Hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak bawang yang paling sedap! Masakan ini cukup padu dengan rasa kuahnya yang lebih pekat, apalagi digaulkan dengan nasi. Jom kita sama-sama cuba masakan popular INI terutamanya di Restoran Nasi Kandar! Bawang besar dimayang dan digoreng dengan banyak, kemudian ditaburkan ke atas masakan Ayam Masak Bawang INI! Aromanya wangi dan rasa kuah selupat ayam yang penuh dengan aroma rempah dan rasa masam, manis dan pedas. Pastinya lebih sedap apabila ianya disebatikan dengan bawang yang digoreng dan digandingkan dengan Nasi Tomato ataupun Nasi Minyak! Masakan ini istimewa untuk pengggemar kari yang berperisa bawang goreng. Sesuai dengan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India yang tidak boleh dipisahkan dari penggunaan bawang merah dan putih dalam resepi masakan kita.
Resepi Ayam Masak Bawang Nala Punya Sedap Che Nom
Ayam Masak Bawang Nala Punya Sedap: Sumber Che Nom
Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
Bahan Kisar Halus:
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
Bahan untuk bawang goreng:
- 2 biji bawang besar
Bahan-bahan lain:
- 1 ½ cawan minyak masak
- ½ ekor/ 800g ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 helai daun pandan
- 1 tangkai daun kari
- 1 ½ sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- ½ sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- ½ sudu kecil serbuk garam masala (dalam video Che Nom tak letak)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 susu besar sos tomato
- Cili merah (option) – untuk taburan sahaja nanti
- air tapisan
- bahan kisar halus
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Belah dua dan hiris nipis 2 biji bawang besar (bombay). Lebih sesuai guna bawang bombay dari bawang holland.
- Seterusnya, untuk bahan kisar halus, potong halia, bawang putih, dan bawang besar. Hiris kasar dan tambah air untuk kisar halus. Kemudian tapis,
- Potong cili merah (option sahaja) untuk taburan sahaja nanti.
- Sediakan ayam dalam angggaran setengah ekor. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak dalam 1 1/2 cawan minyak untuk goreng bawang yang banyak.
- Masukkan hirisan bawang besar, goreng sampai garing, cukup sekadar perang. Bila warna dah berubah boleh angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, goreng ayam yang digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam tadi sampai 3 1/4 masak. Nanti kita nak masak dengan kuah lagi sekali.
- Ayam dah siap goreng, keluarkan sikit minyak.
- Tumis rempah 4 sekawan. Daun pandan, koyakkan. Masukkan bahan kisar halus yang ditapis tadi. Masukkan daun kari. Kacau sehingga kekuningan dan sedikit garing. Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Ada satu lagi bahan yang dimasukkan iaitu serbuk garam masala, tapi che nom tak letak sebab stok garam masala che nom dah tak berapa elok. Anda boleh tambah kalau ada.
- Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram.
- Masukkan air yang ditapis dari bahan kisar halus tadi.
- Masak sekejap sammpai kuah pekat dan pecah minyak.
- Masukkan ayam goreng, gaul sekata. Nak masak lebihkan kuah, boleh gandakan resepi. Boleh tutup kuali, dan anggaran masak dalam 10 minit supaya ayam masak sepenuhnya dan meresap kuahnya. Kalau kering nanti boleh tambah air sikit-sikit.
- Lepas anggaran 10 minit, masukkan bawang goreng dan gaul sekata. Tambah garam secukup rasa.
- Ayam masak bawang ini tak berkuah sangat, sebab kuahnya pekat dan bersalut dengan ayam tu. Bawang goreng yang akan bua masakan ini lebih wangi , manis dan kuah lebih pekat. Bawang pun dah bergaul sekata, dah lembut. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Bawang Ala Penang Eryn TJ
Ayam Masak Bawang Ala Penang: Sumber Eryn TJ
Bahan-bahan:
- Bawang besar sebiji yang dipotong mayang halus
- Sehelai daun pandan yang dipotong 4
- Setangkai daun kari
- Ayam yang dah siap dicuci dan dilumurkan kunyit serbuk dan garam sedikit
- 4 sekawan
- Pes bawang putih dan halia dikisa
- Pes bawang besar 1 labu yang dikisar
- Serbuk cili 2 sudu
- Serbuk kunyit 1 sudu kecil
- Serbuk jintan manis dan jintan putih 1 sudu kecil
- Serbuk kari daging 1 sudu
- ½ sudu garam masala
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram (1 sudu setiapnya)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.Kemudian goreng bawang besar yang dimayang tadi dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan. Dan kemudian toskan.
