fbpx

14 Koleksi Doa-Doa Selepas Solat

Solat adalah tiang agama. Dapatkan koleksi doa-doa selepas solat. Doa adalah senjata mukmin. Bahkan doa merupakan medium kosmunikasi kita terus kepada Allah.

Satu perkara yang mesti diketahui adalah berdoa itu tidak diwajibkan dalam bahasa Arab, bahasa yang digunakan untuk kehidupan seharian juga boleh. Namun jika boleh berbahasa Arab itu lebih baik. Maka di sini terdapat koleksi doa yang boleh kita baca atau hafal dan amalkan selepas solat. 

Sebelum itu kita mulakan dengan adab berdoa.

Adab Berdoa

Adab berdoa agar permintaan diterima oleh Allah SWT : 

  1. Yakin dan penuh harapan
  2. Merasa diri inn hina atau rendah diri
  3. Tawakkal kepada Allah 
  4. Hati yang kusyuk 
  5. Jangan berdoa benda yang buruk berlaku ke atas diri sendiri ataupun orang lain.
  6. Sabar 
  7. Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
  8. Redha walau bagaimanapun  cara Allah menjawab permohonan doa kita.
  9. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.


Selepas solat sertakan sekali : 

  • Zikir 
  • Surah Al-Fatihah
  • Surah 3 Qul
  • Ayat Qursi
  • Selawat ke atas nabi Muhammad SAW

Mulakan dengan bacaan : 

12

Doa Selepas Solat Fardhu 1

31

Doa Selepas Solat Fardhu 2 

13

Maksud Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Selepas Solat Fardhu 3

14

Makna Doa:

Dengan nama Alah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kam agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Selepas Solat Fardhu 4

14

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Doa Selepas Solat Sunat Tahajud

15

Maksud Doa : 

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam!

Doa Selepas Solat Sunat Taubat 

16

Maksud Doa: 

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha 

17

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

17

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah 

18

Doa Selepas Solat Sunat Witir

19

Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

20

Maksud Doa:

21

Doa Selepas Solat Sunat Tasbih

22

Doa Selepas Solat Sunat Istisqa' 

23

Doa Selepas Solat Sunat Awwabin 

24

Doa Selepas Solat Sunat Nisfu Syaaban

25

Maksud Doa :

26

Doa Selepas Solat Sunat Musafir

27

Doa Selepas Solat Sunat Isyraq 

29

Kita sebagai manusia diseru agar sering berdoa kerana Allah menyayangi hamba yang selalu meminta-minta daripadaNya. Sentiasa melakukan amal ibadah sunat dan jangan tinggalkan solat 5 rakaat.

Seburuk-buruk manapun manusia, jangan tinggalkan solat kerana solat adalah perkara yang pertama yang akan ditanya oleh malaikat ketika kita di alam kubur kelak. Ketika itu tiada sesiapa pun akan menolong kita kecuali amalan yang kita lakukan di dunia ini.

Alangkah takutnya jika tiada amal ibadat apa pun yang hendak dibawa ke akhirat kelak. Maka, sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup ini, lakukanlah amal sebanyak mungkin dan jangan berputus asa untuk berdoa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.