fbpx

9 Resepi Buttermilk Sedap

Hari ini saya nak kongsi resepi buttermilk sedap. Antaranya resepi ayam buttermilk, ikan buttermilk dan udang buttermilk. Rasa yang lemak berkrim, masin dan pedas, pastinya resepi buttermilk ringkas ini disukai ramai. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Susu biasanya digunakan untuk menjadikan resepi buttermilk kita berkuah. Bahan wajib ada semestinya daun kari dan susu segar. 

Resepi Ayam Buttermilk Che Nom

Resepi Ayam Buttermilk Che Nom

Resepi Ayam Buttermilk: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:

  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Resepi Butter Chicken Azie Kitchen

Resepi Butter Chicken Sedap dan Mudah Azie Kitchen

Butter Chicken: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram chicken fillet – potong kecil
  • 1 pek Tepung Goreng Berempah  

Bahan bahan Buttermilk:

  • 5 sudu besar mentega
  • 6 ulas bawang putih – cincang
  • 4-5 tangkai cili padi – hiris halus
  • 1 -2 tangkai daun kari200 ml susu cair
  • 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air – opsyenal
  • Secubit garam
  • Secubit gula

Cara-cara:

  1. Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk A dan 5 sudu besar air. Kacau rata. Dalam mangkuk B pula, tuangkan tepung goreng berempah. 
  2. Ambik sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul gaul dengan tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis kesemuanya.  
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemas emasan. Angkat dan tos. 
  4. Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan. 
  5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. 
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan panas panas. 

Resepi Spicy Buttermilk Chicken

Spicy Buttermilk Chicken

Spicy Buttermilk Chicken: Sumber Dailymakan

Bahan-bahan:

  • yam dada
  • Tepung bestari spicy + serbuk cili
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Susu cair
  • Serbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara:

  1. Celup ayam bestari ke dalam campuran tepung bestari spicy, serbuk cili dan air.
  2. Kemudian celup ke dalam tepung bestari spicy kering (tanpa air).
  3. Goreng ayam sehingga keperangan.
  4. Untuk kuah, cairkan butter.
  5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan daun kari dan cili padi.
  6. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.
  7. Lebihkan cili padi untuk lebihkan pedas.

Resepi Salted Egg Buttermilk Prawn

Salted Egg Buttermilk Prawn:

Salted Egg Buttermilk Prawn: Sumber Leinaa

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang bersaiz besar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 125 gram butter
  • 10 biji cili padi-hiris halus
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih-cincang halus
  • 2 sudu besar salted egg powder
  • 200 ml susu segar(boleh juga guna susu cair)
  • 1 sudu teh maggi cukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh pati oren sunquick (optional)

Cara-cara:

  1. Udang dibersihkan dan tarik kotoran berpasir dengan menggunakan lidi tajam.Kemudian Udang digaul dengan tepung jagung. Panaskan butter dan goreng udang separuh masak.
  2. Dengan butter yang sama tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan serbuk telur masin dan susu segar. Tuang sedikit pati oren sunquick dan tabur sedikit maggi cukup rasa dan gula. Sesuaikan rasa. Gaul sebati sehingga pekat.
  3. Akhir masukkan udang dan gaul sekata. Matikan api angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Udang Buttermilk

udang buttermilk

Udang Buttermilk: Sumber Ratu Nia

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang besar
  • serbuk kunyit/garam
  • 3/4 batang daun kari (20 helai)
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4/5 ulas bawang putih dicincang halus
  • Bawang besar dihiris dadu
  • 4/5 biji cili padi
  • Setengah tin susu cair
  • Tepung jagung utk memekatkan kuah (kuantiti yang sedikit sahaja)

Cara-cara:

  1. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, selepas itu goreng udang sampai bertukar warna keemasan dan pastikan ia tidak terlalu garing.
  2. Selepas udang digoreng, asingkan pada pinggan terlebih dahulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan kemudian masukkan mentega lalu tumis bawang putih dan cili padi, daun kari sampai naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan masak sampai kuah pekat. Jika mahu lebih pekat, masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.
  5. Seterusnya, masukkan udang, garam dan gula serta susu pekat. Letakkan lebih sedikit supaya ada rasa manis, lemak dan masin.

