentega (Sejuk)
Cara-cara:
- Kacau gula dan yis di dalam susu segar. Biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.
- Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
- Masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.
- Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
- Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.
- Biarkan doh kembang seketika.
- Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
- Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
- Angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum di masukkan inti.
Bahan krim pastri:
- 1/2 Cawan Krim Putar Bukan Tenusu (whipping cream)
- 3 Biji Kuning Telur
- 6 Sudu besar Gula
- 1 Cawan Susu Segar
- 1 sk Esen Vanila
- 3 Sudu besar Tepung Gandum
Cara-cara:
- Pukul kuning telur bersama gula sehingga putih dan berkrim.
- Masukkan susu segar dan esen vanila. Kemudian kacau sebati.
- Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga tepung sebati.
- Masak adunan ssehingga menjadi likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul. Sejukkan adunan setelah pekat. (tutup permukaan atas adunan dengan plastik supaya adunan tidak mengeras di atasnya)
- Pukul krim putar sehingga kental. Masukkan ke dalam adunan pertama tadi dan kaup balik sehingga rata.
- Masukkan krim ke dalam piping bag dan pipe ke dalam donut yang telah sejuk tadi.
Tips:
- Uli adunan lebih kurang 10 minit. Rehatkan 5 minit. Kemudian uli lagi 10 minit. Rehatkan lagi. Ulang langkah ini 2@3 kali. Kemudian rehatkan doh lebih kurang 60 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda. (tips untuk mendapatkan doh yang lembut jika tidak mempunyai mesin pengadun).
Resepi Viral Overnight Bomboloni Nutella Italian / Italian Doughnut
Overnight Bomboloni Nutella Italian / Italian Doughnut: Sumber Qaseh Honey
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan gula
- 3/4 cawan air suam/susu segar suam
- 1 sudu kecil yis
- 3 biji telur grade A
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil parutan lemon
- 1 sudu kecil garam
- 100 gram pure butter suhu bilik potong-potong kiub
Cara-cara:
- Masukkan gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk besar. Ketepikan selama kira-kira 10 minit atau sehingga yis mula gelembung. Dalam mixer, pukul telur, masukkan butter, tepung, lemon zest dan campuran yis dalam mixer. Putar kira-kira 5 minit, kemudian masukkan garam putar lagi sampai elastik licin glossy (check windowpane) kalau dah ada tu okay dah.
Peram Doh:
- Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama kira-kira 2 jam, atau sehingga dua kali ganda saiz. Punch ?? adunan, kemudian tutup semula mangkuk. Letakkan di dalam peti sejuk untuk rehat kan selama 12 – 16 jam (overnight).
Bentukkan Doh:
-
Keesokan harinya, ambil doh keluar dari peti sejuk rehat kan sebentar dan gelekkan doh terap guna gelas atau bahagi dan bulat kan dan rounding dalam 70 gram dan letakkan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchment dan tabur tepung sedikit, susun adunan dan jarakkan antara donat dan pegham sekali lagi kira-kira 2 jam, atau sehingga kira-kira dua kali ganda saiz. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah atau goreng sehingga bertukar warna keemasan.Isi krim kesukaan ke dalam piping bag. Guna chopstick buat lubang di bahagian tepi donat, golekkan donat ke dalam gula dan paip krim kesukaan ke dalam setiap donat. Boleh di makan terus atau simpan dalam bekas kedap udara. Enjoy! ???
Resepi Bomboloni Nutella Sukatan Cawan
Bomboloni Nutella Sukatan Cawan: Sumber Nurul
Bahan-bahan:
- 500 gram Tepung gandum/high protein – pemilik resepi guna high protein
- 1 paket Yis mauripan (11gm)
- 1/2 sk Serbuk penaik
- 1 sudu makan majerin
- 1 Biji telur Gred B
- 3 sudu besar makan gula
- 2 sudu besar makan tepung
- Sedikit garam
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan air
Cara-cara:
-
Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.
-
Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15 sehingga 20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit. Uli sampai dia jadi elastik. Tak terlalu lembik.
-
Rehatkan adunan selama 30 minit.
-
Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.
-
Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.
-
Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu. Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.
-
Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula.
-
Akhir sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.
Resepi Oreo Bomboloni Chef Anis
Oreo Bomboloni: Sumber Chef Anis
Bahan Doh:
- Yis – 1 pek (11g)
- Baking powder – 1/2 sudu teh
- Mentega (unsalted) – 1 sudu besar
- Telur – 1 biji
- Gula – 3 sudu besar
- Susu tepung – 2 sudu besar
- Susu segar (chilled) – 250ml
- Air – 125ml
- Garam
- Gula kastor (untuk coating)
Bahan Filling:
- Cream cheese – 200g
- Thickened cream – 50ml
- Gula aising – 1 sudu besar
- Oreo – 8 keping (hancurkan)
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan doh kecuali gula kastor. Pukul sehingga kenyal dan biarkan selama 30 minit. [Pukul guna tangan 15 minit – 20 minit / Pukul guna mesin pengadun 10 minit].
