fbpx

7 Resepi Kuih Manja Lembut! Cara Mudah Sediakan Bancuhan Kuih Manja Gebu

Hari ini saya nak kongsi kuih manja yang lembut dan rasa lemak manisnya! Saiznya cukup comel bila disuap ke mulut. Rasanya cukup unik dan sedap. Kuih Manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo. Kuih manja ni adunan tepungnya tu dibuat lembut macam pancake dan biasanya dimakan dengan inti kaya atau kastard, boleh juga masukkan inti kegemaran anda contohnya inti kelapa ataupun coklat. Comel dan kecil je, biasanya dibuat nipis-nipis, bila dan siap masak akan naik gebu diatas kuali!

Resepi Kuih Manja Kaya Yeos Azlita Aziz

Kuih Manja Kaya Yeos Azlita Aziz

Kuih Manja Kaya Yeos: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 150 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 250 ml air
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam nlender dan kisar halus.
  2. Panaskan kuali leper, oleskan dengan sedikkit margerin.
  3. Tuangkan sesudu adunan, biarkan masak.
  4. Letakkan inti kaya di tengahnya. Dan lipat dua.
  5. Sedia di hidangkan bersama minuman Lychee Yeo’s sebagai penghilang dahaga.

Resepi Kuih Manja DIY Haniza Homemade

Kuih Manja Haniza Homemade

Kuih Manja DIY: Sumber Haniza Homemade

Bahan Untuk Kulit:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

Bahan Inti:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh pewarna
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan tapis.
  2. Masak sehingga likat dan berkilat (untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard).
  3. Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.

Nota:

  • Kalau guna tepung gandum. 1 cawan tepung gandum, 1  sudu teh baking powder.

Resepi Apam Manja Lembut

Resepi Apam Manja Lembut Resepi Bonda

Apam Manja Lembut: Sumber Resepi Bonda

Bahan Inti:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu tepung kastad
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan, kacau sehingga rata kemudian tapiskan.

  2. Masakkan sehingga likat warna menjadi cerah.

Bahan Kulit:

  • 2 biji telur*
  • 1/2 cawan gula*
  • 2 cawan susu cair*
  • 2 cawan air
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu bakar baking powder
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Blend bahan bertanda sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, garam, minyak masak, pewarna kuning, dan air.

  2. Kemudian, kacau-kacau adunan sehingga sekata. Kemudian taruk atas kuali leper menggunakan senduk.

  3. Setelah adunan masak letakkan inti di atas, kemudian lipat dan picitkan seperti dalam gambar.

Resepi Kuih Tokyo Sekaya / Kuih Manja

Resepi Kuih Tokyo Sekaya Kuih Manja

Kuih Tokyo Sekaya / Kuih Manja: Sumber Hani

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air.
  • 1 cawan tepung kek. (Aku guna tepung gandum secawan dan letak 1 sudu kecik baking powder (semuanya diayak).Untuk gantikan tepung kek.)
  • 1/2 cawan susu cair (Aku letak susu pekat 2 sudu dan 1/2 cawan air untuk gantikan 1/2 cawan susu cair.)
  • 1/2 cawan gula halus/perang. (Kalau takde, guna gula biasa pun boleh)
  • 1 sudu besar minyak/butter cair
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Blend telur + gula.
  2. Masukkan semua bahan lain dan blend lagi sampai rata. Aku blend sekejap je.
  3. Sendukkan dan biarkan ianya masak.
  4. Sudukan sekaya yoes sesudu kecik.
  5. Masa angkat, kepitkan bagaian atas bagi lekat.
  6. Siap.

Resepi Kuih Manja Princess Larra Lanna

Resepi Kuih Manja

Kuih Manja: Sumber Princess Larra Lanna

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 sudu makan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Inti mengikut kepada citarasa anda. Antaranya:

  • Serikaya
  • Blueberry
  • Kacang merah
  • Peanut Butter

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas menggunakan blender sehingga menjadi sebati.
  2. Ambil sesudu makan dan masak menggunakan kuali non stick.
  3. Apabila permukaan mula kering boleh mula angkat dan letak sedikit inti srikaya dan kepilkan kuih bagi melekat.
  4. Selepas sahaja diangkat disarankan cepat-cepat letakkan inti bimbang jika lambat nanti kuih tidak boleh melekat.
  5. Inti terpulang kepada kreativiti masing-masing.
  6. Siap dan boleh terus dihidangkan.

Resipi Kuih Manja Paling Senang Nak Buat

Kuih Manja Paling Senang Nak Buat

Kuih Manja Paling Senang Nak Buat: Sumber Daily Makan

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur*
  • 1/2 cawan gula*
  • 2 cawan susu cair*
  • 2 cawan air
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan yang bertanda (*).
  2. Kemudian masukkan ke semua bahan kering (kalau nak lagi cantik halus gebu kita blender semua bahan tersebut).

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak semua bahan sehingga berkilat dan letak pewarna merah, hijau, kuning pun boleh.

Resepi Kuih Manja Resepi Adik

Kuih Manja Resepi Adik

Kuih Manja: Sumber Resepi Adik

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar – gula

  • 2 sudu besar – tepung Kastard

  • 1 cawan – susu cair /

  • 1/2 sudu teh – esen vanila

  • Sedikit pewarna kuning

  • 1 sudu besar – marjerin

  • 1 biji – telur (jika suka)

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan tepung kastard ke dalam periuk. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati.

  2. Masukkan esen vanilla dan beberapa titik pewarna kuning. Kacau rata.

  3. Masak di atas api hingga adunan meletup-letup dan likat. Tutup api.

  4. Masukkan marjerin dan kacau hingga marjerin cair.

  5. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:

  • Jika ingin menggunakan telur, masukkan selepas susu cair dimasukkan dan di ikuti dengan esen vanilla dan pewarna.

  • Susu cair boleh diganti dengan air masak, cuma rasa tak sesedap letak susu cair.

  • Sementara menunggu inti tu sejuk, boleh kita mula bancuh adunan untuk kulit kuih manja ni.

Bahan-bahan Untuk Kulit:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian satukan dengan semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
  3.  Selepas itu, sendokkan sedikit adunan dan tuang di atas kuali leper ( CARA SEPERTI MEMBUAT PANKEK), apabila kering,  letakkan sedikit inti di bahagian tengah ( adik guna ‘piping bag’ ) & lipat, picit dan angkat. 

Penutup

Nak buat versi rangup pun boleh, sesuaikan ikut selera anda. Boleh biarkan kulitnya garing sedikit. 

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.