Hari ini saya nak kongsi beberapa resepi berasaskan sayuran yang rangup digoreng. Sedap juga ya sayuran yang digoreng rangup ini bila dijadikan kudapan. Contohnya brokoli, batangnya jangan dibuang, bila digoreng ianya rangup di luar, lembut dan manis di dalam. Resepi sayuran yang digoreng ini, boleh dijadikan altenatif snek sihat untuk hidangan bersama keluarga. Mudah dan ringkas. Selamat berkrup krap!
Resepi Crunchy Capsicum Rings
Crunchy Capsicum Rings: Sumber Sesimple Loralin
Bahan-bahan:
-
2 biji capsicum (hiris bulat setebal 1/2 inci)
-
2 biji telur
-
1 sudu teh serbuk lada putih (lada sulah)
-
Sedikit garam
-
1 cawan breadcrumbs
-
1/2 cawan tepung jagung (Uchu tambah)
-
Sos cili manis Thai Maepranom (sebagai pencicah)
Cara-cara:
-
Kocok telur bersama lada sulah dan sedikit garam. Sediakan 3 bekas berasingan berisi telur, tepung jagung dan breadcrumbs.
-
Celup hirisan capsicum pada tepung jagung, diikuti telur dan akhir sekali breadcrumbs. (Resepi asal guna red capsicum, tapi Uchu campur2 je. Kuning, hijau dan merah pun ada).
-
Goreng sekejap sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos.
Resepi Pucuk Ubi Crispy Hani Shaimi
Pucuk Ubi Crispy: Sumber Hani Shaimi
Bahan-bahan:
-
1 ikat pucuk ubi
-
Sesedap rasa
-
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
-
Pucuk ubi cuci toskan dan lap sedikit dengan tisu.
-
Goreng garing dan toskan.
- Taburkan sesedap rasa. Gaul manja-manja sebab pucuk ubi ini amat rapuh. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Bunga Jantung Pisang Krispi Julia
Bunga Jantung Pisang Krispi: Sumber Julia
Bahan-bahan:
-
1 mangkuk sederhana besar bunga jantung pisang (yang lembut)
-
1/3 cawan tepung gandum
-
1/3 cawan tepung beras
-
1/3 cawan tepung goreng ayam bestari
Cara-cara:
-
Lalukan bunga jantung pisang pada air.
-
Ambil 3 sudu makan tepung gandum campur dengan bunga jantung pisang gaul sebati.
-
Satukan tiga jenis tepung di atas gaul rata kemudian ambil bunga jantung pisang golek ke dalam tepung dan terus goreng di dalam minyak panas api jangan kuat.
-
Apabila warna kelihatan keemasan dan krispi angkat toskan minyak. Sedia dinikmati bersama cili kicap.
Resepi Batang Brokoli Rangup
Batang Brokoli Rangup: Sumber Rozita Jaafar
Bahan-bahan:
-
3 sudu besar breadcrumbs
-
Sebiji telur
-
Batang brokoli
Cara-cara:
-
Ratakan breadcrumbs dalam pan leper. Pecahkan telur dan kacau-kacaukan.
-
Cuci dan bersihkan batang brokoli dan tekap-tekap dengan tisu sampai kering. Hiris dalam lebih kurang setengah cm setiap keping.
-
Celupkan hirisan batang brokoli ke dalam bancuhan telur, kemudian letakkan dan balik-balikkan dalam pan breadcrumbs pulak. Pastikan breadcrumbs menyaluti setiap permukaan hirisan tu. Tak payah bubuh garam sebab breadcrumbs tu dah sedia masin.
-
Panaskan minyak kelapa sawit dengan api sederhana dalam kuali dan gorengkan batang brokoli bersalut breadcrumbs tadi sampai garing. Balikkan. Bila dua-dua belah dah garing, angkat dan letak atas tisu dapur untuk serap minyak.
-
Snek sihat satu siap untuk dinikmati tanpa rasa bersalah ? Rugi tak try sebab serious sedap baq hang!
Resepi Enoki Ring Crispy Julia
Enoki Ring Crispy: Sumber Julia
Bahan-bahan:
-
1 pek cendawan enoki – dipotong dua
-
1 biji bawang holland – potong bulat
-
1 biji telur
-
1/4 sudu kecil lada berperisa aji-shio
-
1/4 sudu kecil lada hitam berperisa aji-shio
-
1/2 cawan tepung goreng ayam
-
1/4 cawan tepung gandum
Cara-cara:
-
Kocok/pukul telur dan campur dengan cendawan enoki. Masukkan lada berperisa dan lada hitam berperisa AJI SHIO kacau supaya sekata.
-
Sapu sedikit minyak di dalam kuali non-stick, ambil satu keping potongan bawang yang telah dipotong bulat letak cendawan enoki di tengahnya dan sudukan sedikit telur supaya cendawan elok melekat.
-
Biarkan masak sebentar. Apabila sudah masak angkat dan letak di atas tisu dapur supaya tidak berminyak.
-
Satukan tepung goreng ayam dan tepung gandum, asingkan 2 sudu besar campurkan sedikit air.
Ambil enoki ring tadi celup ke dalam bancuhan tepung kemudian golekkan di dalam tepung kering tadi. -
Pastikan minyak sudah panas, goreng enoki ring hingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak.
-
Sedia dinikmati bersama dengan cili sos, mayonis mahu pun cili kicap.
Resepi Kangkung Celup Tepung Sesimple Loralin
Kangkung Celup Tepung: Sumber Sesimple Loralin
Bahan-bahan:
-
3 cawan tepung goreng pisang@ Fritters Aroma/Tepung Bestari/Tepung Tempura
-
2 1/2 cawan air + 1/2 cawan air jika perlu
-
Sedikit serbuk kunyit (untuk naikkan warna tepung)
-
30 tangkai kangkung/bayam/bayam brazil
Cara-cara:
- Bancuh dan kacau tepung bersama sedikit serbuk kunyit sehingga sebati. Bancuhan tidak terlalu cair. Biar bancuhan melekat pada kangkung bukan meleleh cair.
- Celupkan kangkung dan ratakan dengan bancuhan tepung.
- Pegang tangkai kangkung, celup dalam minyak panas sambil goyangkan bahagian daun supaya bahagian daun-daun tak melekat/bersetongkol bersama-sama.
- Goreng kedua-dua belah sehingga kekuningan dan rangup. Angkat guna penyepit dan toskan.
- Boleh dicicah dengan sos thai dan Selamat berkrup krap!
Resepi Bayam Brazil Goreng Tepung Bestari
Bayam Brazil Goreng Tepung Bestari: Sumber Cik Eyna
Bahan-bahan:
- bayam brazil : basuh dan tos kan
-
tepung goreng bestari
-
tepung beras
-
air
-
minyak untuk mengoreng
-
1/2 sudu makan chiken stok
-
sedikit kunyit (jika suka)
Cara-cara:
-
Sediakan bahan-bahan.
- Panas kan minyak. *Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mengoreng.
- Bancuh tepung bestari dan tepung beras dalam bekas (sukatan agak-agak).
-
Bancuhan tepung jagan terlalu pekat or cair. Masukan serbuk pati ayam dan serbuk kunyit jika suka.
-
Celup bayam dalam tepung dan yerus masukan dalam minyak yang panas..
-
Balik-balikkan bayam hingga bayam kekuningan dan garing..(api jangan terlalu besar takut hangus). Boleh lah angkat dan tos kan minyak.
Penutup
Mudah je kan nak sediakan bahan-bahan sayuran rangup ini. Jimat masa, sedap dimakan bersama keluarga.
Antara kudapan lain yang anda boleh cuba: