fbpx

7 Resepi Strawberry Cheese Cake Yang Sedap (Mudah Je Nak Buat, Recommended!)

Hari ini saya nak kongsi resepi Strawberry Cheese Cake. Kek berasaskan strawberry ini pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Gabungan ini pastinya menghasilkan kek yang sedap! Sebenarnya, banyak variasi strawberry cheese cake yang anda boleh cuba kali ini. Pasti tidak menghampakan hasilnya nanti. Ikut sahaja cara-cara penyediaan yang telah dikongsikan. Confirm menjadi!

Resepi Chilled Strawberry Cheesecake Mat Gebu

Chilled Strawberry Cheesecake Mat Gebu

Chilled Strawberry Cheesecake: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies
  • 80 gram mentega, dicairkan
  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 6 biji strawberry segar, kisar halus
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 6 biji strawberry segar, didadu
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama “NUR”)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Strawberry segar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 – 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan.

Nota:

  • Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk

Resepi Strawberry & Lemon Snow Cheese Cake K Nor

Strawberry & Lemon Snow Cheese Cake K Nor

Strawberry & Lemon Snow Cheese Cake: Sumber K Nor

Bahan* kek sponge:

  • 150 gram tepung super fine
  • 150 gram gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • pewarna merah & kuning lemon
  • perisa strawberi & lemon

Bahan Krim:

  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gram)
  • 2 – 3 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan susu pekat manis
~ Satukan cream cheese dengan mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul).
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* Topping:

  1. Keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dalam bentuk ketul/bar.
  2. Parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara-cara:

  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dengan kertas baking.
  2. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. ( tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun).
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
  5. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 – 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 – 1175C.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek…lebih kurang 5 minit…bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betu-betul sejuk sebelum dihias.

Cara Hias Kek:

  1. Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yang berperisa lemon diatasnya.
  2. Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Boleh la dihias mengikut citasara masing-masing.
  5. Sejukkan kek dalam peti ais lebih kurang 1 – 2 jam sebelum dihidangkan.

Resepi Strawberry Cheese Cake

Resepi Strawberry Cheese Cake

Strawberry Cheese Cake: Sumber Resepi Senang

Bahan-bahan:

  • 5 biji Telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 135 gram gula halus
  • 100 gram susu pekat manis
  • 100 gram butter (dicairkan) / minyak masak
  • *200 gram tepung cap sauh
  • *1 1/2 sudu teh soda bikarbonate
  • *11/2 sudu teh baking powder
  • 165 gram susu full krim (panas mendidih)

Cara-cara:

  1.  Ayak bahan bertanda * dan ketepikan. Pukul telur , esen vanilla dan gula hingga betul-betul kembang dalam bekas lain.
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan pula butter (dicairkan) / minyak masak dan pukul lagi hingga sebati. Matikan mixer.
  4. Bahagikan bahan ayak tadi kepada 3 bahagian. Masukkan 1 bahagian demi 1 bahagian Gunakan teknik kaup balik menggunakan senduk / spatula.
  5. Masukkan susu panas dan kacau sebati.
  6. Oleskan loyang 8 inci dengan minyak masak. Jangan lupa alaskan baking paper.
  7. Panaskan pengukus hingga air mendidih dan kukuskan 50-60 minit.
  8. Sejukkan kek pada suhu bilik dan potongkan kepada 3 bahagian (jika kek di bakar / kukus guna loyang) 2 bahagian (jika kek di kukus dalam bekal plastik).

Bahan-bahan B:

  • 200 ml krim putar (whipping cream)
  • 250 gram krim keju (*akak letak 350 gram)
  • 165 gram gula kastor – letak 150 gram (akak letak 135 gram je)
  • 1 sudu besar jus lemon (*akak letak 1 1/2 sudu besar)

Bahan-bahan C:

  • 15 gram gelatin halal (*akak ada stok 12 gram je, nasib baik ok bekunya..hehe)
  • 100 ml air – campurkan air dengan gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min

Bahan Topping:

  • Topping Strawberry topping secukupnya (*akak guna strawberry jam, bancuh dengan jus strawberry sikit, then tuang je).
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air – hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang bulat 8cm. (akak guna non-stick loose round pan. Cairkan mentega. Tuangkan mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  2. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.
  3. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yang telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.
  6. Tuangkan adunan krim cheese td ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam. (*aah..2 jam je dah ok beku). Buat topping dengan mencampurkan bahan topping semua sekali, apabila telah mendidih, tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je). Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula. Potong bar ikut suka dan hidangkan.

Resepi Strawberry Cheese Cake Dapur Dew

Strawberry Cheese Cake Dapur Dew

Strawberry Cheese Cake: Sumber Dapur Dew

Bahan Untuk Kek :

  • 5 biji telur gred A
  • 125 gram tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 76 gram mentega, dicairkan
  • 160 g gula halus
  • 15 g ovallate
  • 2 camca teh air
  • 1 camca teh esen vanilla

Bahan Untuk Lapisan Keju:

  • 250 gram cream cheese
  • 90 gram gula halus
  • 150 ml susu cair
  • 15 gram gelatin halal
  • 100 ml air
  • 6 biji strawberry segar, dilenyek halus

Bahan Hiasan:

  • Beberapa biji strawberry
  • Croquant (kisaran bertih jagung) secukupnya
  • Sedikit piping jelly

Cara-cara:

  1. UNTUK KEK :- Putar gula dengan ovallate hingga rata. Masukkan semua telur dan putar pada keljuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahan kan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian air, esen vanilla dan mentega cari. Gaul rata. Tuang dalam loyang 9 inci (23 cm), dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 – 25 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Kek dibahagi kepada 2 bahagian. Kemudian kemaskan supaya kek tadi muat ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci.
  2. PENYEDIAAN GELATIN :- Satukan gelatin dengan 100 ml air, kacau rata. Masukkan bekas berisi gelatin tadi ke dalam air mendidih dam kacau hingga gelatin cair dan jernih. matikan api dan biar periuk berisi gelatin terendam.
  3. PENYEDIAAN KEK :- Isi 1 keping kek tadi ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci. Kemaskan dan tabur dengan sedikit cincangan strawberry. Ketepikan.
  4. Putar cream cheese dengan gula halus hingga rata. Tuang susu dan putar lagi hingga gula larut, masukkan strawberry yang dilenyek tadi, gaul rata. Kemudian tuang gelatin tadi dan putar hingga sebati bersama bancuhan cream cheese.
  5. Tuang 1/2 bahagian cream cheese atas kek tadi, ambil baki kek dan letak atas cream cheese tadi, tekan-tekan sedikit dan akhir sekali tuang baki cream cheese. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  6. Kemudian, keluarkan kek dari acuan (larikan pisau panas disekeliling kek untuk memudahkan kek tanggal). Hias dengan strawberry segar, sapu piping jel di sekeliling kek dan tekap dengan “croquant” sebagai hiasan.

Resepi Triffle Chilled Strawberry Cheese Cake

Triffle Chilled Strawberry Cheese Cake Sariyusa

Triffle Chilled Strawberry Cheese Cake: Sumber Sariyusa

Bahan-bahan Base :

  • 200 gram biskut merry
  • 80 gram buttercup
  • *sediakan loyang

Cara-cara:

  1. Kisar halus biskut merry, gaul rata dgn buttercup.
  2. Kemudian tekan rata-rata di dasar loyang yang telah disediakan tadi.
  3. Simpan peti sejuk.

Bahan Kek (A):

  • 3 sudu besar gelatin halal
  • 250 ml air panas
    (kacau rata gelatin dan air panas hingga gelatin larut.. ketepikan)

Bahan Kek (B):

  • 500 gram cream cheese
  • 120 gram gula halus
    (Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.. ketepikan)

Bahan Kek (C):

  • 400 ml whipping cream
    (Pukul hingga kental)
  • Kaup balik (B) & (C) guna spatula sehingga sebati.
  • Tapiskan (A) ke dalam (B) & (C) tadi. Gaul rata.

Cara-cara:

  1. Potong tampuk strawberry dan belah dua strawberry itu. Kalau besar sangat atau strawberry tak cukup, boleh belah tiga macam gambar di atas.
  2. Keluarkan loyang yang dah siap base tadi dari peti sejuk.
  3. Susunkan belahan strawberry di sekeliling loyang. Yang rata mengadap tepi loyang. P/S untuk keselamatan sepitkan plastik yg terjulur tu guna penyepit yang sesuai. (Sk guna sepit kain, haha).
  4. Tuangkan adunan cheese tadi ke dalam loyang sampai habis. Boleh ratakan jika perlu atau hentak loyang perlahan.
  5. Simpan loyang semula dalam peti sejuk semalaman atau sehingga ia mengeras.
  6. Bila kek dah keras, sediakan jelly.

Bahan-bahan:

  • 1 kotak jelly kristal nona perisa rasberry (tak pasti ada tak perisa strawberry)
  • 400 ml air panas

Cara-cara:

  1. Kacau sampai larut kedua-dua bahan dan tuang perlahan-lahan ke dalam loyang cheese cake tadi. Biar jelly beku dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Strawberry Cheesecake Roll

Strawberry Cheesecake Roll

Strawberry Cheesecake Roll: Sumber Hurun’Iin Malik

Bahan-bahan:

  • 10 keping kulit popia
  • 250 gram cream cheese
  • 6 biji strawberry (potong kecil)
  • 2 sudu besar gula aising
  • 4 titik esen vanilla
  • *Tambahan gula aising untuk ditabur

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.
  2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.
  3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese dan tutup dengan lapisan cream cheese lagi.
  4. Lipat popia macam biasa dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.

Penutup

Jom cuba resepi strawberry cheese cake kali ini.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.