Resepi Udang Goreng Butter Azie Kitchen

Udang Goreng Butter Yang Paling Sedap

Udang Goreng Butter: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Sarang Telur:

  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter/margerin
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Pukul ringan kuning telur. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  2. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
  3. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.  

Bahan-bahan Udang:

  • 12 ekor udang 
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng 
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi – dihiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • Sedikit butter/margerin – untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam/putih – jika suka
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. 
  2. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  3. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
  4. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
  5. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap.

Resepi Fish Buttermilk

fish buttermilk

Fish Buttermilk: Sumber Hana

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus ikan dory sejuk beku
  • 4 sudu besar tepung premix ayam goreng
  • 15 biji cili padi thai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan Tepung salut kering:

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh lada berperisa
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Basuh ikan dan hiris 2 cm
  2. Bancuh tepung premix ayam dengan sedikit air. Masukkan ikan dan perap seketika.
  3. Tepung jagung, serbuk lada dan garam disatukan.
  4. Masukkan ikan ke dalam tepung kering golek-golek manja.
  5. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga warna keemasan.
  6. Cincang bawang putih dan merah..hana gunakan pencincang dari kedai mr diy.
  7. Potong cili.
  8. Cairkan butter tambah minyak masak.
  9. Tumiskan bahan tadi bersama daun kari..masak hingga bawang layu,
  10. Masukkan susu cair dan tambah lagi sedikit air
  11. Jangan lupa garam
  12. Bancuh 1 sudu besar tepung jagung. Tuang ke dalam kuah untuk memekatkannya sedikit. Siap.

Resepi Dory Buttermilk

dory buttermilk

Dory Buttermilk: Sumber Nurul Fauzana

Bahan-bahan:

  • 2 keping isi ikan dory
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan tepung goreng bestari
  • Butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 tangkai cili api
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 tin susu sejat
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Nyahbeku ikan dory. Cuci bersih dan potong kiub. Tumbuk kasar lada hitam.Perap ikan dengan jus lemon dan lada hitam selam 1/2 jam. Tujuan untuk hilangkan rasa hanyir ikan.
  2. Panaskan minyak didalam kuali. Gaul ikan dengan tepung goreng bestari. Goreng hingga keperangan atau sedikit garing.
  3. Sementara menunggu ikan masak boleh potong atau cincang bawang putih,bawang besar dan hiris cili api.
  4. Panaskan kuali. Masukkan butter, bawang putih, besar dan daun kari. Masak hingga layu dah naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari ikan. Kacau sebati.
  5. Masukkan juga susu sejat. Masak hingga kuah agak pekat sedikit. Perasakan dengan secukup rasa maggi. Apabila kuah sudah masak bolehlah madukkan ikan dory yg siap digoreng tadi. Enak dimakan ketika panas. Selamat mencuba semua.

Resepi Ikan Masak Butter

Ikan Masak Butter: Sumber Yaya Mohd

Bahan-bahan:

  • 1 keping isi ikan (fillet fish) – potong kecil
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cili merah – cincang
  • 2 chili padi – cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese (2 keping)
  • 230 ml susu cair – ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr/ Maggi Cukup Rasa
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Bahan perap:

  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Perap isi ikan dengan bahan perap selama 1 jam. Masak isi ikan sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
  3. Masukkan Knorr chicken powder (atau MAGGI secukup rasa), serbuk lada hitam, garam dan gula.
  4. Masukkan isi ikan tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada isi ikan akan memekatkan kuahnya. Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula. Dalam masa yang sama, rasalah masakan tu samada cukup rasanya atau tidak. 

Penutup

Anda boleh cuba resepi buttermilk diatas. Sesuai digandingkan dengan ayam, isi ikan dan udang. Pasti puas hati dimakan dengan nasi. Kalau teringin nak makan Lontong Kuh Lodeh, boleh cuba Resepi Lontong Kuah Lodeh ini. Jika anda teringin masakan kampung, Rendang pucuk ubi pun sedap. Boleh cuba Resepi Pucuk Ubi ini. Anda juga boleh cuba Resepi Teresek ini, rasanya sedap dan mudah nak sediakan. 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.