- Selepas itu bentukkan doh menjadi bulat kecil dan letakkan di atas baking paper. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
- Sementara itu, pukul cream cheese dengan gula aising dan thickened cream sehingga ia ringan dan berkim.
- Kemudian masukkan oreo ke dalamnya dan kacau sehingga sebati.
- Menggunakan piping bag, masukkan adunan filling dan rehatkan sebentar di dalam peti sejuk.
- Seterusnya goreng donut sehingga keperangan dan biarkan sejuk seketika sebelum salutkan dengan gula kastor.
- Selepas salut donut dengan gula kastor, buatkan satu lubang kecil dan masukkan filling ke dalamnya.
- Tutupkan lubang tersebut dengan oreo sebagai hiasan dan sedia untuk dimakan!
Resepi BOMBOLONI Nutella Tersangat sedap!
BOMBOLONI Nutella Tersangat sedap!: Sumber Semanis Kasturi
Bahan A:
- 400 gram tepung high protein
- 100 gram tepung gandum
- 80 gram gula halus
- 20 gram tepung susu
- 1 biji telur gred B
- 2 kuning telur
- 10 gram instant yis
- 1 sudu teh garam halus
- 2 gram Bakerine Plus (boleh guna bread improver atau rfb/cs/k.fine)
Bahan B:
- 180-190 gram air sejuk (peti sejuk)
- 40 gram susu cair/ fresh milk
Bahan C:
- 70 gram butter/ marjerin
Bahan Filling:
- Nutella
- Snow powder untuk salutan
Cara-cara:
- Satukan bahan A dalam mixer. Kalau menggunakan BM masukan bahan basah terlebih dahulu (air, susu dan telur) dan di ikuti bahan kering A.
- Uli hingga sebati dan masukan bahan C.
- Kemudian uli sehingga lembut dan elastik.
- Keluarkan doh dan timbang 40g dan bulat kan.
- Letak atas kertas yang telah di potong dan di susun atas dulang. Rehat doh sehingga naik 2 kali ganda.
- Tekan sedikit permukaan doh dan rehatkan lagi 10-15 minit.
- Goreng api sederhana. Jangan selalu di balik cukup sekali balik sahaja supaya ianya menghasil kan ring yang cantik.
- Gunting sedikit untuk buat lubang dan gelek dalam snow powder dan pipe filling.
- Insyallah donut kekal lembut dan tahan 2 -3 hari.
- Sedia untuk di nikmati.
Nota:
- Untuk memudahkan mengangkat donut untuk di goreng :
* Sediakan baking paper dan potong segiempat tepat anggaran 10-12cm satu.
* Potong mengikut kuantiti donut yang telah di hasil kan.
* Tabur sedikit tepung atas permukaan kertas.
Resepi Bomboloni, Donat Itali yang Lembut
Bomboloni, Donat Itali yang Lembut: Sumber Alfi Mohd
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung roti
- 1/2 cawan gula kastor
- 2 cawan susu suam
- 11 gram yis
- 1/2 cawan mentega suhu bilik
- 2 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil ekstrak vanila / 1 pek kecil serbuk vanila
- Gula untuk salutan
- Inti coklat, jem, Nutella
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Taburkan yis & sesudu kecil gula ke dalam susu suam. Kacau & biarkan sehingga ia kembang (dlm 4-5 minit).
- Dalam satu mangkuk besar, satukan tepung, gula, garam & vanila. Gaul mesra. Kemudian, masukkan adunan yis tadi serta telur & mentega dalam mangkuk tepung. Uli sehingga menjadi doh.
- Letakkan doh atas papan/meja yang ditaburkan tepung. Uli sebentar & kemudian leperkan doh guna pencanai. Pastikan tebal doh lebih kurang 1/2 inci. Selepas itu, potong doh guna penekap bulat atau biscuit cutter bulat. Taburkan sedikit tepung atas papan letak doh agar ia tidak melekat. Letakkan doh & tutup dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dalam masa 1 jam.
- Panaskan kuali atau deep fryer. Masukkan minyak & guna api sederhana. Setelah minyak panas, goreng doh sehingga kekuningan kedua-dua belah. Tapis & kemudian sadurkan dengan gula. Cucuk sedikit dengan pisau tepi donat & kemudian paipkan inti coklat atau Nutella atau jem. Siap.
Penutup
Bomboloni adalah donat Itali yang dipenuhi dengan inti yang pelbagai. Ia dimakan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut.
Anda juga boleh cuba resepi ini: