Hari ini saya nak kongsi resepi spaghetti marinara yang simple dan sedap. Resepi spaghetti marinara ini juga mudah disediakan. Perbezaan marinara dan bolognese cuma rasanya saja. Marinara rasanya lebih masam dan pedas. Sosnya biasanya mengandungi tomato, bawang merah, bawang putih, minyak zaitun dan diperisa dengan herba-herba seperti daun bay, thyme atau oregano. Tambahan itu, hidangan ini penuh dengan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, kekapis, kupang dan kerang.
Resepi Spaghetti Marinara Hafizah Yahya
Spaghetti Marinara: Sumber Hafizah Yahya
Bahan-bahan:
- 200 gram spaghetti
- Udang, kepah dan sotong secukupnya – bersihkan
- 2 ulas bawang putih – di cincang halus
- secubit serbuk lada hitam
- Minyak zaitun untuk menumis
- 1 cawan sos tomato – saya gunakan sos spaghetti tradisional Kimball
- 1/2 sudu besar cili kisar – pilihan
- Daun parsley dan keju parmesan secukupnya
Cara-cara:
- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan secubit garam untuk memberi rasa masin pada pasta. Jangan lupa masukkan 1 sudu besar minyak masak agar pasta tidak melekat.
- Masukkan spaghetti ke dalam air mendidih selama kurang lebih 12 ke 15 minit. Pastikan pasta tidak terlalu lembut dan bertekstur kenyal ketika digigit.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun secukupnya dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pula kepah, udang serta sotong dan kacau rata. Jika menggunakan kepah berkulit tebal, ada baiknya rebus terlebih dahulu berasingan sehingga cengkerangnya terbuka.
- Tuang sos spaghetti ke dalam tumisan tadi dan kacau lagi. Jika anda menggunakan sos spaghetti seperti saya ianya dah secukup rasa dan tidak perlu lagi di tambah garam atau gula. Jika menggunakan sos tomato biasa pastikan di imbangi rasanya.
- Seterusnya masukkan spageti yang telah siap di rebus ke dalam kuali, kacau rata dan matikan api dapur. Taburkan serbuk lada hitam, keju parmesan yang telah di parut dan daun parsley. Bolehlah di hidangkan.
Resepi Pasta Seafood (Marinara)
Spaghetti Seafood Marinara: Sumber Resepi Sedap
Bahan-bahan:
- 500 gram packet Pasta Linguini atau Speghetti
- 300 gram Udang
- 300 gram Sotong
- 1 kg Kupang
- 1 biji Bawang besar biasa – dicincang halus
- 2 ulas Bawang putih – dicincang halus
- 2 tin Tomato soup
- 1 tin kecil Tomato Puree
- 1-2 ketul kiub stok Ikan Bilis
- 4 helai Daun Bay kering – dikoyak
- 1/2 sudu kecil herba Thyme
- 1/2 sudu kecil herba Oregano
- 1/2 sudu kecil herba Basil
- Garam dan Gula secukup rasa
- 3 sudu besar minyak Zaitun – menumis
- Keju Parmesan – tabur bila nak makan
Cara Masak Pasta:
- Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti.
- Apabila air mula mendidih, masukkan spaghetti dan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Sekurangnya 7-8 minit.
- Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. (Boleh juga disiram atau direndam pasta kedalam air sejuk ber-ice supaya pasta tidak berterusan masak).
- Setelah ditoskan airnya, letakkan satu sudu besar butter pada pasta yang baru direbus tadi dan digaul rata supaya pasta tak melekat.
Cara Masak Sos Marinara:
- Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang, basuh, ditos dan ketepikan dulu.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega. Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang tadi.
- Elakan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
- Masukkan semua tomato sup, tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra.
- Masukkan bay leaf, herba – thyme/basil/oregano serta kiub ikan bilis.
- Kacau sos supaya semua bahan cukup sebati. Biarkan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sos.
- Apabila sos sudah menjadi mesra dan pekat, matikan api. Kuah tomato mestilah ada perasa seimbang masam dan manis.
- Hidang pasta Marinara dengan sos seafood ini bersama parutan keju parmesan bila dihidang.
Resepi Spagetti Marinara DayangJack
Spaghetti Marinara: Sumber DayangJack
Bahan-bahan:
- spagetti secukupnya (direbus ala dente)
- bawang putih (dicincang)
- puri tomato / sos bolognese
- udang basah / sotong / kupang dll
- tomato (dipotong dadu kecil)
- bawang besar (dihiris dadu)
- garam dan gula secukup rasa
- minyak zaitun
- daun oregano
- serbuk lada hitam dan lada sulah
- sos tomato (optional)
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Kemudian masukkan sos bolognese atau puri tomato. Kacau sebati.
- Masukkan udang dan bahan-bahan basah lain dan sedikit air. Kacau rata-rata.
- Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. kacau lagi hingga kuahnya pekat.
- Tutupkan api. Siramkan kuah ke atas spagetti yang sudah direbus tadi. Hidangkan panas-panas.
Resepi Spaghetti Marinara Sue Norrman
Spaghetti Marinara: Sumber Sue Norrman
Bahan-bahan:
-
Spaghetti atau pasta pilihan kalian – rebus ikut arahan belakang kotak atau paket.
- 3 ulas bawang merah – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 sudu makan minyak zaitun/ masak
Bahan B:
- 3 biji tomato ranum
- 2 biji cili padi
*Kisar menggunakan food processor dan jangan tambah air. Kalau menggunakan blender biasa tambah air sedikit supaya senang di kisar*
- 1 sudu makan tomato puree
- 1/2 cawan air
- Sedikit daun basil, oregano dan parsley kering
- Garam secukup rasa
- Gula sedikit
- Sedikit bawang besar – cincang
- 100 gram daging kisar
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang kuning dan masukkan bahan B.
- Masak selama 2-3 minit dan masukkan bahan C. Kacau sebati dan biarkan mereneh sehingga pekat dan cukup masak. Anggaran 10 minit dengan api kecil dan tutup api.
Nota:
- Kalau untuk sekali makan boleh campurkan daging tapi di tumis berasingan terlebih dahulu dan bila daging bertukar warna baru masukkan sos. Sos tanpa daging boleh di simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian atau di bekukan.
Resepi Spaghetti Marinara Zaryn CandyBuffet
Sumber Zaryn Candybuffet
Bahan-bahan:
- 1/2 pakej spagetti angle hair (direbus bersama air dan sedikit minyak) – dh lembut toskan
- Seafood secukupnya (sy pakai udang & sotong)
- 1 tin sos prego marinara
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 2 biji tomato (dipotong dadu) -kalo takut rasa masam sgt x letak pun boleh
- 1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
- Ari panas secukupnya (jika tumisan kuah agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam mengikut citarasa
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak masak.
- Tumis bawang putih & bawang holland sehingga sedikit kekuninggan.
- Kemudian masukkan hirisan tomato & hirisan cendawan masak sehingga layu dan wangi.
- Tuangkan sos marinara, kacau & renihkan selama 5 minit.
- Masukkan lada hitam mengikut citarasa.
- Masukkan makan laut seperti udang dan sotong renihkan lg selama 7-8 minit, sekiranya kuah agak pekat tambahkan sedikit air panas (kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri) ## masukkan makan laut & renihkan lg selama 7-8 minit # sekiranya kuah agak pekat tambahkan sedikit air panas (kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri).
- Masukkan garam dan perasa secukupnya.
- Didihkan sehingga mendapat kepekatan kuah yang diinginkan. Taburkan sedikit parmesan cheese & sedikit daun pasley, sedia untuk dihidang.
Penutup
Menarik kan Sos Marinara ini. Sekali lihat macam Sos Bolognese. Anda wajib cuba resepi ini untuk rasa sendiri kelainannya. Pastinya resepi yang dikongsikan lebih sedap dan mudah disediakan.
Jika anda penggemar makanan western, anda wajib cuba:
- Resepi Spaghetti Bolognese
- Resepi Spaghetti Carbonara
- Resepi Aglio Olio
- Resepi Baked Spaghetti
- Resepi Lagsana