Hari ini saya nak kongsi resepi spaghetti carbonara yang sedap berkrim. Cepat dimasak dan mudah disediakan masakan western ini. Menariknya, spaghetti carbonara ini sedap! Rasanya lemak berkrim dan yang penting tak pedas. Sesuai untuk dihidangkan untuk seisi keluarga dan anak-anak. Bagi yang teringin nak rasa spaghetti carbonara yang power! Anda boleh cuba resepi spaghetti carbonara homemade ini, rasa lemak berkrim yang melimpah, tak kedekut keju! Kalau suka, boleh tabur keju lebih untuk rasa yang lebih creamy! Lagi bertambah berselera apalagi dimakan panas-panas. Pasti hidangan kegemaran semua, sebab semua pakat tambah tanpa sedar. Anda juga boleh cuba resepi lagsana yang sedap.
Resepi Spaghetti Carbonara Paling Mudah Mat Gebu
Spaghetti Carbonara Paling Mudah: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 1 cekak spaghetti
- 1 batang sosej ayamas, hiris serong
- 200 ml cooking cream (boleh guna whipping cream)
- 50 ml air
- 1 biji cili padi merah thai, cincang halus
- 2 pokok kucai, hiris halus
- 1/2 biji bawang holland – didadu
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- Garam secukup rasa
- Sedikit lada hitam kisar
Cara-cara:
- Rebus spaghetti dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Rebus hingga lembut atau anda boleh ikut masa merebus pada bungkusan spaghetti. Toskan.
- Panaskan 2 camca besar minyak zaitun dalam frying pan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili padi dan sosej yang dihiris tadi. Masak sekejap dengan api sederhana.
- Masukkan cooking cream (atau whipping cream) dan air. Kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan sedikit garam, kacau dan tambah spaghetti tadi. Gaul hingga rata, masukkan kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan) dan sedikit lada hitam. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok matikan api. Alih spaghetti ke dalam pinggan sesuai, hias dengan sedikit kucai dan herba thyme segar, jika suka.
Resepi Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim Che Nom
Bahan-bahan untuk spaghetti:
- Air secukupnya
- 1 paket spaghetti – 500g
- Sedikit garam
- Minyak zaitun
Bahan-bahan untuk Kuah Carbonara:
- Sedikit minyak zaitun
- ½ biji bawang Holland – potong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 4 batang sosej – hiris nipis
- capsicum merah dan hijau – hiris nipis
- 1 mangkuk udang – buang kulit
- serbuk black pepper
- cendawan – hiris nipis
- sos carbonara Prego
- susu full cream
- 1 keping keju cheddar
- Italian herbs kering
- Daun parsley fresh – hiasan
Cara-cara untuk masak Spaghetti:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
- Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
Cara-cara untuk masak kuah carbonara:
- Panaskan sedikit minyak zaitun.
- Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
- Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
- Masukkan udang dan serbuk black pepper.
- Masukkan cendawan butang.
- Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
- Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
- Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang
Tips:
- Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
- Boleh ganti dengan seafoos lain seperti sotong.
Resepi Spaghetti Carbonara Azie Kitchen
Spaghetti Carbonara: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 1/2 ketul buttercup
- Sedikit olive oil
- 4 ulas bawang putih (cincang)
- 1/2 pek daging cincang ramli (atau dada ayam)
- 1 tin mushroom soup campbell
- 1 kotak kecil fresh milk
- 3-5 keping cheese kraft
- Cendawan butang
- Black pepper
- Fresh parsley
Cara-cara:
- Panaskan kuali, masukkan sedikit olive oil dan ½ buku butter cup. Masukkan bawang putih yang diketuk dan cincang (bawang besar potong dadu, jika suka) hingga kekuningan. Masukkan daging cincang dan angkat.
- Guna kuali yang sama, masukkan 1 tin mushroom soup Campbell classic dan 1 tin air. Kacau rata dan bila tak berketul, baru buka api.
- Masukkan 1 kotak kecil fresh milk dan 3 keping cheese kraft, masukkan black pepper, garam dan 1 sudu gula.
- Tuang daging tadi dalam sos mushroom.
- Tuang sos atas spaghetti bila nak dimakan. Tabur parmesan cheese, daun parsley dan black pepper.
Resepi Spaghetti Carbonara Buat Orang Lapo
Spaghetti Carbonara: Sumber Nazatul Fairuz
Bahan-bahan:
- 1/2 paket spaghetti
- 1 tin sos prego carbonara
- 1/2 tin cendawan butang
- 4 batang sosej
- Sedikit isi ayam (didadu)
- 3-4 ulas bawang putih (didadu)
- 1/2 biji bawang Holland (didadu)
- 1 cawan susu segar (anggaran) *boleh gantikan dengan air biasa
- Serbuk lada hitam (optional)
- Serbuk lada sulah (optional)
- Serbuk oregano (optional)
- Garam
- Minyak (untuk menumis)
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam. Biar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan sosej.
- Masukkan sos prego. Gaul rata. Diikuti dengan susu segar.
- Kemudian masukkan cendawan. Biarkan mendidih seketika. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
- Tambahkan sedikit lada hitam, lada sulah, serbuk oregano dan garam mengikut citarasa masing-masing. Gaul sehingga sebati. Dah siap.
- Rebuskan spaghetti bersama sedikit garam dan minyak. Bila dah lembut, tos dan ketepikan.
Tips:
- Semua serbuk-serbuk lada dan perasa boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing. Kalau tak ada pun ok je. Kalau ada tu lagi best.
- Kalau nak lebih creamy, boleh tambah cheese.
Resepi Spaghetti Carbonara Paling Sedap
Spaghetti Carbonara Paling Senang: Sumber Port Resepi
Bahan-bahan Sos Carbonara:
- 1 biji bawang Holland (dicincang)
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 5 batang sosej
- 1 tin cendawan
- 2 tin sos cendawan carbonara Prego
- 1 liter susu segar
- Lada hitam
- Oregano flakes
Cara-cara:
- Mula-mula tumiskan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan. Waktu ni bau bawang pun dah sedap.
- Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris. Nak hiris macam mana, terpulang pada kita. Ada yang suka hiris nipis, dan ada yang suka besar-besar sikit.
- Kemudian, taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam ke dalam kuah.
- Tuangkan sos cendawan kesemuanya.
- Kemudian, tuangkan susu segar 1 liter. Perasakan dengan sedikit garam. Dah siap.
- Celur spaghetti hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
Resepi Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap
Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap: Sumber Utusantv
Bahan-bahan:
- 150 gm spageti – rebus
- 2 keping hirisan daging lembu
- 100 ml susu penuh krim
- 100 ml krim masakan
- 4 sudu besar krim
- 10 gm keju mozarela
- 10 gm keju cheddar
- 1 sudu besar keju parmesan
- ¼ lada benggala hijau – hiris kasar
- ¼ lada benggala merah – hiris kasar
- ¼ lada benggala kuning – hiris kasar
- 2 helai daun basil
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar krim putar
- 1 sudu kecil herba campuran
- Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
- Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan hirisan daging lembu, lada benggala dan herba campuran.
- Kemudian, masukkan krim masakan, susu penuh krim, krim putar, keju mozarela, keju cheddar, daun basil dan sedikit lada hitam secukup rasa.
- Biarkan mendidih. Masukkan spageti dan gaul sebati.
- Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan sedia dihidang.
Resepi Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam
Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam: Sumber Resepi Pembuka Selera
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar buttercup
- 5 ulas bawang putih (cincang halus)
- Cendawan butang
- Cili padi (kalau nak pedas)
- 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
- 2 sudu besar pes tomyam
- Udang
- Daun limau purut
- Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)
Cara-cara:
- Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan cendawan butang.
- Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
- Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
- Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
- Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!
Tips:
- Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.
- Untuk ayam grilled: Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.
Penutup
Nak tukar selera western, boleh lah cuba resepi ini. Jika teringin masakan Thai, boleh cuba Resepi Somtam , sedap dimakan begitu sahaja. Menarik juga resepi ke-7 diatas. Jika dimakan dengan Somtam mungkin satu gandingan yang baru, pedas masam-masam dan lemak berkrim. Jika anda nak cuba makanan thai, anda boleh cuba resepi ini: