fbpx

Resepi Udang Kam Heong Special! 15 Resepi Penambat Selera Keluarga

Hari ini saya nak share resepi udang kam heong special! Nama kam heong sebenarnya ialah frasa Kantonis untuk "haruman keemasan", kerana salah satu kualiti yang berbeza ialah aroma kuat yang serta-merta datang daripada gaya masakan ini. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap!  Isi udang yang rasanya manis, pasti bertambah selera suami dan anak-anak. Kalau beli di kedai tak puas makan, jadi resepi ini saya kongsikan untuk anda try di rumah. Simple je nak masak kalau anda ikut resepi di bawah!

Resepi Udang Kam Heong Sedap Qaseh Honey

Udang Kam Heong Sedap Qaseh Honey

Udang Kam Heong Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang size xxl
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit
  • tepung jagung

Bahan Kisar Kasar:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji lada merah

Bahan Sos:

  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 3 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar kicap 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • segenggam kacang gajus – optional
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 batang lobak merah – hiris
  • 5 batang kacang botol – hiris
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang bersama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan goreng kacang gajus. jangan sampai hangus. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian gorengkan udang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Guna minyak yang sama, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  5. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Gaul rata.
  6. Masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. gaul rata.
  7. Masukkan lobak merah dan air secukupnya. Biarkan sehingga lobak empuk.
  8. Masukkan pula kacang botol, garam dan gula secukup rasa.
  9. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan udang yang telah digoreng tadi.
  10. Perasakan rasanya jika sudah sempurna, matikan api. Siap untuk dihidang.

Resepi Udang Kam Heong Aznanie

Udang Kam Heong Aznanie

Udang Kam Heong: Sumber Aznanie

Bahan-bahan:

  • 10 ekor  udang
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya
  • 1/2 biji bawang holand – hiris memanjang
  • 1/2 biji bawang besar – dadu halus
  • 3 ulas bawang putih – dadu halus
  • 5 biji cili padi – belah hujung tak putus
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menggoreng udang

Cara-cara:

  1. Lumur udang dengan serbuk kunyit, lada hitam dan garam secukupnya.
  2. Gaul sehingga rata semua bahan. Ketepikan. Dalam mangkuk, satukan serbuk kari bersama sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap cair. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Goreng udang separa garing. Angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang holand, daun kari dan cili padi hingga naik bau dan kelayuan.
  4. Masukkan bancuhan serbuk kari. Masukkan air. Gaul rata semua bahan. Biarkan mereneh seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan udang.
  5. Gaul rata-rata. Bila kuah dah mengering sedikit, angkat dan hidangkan. Siap!

Resepi Udang Galah Masak Kam Heong

Udang Galah Masak Kam Heong

Udang Galah Masak Kam Heong: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • 500 gram Udang Galah (digoreng dengan sedikit tepung)  ayam
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Ketuk:

  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
  5. Masukkan garam, gula dan angkat. Siap dan hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Udang Kam Heong Lina Pg

Udang Kam Heong Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang saiz sederhana 
  • 5 ulas bawang putih cincang (LiNa Pg tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 biji cili padi  dihiris (LiNa Pg gn cili merah-hiris)
  • 1/2 biji capsicum – hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam – kisar (LiNa Pg gn lada hitam grind corse)
  • garam & gula (jika perlu)
  • minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan capsicum goreng selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. Sesuaikan. rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  7. Angkat dan hidangkan.

Resepi Udang Kam Heong Amie’s Little Kitchen

Udang Kam Heong Amie's Little Kitchen

Udang Kam Heong: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ketam – Amie gantikan dengan 5kg udang kertas – bersihkan (tidak perlu buang kulit) dan belah belakang 
  • 5 ulas bawang putih cincang – Amie gunakan 1/2 kg bawang putih cincang
  • 2 sudu besar serbuk kari – Amie gunakan 8 sudu besar
  • 3 tangkai daun kari – Amie gunakan 3 tangkai rimbun daun kari
  • 6 biji cili padi  dihiris- Amie gunakan 30 biji lada kering, gunting sepanjang 1cm
  • 2 sudu besar sos tiram – Amie gunakan 1 botol kecil sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam – kisar – Amie gunakan 2 sudu makan lada hitam tumbuk
  • garam & gula – Amie gantikan dengan 3 sudu besar serbuk pati ayam Maggie
  • Secukup Rasa
  • minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan 1.5 cawan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
  6. Taburkan serbuk pati ayam Maggie Secukup Rasa. Gaul beberapa kali.
  7. Angkat dan hidangkan – Amie masukkan dalam bekas yang Kak Siti sediakan dan siap untuk dibawa ke rumah beliau!
  8. Untuk mempercepatkan proses menggoreng udang, Amie gunakan dua buah kuali, dan ketika menumisnya pula Amie bahagikan kepada dua bahagian, bermakna 2 kali tumisan  dalam kuali besar supaya semuanya tergaul sama rata!

Resepi Udang Kam Heong Ala Chef Wan

Udang Kam Heong Ala Chef Wan

Udang Kam Heong Ala Chef Wan: Sumber Yana Shaiful

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ketam ~ yana gantikan dengan 15 ekor udang sederhana besar
  • 5 ulas bawang putih cincang ~ yana gunakan 2 ulas
  • 2 sudu besar udang kering ~ yana gunakan 1/2 sb, rendam dan tumbuk kasar
  • 2 sudu besar serbuk kari ~ yana letak 1 sudu besar
  • 3 tangkai daun kari ~ yana letak 1 tangkai
  • 6 biji cili padi dihiris ~ yana tak letak
  • 2 sudu besar sos tiram ~ yana gunakan 1 sudu besar
  • 1 sudu teh lada hitam – kisar ~ yana tak letak
  • garam & gula ~ jika perlu
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam/udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
  7. Angkat dan hidangkan.

Resepi Udang Kam Heong Special

Resepi Udang Kam Heong Special

Udang Kam Heong Special: Sumber Hairul

Bahan Perap:

  • 12 ekor udang (saiz sederhana)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 biji telur (guna separuh je)
  • garam secukupnya
  • tepung jagung – secukup kegunaan

Bahan A:

  • 5 biji cili merah – hiris memanjang
  • 1 ulas bawang merah kecil – cincang halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar udang kering – rendam, cincang
  • *kalau suka pedas boleh tambahkan cili/padi kering

Bahan B:

  • 1 sudu rempah kari – letak 2 sudu pun boleh
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu  besar kicap pekat
  • 1/2 sudu kecil gula – ikut suka, pastikan rasa dulu
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. Perap udang, goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan udang kering, cincangan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan daun, cili merah dan semua bahan B, perasakan secukupnya, kacau sebati.
  4. Masukkan udang yanng telah digoreng tadi.
  5. Siap, hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Udang Kam Heong Chinese Style

UDANG KAM HEONG CHINESE STYLE

Udang Kam Heong Chinese Style: Sumber Mohkite

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu cili giling
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 7 helai daun kucai (tiada di dalam video)
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang.

  2. Cincang halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah. Boleh disatukan dalam satu bekas.

  3. Panaskan minyak di dalam kuali. 

  4. Tumis semua bahan yang telah dicincang sehingga layu.

  5. Masukkan cili giling dan tumis sehingga naik/ pecah minyak.

  6. Masukkan daun kari.

  7. Masukkan kesemua sos… sos cili, sos tiram dan sos tomato.

  8. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kalau nak lagi sedap, campur pelbagai serbuk kari yang ada.

  9. Masukkan udang dan kacau rata.

  10. Jika terlalu kering dan udang lambat masak (semua jadi warna kemerahan),  tuang sedikit air.

  11. Masukkan daun kucai yang telah di potong-potong lebih kurang 2 inci.

  12. Masak sehingga kuah pekat dan tutup api. Hidangkan.

Resepi Udang Masak Kam Heong

Udang Masak Kam Heong c

Udang Masak Kam Heong: Sumber Campur Kobis

Bahan-bahan:

  • Sediakan Udang
  • Ambil Tepung jagung – untuk salut di udang
  • Gunakan Garam
  • Sediakan 1 labu bawang holland – hiris halus
  • Ambil 4 ulas bawang putih – cincang kecik
  • Siapkan 2 sudu kecil serbuk kari daging
  • Sediakan 2 sudu kecil sos tiram
  • Gunakan 2 sudu kecil sos cili
  • Siapkan 2 sudu kecil sos tomato
  • Ambil Cili padi – nak pedas letak banyak
  • Gunakan Gula

Cara-cara:

  1. Gaul udang dengan garam dan tepung jagung. Goreng deep fry.
  2. Tumis bawang holland + garlic hingga wangi, masukkan serbuk kari dan semua jenis sos.
  3. Kuah dah agak pekat, masukkan udang. Gaul mesra. Masukkan gula. Sesuaikan rasa. Lastly, masukkan cili padi.

Resepi Udang Masak Kam Heong Yaya Azura

Udang Masak Kam Heong Yaya Azura

Udang Masak Kam Heong: Sumber Yaya Azura

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo udang
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/ikan
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3-4 tangkai cili api
  • 1 tangkai cili merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • setangkai daun kari
  • gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul sekata udang dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng dan ketepikan.
  2. Gaul sekata serbuk kari, kicap dan sos tiram.
  3. Minyak goreng udang tadi, buang sedikit. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah digaul dengan kicap dan sos tiram. Guna api perlahan. Boleh tambah sedikit air sekiranya bahan tumis nampak kering.
  5. Masukkan daun kari, cili api, cili merah dan juga bawang holland. Tumis sekejap.
  6. Masukkan sedikit gula, kalau kurang masin boleh tambah garam.
  7. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul rata. Siap.

Resepi Udang Kam Heong Azni

Resepi Udang Kam Heong Azni

Udang Kam Heong: Sumber Azni

Bahan-bahan:

  • 220 ekor udang (gaul rata dengan serbuk kunyit, garam dan gula) tujuan letak gula supaya bila goreng warna udang jadi cantik.
  • 1 biji bawang merah besar (potong dadu)
  •  4 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

Bahan Sos: (semua bahan-bahan dikacau rata)

  • 2 sudu besar serbuk kari atau ayam
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. Udang dibersihkan dan dibelah belakang, kemudian gaulkan dengan tepung serbaguna.
  2. Goreng udang bersalut tepung, kemudian angkat dan toskan minyak.
  3. Goreng udang mesti dengan minyak panas, jangan biarkan lama-lama goreng hingga udang bertukar warna je. Kemudian angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari. Bila cili padi dah layu, masukkan serbuk kari dan sedikitt air.
  5. Bila serbuk kari dah pecah minyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau hingga rata dan sebati.
  6. Masukkan bahan sos dan garam, gaul rata.
  7.  Masukkan udang goreng, gaul rata.

Resepi Udang Masak Kam Heong Nani Fadily

Resepi Udang Masak Kam Heong Yang Sangat Sedap Tidak Mengecewakan

Udang Masak Kam Heong: Sumber Nani Fadily

Bahan-bahan:

  • Udang
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili maerah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  4. Masukkan udang bersama cili merah dan juga cili padi. Gaul rata.
  5. Masukkan garam, gula dan angkat.
  6. Siap!

Resepi Udang Kam Heong Sedap Yatie Memories

Resepi Udang Kam Heong Sedap

Udang Kam Heong Sedap: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 600 gm udang sederhana besar( digoreng dengan sedikit tepung) 
  • sedikit garam
  • sedikit tepung jagung
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar udang kering- di rendam, toskandan cincang halus
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bwng putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan udang bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan udang rata.
  5. Masukkan garam, gula dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Udang Kam Heong Intai Dapur

Udang Kam Heong Intai Dapur

Udang Kam Heong: Sumber Intai Dapur

Bahan-bahan:

  • 500 gram ayam ( digoreng dengan sedikit tepung) – Liza gantikan dgn udang
    ~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
  5. Masukkan garam, gula dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Udang Kam Heong Cekgu Norazimah

RESEPI UDANG KAM HEONG

Udang Kam Heong: Sumber Cekgu Norazimah

Bahan-bahan:

  • Udang (Goreng sedikit dan ketepikan)
  • Bawang besar dibahagi 2 (dicincang dan dipotong bulat)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Halia (hiris halus)
  • Cili padi (dihiris)
  • Serbuk kari + cili kisar + air (dicampur jadi seperti pes)
  • Daun kari
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Gula (jika perlu)
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bahan cincang dan daun kari sehingga masakKemudian masukkan pes campuran serbuk kari, cili kisar dan air.
  2. Tumis sehingga naik bau & pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan semua jenis bahan sos.
  4. Perasakan dengan gula dan garam sedikit. Macam CN apabila guna udang, dah tak perlu masukkan gula. Terpulang kepada anda. 
  5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang yang dipotong bulat.
  6. Siap udang kam heong !

Resepi Udang Kam Heong Citarasawan

Resepi Udang Kam Heong Citarasawan

Udang Kam Heong: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang sederhana
  • 1 cawan tepung ubi
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Cuci udang, belah belakang dan toskan tisu dapur hingga kering.
  2. Kemudian gaulkan di dalam tepung hingga bersalut rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga tepung keperangan.
  4. Tos dan ketepikan dulu.

Bahan Pes Kari Kam Heong:

  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap Lea & Perrins
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam KNORR

(satukan semua bahan pes hingga sebati. Ketepikan)

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang merah, cincang halus
  • 3 sudu besar udang kering, rendam dan toskan
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 4 ulas bawang merah, hiris kasar
  • 4 tangkai cili padi hijau, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, lurut daunnya
  • 4 sudu besar minyak bawang putih

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah cinncang, serai dan udang kering hinggga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang hiris kasar, cili padi dan daun kari, tumis sebentar.
  3. Masukkan pes Kam Heong, tumis sekejap dan kacau hingga gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan udang yang digoreng dan gaul rata. Sedia dihidang.

Penutup

Cukup ringkas kan resepi ini, nak sediakan bahan pun mudah.  Rasanya enak dan menyelerakan! Sajian lazat sesuai untuk keluarga.

Selain itu anda juga boleh cuba Resepi Udang Goreng Kunyit yang sangat mudah nak sediakan. Kalau anda berminat nak cuba resepi Udang yang lain, boleh cuba resepi Udang Masak Sweer Sour dan Udang Berempah Viral. Sedap digandingkan dengan Sambal Belacan!  Anda juga boleh cuba Resepi Mee Udang Viral, Sedap dan Menyelerakan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.