fbpx

5 Resepi Popia Basah Sedap, Sos special Confirm Menjadi!

Hari ini saya nak kongsi resepi popia basah yang anda boleh buat sendiri di rumah. Memang puas hati! Siapa suka makan popia basah? Bukan saja pada inti, tapi kulit dan sos popia tersebut mestilah kena power! Jika sebelum ini asyik beli je di pasar malam. Kali ini jom kita cuba resepi popia basah yang sedap ini, sos specialnya mudah dibuat.  Popia basah juga akan dihias atasnya dengan taburan bawang goreng dan kacang goreng tumbuk.

Resepi Popia Basah Azlita Aziz

Popia Basah Azlita Aziz

Popia Basah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
  2. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam. Mulakan dari tepi dulu. Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  4. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis-lapis ia tak melekat. 

Bahan Inti:

  • 1/2 biji kobis – diricik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  3. Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
  4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Untuk Sambal:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang – ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.
  4. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  5. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.
  6. Lipat macam biasa dan gulung. Sedia untuk dimakan.
  7. Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
  8. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh. Ikut selera masing-masing.

Resepi Popia Basah Rasida

Popia Basah Rasida

Popia Basah: Sumber Rasida

Bahan Kulit Popia:

  • 200 gram tepung gandum
  • 300 ml air, tambah 20 ml jika perlu
  • 1 sudu tepung jagung (untuk elak kulit cepat koyak)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan Kulit Popia:

  1. Campurkan garam dan tepung gandum hingga rata, tuangkan air dan masukkan putih telur, cuka, dan minyak. Kacau hingga sebati.
  2. Blend adunan untuk elakkan adunan berbintil.
  3. Sediakan kuali non stick dan berus kecil (untuk sapu adunan pada kuali)
  4. Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu adunan cepat-cepat atas kuali hingga rata dan menutupi permukaan kuali.
  5. Kecilkan api, masak kulit hingga nampak kering. Terbalikkan permukaan sebelah lagi. Masak sebentar. Ketepikan.
  6. Bersihkan kuali dengan kain lembab tiap kali ulangi proses memasak sehingga semua adunan habis.

Bahan Sos Popia Basah:

  • 4 sudu besar cili kering dimesin
  • 10-12 biji buah kurma dibuang biji dan dimesin lumat
  • 1 mangkuk bawang goreng
  • 1 senduk kecil sos labu Thai (beli dekat sini)
  • Gula secukup manis
  • Asam jawa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Letakkan cili kering mesin, masak bersama gula.
  2. Masukkan buah kurma yang dimesin, asam jawa, sos labu Thai, dan juga bawang goreng yang diramas. Masak sampai pekat dan berkilat. Siap.

Bahan Inti Popia Basah:

  • 1 biji sengkuang (disagat)
  • 1 batang carrot (disagat)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk hingga lumat)
  • 1 keping isi dada ayam (dicincang kasar)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering dan masukkan carrot dan sengkuang.
  3. Masukkan sedikit serbuk kunyit, gula, garam, dan perasa. Gaul hingga sebati dan masak sehingga semua bahan dimasak sempurna. Siap.

Cara-cara gulung popia:

  1. Sediakan kulit popia. Sapukan sos pada kulit dan letakkan inti.
  2. Gulung kemas-kemas, letakkan dalam pinggan dan sapukan sos sekali lagi diatasnya.
  3. Taburkan bawang goreng atau kacang goreng pada popia. Dah siap!

Resepi Popia Basah Cheq Sue

Popia Basah Cheq Sue

Popia Basah: Sumber Cheq Sue

Bahan Kulit Popia:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
  2. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
  4. Buat dari arah jam.
  5. Mulakan dari tepi dulu.
  6. Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  7. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  8. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
  9. Boleh disusun berlapis-lapis ia tak melekat.

Bahan Untuk Inti:

  • 1/2 biji kobis – diricik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.

  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.

  3. Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.

  4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Untuk Sambal:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang – ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.

  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.

  3. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.

  4. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.

