fbpx

9 Resepi Rendang Sotong, Cara Masak Yang Paling Sedap!

Anda mungkin tertanya? Sotong masak apa yang sedap, ya? Idea masakan sotong kali ini, kalau kena caranya sedap juga dibuat rendang sotong. Cukup mudah dan senang nak disediakan di rumah. Untuk pilihan masakan rendang  ayam dan daging, anda mungkin dah biasa buat. Apa kata kali ini kita cuba kelainan masakan rendang sotong yang sedap dan pastinya cukup menyelerakan ini. Masakan berasaskan sotong ini wajib anda cuba!  Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Rendang Sotong Qaseh Honey

Rendang Sotong Qaseh Honey

Rendang Sotong: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg

  • 2 helai daun kunyit, hiris halus

  • 3 helai daun limau purut

  • 2 keping asam gelugor

  • 2 camca besar kerisik

  • 2 camca besar gula melaka

  • 100 ml pati santan (mat guna santan kotak)

  • 2 camca besar penuh rempah kari

  • 2 camca besar cili kisar

  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 5 batang serai, hiris halus

  • 1 inci halia

  • 1/2 inci lengkuas

  • 3 biji buah keras

  • 1 inci belacan

  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut.

Resepi Rendang Sotong Mat Gebu

Rendang Sotong Mat Gebu

Rendang Sotong: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca besar gula melaka
  • 100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 2 camca besar penuh rempah kari
  • 2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut.

Resepi Rendang Sotong Terlebih Sedap MYKMU

Rendang Sotong Terlebih Sedap MYKMU

Rendang Sotong Terlebih Sedap: Sumber MYKMU

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Santan
  • Bahan kisar dan tumis
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api
  • Rempah 3 sekawan(biji ketumbar, jintan manis, jintan kasar)

Cara-cara:

  1. Mula-mula bersihkan sotong dan biarkan tanpa dipotong.
  2. Kisar semua bahan kecuali bahan rempah 3 sekawan.
  3. Apabila ia telah naik bau, masukkan santan dan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Masukkan kerisik, garam dan serbuk secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali masukkan sotong dan biarkan ia pekat baru tutup api.
  7. Siap!

Resepi Sotong Masak Rendang Amie’s Little Kitchen

Sotong Masak Rendang Amie's Little Kitchen

Sotong Masak Rendang: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 400 gram sotong (potong ikut suka)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor

Bahan Kisar:

  • 5 biji cili kering
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 1.5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan santan ke dalam kuali beserta bahan kisar. Masak  dan kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sotong dan asam gelugor. (Jangan masak terlalu lama (antara 3-4 minit sahaja) sebab sotong akan jadi liat).
  3. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
  4. Masukkan garam dan perasa.
  5. Sotong masak rendang sedia untuk dihidangkan.

Resepi Rendang Sotong Ayu

Rendang Sotong Ayu

Rendang Sotong: Sumber Ayu

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong saiz besar
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca besar gula melaka
  • 100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 2 camca besar penuh rempah kari
  • 2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)-(Ayu ikut pertua cida kat bawah ni supaya sotong tak kecut).
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut.

Nota: Petua Sotong tak mengecut – dari Cida@denuanza

  • Lepas cuci bersih buang semua yang patut rendam sotong dalam air berisi cuka,  kalau dalam 5-6 ekor sotong letak air sekadar timbus sotong, masukkan 3 sudu besar cuka, biar dalam 10 minit. Masa rendam tu leh la sambil-sambil buat rencah untuk rendang. Pastu toskan dan bilas dengan air biasa. So, lepas masak, sotong tu tak ada la mengecut.

Resepi Rendang Sotong Sumbat Marina Masdar

Rendang Sotong Sumbat Marina Masdar

Rendang Sotong Sumbat: Sumber Marina Masdar

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong -dibersihkan kemudian dicelur sekejap
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1-2 sudu besar kerisik (Ibu tak letakpun…stok tak ada )
  • sedikit asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • sehelai daun limau purut-hiris halus
  • sehelai daun kunyit – hiris halus
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai

Bahan inti:

  • 3 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • daun sup yang dihiris halus
  • masak secara scrambled egg
  • sumbat kedalam sotong dan sematkan dengan lidi

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar,bawang merah,bawang putih,halia dan serai.
  2. Tumis bahan kisar dan cili hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan,asam jawa,garam dan gula.
  4. Masukkan sotong yg telah pun disumbat tadi.
  5. Masak hingga kuah agak pekat.
  6. Sebelum api ditutup boleh la masukkan daun kunyit dengan daun limau purut yang dihiris halus.

Resepi Rendang Sotong Hanieliza

Rendang Sotong Hanieliza

Rendang Sotong: Sumber Hanieliza

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong sederhana
  • 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar kerisik
  • daun limau purut
  • daun kunyit [jika suka]
  • garam
  • gula
  • minyak

Bahan mesin:

  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sudu makan lengkuas
  • 3 sudu makan halia
  • 2 sudu makan kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak.
  3. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
  4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
  5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
  6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
  7. Angkat dan hidangkan.

Resepi Rendang Sotong Dapur Cik Na

Rendang Sotong Dapur Cik Na

Rendang Sotong Dapur: Sumber Cik Na

Bahan-bahan:

  • 600 gram sotong sederhana besar 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1 biji bawang besar – belah 6
  • 4 camca besar cili kisar (kalau nak pedas campurkan sekali dengan 10 ulas cili padi)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 1/2 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka (kalau tak ada guna gula biasa pun boleh)
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar-sederhana besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai hiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum.
  2. Masukkan sotong dan tuangkan santan.
  3. Masukkan garam, gula, daun limau purut, daun kunyit dan asam gelugor.
  4. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan cili merah, hijau dan belahan bawang besar.
  5. Kacau rata dan masak lagi, rasa dan jika ok matikan api.
  6. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Resepi Masak Rendang Telur Sotong APC

Resepi Masak Rendang Telur Sotong APC

Masak Rendang Telur Sotong APC: Sumber Hapizah Idris

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg telur sotong
  • 2 sudu besar pes cili/cili kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 6 ulas bawang merah – hiris halus
  • 1 ulas bawang putih – hiris halus
  • 1 cm halia – hiris halus
  • 2 batang serai – diketuk
  • 3 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu besar kerisik
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan bawang merah.
  2. Apabila telah layu, masukkan halia.
  3. Kemudian masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  4. Masukkan gula dan kacau lagi.
  5. Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dan serbuk ketumbar.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala agar santan tidak berketul-ketul.
  7. Apabila mendidih dan kuah agak pekat, masukkan garam dan telur sotong.
  8. Masak sebentar.(Pastikan Telur Sotong APC tao hikssss. Boleh place order kt page ni  https://www.facebook.com/pages/Telur-Sotong-APC/841873092555629?ref=hl). 
  9. Akhir sekali masukkan kerisik, perlahankan api dan masak hingga kuah pekat dan naik minyak lagi. Tutup api.
  10. Siap dan sedia untuk dihidangkan untuk keluarga tercinta.

Penutup

Sedap juga sotong buat rendang, asyik sambal je, hehe. Kali ini kita cuba rendang sotong pula untuk disajikan pada keluarga tersayang. Pikat perut suami dengan masakan yang sedap dan mudah ini.

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.