fbpx

5 Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Simple, Pastinya Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi kek lapis kukus cream cheese yang simple, pastinya sedap! Kalau anda craving nak makan kek lapis, dan sukakan cream cheese, resepi ini sesuai untuk anda. Kek lapis ini, iaitu kek lapis coklat cheese juga disebut kek coklat layer. Resepinya tak susah pun, simple je! Rasa kek lapis ini sangat sedap, berlemak hasil penggunaan susu dan cream cheese. Kek lapis laris~~pastinya sedap, lembut, dan cair dalam mulut. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Mat Gebu

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Mat Gebu

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Kek Coklat:

  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

Bahan-bahan Lapis Cheese:

  • 250 gram krim cheese
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil-bintil.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Mudah dan Pasti Sedap

Kek Coklat Cheese Kukus Mudah dan Pasti Sedap

Kek Coklat Cheese Kukus Mudah dan Pasti Sedap: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Kek:

  • 3/4 cawan Gula Castor
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 1/2 cawan Minyak Jagung
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/4 cawan Serbuk Koko
  • 1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/4 sudu kecil Garam
  • 1/2 cawan Air Panas

Bahan Keju:

  • 250 gram Krim Keju
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu besar Tepung Gandum
  • 1sudu besar Air

Cara-cara:

  1. Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga betul-betul kembang. Adunan akan menjadi pucat.
  2. Masukkan minyak dan susu segar pukul lagi hingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan tadi pukul lagi hingga sebati kemudian masukkan air panas. Kacau rata.
  4. Sediakan acuan bersaiz 7″ @ 8″ yang di alas dengan baking paper dan tuang separuh adunan coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
  5. Sementara itu, boleh sediakan adunan krim keju pula. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan sebati.
  6. Masukkan telur dan pukul sebentar.
  7. Kemudian, masukkan tepung dan air pukul lagi hingga semuanya rata sekata.
  8. Tuang adunan krim keju ke dalam loyang yang berisi kek coklat tadi dan kukus selama 20 minit.
  9. Setelah adunan keju masak, tuang pula baki adunan coklat ke dalam acuan dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan kek.
  • Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  • Kukus kek dengan menggunakan api sederhana.

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Azlita Aziz

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Azlita Aziz

Kek Lapis Kukus Cream Cheese: Sumber Azlita Aziz

Bahan A:~ Cheese

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.

Bahan B:~Kek

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)

Cara-cara:

  1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Dari Dapur

Kek Coklat Cheese Kukus Dengan Sukatan Cawan

Kek Coklat Cheese Kukus Dengan Sukatan Cawan: Sumber Dari Dapur

Bahan A:

  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 cawan minyak*
  • 1/2 cawan susu pekat*

Bahan B:

  • 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Bahan C:

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk lapisan cheese:

  • 250 gram cream cheese jenama Tortura*
  • 60 gram gula kastor*
  • 25 gram tepung gandum*
  • 25 gram susu segar*
  • 1 biji telur gred A

Cara Penyediaan Cream Cheese:

  1. Pukul semua bahan yang bertanda kecuali telur sehingga gebu barulah
    dimasukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
  2. Siap untuk dikukus nanti.

Cara-cara penyediaan Resepi Kek Coklat:

  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil. Sentiasa kacau
    supaya tidak berketul. Bila dah sebati ,tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu barulah masukkan bahan A
    kacau hingga sebati dan seterusnya masukkan pula bahan C. Kacau sampai sebati. Gunakan loyang segi empat sama contohnya 8×8 inci ataupun bekas plastik kecil.Tiada masalah.  Alas permukaan loyang dengan baking paper dan oles dinding loyang dengn marjerin atau sedikit minyak untuk kek coklat cheese senang dikeluarkan nanti.
  3. Tuangkan 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak
    dalam anggaran 20 minit menggunakn api sederhana. Barulah buka penutup dan masukkan adunan creem cheese tadi dan sambung kukus 20 minit lagi sebelum tuang adunan coklat untuk lapisan atas dan sambung kukus selama 30 minit. 
  4. Bila dah masak,sejukkan kek barulah diterbalikkan dan dipotong.
    Best sangat rasa lembut je kek coklat lapis cheese ni. Memang berbaloi untuk dicuba.

Resepi Kek Lapis Cream Cheese

Kek Lapis Cream Cheese

Kek Lapis Cream Cheese: Sumber Rozzan

Bahan A:

  • 10 biji kuning telur sejuk

  • 6 biji putih telur sejuk

  • 50 gram tepung jagung

  • 300 gram gula

  • 250 gram tepung Hong Kong

  • 2 sudu makan ovalet

  • 2 oz air sejuk

Bahan B:

  • 400 gram mentega
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 170 gram cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:

  • 170 gram cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:

  1. Satukan semua Bahan A dan pukul dgn mixer hingga pekat selama kira-kira 8-10 minit.
  2. Mentega dan susu dipukul hingga sebati. Masukkan cream cheese dan pukul/kacau hingga adunan rata.
  3. Masukkan Bahan A yang telah dipukul ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.

Nota:

  • Untuk mendapat taburan cheese yang rata, setelah adunan diratakan dlm loyang, baru taburkan cheese dan dibakar.
  • Kek Lapis ini tidak begitu “kaya”(rich). Texturenya lembut dan ringan tetapi kurang lembab/moist.

Penutup

Sesekali nak makan kek lapis cheese ini, pastinya buat sendiri lebih puas hati. Nak makan kek batik, boleh cuba resepinya di SINI

Jom Cuba Resepi Kek dibawah:

Leave A Reply

Your email address will not be published.