Hari ini saya nak kongsi resepi Florentine yang rangup dan sedap! Senang sangat. Jom kita buat biskut Florentine ini di rumah. Lebih jimat buat sendiri, nak makan banyak mana pun boleh. Sesuai untuk anda yang teringin nak makan biskut yang simple dan mudah disediakan. Biskut florentine ini paling simple. Anda juga boleh campur bahan apa yang anda suka, nak guna cornflake pun sedap!
Resepi Florentine Cookies Versi JIMAT
Resepi Florentine Cookies Versi JIMAT: Sumber Limau Nipis
Bahan-bahan:
- 100 gram kuaci (disangai tanpa minyak sehingga sedikit rangup)
- 100 gram kuaci hijau (disangai tanpa minyak sehingga sedikit rangup)
- 200 gram hirisan badam (disangai tanpa minyak sehingga sedikit rangup)
- 5 biji putih telur saiz gred B (berat putih telur = 174 gram)
- 53 gram ( 4 + 2/3 sudu makan bumbun) tepung superfine/tepung gandum yang diayak
- 150 gram ( 3/4 cawan) gula kastor
- 64 gram mentega (dicairkan)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 10 gram bijan hitam
Cara-cara:
- Bakar pada suhu 160C , selama 20 minit. Rak paling tengah, api atas bawah, saya tak on fan sebab tak ada.
- Selepas 10 minit pertama, pusingkan tray supaya biskut masak sekata.
- Selepas 20 minit, keluarkan biskut ,potong kepada petak-petak kecil dan alihkan.
- Sambung bakar cookies selama 15 minit pada suhu yg sama sehingga keperangan.
Resepi Florentine Cookies / Krunchy Karamel Almond Azlita Aziz
Florentine Cookies / Krunchy Karamel Almond: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 200 gram tepung Florenta
- 200 gram badam keping
- 100 gram kuaci hitam
- 20 gram bijan hitam
Cara-cara:
- Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
- Sediakan loyang 14×14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja. Panaskan oven pada suhu 160C.
- Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis. Bakar dalam oven selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond Che Nom
Biskut Crunchy Caramel Almond: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 200 gram tepung florentine
- 150 gram kepingan badam (sliced almond)
- 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
- 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
- 2 sudu besar bijan hitam
Cara-cara:
- Panaskan oven kepada suhu 160°C.
- Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
- Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
- Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
Tips:
- Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.
Resepi Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies)
Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies): Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-bahan:
- 50 gram Kuaci
- 50 gram Kuaci Biji Labu
- 100 gram Badam Keping
- 100 gram Tepung Florenta
- 10 gram Bijan Hitam
Cara-cara:
- Ratakan kuaci, kuaci biji labu dan badam keping ke dalam loyang dan bakar selama 5 minit pada suhu 160°c.
- Masukkan tepung florenta dan bijan hitam ke dalam loyang tadi. Gaul dan ratakan semula ke dalam loyang. Bakar selama 10 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 160°c.
- Keluarkan daripada oven dan terus potong mengikut saiz yang dikehendaki semasa panas untuk mendapatkan potongan yang cantik.
Nota:
- Boleh tambah tepung florenta jika suka lebih manis.
- Gunakan loyang yang besar (14 inci atau lebih) untuk dapatkan biskut yang nipis dan lebih rangup. Boleh juga bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian jika menggunakan loyang kecil.
- Gunakan non-stick pan ataupun parchment paper atau baking paper untuk membakar supaya tidak melekat.
- Renggangkan biskut daripada baking paper semasa memotong supaya kertas tidak melekat pada biskut apabila sudah sejuk.
- Pastikan biskut dipotong semasa panas.
Resepi Mudah Biskut Florentine Crunchy Caramel Eny Abdullah
Biskut Florentine Crunchy Caramel: Sumber Eny Abdullah
Bahan-bahan:
- 300 gram kekacang campuran saya guna :
- 100 gram almond
- 100 gram kuaci bunga matahari
- 100 gram kuaci labu (hijau)
- Bijan hitam agak agak tak perlu banyak
- 200 gm Tepung Florenta
- Cupcake cup size M solo cup
Cara-cara:
- Bakar kekacang sekejap agak panas je dan keluarkan dari oven. Sejukkan.
- Campur kekecang, bijan dan tepung florenta. Kacau rata.
- Guna sudu penyukat metric 1 sudu besar, cedok kan campuran sebanyak 1 sudu besar dan masukkan dalam cup.
- Bakar selama 20 minit suhu 160 atau sehingga tepung florenta cair dan sedikit perang.
- Sejukkan dan keluarkan biskut dari acuan.
Tips:
- Guna tepung Florenta yang ada jenama dan bukan jenama timbang yang murah agar biskut tak melekat pada acuan.
Resepi Biskut Florentine Nina Ahmad
Biskut Florentine: Sumber Nina Ahmad
Bahan-bahan:
500 gram tepung florentine (bakery ada jual 1 pek)
500 gram almond slice
200 gram biji labu hijau
100 gram kuaci putih
40 gram bijan hitam (boleh guna bijan putih & bakar 2 min)
Cara-cara:
Bakar pada suhu 170-180c selama 10-15 minit. Api atas dan bawah. Siap!
Biarkan sejuk sebelum biskut dikeluarkan dari cup.
Nota:
*Suhu bakar kekacang dalam 150c – 160c.
*Semua kekacang bakar sekejap dalam 5 minit.
*Tepung florentine dah siap ada gula @ karamel jadi tak perlu letak bahan tambahan.
Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond Tanpa Guna Tepung Florentine
Crunchy Caramel Almond Tanpa Guna Tepung Florentine: Sumber Makanlena / Ezani
Bahan-bahan:
- 225 gram mentega
- 2 ¼ cawan gula perang
- 3 cawan kekacang campuran (saya gunakan badam hiris, sunflower seeds, pumpkin seeds yang dipanggang sebentar dlm ketuhar)
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak/ baking paper/ parchment paper.
Cairkan mentega dan gula perang di dalam periuk dengan api sederhana. Kacau dengansenduk kayu sehingga mentega cair. Masukkan kekacang, tepung, telur, dan esen vanila dan kacau rata.
Gunakan sudu kecil untuk membentuk adunan di atas dulang. Jarakkan kira-kira 2 inci di antara setiap adunan kerana biskut akan mengembang.
Bakar selama 5-7 minit. Pastikan sentiasa berjaga-jaga kerana biskut ini mudah hangus. Bakar sehingga biskut perang keemasan.
Biarkan biskut menyejuk di atas dulang. Apabila biskut sudah sejuk dan garing, alihkan ke atas redai (wire rack). Biarkan biskut selama beberapa minit sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selepas ini, bolehlah buat biskut florentine tanpa perlu membeli tepung florentine (jika tiada kesempatan). Selamat mencuba!
Resepi Biskut Florentine Bentuk Bulat Ana Jingga
Biskut Florentine Bentuk Bulat: Sumber Ana Jingga
Bahan-bahan:
- 50 gram Kuaci
- 50 gram Kuaci Biji Labu
- 100 gram Badam Keping
- 100 gram Tepung Florenta
- 10 gram Bijan Hitam
Cara-cara:
- Ratakan kuaci, kuaci biji labu dan badam keping ke dalam loyang dan bakar selama 5 minit pada suhu 160°c.
- Masukkan tepung florenta dan bijan hitam ke dalam mangkuk dan campurkan dengan bahan kekacang yang kita bakar tadi. Gaul rata.
- Sudukan ke dalam bekas paper cup tapi biar nipis sahaja lapisannya.
- Bakar selama 10 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 160°c.
- Dah masak kupil kan keluar dari acuan paper cup tadi dan terhasillah biskut florentine yang cantik berbentuk bulat.
- Bekas paper cup tu ana gunakan semula lepas di keluarkan biskutnya. Kalau guna teknik ni kita tak perlukan parchment paper dah. Selamat mencuba.
Resepi Ringkas Dan Sedap Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta
Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta: Sumber Nur Syamimi
Bahan-bahan:
- Kacang-kacang ikut suka – dibakar atau goreng tanpa minyak selama 15 hingga 20 minit
- Bahan kacang-kacang – campur semua 800 gram
- Sedikit garam
- Telur putih gred A – 80 gram
- Madu – 50 gram
Cara-cara:
Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.
Kemudian masukkan kacang-kacang. Gaul rata sehingga kacang disaluti telur putih.
Letakkan baking paper di atas dulang pembakar.
Tekan kacang dengan kuat menggunakan bekas cup kek atau acuan bakar.
Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 140-150 celcius.
Apabila sudah masak, keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk. Kemudian, bakar sekali lagi selama 10 minit supaya lebih rangup.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Cornflake Florentine Munieyrah Eyra
Resepi Cornflake Florentine: Sumber Munieyrah Eyra
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung Florentine
- 280 gram cornflakes (sy guna sekotak)
- 250 gram badam hiris
- Bijan hitam
- Coklat cip utk tabur atas
Cara-cara:
- Mula-mula cornflakes tu ramas-ramas sikit dahulu.
- Kemudian gaul semua bahan sekali, pastikan tak kena angin nanti gulanya akan berketul, saya masukkan dalam balang bertutup dulu sebelum masuk kedalam paper cup.
- Guna paper cup yang dalamnya licin untuk mudah tanggal. Boleh guna berulang-ulang.
- Masukkan bahan dalam paper cup anggaran satu sudu besar.
- Kemudian bakar 150 darjah Celcius selama lebih kurang 12 minit ikut oven masing.
- Siap bakar tunggu sejuk baru keluarkan.
Resepi Biskut Florentine (Keto Friendly/Low Carb)
Biskut Florentine (Keto Friendly/Low Carb): Sumber Noorul Izzah
Bahan-bahan:
- 1 biji putih telur (saiz besar)
- 100 gram almond flakes
- 30 gram pumpkin seeds
- 30 gram sunflower seeds
- 10 gram black sesame seeds
- 40 gram lakanto/sweetener (powdered/blend halus)
- ½ sudu kecil garam pink himalaya
- ½ sudu kecil esen vanilla/almond flavour (optional, untuk hilangkan bau telur)
Cara-cara:
- Panaskan oven 180C. Ratakan almond dan semua kekacang dalam dulang, bakar selama 10 minit sehingga menjadi coklat keemasan. Ketepikan.
- Turunkan suhu oven menjadi 140C. Alaskan loyang dengan parchment paper / non stick paper. Boleh sapukan sedikit minyak untuk elakkan melekat (tak perlu jika guna non stick paper).
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan lakanto/sweetener, garam pink himalaya dan esen vanilla/almond flavour, gaul sehingga sebati.
- Masukkan semua kacang, gaul dan pastikan semua kacang disaluti dengan adunan putih telur.
- Sudukan adunan ke atas tray, ratakan, lebih nipis lebih rangup. Nak gunakan papercup atau acuan pun boleh.
- Bakar selama 10-15 minit sehingga coklat keemasan. Jika belum cukup masak/garing di sebelah bawah, boleh tambahkan lagi tempoh bakar. Biarkan sejuk dahulu, baru florentine akan mengeras. (Kalau nak cepat, dan lebih garing, terus bakar je pada suhu 180C selama 5-10 minit). Selamat mencuba!
Penutup
Jom kita buat biskut Florentine ini, rasanya bukan sahaja rangup tau, sedap sangat! Buat kunyah-kunyah hari raya nanti.
Antara resepi yang anda boleh cuba: