Kali ini kita ke Sarawak pula. 10 Tempat Viral di Sarawak ini dicadangkan sendiri oleh orang Sarawak. Mungkin ada juga pelancong yang mencadangkan tempat ini untuk destinasi cuti anda yang bermaksud tempat-tempat ini memang berbaloi untuk dilawati. Nak tahu dimana ? Jom kita lihat.
The Kalimantan View Point

Bagi penggemar alam semula jadi, anda pasti tidak akan melepaskan oekuang untuk ke sini kerana disini terdapat menara untuk anda bergambar dan menonton alam smulajadi dengan tenang. Sangat mengujakan melihat flora dan fauna di Kuching ini.
Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Salah satu kebanggan rakyat di Sarawak dengan Rumah Panjang mereka yang sangat cantik dan unik ini. Jika anda ke Kuching , jangan lupa singgah di Rumah Panjang Anah Rais Bidayuh kerana disini anda boleh melihat bagaiman kehidupan di rumah panjang, cara pergaulan mereka,pemakaian dan macam-macam lagi. Kebiasaan nya disini terdapat tarian tradisional mereka diadakan yang membuatkan pelancong asing tertarik dengan budaya Malaysia. Jadi tidak hairanlah disini sering mempunyai pengunjung yang ramai bukan.
Taman Negara Kubah

Salah satu Tman Negara yang terbesar di Malaysia iaitu Taman Negara Kubah. Disini pelancong dibenarkan masuk dengan kebenaran pihak yang terlibat. Anda boleh melihat air terjun, bukit bukau, haiwan liar, dan tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui di semenanjung. Jika bertuah , anda boleh mrlihat beruang matahari yang sering mundar mandir mencari makanan.
Gunung Santubong / Taman Negara Santubong

Anda mungkin sudah terbiasa dengan Puteri Santubong bukan ? Haa Puteri Santubong berasal dari Sarawak kalau anda nak tahu. Cerita tentang Puteri Santubong pasti ingat di ingatan anda bukan. Namun, Gunung Santubong ini sering menjadi tarikan bagi pelancong yang singgah di Kuchin ini. Melihat dari jauh pun jadi lah. Berbeza pula dengan pendaki yang sukakan trek yang ekstrem. Selain itu, terdapat tasik yang berdekatan denagn Gunung Santubong membuatkan oemandangan menjadi lebih indah dan menarik. Disini juga terdapat pelbagai jenis burung, haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan yanh sukar didapati. Rugi jika anda ke Kuching tanpa melihat keindahan Gunung Santubong.
Pasar Serikin

Pasar Serikin merupakan pasar yang terkenal dengan pelbagai jualan kraftangan, baju-baju dan makanan rakyat setempat yang anda patut cuba. Bagi kaum muslim, berhati-hati ketika membeli makanan disini takut takut ada sumber syubhah. Namun jangan risau kerana disini kebiasaannya penjual juga ramai kalangan muslim. Kraftangan disini sangat menarik dan bolehlah anda beli untuk memberi cenderamata kepada keluarga atau rakan-rakan. Bahkan harga juga murah sahaja, ddisni jika pandai tawar menawar, anda boleh dapat dengan harga yang lebih murah.
Borneo Samariang Water Park

Di Kuching juga mempunyai Taman Tema Air yang besar ye. Dengan pelbagai jenis permainan membuatkan anda yang bermaustautin atau melancong ke Kuching tidak lah merasa bosan dengan destinasi disini. Harga juga berpatutan. Malah, pada hari biasa juga taman tema ini mempunyai pengunjung yang ramai apatahlagi di waktu hujung minggu.
Matang Family Park

Matang Family Park terletak 22km dari abndar Kuching dan ia adalah sebuah aliran air sungai yang datang daripada pergunungan. Kawasan ini berkeluasan 87.5 ekar dan taman ini adalah sebuah hutan hujan tropika. Pelbagai kemudahan yang disediakan disini termasuk tempat makan, penginapan,jambatan gantung,menara perhatian, bilik mandi dan bilik persalinan. Kawasan air terjun ini juga disediakan tempat parking yang luas agar pengunjung yang datang selesa.
Permata Pugu Camping Site

Terletak di tepi pantai Kampung Pugu Lundu dan mengambil masa sehingga 2jam dari bandar Kuching. Tempat ini memberi oeluang untuk anda berkhemah atau memilihi penginapan di dalam kabin yang selesa di tepi pantai. Ia adalah tarikan disini kerana kawasan ini berlatarbelakangkan gunung,bukit dan pantai. Sangat sesuai untuk melakukan aktiviti pantai, berbbq dan sebagainya.
Fairy Cave / Gua Pari Pari

Credit : www.ruggedmom.com
Gua Pari ini pula menjadi salah satu tarikan di Sarawak kerana disini anda dibenarkan untuk melakukan aktiviti rock climbing pada setiap hujung minggu. Terletak 30km dari bandar Kuching, pelancong asing seperti dari Jerman dan Perancis juga sangat berminat tentang aktiviti ini oleh kerana kagum dengan struktur binaan pada stalagmit gua ini dan boleh dikatakan aktivitu yang mencabar. Sudah pasti aspek keselamatan tidak boleh dilupakan seperti peralatan helmet,hook, tali kasut dan sebagainya. Gua pari-pari ini akan mengenakan bayaran sebanyak RM1 buat warganegara dan RM5 buat pelancong asing. Jadi bagi peminat sukan lasak ini, yuran yang akan dikenakan bagi aktiviti rock climbing adalah RM50 untuk pakej 2 orang sehingga RM200 bagi berkumpulan yang melebihi 10 orang. Sangat berpatutan dan sudah pasti menyeronokkan.
Fort Margherita

Dibangunkan pada tahun 1879 oleh Cahrles Brooke bertujuan dijadikan sebagai benteng untuk mencegah kemasukan perompak. Jadi sekarang tempat ini dijadikan sebagai muzium atau tempat lawatan bersejarah. Pada dahulunya, tempat ini juga dijadikan sebagai tempat tahanan perang. Ketinggian bangunan ini melebihi bangunan yang lain membuatkan ia menjadi menara pengawal seperti melihat kedatangan musuh dan sebagainya. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda patut melihatnya sendiri di Kuching Sarawak ini.
Diantara 10 Tempat Menarik di Kuching Sarawak itu, tempat mana yang sudah manjadi dalam bucket list anda ? Pasti semua kan. Belum lagi cerita tentang keenakan makanan disini. Nak tahu apa sila tunggu. Selamat bercuti !