fbpx

20 Cara Mendidik Anak Supaya Cerdas dan Pintar (TERBARU)

0

Apakah cara supaya mendidik anak supaya cerdas dan pintar? Saya kumpulan 20 tips dan cara mendidik anak supaya cerdas dan pintar. Dari pelbagai sumber dan teknik orang berjaya. Apa yang penting, amalkan dan lihat keberkesanan tips menjadikan anak cemerlang dan berjaya.

1. Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting untuk manusia memulakan hari mereka. Sarapan pagi telah terbukti meningkatkan daya konsentrasi, mood, mental dan daya ingatan manusia. Biasakan bersarapan sebelum jam 9 agar otak anda boleh berfungsi dengan baik dan akan meningkatka kecerdasan serta kesihatan tubuh badan.

2. Jogging

Dengan berjogging juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak bahkan kos juga murah. Jantung akan berfungsi dengan baik tatkala kita mengeluarkan peluh dari tubuh. Mood yang baik juga akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita.

3. Pengambilan Makanan Berantioksidan

Tahukah anda makanan berantioksidan adalah sangat bagus untuk kesihatan otak manusia dimana ia akan berfungsi melindungi sel-sel yang ada dalam otak dan akan lebih efektif ketika bekerja. Contoh makanan antioksidan adalah seperti blueberry, bawang putih, blackberry, bayam dan macam-macam lagi.

4. Muzik

Unik bukan bahawa salah satu untuk menajamkan fikiran adalah dengan bermain alat muzik. Bukannya menjadi seorang yang profesional namun cukup sekadar selalu berlatih kerana ia membuatkan otak kita fokus untuk membunyikan key-key muzik tersebut. 

5. Membaca Al-Quran

Iklan

Bagi yang muslim pula, dengan membaca al-quran sudah semestinya akan membuatkan otak anda lebih cergas dan pintar kerana dalam agama Islam kita diajar untuk selalu mengaji Al-Quran untuk mengasahkan fikiran. Dan perkara ini sebenarnya berlaku.

67

6.  Madu

Salah satu cara untuk menajamkan fikiran adalah juga dari pemakanan kita. Makanan yang bagus adalah makanan sunnah dari Nabi Muhammad SAW seperti madu. Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang khasiat madu itu sendiri. Makanan ini mempunyai berbagai jenis vitamin, mineral, protein dan berbagai lagi yang lengkap. Seeloknya pengambilan madu ketika waktu pagi bersama sarapan dan waktu malam. Bahkan madu ini juga dikatakan sebagai ubat yang menyembuhkan banyak penyakit dengan izin Allah.

7. Kismis

Salah satu makanan sunnah adalah buah kismis. Sebenarnya buah kismis adalah salah satu makanan berantioksidan. Ia mengandung zat besi yang amat diperlukan untuk membangun darah untuk memastikan pasokan oksigen yang cukup untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berpikir. Digalakkan untuk membaca alfatihah dan berselawat ketika makan buah kismis tersebut.

8. Menulis Jurnal

Pasti anda hairan apa kaitan jurnal dan kecerdasan otak. Semestinya yang kita tahu apabila menulis jurnal sudah pasti ia memerlukan ilmu yang banyak dan tanggungjawab yang harus dipikul. Maka jika seseorang itu menulis jurnal, sudah pasti ia akan banyak mempelajari ilmu baru dan informasi yang selama ini seseorang itu tidak pernah tahu. Para tokoh genius seperti Isaac newton, Einstein, Thomas Jefferson serta tokoh genius lainnya ternyata mereka mempunyai kebiasaan menulis jurnal atau buku. Orang sehebat Thomas Edison telah menulis banyak hingga sampai 3 juta halaman catatan, surat dan pemikiran pribadi dalam ratusan jurnal.

9. Kurangkan Makanan Bergula

Apabila makanan terlalu bergula, maka ia tidak baik untuk kesihatan otak dan ia akan membuatkan anda merasa malas dan mudah mengalah untuk berfikir. Makanan bergula bahkan boleh merosakkan otak. Daya ingatan juga menjadi tumpul dan tidak mantap.

10. Hafal

Maka bertuahlah si penghafal Al-Quran kerana dengan menghafal Al-Quran, ia mampu membuatkan otak kita digunakan secara optimum. Justeru berpotensi melonjakkan prestasi dan kecerdasan otak. Selain pahala yang didapati dari menghafal Al-Quran serta banyak keutamaan dan keistimewaan yang didapat oleh orang yang menghafal Al-qur’an, mereka juga mendapatkan keuntungan atau manfaat lain dari menghafal.

65

11. Kacang

Kekacang juga merupakan salah satu makanan yang membuatkan otak semakin cerdas lebih-lebih lagi kanak-kanak. Contohnya seperti kacang walnut, pistachio di mana ia mempunyai nilai protein yang tinggi.  

12. Belajar Bahasa Asing

Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dengan faktor geografi yang hampir dan dikelilingi negara Arab, mereka mempelajari bahasa itu. Kerana itulah anak-anak mereka sangat pintar bukan. Walaupun mereka tidak menganut agama Islam namun mereka percaya tentang khasiat makanan sunnah yang diamalkan oleh orang Islam.

13. Bersukan / Beriadah

Bersukan atau beriadah adalah baik untuk kesihatan dan jantung. Bila jantung manusia berfungsi dengan baik maka darah akan dipam terus ke ke badan dan otak. Otak juga akan semakin cerdas. Salah satu aktiviti yang bagus ialah berbasikal dan bersenam. Lakukan pada waktu pagi dan petang.

14. Akronim

Kebiasaannya sesiapa yang mahu mengingati sesuatu yang banyak atau panjang akan menggunakan akronim untuk mengingati nya dengan cepat. Bagi para guru jika dapat menciptakan akronim untuk para anak didiknya maka akan membantu meningkatkan kemampuan menangkap informasi para anak didik sehingga anak didik tidak mudah lupa dengan pelajaran yang telah diberikan serta mudah mengingatnya dengan akronim yang telah diberikan.

15. Membaca Dengan Cepat

Salah satu amalan yang harus anda cuba untuk menajamkan otak adalah cuba untuk membaca dengan cepat. Speed reading. Kemudian uji ingatan dan kefahaman anda sama ada berhasil atau tidak memahaminya dengan cara membaca dengan cepat sedemikian.

16. Latih Seluruh Pancaindera

Bukan hanya otak yang perlu diaktifkan. Seluruh pancaindera memainkan peranan dalam mengembangkan prestasi seseorang. Lakukan pergerakan tangan, kaki, telinga dan semuanya. InsyaAllah ini akan membuatkan otak lebih kuat dalam mempelajari informasi baru.

17. Gelombang Alpha

Ketika otak ketika bekerja, maka kecepatannya sekitar 8-12 siklus per saat. Otak paling bagus berfungsi apabila otak kita dalam keadaan Alpha. Pada waktu ini otak kita boleh fokus pada tahap maksimum dan pembelajaran senang masuk ke dalam minda.

64

18. Tangan Kiri

Apabilak kita dominan kanan, cuba latih guna tangan yang bukan dominan. Contohnya begini. Biasanya gosok gigi menggunakan tangan kanan. Esok cuba gunakan tangan kiri. Perbuatan ini biarpun kecil akan meransang otak untuk berkembang.

19. Tidur Yang Cukup

Jika kita tidur, otak juga akan turut tidur dan beristirehat. Jadi, tidurlah dengan kadar yang cukup. Namun, jika terlebih tidur pula akan melembabkan otak kita. Jumlah waktu tidur yang paling elok adalah sekitar 6-8 jam. Waktu tidur juga waktu di mana tubuh badan kita sedang dibaiki.

20. Hobi

Asah hobi anda yang akan membuatkan fikiran dan otak anda berjalan. Apatah lagi jika hobi anda ialah membaca, maka banyak perkara positif akan berlaku pada diri. Sebenarnya hobi seperti ini harus dipupuk ketika kecil lagi agar sudah terbiasa besar kelak.

66

Kesimpulan

Sekarang saya telah kongsikan 20 amalan supaya otak cerdas dan pintar. Maka tinggal lagi adakah anda mahu melakukannya ataupun tidak. Harus diingat, tidak ada keajaiban dalam proses ini. Ianya memerlukan masa dan komitmen. Apa yang penting usaha, usaha dan usaha.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.