- Dengan gunakan minyak tadi, goreng ayam pula. Goreng ayam ¾ masak. Selepas tu angkat dan toskan.Lepas tu, keluarkan minyak gorengan ayam tadi dari kuali. Tinggalkan sesenduk je untuk menumis.
- Panaskan minyaknya. Dan tumis daun pandan, daun kari dan 4 sekawan. Setelah dah naik bau wangi, masukkan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.
- Masukkan juga pes 1 biji bawang besar dan kacau sebati juga.
- Kemudian baru masukkan air untuk kuah.
- Dalam pada nak mendidih kuahnya tu, masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk kari daging dan 1/2 sudu garam masala. Kacau sekata.
- Masukkan air dari bahan kisar tadi. Masak sekejap sampai kuah
Resepi Ayam Bawang Berempah Azian Hasan
Ayam Bawang Berempah: Sumber Azian Hasan
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong 16)
- 3 biji bawang merah besar (dimayang halus)
- 1 simpul daun pandan
- Sedikit daun kari
- 3 sudu besar madu
- 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1/2 sudu besar seebuk jintan putih
- 1/4 sudu besar serbuk cili
- 1/4 sudu besar garam masala
- 1/4 sudu besar serbuk kari daging
- Sedikit garam dan serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar air asam jawa
Bahan Tumis:
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 1/2 inci halia (dicincang halus)
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
- Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan dalam 4 sudu besar minyak.
- Masukkan semua bahan tumisan dan masak sehingga bawang perang.
- Masukkan daun pandan, daun kari dan kesemua rempah.
- Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
- Masukkan sos tiram dan cili sos. Masukkan ayam dan gaul rata.
- Tuangkan madu dan masukkan bawang goreng.
- Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat.
Resepi Ayam Masak Bawang Sedap
Ayam Masak Bawang Sedap: Sumber Malaysian Food
Bahan-bahan:
- 800 gram ayam di potong sederhana.
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Rempah 4 sekawan
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih.
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih.
Bahan Bawang Goreng:
- 2 biji besar bawang besar di mayang (hiris).
Bahan-bahan lain:
- 1 1/2 mangkuk minyak masak
- 2 helai daun pandan
- 1 1/2 sudu besar cili paste
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- 1 cawan air
Cara-cara:
- Pertama, gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Ketepikan. Sementara itu panaskan minyak.
- Panaskan minyak masak, dan goreng bawang besar yang sudah dihiris tadi untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan toskan.
- Kemudian, goreng ayam dalam ½ masak, angkat dan toskan.
- Dengan menggunakan minyak menggoreng ayam yang sama, ambil setengah untuk tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah 4 sekawan dan daun pandan. Goreng hingga garing.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan cili paste. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan garam. Masukkan air. Masak hingga sebati.
- Kemudian, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Tutup periuk untuk memastikan ayam masak sempurna. Kacau ayam seketika. Masak di dapur untuk 15 minit lagi. Masukkan bawang goreng yang sudah di toskan awal tadi. Masak lagi seketika hingga menjadi pekat. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Bawang Ala Mamak Haji
Ayam Masak Bawang Ala Mamak Haji: Sumber Patyskitchen
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam , potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan
- 3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
- 1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka
- 1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
- 2-3 sudu besar Rempah Kari (daging)
- 1 sudu besar Sos Tiram
- 1 sudu besar Sos Cili
- 1 sudu besar Sos Tomato
- 2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit
- 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
- 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
- 2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang
- 1 helai daun pandan dipotong 2 inci
- 2 sudu besar gula pasir
- Garam secukup rasa
- Cili merah dipotong memanjang (hiasan)
- Daun Kari (hiasan)
Cara-cara:
- Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
- Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.
- Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomoto.
- Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
Penutup
Resepi ini semestinya popular di serata Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang. Pastinya menjadi lauk kegemaran bila makan nasi kandar. Bila sebut ayam masak bawang, bawang mesti banyak. Itu yang buat manis tu, kaya pula dengan rempah ratus. Memang sedap! Setiap kali makan nasi kandaq kena ada lauk ini.
Anda juga boleh cuba masakan INI: