9 Resepi Kobis Goreng Mamak Sedap, Rupanya Ada 9 Manfaat Kubis Yang Popular! (Menurunkan Berat Badan)
Hari ini saya nak kongsi resepi kobis goreng yang cukup menyelerakan. Jika anda ke Restoran Nasi Kandar, sayuran INI pastinya sedap apabila makan dengan nasi kandar. Bukan sahaja sedap rasanya, rupanya kubis ada 9 manfaat yang bagus untuk kesihatan. Lauk dan sayur yang disediakan walaupun simple, sangat kena dengan selera. Sayur kubis juga enak dimakan mentah atau dimasak.
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak Che Nom
Kobis Goreng Ala Mamak: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
- 1/2 batang karot, potong halus memanjang
- 1 sudu kecil biji sawi
- 2-3 tangkai daun kari
- cili kering dan cili hidup
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
- Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
- Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.
Nota:
- Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.
Resepi Kobis Goreng Mamak Sedap Azie Kitchen
Kobis Goreng Mamak Sedap: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 1/4 biji kobis – potong kecil
- 1 biji carrot – potong mancis
- Sedikit hempedal ayam – hiris
- 1 sudu besar biji sawi
- 3 tangkai cili kering – gunting pendek-pendek
- 3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 1 sudu kecil serbuk kunyi
- Sedikit sos tiram
- Garam
- Serbuk perasa
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering. Tumis hingga wangi.
- Masukkan hempedal ayam dan kacau seketika sehingga ianya agak masak. Masukkan pula carrot dan sos tiram. Kacau sehingga carrot agak lembut.
- Masukkan kobis serta sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul rata hingga kobis dan carrot masak. Tak perlu masukkan air ya. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Sayur Kobis Goreng Azlita Aziz
Sayur Kobis Goreng: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 500 gram kobis – dihiris
- 1 batang kecil carrot – di potong kecil
- 2 batang cili – dihiris
- 3 ulas bawang merah – dikisar
- 1 ulas bawang putih – dikisar
- garam
- minyak
Cara-cara:
- Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah , bawang putih dan ikan bilis sehingga wangi.
- Masukkan kobis, carrot, dan cili. Kacau rata. Rasakan garam. Hidangkan.
Resepi Kobis Goreng Mamak Bella Jamal
Kobis Goreng Mamak: Sumber Bella Jamal
Bahan-bahan:
- 1/4 kobis bulat
- 1/2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 cili kering
- 1 sudu kecil biji sawi
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/4 lobak
- Sedikit daun kari
- 2 sudu minyak masak
- Garam dan gula
- Air
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan biji sawi hingga biji sawi meletup kecil.
- Masukkan bawang putih, bawang besar, cili kering dan daun kari. Tumis hingga wangi.
- Masukkan serbuk kunyit dan karot dan kacau seketika.
- Masukkan pula kobis, kacau rata.
- Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata dan masak hingga kobis dan karot masak.
- Potong sayur kobis dengan saiz kecil dan lobak dipotong panjang.
- Cili kering digunting pendek-pendek dan direndam untuk buang biji.
- Tambahkan sedikit air supaya bahan/kunyit sebati rata.
- Kobis hendaklah dimasak hingga lembut dan layu supaya lebih sedap.
Resepi Kobis Goreng Mamak Style
Kobis Goreng Mamak Style: Sumber SurayaMSyed
Bahan-bahan:
- 500 gram kobis
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 tangkai daun kari
- 2 tangkai cili kering
- 2 ulas bawang merah
- 1 biji cili hijau
- 1 sudu besar minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Kobis dihiris dan rendam sekejap dalam air garam. Toskan.
- Cili kering dipotong pendek. Bawang merah dan cili hijau dihiris.
- Panaskan minyak dan tumis biji sawi sekejap. Masukkan daun kari, cili kering dan bawang merah.
- Kemudian masuk kobis, cili hijau, serbuk kunyit dan garam. Gaul-gaulkan dan masak hingga kobis masak.
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak Surianti Ramli
Kobis Goreng Ala Mamak: Sumber Surianti Ramli
Bahan-bahan:
- 1/2 biji kobis dicuci bersih dan dihiris
- 1/2 batang karot dipotong mancis
- 3 ulas bawang merah dihiris
- 1 ulas bawang putih dihiris
- 1 – 2 tangkai daun kari dilurut
- 1 sudu kecil kunyit serbuk
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil biji sawi
- 3 biji cili kering (potong 3 tiap satu)
- 1 biji cili hijau dihiris
- Garam secukup rasa
- Air (jika perlu sedikit saja kerana sayur ini digoreng kering, tapi Sue tak letak pun air)
- Minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:
- 1/4 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil jintan putih
Cara-cara:
- Panaskan minyak , tumis biji sawi hingga garing. Masukkan bawang putih & bawang merah yang dihiris bersama cili kering dan daun kari. Tumis hingga harum.
- Masukkan bahan tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan cepat.
- Masukkan sayur bersama garam. Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk anggaran 3 – 5 minit. Waktu ini air wap akan keluar dan sayur masak sekata.
- Buka tudung periuk dan masukkan cili hijau. Goreng sekejap. Matikan api.
Resepi Kobis Goreng Mamak Stail Cikgu Ani
Kobis Goreng Mamak Stail: Sumber Cikgu Ani
Bahan-bahan:
- 1/2 biji kobis – potong kecil
- 1 biji karot – potong mancis
- 1 sudu makan biji sawi
- 5 biji cili kering – gunting pendek-pendek
- 3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
- Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering, tumis hingga wangi.
- Masukkan kobis dan karot serta sedikit garam dan serbuk perasa.
- Gaul rata hingga kobis dan karot masak. (Tak perlu masukkan air ye)
- Sedia untuk dihidangkan
Resepi Kobis Goreng Kunyit
Kobis Goreng Kunyit: Sumber Aza Aaj
Bahan-bahan:
- Kobis Bulat
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 bijik cili kering
- Sedikit cili merah
- Serbuk kunyit
- 1 sudu teh bijik sawi
- 1 Bijik telur (pilihan)
- Setangkai daun kari
- Sedikit minyak
- Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
- Tumiskan bahan-bahan dengan sedikit minyak.
- Masuk serbuk kunyit dan pecahkan telur.
- Masukan kobis, garam dan serbuk perasa sesuai selera.
- Gaul serata, ok siap.
Resepi Kobis Goreng Mamak Haji
Kobis Goreng Mamak Haji: Sumber Mohammad Roslan
Bahan-bahan:
- Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg
- 1 sudu besar pes halia bawang putih
- 3 ulas bawang putih dihiris halus
- 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus
- 3 dahan daun kari
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih (white pepper)
- 3-4 cili kering
- 2 biji cili hijau
- 1 batang karot di potong halus untuk hiasan
- 1 sudu kecil gula pasir
- 3-4 sudu minyak masak
Cara-cara:
- Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletup, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia (Ini kena lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
- Masukan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak . Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.
- Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
- Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
- Cuba resepi ini bersama ayam masak , lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang cantik. Halba campur boleh digantikan denagn biji sawi tapi awas janagan goreng sampai hangus. Kalau tak pandai main api. Biasakan dengan api sederhana. Walau bagaimana pun anda perlu belajar main api dapur bila mamak ke resepi masakan sayur cina kerana ada sayur cuma masak dengan 30 saat saja.
Nota:
- Cara Mamak Haji tulis resepi lain sikit. Banyak penerangan diberikan, kadang-kala Mamak Haji masukkan tip-tip sekali. Ini cara Mamak Haji menulis resepi jangan samakan dengan resepi cef-cef handal Mamak Haji cuma tukang masak Nasi kandar dapur kayu. Seperti Mamak haji selalu katakan blog Mamak haji bukan untuk orang profesional tetapi untuk orang yang minat buka perniagaan walaupun di tepi jalan.
MENGAPA ANDA PELU MAKAN KUBIS?
Kubis ini bagus untuk kesihatan. Salah satunya menurunkan berat badan ANDA! Mengapa Anda Perlu Makan Kubis? Ini adalah jawapan dari hellodoctor.
Mari saya kongsikan 9 Manfaat Kubis Yang Popular, Bagus Untuk Kesihatan:
- IDEAL UNTUK PENURUNAN BERAT BADAN: Terdapat hanya 33 kalori dalam secawan sayuran ini yang telah dimasak, selain ianya rendah kandungan lemak dan tinggi dengan kandungan serat. Ianya adalah smart carb.
- IA ADALAH MAKANAN OTAK: Ia penuh dengan kandungan vitamin K dan anthocyanin yang membantu fungsi mental dan penumpuan. Nutrisi ini juga menghalang kerosakan saraf, meningkatkan pertahanan anda terhadap penyakit Alzheimer dan dementia.
- TINGGI KANDUNGAN SULFUR, IAITU MINERAL MENCANNTIKKAN KULIT:
Sayuran ini membantu mengeringkan kulit berminyak dan jerawat. Sulfur adalah penting untuk keratin, bahan protein yang diperlukan untuk rambut, kuku dan kulit yang sihat.
MEMBANTU DETOKSIFIKASI BADAN: Kandungan vitamin C dan sulfur yang tinggi dalam sayuran ini menghilangkan toksin (radikal bebas dan asid urik), yang merupakan penyebab utama arthritis, penyakit kulit, penyakit sendi dan gout.
- MEMPUNYAI SEBATIAN PENCEGAH KANSER YANG TERKENAL: Sebatian yang terdiri daripada lupeol, sinigrin dan sulforaphane merangsang aktiviti enzim dan menghalang pertumbuhan tumor kanser.
- MEMBANTU MENJAGA TEKANAN DARAH DARIPADA MENJADI TINGGI:
Kandungan kalium yang tinggi membantu dengan membuka saluran darah seterusnya memudahkan aliran darah.
- MENGAWAL GULA DARAH DAN ANTI-RADANG: Pigmen merah semula jadi dalam kubis merah (betalains) dikatakan menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan pengeluaran insulin. Sudah tentu, ia tidak mempunyai gula putih dan sedikit gula mudah. Betalains mempunyai sifat anti-radang yang kuat sepertimana ubi bit.
- UNTUK KESIHATAN JANTUNG: Antosianin yang kuat dalam kubis merah yang membantu melindungi daripada kanser telah ditunjukkan keberkesanannya dalam menekan keradangan yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kandungan polifenol yang tinggi dalam kubis juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan mencegah pembentukan platelet dan mengurangkan tekanan darah.
- IMUNITI DAN PENCERNAAN:
Kandungan serat dan air pada sayuran ini juga membantu untuk mengelakkan sembelit dan mengekalkan saluran pencernaan yang sihat. Makan serat yang mencukupi menggalakkan keteraturan, yang mana ia penting untuk perkumuhan toksin melalui hempedu dan najis. Kajian terbaru menunjukkan bahawa serat makanan juga boleh memainkan peranan dalam mengawal sistem imun dan keradangan, seterusnya mengurangkan risiko keadaan yang berkaitan dengan keradangan seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, kanser, dan obesiti.
Penutup
Jom kita cuba resepi menggunakan sayur kubis ini. Sayur kubis merupakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk mengelakkan daripada penyakit kronik dan juga baik untuk kulit. Senang je nak masak resepi kobis goreng mamak sebab kebanyakan bahan ada kat rumah! Sedap makan dengan nasi dan lauk kegemaran anda. Boleh makan dengan Ayam Masak Bawang sedap, apalagi dengan Ayam Masak Merah!
Anda juga boleh cuba masakan INI: