fbpx

Cara Solat Jenazah

0

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati". Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati sama ada cepat ataupun lambat. Dan setiap daripada manusia pasti inginkan kematian husnul khotimah di saat saat akhir kematiannya. Sebagai anak yang soleh dan solehah, anda perlu tahu cara-cara untuk menguruskan jenazah ibubapa anda. 

Anak yang menguruskan jenazah ibubapa ini lebih baik daripada orang lain kerana anak akan melakukan dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang kerana itu adalah ibubapa yang sudah banyak berkorban untuk mereka. Jadi, mari belajar cara untuk solat jenazah kerana solat jenazah ini merupakan fardhu kifayah. 

Kedudukan Jenazah

Jenazah Lelaki
1.  Imam berdiri bersetentangan dengan  kepala, dada atau bahu jenazah.|
2.  Kepala jenazah berada di kiri imam.

Jenazah Perempuan
1. Imam berdiri bersetentangan dengan  pinggang jenazah.
2. Kepala jenazah berada di kanan imam.

Niat Solat Jenazah

Lafaz niat bagi jenazah lelaki:

niat jenazah lelaki

Maksudnya : " Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala".

Lafaz niat bagi jenazah perempuan:

niat jenazah perempuan

Maksudnya : " Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala".

Niat dan Takbir Pertama

Niat solat jenazah hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.

allahuakbar

Maksudnya : " Allah Maha Besar "

Baca Surah Al-Fatihah

alfatihah

 Maksud : 
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Takbir Kedua

allahuakbar

Maksudnya : "Allah Maha Besar"

Membaca Selawat

selawat

Maksudnya : " Allah berselawat ke atas Nabi kami Nabi Muhammad SAW dan keatas keluarga Nabi Muhammad SAW".

Lebih afdhal jika selawat ibrahimiyah :

ibrahimiyah

Maksudnya :
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia". 

Takbir Ketiga

allahuakbar

Maksudnya : "Allah Maha Besar"

Doa Jenazah Lelaki

doa jenazah lelaki

Maksud: 
“Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya,
hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada
segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan
peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

Doa Jenazah Perempuan

doa jenazah perempuan

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya,
hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada
segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan
peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

Takbir Keempat diikuti Doa

allahuakbar

Maksudnya : "Allah Maha Besar"

Doa Jenazah Lelaki

lelaki

Maksudnya: 
“Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”.

Bagi jenazah perempuan :

Doa Jenazah Perempuan

perempuan

Kemudian Beri Salam

Setelah selesai memberi salam diikuti pula dengan doa.

Doa Jenazah Lelaki

Doa Jenazah Lelaki

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Doa Jenazah Perempuan

Doa Jenazah Perempuan

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam."

Penutup

Maka sesudah solat jenazah, jenazah sudah sedia untuk dikebumikan. Selawat sebanyak mungkin untuk jenazah dan maafkan segala salah silap jenazah ketika mereka masih hidup. Lebih afdhal memaafkan daripada masih menyimpan dendam kerana Allah sukakan orang yang meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. Moga kita semua punya pengakhiran yang baik dalam hidup kita. Ameen. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.