fbpx

9 Resepi Udang Masak Lemak Viral Dan Paling Sedap

Hari ini saya nak kongsi resepi udang masak lemak. Ia penuh dengan rasa dan aroma daripada rempah ratus, dan kemanisan daripada udang dan nanas. Hidangkannya dengan nasi putih biasa adalah yang terbaik, dan ianya pasti tidak akan gagal untuk membangkitkan selera! Anda juga boleh cuba resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas. Resepi terbaik untuk penggemar udang dan masak lemak cili api dan kalau penggemar makanan pedas tu wajib tambah cili api dari kadar dalam resepi tu sebab lagi lepas lagi kick!

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas Che Nom

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas Che Nom

Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilogram udang

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi

Bahan-bahan lain:

  • garam dan gula
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan
  • 1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara-cara:

  1. Bahan kisar di masukkan kedalam periuk.
  2. Masukkan nenas,bersama santan dan serai, masak sehingga nenas lembut.
  3. Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Che Nom

 Udang Galah Masak Lemak Cili Api: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang galah
  • 4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1-2 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan kisar halus:
  • 8-10 biji cili padi
  • 2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
  • 6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.

Tips:

  • Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
  • Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
  • Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air).

Resepi Masak Lemak Udang dengan Nenas Azie Kitchen

Masak Lemak Udang dengan Nenas Azie Kitchen

Masak Lemak Udang dengan Nenas: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang
  • 1/2 biji nenas
  • 1 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam – jika perlu
  • Gula – jika perlu
  • 2 plastik kecil santan – boleh guna 1 kotak santan kotak
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara:

  1. Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih.
  2. Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan sambal terus dikacau.
  3. Setelah santan mendidih, masukkan nenas dan masak seketika sebelum dimasukkan udang. Masukkan serbuk perasa dan gula.
  4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Selamat mencuba.

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas Azie Kitchen

Udang Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Udang Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang udang
  • ½ kg santan 
  • ½ biji nenas 
  • 2 keping asam keping
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • ¼ cawan minyak masak
  • Garam
  • Gula – opsyenal

Bahan tumbuk:

  • 20 tangkai cili padi – ikut pedas
  • 1 inci kunyit hidup hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Bahan atas dikisar atau boleh juga ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dengan daun kunyit sehingga naik bau. Masukkan udang. Jangan rata tapi jangan terlalu lama supaya udang tidak kecut.
  2. Masukkan santan cair dahulu. Kacau rata. Masukkan nenas dan garam. 
  3. Setelah mendidih rata. Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Jika belum cukup masam, masukkan asam keping.

Resepi Masak Lemak Udang Dr Nana

Masak Lemak Udang Dr Nana

Masak Lemak Udang: Sumber Dr Nana

Bahan-bahan:

  • 10-15 ekor udang
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 kotak santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan tumbuk:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 
  2. Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.
  3. Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
  4. Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Masak Lemak Udang Nanas Mat Gebu

RESIPI MASAK LEMAK UDANG NANAS

Masak Lemak Udang Nanas: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang galah
  • 1 biji nanas madu
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 kiub pati ikan bilis (optional)
  • 1 kotak santan Kara (200 ml) *
  • 1/4 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 20 biji cili padi kampung
  • 1/2 inci belacan
  • 3 keping hirisan nanas

Cara-cara:

  1. Udang galah dicuci bersih, gunting bahagian muncung udang yang tajam dan berhati-hati gunakan hujung pisau kecil, korek keluar kotoran yang terdapat dibahagian kepala udang dan buang (boleh rujuk gambar di atas), cuci kembali dan toskan. Nanas dikupas, belah empat dan buang empulurnya dan hiris sederhana tebal, ketepikan.
  2. Masukkan nanas, serai dan asam gelugor ke dalam periuk. Gaul rata dan tuang air hingga nanas tenggeram. Masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Masak sekejap dan masukkan udang, kacau perlahan dan masak hingga udang berubah warna. 
  3. Tuang santan. Kacau perlahan, tambah daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau sentiasa agar tidak pecah santan. Biarkan mendidih untuk 2 – 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk-lauk lain. Selamat mencuba!!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Dan Mantap

Udang Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Dan Mantap

Udang Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Dan Mantap: Sumber Afzalina

Bahan-bahan:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Inci Kunyit Hidup
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 6 Tangkai Cili Api
  • Air
  • 1 1/2 Cawan Santan
  • 1 Batang Serai
  • 1 Hiris Asam Keping
  • Kacang Panjang
  • 10 Ekor Udang
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, kunyit hidup, halia, bawang putih dan cili api dengan sedikit air.
  2. Masukkan santan, bahan kisar serta serai ke dalam periuk dan kacau.
  3. Kemudian, masukkan garam, asam keping dan kacang panjang. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau sehingga mendidih dan udang masak. Kuah hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak pecah minyak. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas Bella Jamal

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas

Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • 10 ekor udang harimau
  • 1/2 biji nenas
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Santan

Bahan B: (dikisar)

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili api

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan B.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar & serai yang dititik sampai naik minyak/bau.
  3. Masukkan nenas yang dah di potong bersama sedikit air dan biarkan seketika.
  4. Masukkan udang, santan dan daun kunyit, kacau sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Udang tu jangan masak terlalu lama untuk elakkan udang jadi keras.
  7. Bila semua dah ok, rasa pun meletop, bolehlah tutupkan api.

Resepi Udang Masak Lemak Nenas Azlita Aziz

Udang Masak Lemak Nenas Azlita Aziz

Udang Masak Lemak Nenas: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 6 ekor udang yang besar ~ buang kepala dan kaki, cuci bersih
  • 1/2 biji nenas ~ buang kulit dan pulur tengah dan potong
  • 2 batang serai ~ di titik
  • 1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
  • 1/2 cawan santan pekat
  • air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Cili hijau ~ untuk hiasan

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 biji cili padi ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak.
  3. Masukkan serai yang di titik.
  4. Masak hingga harum dan kemudian masukkan udang.
  5. Jika kuah kering sangat tambah air.
  6. Kemudian masukkan nenas, daun kunyit dan asam keping.
  7. Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Angkat dan hidangkan.

Resepi Masak Lemak Udang Dan Nenas Qaseh Honey

MASAK LEMAK UDANG DAN NENAS

Masak Lemak Udang Dan Nenas: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 5 – 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah) – QH guna 15 ekor  udang size XXL

  • 1 biji nenas saiz kecil – nenas madu

  • 3 batang serai – di ketuk

  • 4 tangkai kacang panjang (saya tambah) – QH tak letak

  • 2 helai daun kunyit – disiat (saya tak letak daun kunyit sebab tak ada) – QH letak

  • 800 ml santan cair

  • 400 ml pati santan

  • 1 keping asam gelugur

  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 2 biji cili merah

  • 20 biji cili padi (saya kurangkan ke 10 biji sebab anak-anak tak tahan pedas) – QH letak 10 biji cili padi merah/hijau

  • 5 biji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 1/2 inci belacan – QH tak letak

  • 2 biji buah keras – QH tak letak

  • 2 keping hirisan nenas

  • 1/2 inci kunyit hidup

  • 1/2 inci halia – QH tambah

  • 1 biji bawang besar – QH tambah

Cara-cara:

  1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki-kakinya. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar dan ketepikan.

  2. Masukkan udang, serai yang di ketuk, asam gelugur dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.

  3. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Jika sudah secukup rasa boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Penutup

Cukup ringkas kan resepi ini, nak sediakan bahan pun mudah.  Rasanya enak dan menyelerakan! Sajian lazat sesuai untuk keluarga.

Selain itu anda juga boleh cuba Resepi Udang Goreng Kunyit yang sangat mudah nak sediakan. Kalau anda berminat nak cuba resepi Udang yang lain, boleh cuba resepi Udang Masak Sweer Sour dan Udang Berempah Viral. Sedap digandingkan dengan Sambal Belacan!  Anda juga boleh cuba Resepi Mee Udang Viral, Sedap dan Menyelerakan dan Resepi Udang Kam Heong Special

Leave A Reply

Your email address will not be published.