Hari ini saya nak kongsi resepi kuih peria special yang wajib anda cuba! Kuih peria antara kuih tradisional kesukaan ramai. Rasanya lembut, manis berlemak dengan inti kacang merah. Kuih Peria secara tradisi menggunakan daun dari pokok Pandan bagi memberi warna hijau. Ia berbentuk bujur dan mempunyai inti kelapa manis. Kuih peria ini, intinya juga ada beberapa versi. Ada yang suka makan dengan inti kacang hijau, inti kacang merah atau inti kelapa.
Resepi Kuih Peria Mudah Dan Sedap Lina Pg
Kuih Peria Mudah Dan Sedap: Sumber Lina Pg
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung gandum
- Santan cair secukupnya (boleh guna air)
- Sedikit pewarna hijau
Bahan lain:
-
daun pisang/plastik (untuk lapik)
-
sedikit minyak
Cara-cara:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan tepung ke dalam bekas yang besar.
- Kemudian masukkan santan cair sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Kemudian letakkan pewarna dan uli hingga warna sekata.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
- Leperkan doh dan masukkan inti kegemaran, sama ada inti kacang atau inti kelapa. Bentukkan doh seperti buah peria.
- Untuk mendapatkan pattern lurah-lurah buah peria, lina pg menggunakan pisau kek (tutorial melorek boleh refer ke youtube lina pg).
- Lapikkan doh dengan daun pisang dan sapukan sedikit minyak, tips kuih berkilat setelah masak.
- Kukus selama 10 min api sederhana sahaja. JANGAN KUKUS API BESAR tau nanti kuih akan kembang setaman.
Bahan Inti Kelapa:
-
200 gram kelapa parut putih
-
200 ml air
-
140 gram nisan kerek/gula melaka
-
2 helai daun pandan
-
30 gram gula merah
-
1 sudu besar gula pasir
-
1 sudu besar tepung gandum
-
Sedikit garam
Cara-cara:
- Satukan air, nisan kerek, gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk. Kemudian masak hingga kesemua gula larut. Angkat dan tapiskan.
- Masukkan kelapa parut ke dalam periuk (yang lain) dan tuang larutan gula yang dimasak tadi. Gaul rata kelapa parut dan air gula. Tambah gula pasir (inti kelapa kena sedikit manis baru sedap).
- Kemudian tabur tepung gandum, kacau rata hingga inti agak kering sedikit. Jangan terlalu kering. Biar basah-basah dan melekit sedikit barulah sedap. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
Nota:
-
Untuk inti kelapa, selalunya saya akan buat banyak dan simpan dalam peti ais.
Resepi Kuih Peria Akuman999
Kuih Peria: Sumber Akuman999
Bahan-bahan Kulit:
-
250 gram tepung pulut
- 200 ml santan
- 1/4 sudu teh garam
- 25 gram minyak masak untuk sapuan
- pewarna merah/hijau
- daun pisang yang telah dipotong kecil
Bahan Inti:
-
250 gram kacang hijau tanpa kulit
-
100 gram gula melaka
-
100 gram gula pasir
-
50 ml air
-
1/4 sudu teh garam
-
1/2 sudu besar tepung pulut
Cara-cara:
-
Rebus kacang hijau yang telah dibersihkan. Kalau nak empuk boleh juga Rendam kacang hijau selama 4 – 5 jam sebelum direbus. . Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.
-
Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.
-
Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.
- Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gms, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.
- Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit. Siap.
Resepi Kuih Peria Tak Liat Dan Cantik
Kuih Peria Tak Liat Dan Cantik: Sumber Zurina Zulkifli
Bahan-bahan:
- *2 cawan tepung pulut
- *1 cawan tepung gandum
- *1 cubit garam
- *1 kotak santan
- *Setengah kotak air suam
Cara-cara:
- *Adun hingga sebati dan bahagikan doh kepada 3 bahagian.
- Titikkan perwarna ke atas doh tepung. So, dapat la la tiga warna untuk doh tepung dan inti pes kacang merah.
- Pes saya beli yang dah siap di kedai barangan bakery. Selain inti kacang merah, anda boleh juga gunakan inti lain seperti kacang hijau, peanut butter, atau kelapa parut.
- Bulatkan dahulu doh untuk mendapatkan saiz bulat yang sama, kemudian baru masukkan inti kacang merah ke dalam doh. Caranya leperkan doh, masukkan inti dan tutup semula jadikan doh.
- Setelah inti dimasukkan, jadikan doh semula dan bentukkan mengikut acuan sendiri. Macam saya, saya cuma gunakan lidi satay untuk mendapat corak seperti di dalam gambar. Lapikkan di atas plastik atau sebaiknya guna daun pisang.
- Masukkan kuih ke dalam periuk kukus, dan sapukan sedikit minyak masak ke atas kuih supaya kuih tidak menjadi kering.
- Kukus dan tutup dengan kain bagi mengelakkan air didihan terjatuh ke atas kuih.
Resepi Kuih Buah Peria Azie Kitchen
Kuih Buah Peria: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
-
250 gram tepung pulut – saya guna 150 gram
-
200 ml santan pekat – guna 150 ml
-
25 gram minyak masak – sapu pada kuih dan daun pisang
-
Sedikit air
-
Pewarna merah dan hijau
Cara-cara:
-
Uli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Kacau pewarna dengan sedikit air dan satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan hijau.
-
Ambil 15 gm doh dan bentukkan doh lonjong sedikit seperti buah peria. Masukkan inti dan tutup kemas. Sapu sedikit minyak pada doh.
- Letak di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis garis pada doh menyerupai buah peria. Atau boleh juga ditekan tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Buka gulungan dan letak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Susun dalam periuk pengukus.
-
Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Kukus buah peria selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan jadi tak cantik.
Bahan Inti Kacang Hijau:
-
250 gram kacang hijau – rendam
-
1 keping gula Melaka
-
1/2 cawan gula pasir
-
Sedikit garam
Cara-cara:
-
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur.
-
Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan bentukkan panjang lonjong seperti buah peria.
Nota:
-
Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka.
Resepi Kuih Peria Resepi Kelantan
Kuih Peria: Sumber Resepi Kelantan
Bahan Untuk Kulit:
- 250 gram tepung pulut
- 200 ml santan
- 1/4 sudu teh garam
- 25 gram minyak masak untuk sapuan
- pewarna merah/hijau
- daun pisang yang telah dipotong kecil
Bahan Untuk Inti:
- 250 gram kacang hijau tanpa kulit
- 100 gram gula melaka
- 100 gram gula pasir
- 50 ml air
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu besar tepung pulut
Cara-cara:
- Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih. Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.
- Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.
- Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.
- Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gm, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.
- Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit.
Tips:
- Doh mestilah liat tetapi boleh dibentuk. Doh yang lembut akan menyebabkan kuih menjadi kembang selepas dikukus. Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh kering. Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.
Penutup
Kuih Peria merupakan sejenis kuih yang dibuat dengan menggunakan tepung pulut dan popular di Malaysia.
Jom cuba resepi ini: