fbpx

Shhh..13 Resepi Terung Goreng Tepung (Crispy, Viral Dan Sedap)

Hari ini saya nak kongsi resepi terung goreng  yang crispy, viral dan..sedap! Seriously terung goreng tepung sangat sedap, jika dipotong nipis-nipis jadi makin tambah rangup, malah langsung tidak berminyak. Nak hiris bentuk jejari pun boleh! Gunakan terung yang dipotong jejari untuk dicelup tepung dan seterusnya digoreng garing. Rasanya macam fries tau. Menu ni kita makan dengan nasi panas je pun dah sedap dan rangup! Cicah pulak dengan sambal kicap, pergh! Nak cicah sos cili pun boleh.

Resepi Terung Goreng Crispy Zaharah Mazrul

Terung Goreng Crispy Zaharah Mazrul

Terung Goreng Crispy: Sumber Zaharah Mazrul

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam halus 
  • Tepung gorengan serbaguna
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Bersihkan terung kemudian hiris memanjang namun tidak putus seperti dalam gambar.
  2. Tabur sedikit garam halus pada setiap sudut terung dan perapkan selama 10 minit. Ia bertujuan untuk mengeluarkan lebihan air pada terung.
  3. Lap terung menggunakan tisu supaya sedikit kering.
  4. Kemudian celup terung ke dalam tepung gorengan serbaguna. Pastikan semua bahagian terung disalut tepung dengan sempurna.
  5. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas dan goreng terung hingga garing serta berwarna keemasan.
  6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Terung Goreng Tepung Ana Mariana Ismail

Terung Goreng Tepung Ana Mariana Ismail

Terung Goreng Tepung Ana Mariana Ismail: Sumber Resepi Viral Terkini

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Tepung Goreng Bestari

Cara-cara:

  1. Terung kita basuh bersih-bersih ya.
  2. Potong terung ikut suka ati kita ye. Saya potong panjang-panjang, senang nak ngap masuk mulut.
  3. Bancuh tepung macam nak goreng pisang, guna tepung goreng bestari. Bancuhan agak-agak je la jangan pekat @cair sangat agak boleh lekat kat terung dah lah.
  4. Masukkan terung tadi dalam tepung yang dah siap dibancuh.
  5. Pastu goreng je dalam minyak yang dah panas.. tapi masa goreng tu slow skit api tu takut hangus pulak sebab terung ni cepat masak. Goreng agak-agak garing tu boleh la angkat & toskan minyak dia ya.
  6. Yeah dah siap pun terung goreng tepung kita.. dah boleh ngap. Makan panas-panas sedap & rangup+lembut.

Resepi Terung Goreng Tepung Mohammad Roslan

Terung Goreng Tepung: Sumber Mohammad Roslan

Bahan-bahan:

  • 2 terung panjang atau terung bulat pilih yg muda sikit.
  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • sedikit serbuk lada hitam kasar.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • secubit garam masala kalau ada.
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Minyak untuk goreng.

Cara-cara:

  1. Basuh terung dan hiris lebih kurang 5mm ketebalan (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis). Bila dah hiris terung, hirisan perlu direndam dalam air supaya terung tak jadi lebam. Untuk masakan lain pun sama sama juga.

  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api dapur yang sederhana.

  3. Adunkan semua bahan tepung gorengan. Ambil sekeping terung yang telah dihiris..tekapkan dalam tepung di kedua permukaan hirisan tepung. Hirisan tepung disadur terus masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga tepungnya menjadi garing.

  4. Sekiranya anda ingin lebih garing gorengan hirisan terung, bila buat goreng pertama 2-3 minit, keluarkan dan sejukan. Goreng kembali selama 1-2 minit (double frying). Hindarkan minyak berlebihan dgn letakan hirisan terung yang telah goreng di atas “kitchen towel (tisu). Selamat mencuba.

Nota:

  • Kalau kurang rajin nak buat tepung goreng yang mamak haji berikan.. beli saja tepung goreng ayam ready made dengan tambah serbuk cili.

Resepi Terung Goreng Tepung Rangup Wanista

Terung Goreng Tepung Rangup Wanista

Terung Goreng Tepung Rangup: Sumber Wanista

Bahan-bahan:

  • Terung panjang/bulat
  • Tepung gandum 3 sudu besar
  • Tepung jagung 3 sudu besar
  • Air suam (lebih kurang setengah gelas)
  • Garam secukup rasa
  • Kunyit (1 sudu kecil pun cukup)
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Adun (tepung gandum, tepung jagung, air suam, garam dan kunyit) secukup rasa.
  2. Terung kalau yang panjang potong bulat-bulat dan nipis-nipis, kalau yang bulat sebiji, potong ikut suka, yang penting tak besar dan nipis.
  3. Celup terung dalam aduan tadi.
  4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
  5. Angkat dan siap dihidang!

Resepi Terung Goreng Tepung Iza Ramli

Terung Goreng Tepung Iza Ramli

Terung Goreng Tepung: Sumber Iza Ramli

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Tepung Bestari
  • Air

Cara-cara:

  1. Mula-mula Iza akan potong terung dulu. Biasanya Iza akan potong panjang-panjang ala-ala fritter gitu. Terung ni ikut korang la nak guna banyak mana. Iza guna satu je sebab dua orang je yang nak makannya. Anak Iza terung dia tak berapa sangat.
  2. Lepas tu Iza akan bancuh tepung buat macam batter sebab nak basahkan terung nanti terlalu berair pulak. So kita buat batter dulu dengan tepung bestari tu. Korang agak-agak la banyak mana ikut berapa banyak terung korang guna.
  3. Iza akan sediakan jugak tepung yang kering untuk salut last sekali before masuk dalam kuali. Baru la nanti ada crispy kat luar terung tu. Makan pun crunchy je.
  4. Last but not least, masukkan terung tadi tu dalam kuali yang dah siap panas ok. Api sederhana je. Terung ni tak ada la nak masak lama sangat pun. Kejap pun ok.
  5. Dah siap! Make sure korang makan time panas-panas tau. Iza tak recommend korang simpan sebab biasanya mesti terung akan jadi lembik pastu tak crispy dah. Terung Goreng Tepung ni korang boleh je makan dengan nasi jugak. Kalau nak buat kudap-kudap korang boleh makan dengan sos. Fuh sedap!

Resepi Jejari Terung Rangup Dan Sedap Macam Fries Syahirah Adnan

Jejari Terung Rangup Dan Sedap Macam Fries Syahirah Adnan

Jejari Terung Rangup Dan Sedap Macam Fries: Sumber Syahirah Adnan

Bahan-bahan:

  • Tepung bestari
  • Terung

Cara-cara:

  1. Sediakan tepung bestari dan terung. Potong dan hiris terung nipis ataupun bentuk jejari dan gaulkan bersama tepung bestari. Jangan campurkan air.
  2. Untuk menggoreng, pastikan gunakan minyak yang banyak dan sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, barulah sayuran tidak meresap minyak.

Resepi Jejari Terung Rangup, Macam Makan Keropok!

Resepi Jejari Terung Rangup, Macam Makan Keropok!

Jejari Terung Rangup, Macam Makan Keropok!: Sumber Sinaran Wanita

Bahan-bahan:

  • 3 batang terung
  • 2 biji telur
  • serbuk roti
  • ½ cawan tepung
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • Garam
  • Lada hitam
  • 1 sudu serbuk magic sarap

Cara-cara:

  1. Kupas terung – buangkan kulitnya. Potong terung ikut saiz yang dikehendaki. Kena panjang-panjang sebab nak buat jejari kan?

  2. Masukkan terung dalam air untuk elakkan warna bertukar jadi warna coklat.

  3. Pecahkan telur dan masukkan garam bersama lada hitam. Dalam mangkuk lain bancuhkan tepung dengan tepung jagung dan magic sarap. Gaul rata. Dalam pinggan lain masukkan serbuk roti.

  4. Golekkan jejari terung tu dalam bancuhan tepung, kemudian bancuhan telur sebelum salut dengan serbuk roti.

  5. Goreng dalam minyak yang dah dipanaskan guna api sederhana. Balik-balikkan terung dan angkat bila dah nampak warna bertukar.

  6. Siap untuk dihidang. Mudah je kan?

Resepi Terung Goreng Rangup Chef Zam

Terung Goreng Rangup Chef Zam

Terung Goreng Rangup Chef Zam: Sumber Adwa Ahmad

Bahan-bahan:

  • 2 batang – terung panjang
  • Minyak untuk mengoreng
  • Tepung goreng bestari secukupnya
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Sos
  • 1 senduk serbuk cheese
  • 1 sudu besar Mayonis
  • Air panas secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong terung nipis memanjang @ bulat. Rendamkan dalam air agar tidak hitam.
  2. Masukkan terung dalam mangkuk dan bubuhkan sedikit tepung goreng bestari dan tepung beras. Curahkan sedikit sedikit air sehingga tepung pekat nenyaluti terung.
  3. Panaskan minyak. Sediakan tepung bestari kering dalam bekas yang lain. Semasa menunggu minyak panas gaulkan terung dengan tepung bestari kering rata sehingga menyaluti terung.
  4. Gorengkan terung sampai betul-betul garing.
  5. Masukkan serbuk cheese dan mayonis dalam mangkuk lalu bancuhkan dengan air panas secukupnya. Terung goreng ranggup siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Tempura Terung Azhafizah

