fbpx

Cara Buat Maggi Bandung Yang Sedap! (5 Resepi Mudah Dan Simple)

Hari ini saya nak kongsi resepi Maggi Bandung. Bandung bermaksud “campuran bermacam jenis bahan-bahan! Yang pastinya, masakan mi bandung/maggi bandung memang guna udang yang banyak. Baru dapat aroma udang nya tu. Cuba sendiri baru puas hati kan. Amat mudah dan ringkas , pastinya sajian yang cukup lazat yang diinspirasikan dari masakan Mi Bandung Johor! Sekali cuba pasti jatuh cinta!

Resepi Maggi Bandung Mat Gebu

Maggi Bandung Mat Gebu

Maggi Bandung: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 paket maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
  • 1 pokok sawi bok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
  • 1 biji tomato kecil, belah 4
  • 2 batang kacang buncis, hiris serong
  • 2 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1 kelopak kobis cina, hiris
  • 1 camca teh sos ikan
  • 1 1/2 camca besar sambal tumis
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 biji telur
  • 1 batang sosej, hiris (boleh guna udang, daging, sotong atau ayam, ikut suka)
  • 3 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, tambah sambal tumis, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan sosej dan perisa perencah maggi tadi. Kacau rata. Bila mendidih perlahankan api, masukkan telur, pelepah sawi dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  3. Tambah kacang buncis, kobis dan daun sawi serta mee maggi, masak hingga mee lembut, tambah sos ikan dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Resepi Maggi Bandung Qaseh Honey

Maggi Bandung Qaseh Honey

Maggi Bandung: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 2 paket maggi + perencah

  • 3 biji bawang merah*

  • 1 biji bawang besar*

  • 3 ulas bawang putih* (*dihiris)

  • 2 biji telur

  • 2 sudu makan cili giling

  • 5 sudu makan sos cili

  • 1/3 cawan kacang tanah – dikisar

  • 10 ekor udang saiz sederhana

  • 3 tangkai sawi

  • 1 biji tomato

  • 3 cawan air – ikut kepekatan kuah

  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Mula-mula tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga bau harum dan garing.

  2. Masukkan cili giling gaul hingga garing dan masukkan air. Kacau rata.

  3. Masukkan 2 paket perencah maggi. Kacau rata. Biarkan seketika.

  4. Masukkan sos cili dan kacang tanah. Kacau rata.

  5. Masukkan telur dan biarkan hingga telur kaku.

  6. Kemudian masukkan udang dan biarkan seketika.

  7. Masukkan maggi, sawi dan tomato lagi 2 minit sebelum kuah betul-betul masak. * garam tidak perlu diletak kerana perencah kari maggi tu dah masin.

Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je

Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je

Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je: Sumber Daily Makan

Bahan-bahan:

  • Maggi Bandung Pedas
  • Maggi Kari 2 Bungkus
  • CUKA (kalau sos tomato tak ada)
  • Sos Cili
  • Sos Tomato (kalau ada)
  • Telur 2 Biji
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Tomato
  • Udang
  • Cili Blend
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Sayuran – Taugeh, Sawi, Tomato, Cili Padi, Cili Merah

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama udang.
  2. Masukkan cili blend. Kemudian masukkan serbuk maggi kari.
  3. Masukkan sos cili & sos tomato (kalau tiada, masukkan cuka selepas masukkan air) dan kacau sebati. Masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan serbuk maggi cukup rasa.
  5. Masukkan maggi, sayuran dan telur. Biarkan sehingga maggi lembut.
  6. Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Letak cuka much better dari sos tomato.
  • Kalau ada udang kering tumbuk, tambah sedap.
  • Biasanya untuk hilangkan/matikan perasa maggi serbuk tu, kita tumis.
  • Jangan rebus. Anyway maggi bandung ni takde rasa macam maggi sup pun sebab guna cili blend dan sos cili.

Resepi Maggi Bandung Simple Chef Simple

Maggi Bandung Simple

Maggi Bandung Simple: Sumber Chef Simple

Bahan-bahan:

  • Maggi kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sawi
  • Cili kisar
  • Telur
  • Daging (optional)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Limau kasturi / Limau nipis
  • Cili merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan perencah maggi kari, kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
  3. Masukkan daging, tambah air mengikut sukatan sendiri.
  4. Kemudian masukkan maggi yg belum direbus, telur dan sawi. Biarkan sehingga maggi masak. Bila maggi dah masak tutup api.
  5. Hias dengan limau dan cili merah. Dah siap.

Resepi Maggie Bandung Dapur Ummi

Maggie Bandung

Maggie Bandung: Sumber Dapur Ummi

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • batang saleri (potong halus)
  • 1biji tomato (belah enam)
  • 2 biji telur
  • 1 biji karot
  • sawi 
  • air secukupnya minyak untuk menumis
  • 2 bungkus Maggie Kari

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan bilis, kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga cili garing dan pecah minyak.
  4. Kecilkan api, masukkan perencah maggie ( saya guna sebungkus saja), sentiasa kacau untuk mengelakkan bahan tumisan hangus.
  5. Masukkan air secukupnya, letakkan batang saleri, karot dan sawi.
  6. Apabila kuah mendidih, pecahkan telur, biar seketika.
  7. Masukkan mee, kacau seketika, angkat dari dapur.
  8. Sedia untuk dimakan.

Penutup

Mudah je resepi ini. Jom kita sama-sama cuba. 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.