  5. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng

  6. Lipat macam biasa dan gulung, sedia untuk dimakan.

Resepi Popia Basah Aniza Saidin

Popia Basah Aniza Saidin

Popia Basah: Sumber Aniza Saidin

Bahan Untuk Kulit:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 

Cara-cara:

  1. Bancuh semua bahan hingga sebati dan perapkan anggaran 4 jam atau lebih.
  2. Panaskan kuali leper yang warna hitam.
  3. Sapukan sedikit minyak pada kuali.
  4. Ambil sedikit tepung , gunakan hujung jari lengserkan diatas kuali dimulai pada bahagian luar dan dibawa kedalam. Tunggu hingga masak dan diangkat.

Bahan Untuk Inti:

  • 1/2 biji sengkuang sederhana besar -di racik halus
  • 1/2 biji kobis – diracik halus
  • 1 biji sederhana besar carrot – diracik halus
  • 1 tangkai daun bawang dihiris halus
  • 1  sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukup rasa
  • Bahan untuk menumis
  • 1 biji  bawang besar – dicincang
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Popia Basah Nyonya Style:

  • 1 sudu minyak masak
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus 
  • 1 biji sengkuang  – dihiris halus
  • 150 gram udang hidup dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. 
  2. Masukkan sengkuang dan semua sos perasa dan kacau selama 5 minit. 
  3. Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 sehingga betul-betul lembut. Angkat dan toskan airnya. Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas nanti. Letak sebelah dan sejukkan 

Bahan Tambahan:

  • Bawang goreng
  • Daun salad segar 
  • 1/2 cawan udang kering goreng dan tumuk 
  • 1/2 cawan daun bawang dicincang halus 
  • 1/2 cawan kacang tumbuk 
  • 1/2 cawan bijan panggang
  • 3 biji telur dibuat telur dadar dan dihiris halus 
  • 2 keping tofu – didadu kecil dan digoreng

Cara-cara:

  1. Masukkan air sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan pada sos atau jika sos terlalu kering Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya.
  2. Masukkan sengkuang dan sauce seasoning dan kacau selama 5 minit.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 minit sehingga betul-betul lembut.
  4. Angkat dan toskan airnya. Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas nanti. Letak sebelah dan sejukkan. Letakan kulit popiah dan sapukan sos ditengah-tengah. Sendukkan inti sengkuang keatas kulit popiah. Taburkan tofu goreng, udang kering goreng, bawang goreng daun bawang dan telur dadar.
  5. Gulung dengan kemas. Boleh dihidangkan dengan menyapukan sedikit sos diatas popiah. Taburkan sedikit udang kering, kacang tanah dan bijan. Sesuai dimakan segera untuk rasa yang hebat. 

Bahan Untuk Sos:

  • 1/2 cawan sos hoisin 
  • 30 tangkai cili kering direndam 
  • 15 biji buah kurma rendam dengan 1/2 cawan air panas  
  • 1/2 cawan gula perang- boleh ditambah atau dikurangkan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Blend cili kering dan buah kurma sehingga halus dan menjadi pes basah.  
  2. Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10-15 minit. 
  3. Masukkan sos Hoisin dan gula perang dan garam.
  4. Masukkan air sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan pada sos atau jika sos terlalu kering 
  5. Masak sehingga sos pekat. 

Resepi Popia Basah Ain Kamal

Popia Basah Ain Kamal

Popia Basah: Sumber Ain Kamal

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum (260g)
  • 3/4 cawan air (150g)
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka (2 sudu besar)
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 1/2 jam.
  3. Seterusnya boleh sediakan inti dan sambal.

Bahan-bahan Inti:

  • 1/2 biji kobis diracik halus (1/4 biji)
  • 3 biji sederhana besar carrot disagat halus (1/2 batang)
  • Segenggam taugeh
  • 1 labu bawang besar (1/2 labu)
  • 3 ulas bawang putih ( 1 ulas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar udang kering
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
  4. Kemudian masukkan kobis dan carrot.
  5. Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.

Penutup

 Layan popia basah sebagai kudapan petang bersama keluarga, pasti makin sedap. 

Antara kudapan lain yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.