Resepi Tempura Terung Azhafizah

Tempura Terung: Sumber Azhafizah

Bahan-bahan:

  • 1 Biji Telur
  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu tepung jagung
  • 3/4 Air sejuk
  • Ketulan Ais
  • garam
  • Serbuk Lada Sulah
  • 3 Biji Terung

Cara-cara:

  1. Potong terung secara sederhana nipis. Terpulang nak potong bentuk macamana pun. Basuh dan rendam dengan air supaya terung tak lebam.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur seketika. Masukkan air sejuk yang betul-betul sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak. Masukkan ketulan ais 1-2 ketul. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk lada sulah.
  3. Gaulkan adunan menggunakan garfu.
  4. Panaskan minyak. Celupkan potongan terung ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  5. Makan bersama sos cili tambah mayonese dan juga cheese mayonese..sedap!

Resepi Terung Goreng Bersalut Tepung Tulips Petal

Terung Goreng Bersalut Tepung Tulips Petal

Terung Goreng Bersalut Tepung: Sumber Tulips Petal

Bahan-bahan:

  • Terung yang dipotong serong
  • Telur
  • Tepung gandum yang ditabur sedikit garam

Cara-cara:

  1. Celupkan terung ke dalam telur.
  2. Ratakan terung dengan tepung.
  3. Goreng sehingga masak.
  4. Angkat dan letak atas tisu supaya minyak berlebihan diserap tisu.

Resepi Terung Goreng Celup Tepung Namakucella

Terung Goreng Celup Tepung: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung panjang purple
  • minyak untuk goreng
  • 3 sudu tepung pedas ** kalau tiada tepung pedas boleh ganti tepung gandum + sebuk kari dan sikit garam

Cara-cara:

  1. Basuh dan potong serong terung sederhana tebal. 
  2. Tepung pedas dibancuh dengan air seperti batter untuk goreng pisang.
  3. Celup kepingan terung dan gorenglah hingga garing.
  4. Sedap dimakan panas-panas semasa masih rangup.

Resepi Terung Goreng Tempura Rozaita Abd Rahman

Terung Goreng Tempura: Sumber Rozaita Abd Rahman

Bahan-bahan:

  • Tentulah guna terung.. hiris nipis-nipis dalam 1/2 cm 
  • Tepung goreng ayam bestari pedas (2 sudu penuh) 
  • Tepung goreng ayam bestari original (1 sudu penuh) 
  • Air secukupnya
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan 2 jenis tepung dan bancuh dengan air secukupnya. 
  2. Panaskan minyak.
  3. Celup terung dalam bancuhan tepung dan goreng. 
  4. Goreng hingga garing, angkat dan toskan. 
  5. Ok boleh makan dah.. nak makan macam tu pun boleh.. makan dengan sos atau sambal kicap pun boleh.

Resepi Terung Salut Tepung Sebagai Lauk Dan Kudapan Rangup

Terung Salut Tepung Sebagai Lauk Dan Kudapan Rangup: Sumber Tetikus Merah

Bahan-bahan:

  • Sebatang terung (hiris ikut suka hati, kami suka yang halus) – rendam sekejap dalam air berisi sedikit garam
  • Tepung bestari
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Terung yang telah dihiris direndam sekejap dalam air yang berisi sedikit garam.
  2. Sambil itu panaskan minyak dalam kuali.
  3. Dari sini kami cuba 2 cara (Hasilnya pada Cik TK, ianya akan menghasilkan rasa yang sama, cuba teksturnya akan jadi sedikit lain seperti dalam gambar yang disertakan).
  4. Satu: Salut terus terung itu dengan tepung dan goreng.
  5. Dua: Bancuh tepung dan salutkan terung dalam bancuhan tepung dan goreng.
  6. Setelah selesai goreng, angkat dan toskan. Sedia dihidang.

Resepi Terung Goreng Julie Mokhtar

Terung Goreng Julie Mokhtar

Terung Goreng: Sumber Julie Mokhtar

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung
  • Telur
  • Lada hitam
  • Garam
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Hiris terung.
  2. Pukul telur dan gaul bersama lada hitam dan garam.
  3. Salut hirisan terung dengan telur dan goreng sehingga perang.
  4. Hidang panas-panas!

Penutup

Sedapnya..rangup dimakan. Jom cuba, pasti menjadi makanan kegeramaran keluarga anda. Simple je nak buat di rumah. 

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.