fbpx

11 Resepi Kek Sarang Semut @ Lebah Yang Cantik Dan Sedap

Hari ini saya nak kongsi resepi kek sarang semut yang cantik dan sedap! Kek sarang semut juga popular dengan nama kek sarang lebah dan kek gula hangus. Kek ini cukup fluffy dan rasanya tidak terlalu manis dan tidakk muak bila dimakan. Kek ini menggunakan karamel gula hangus. Rupa dan tekstur kek gula hangus ini berlubang-lubang. Kalau nak dapatkan warna kek yang lebih gelap, kena hanguskan lagi gula sampai gelap. Orang kata pahit, tapi tak adalah rasa pahit sangat. Caranya pun mudah. Tapi teknik kena betul sebab takut tidak bersarang.

Resepi Kek Gula Hangus Azie Kitchen

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter
  • 5 biji telur 
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
  2. Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan butter cair, tepung gandum (yang diayak bersama dengan soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan tapiskan.
  4. Tuang ke dalam loyang (7″ x 7″) yang dah digriskan dan dialas dgn baking paper. Peram selama 3 – 4 jam (lagi lama lagi elok untuk menghasilkan lubang-lubang yang lebih banyak).
  5. Bakar dalam oven yang dah panaskan 170 – 180C lebih kurang 40 – 45 minit atau sehingga masak.

Resepi Kek Gula Hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 125 gram mentega, cairkan
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung

Cara-cara:

  1. Cairkan gula pasir di atas api perlahan dan biarkan gula masak sehingga keperangan.
  2. Apabila gula sudah cair keperangan sepenuhnya, tuang air panas sedikit demi sedikit dan biarkan sejuk.
  3. Pukul telur bersama susu pekat dan mentega yang sudah dicairkan.
  4. Ayak soda bikarbonat ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan ayak sekali bersama tepung
  5. Kemudian ayak pula tepung gandum dan kacau sehingga adunan tidak berketul. Tuang air gula karamel tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sebati.
  6. Tuang ke dalam loyang dan rehatkan selama minimum 1 jam.
  7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 160ºC.

Tips:

  •  Jangan guna sudip untuk mengacau gula kerana nanti gula akan menjadi berketul, cukup sekadar goyangkan kuali untuk mengacau gula supaya tidak hangus. Masak di atas api perlahan dan sentiasa pantau gula supaya tidak hangus.
  • Pastikan air gula karamel sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Jika masih panas, tepung akan menjadi masak semasa proses mengadun dan kek akan menjadi ‘bantat’ atau tidak naik.

Resepi Kek Sarang Lebah Mat Gebu

KEK SARANG LEBAH

Kek Sarang Lebah: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 camca besar mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
  • 4 biji telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhat-hati, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 – 3 jam.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong.

Resepi Kek Sarang Semut Wani Sukarno

Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya

Kek Sarang Semut: Sumber Wani Sukarno

Bahan-bahan untuk karamel:

  • 3/4 cawan gula kasar
  • 1 cawan air panas
  • 1 1/2 sudu mentega

Cara-cara:

  1. Guna api kecil, hanguskan gula sehingga keperang-perangan. Masukkan air panas sikit – sikit dan kacau sehingga gula cair. Tutup api dan kemudian masukkan mentega kacau sehingga cair. Ketepikan.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/3 cawan susu pekat

Cara-cara:

  1. Ayak tepung  dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan 4 biji telur, susu pekat dan esen vanila.
  3. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam adunan telur dan kacau sekejap.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga tiada ketulan tepung.
  6. Alaskan inner noxxa dengan kertas baking,tapis adunan masuk ke dalam inner noxxa, nak elakkan ada ketulan tepung.
  7. Masukkan inner ke dalam periuk noxxa, tutup tudung dan tekan steam 25 minit, pastikan tombol ke arah steam.
  8. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa.
  9. Dah bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa.
  10. Sejukkan sekejap, rasa macam dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan hati – hati letak dalam pinggan.
  11. Boleh potong dan hidangkan.

Tips:

  •  Untuk dapatkan kek yang berlubang, potong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek.
  • Potong kek melintangi garisan

Resipi Kek Gula Hangus Nazlan Nasir

Resipi Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus: Sumber Nazlan Nasir

Bahan-bahan:

  • 1 ¼ cawan (250 grams) gula caster
  • 1 cawan (240 mls) air panas
  • 1 cawan (250 mls) susu pekat
  • ½ cawan Mentega (125 grams)
  • 5 biji telur besar (300 grams)
  • 1 cawan (125 grams) tepung, diayak
  • 2 sudu teh (5 grams) soda bikarbonat, diayak

Bahan-bahan:

  1. Panaskan gula pada api sederhana dalam kuali sehingga ia cair dan warna berubah menjadi coklat keemasan.
  2. Tuangkan air panas secara beransur-ansur ke dalam gula karamel dan biarkan air mendidih dan kacau sehingga sebati.
  3. Keluarkan gula karamel dan biarkan sejuk.
  4. Pukul mentega dan telur sehingga ringan & berbuih.
  5. Tuangkan susu pekat dan gula karamel dan kacau dengan baik.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat dan gaulkan campuran di dalam.
  7. Buka tudung Philips All-In-One Pressure Cooker dan tuangkan adunan ke dalam periuk yang telah disapukan mentega.
  8. Tutup penutup belakang dan putar bolong di bahagian atas tudung ke arah ‘Bakar’.
  9. Tekan ‘BAKE’ dan kemudian ‘START’.
  10. Apabila panel menyala di ‘Keep Warm’, kek sudah siap dan sedia dikeluarkan.
  11. Keluarkan ke rak penyejuk sebelum memotong kek.

Resepi Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap

Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap

Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A 
  • 1  cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1  cawan gula pasir  
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar butter 
  • 1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas pelahan-lahan. Kacau hingga gula cair. Masukkan butter. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (LiNa Pg pukul macam buat telur dadar jer).
  4. Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nampak pekat.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 7x7in) yang digris terlebih dahulu. Adunan ni memang cair.
  7. Rehatkan adunan selama ~20minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing-masing (LiNa Pg guna suhu 150’C). Bakar api bawah selama 30 min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul-betul masak-masak. LiNa Pg bakar selama 40min.

Resepi Kek Sarang Lebah Dayangjack

KEK SARANG LEBAH

Kek Sarang Lebah: Sumber Dayangjack

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 camca besar mentega (DJ guna marjerin)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum* (DJ guna tepung naik sendiri)
  • 2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
  • 4 biji telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 – 3 jam.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong.

Resepi Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus

Kek Sarang Semut Kek Gula Hangus

Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus: Sumber HaSue

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter
  • 4 biji telur A > hasue guna 5 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • hasue tambah esen vanila

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
  2. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
  3. Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
  5. Kacau hingga sebati dan tapiskan.
  6. Tuang ke dalam loyang (7″ x 7″) yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
    Peram selama 3 – 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak).
  7. Bakar dalam oven yang dah panaskan 170 – 180C lebih kurang 40 – 45 min atau sehingga masak. * perlu hati-hati masa menuang air kedalam gula yang tengah panas dan masa mengacaunya ya. Bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati-hati.

Nota:

  • Berdasarkan pada eksperiman yang dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dengan lidi, untuk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yang digunakan 165 – 175C.
  • Potong laa dari mana-mana bahagian pun. Pasti akan kelihatan jelas sarang kek sarang semut tu nanti. 

Resepi Kek Gula Hangus / Sarang Semut Kukus Paling Mudah! 

Resepi Kek Gula Hangus Sarang Semut Kukus Paling Mudah!

Kek Gula Hangus / Sarang Semut Kukus Paling Mudah! : Sumber Lativa Sakina

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir 

  • 1 cawan air panas 

  • 1 cawan tepung gandum 

  • 3 sudu makan marjerin 

  • 4 biji telur ayam gred B 

  • ¾ cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)

  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

  • 1 sudu kecil baking powder

  • 1 penutup botol esen vanila

Cara-cara:

  1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.
  2. Bila nampak keperangan, kecilkan api. Tuang air panas tadi sikit demi sikit sampai habis (Hati-hati ye, masa ni adunan sedikit meletup-letup). Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati. 
  3. Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Tutup api. Biarkan adunan seketika.
  4. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau-kacau manja bagi kuning telur pecah je. Kacau lagi dengan susu pekat dan esen vanila.
  5. Ayak tepung, soda bikarbonat, dan baking powder.
  6. Kacau sebati adunan dari step 1, 2, dan 3.
  7. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. 
  8. Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan. 
  9. Kukus 1 jam sehingga masak.

Resepi Kek Gula Hangus Chef Asma

Kek Gula Hangus Chef Asma

Kek Gula Hangus: Sumber Chef Asma

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air panas
  • 4 sudu besar mentega 

Cara-cara:

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar, bila gula dah cair masukkan air panas, hati-hati ya.
  2. Tutup api dan masukkan mentega. Ketepikan dan biar suam sebelum guna.

Bahan-bahan Kek:

  • 8 biji telur
  • 2 cawan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat.
  2. Pukul telur hingga kembang dan pekat dengan menggunakan mixer high speed.
  3. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  4. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yang telah diayak tadi.
  5. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan mix sebat
  6. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  7. Bakar 160C selama 60 minit ( api bawah sahaja).
  8. Bahagian terakhir, bakar 15 minit api atas bawah.

Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut Yatie Memories

Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut Yatie Memories

Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan gula halus*
  • 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
  • 125gm butter
  • 4 biji telur gred A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
  2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan  dan ketepikan dulu.
  3.  Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
  4. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

  1. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata.
  2. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla. 
  3. Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan.  Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
  4. Tuangkan di dalam loyang 7×7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya.  
  5. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on. 
  6. Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.

Nota:

  • **45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula. Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai. Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut Citarasawan

Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut Citarasawan

Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut: Sumber Citarasawan

Bahan Gula Hangus:

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Masak gula di dalam periuk / kuali tebal hingga keperangan atau
    keemasan.dengan api sederhana. Goyangkan periuk kiri kanan supaya gula
    mencair dengan sekata, tidak perlu mengacaunya.
  2. Tutup api dapur, kemudian, tuangkan air panas dari bahagian tepi periuk supaya air gula tidak terpecik atau membuak keluar.
  3. Buka api kecil, teruskan mengacau hingga gula larut.
  4. Tutup api dapur dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan gula hangus betul-betul sejuk sebelum digunakan supaya kek tidak menjadi bantat. 

Bahan-bahan:

  • 7 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum- ayak
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 C selama 10 minit.
  2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula
    hangus.
  4. Putar sebati. Adunannya agak cair. Perap selama 2 jam atau lebih.
  5. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah selama 1 jam (50 minit api bawah dan 10 minit api atas) suhu 170°C bergantung pada oven masing-masing.

Nota:

  • *Untuk dapat potongan yang cantik berlubang, potong melintang bahagian tengah kek bukan potong secara menegak, kemudian tengok urat kek. 

Resepi Kek Gula Hangus Penuh Bersarang Masak Guna Rice Cooker

Kek Gula Hangus Penuh Bersarang Masak Guna Rice Cooker

Kek Gula Hangus Penuh Bersarang Masak Guna Rice Cooker: Sumber semuanyajdt

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 125gm butter
  • 4 biji telur ayam gred B
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 camca besar baking soda (wajib )
  • I unit rice cooker

Cara-cara:

  1. Panas gula api sederhana sehingga hangus. (tapi bukan hangit).

  2. Bila nampak keperangan tuangkan air panas sikit demi sikit dan sampai habis. Perlahankan api sampai gula hangus dan air sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau. Biarkan seketika.

  3. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati dengan susu pekat. (kacau untuk sebatikan sahaja).

  4. Masukkan tepung dan baking soda. Kacau hingga sebati.

  5.  Kemudian tuangkan air gula hangus tadi (ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.

  6. Gris kan rice cooker. Kemudian tuang adunan ke dalam dan tekan button memasak.

  7.  Kek akan masak sendirinya selepas button masak dah tendang naik. Boleh juga gunakan pisau untuk cucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambahkan masa tekan kembali button masak tadi.

Tips:

  • Tuangkan air gula ketika masih suam-suam sebab dengan suhu sebegitu baking soda akan cepat bertindak dan tidak perlu nak biarkan atau peram. Terus masukkan dalam rice cooker saja.

Penutup

Kek ini tidak tak pernah lapuk dek zaman. Rasanya sedap dan tak muak. Nak dapat rongga tu memang kena sabarkan.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.