fbpx

7 Resepi Roti Nan Yang Lembut & Gebu!

Hari ini saya nak kongsi resepi roti nan yang lembut dan gebu. Jom kita cuba resepi roti nan yang  sedap dimakan panas-panas apalagi jika ada filing cheese! Kalau di kedai mamak pasti harganya agak mahal, apa kata kali ini kita buat sendiri roti naan cheese yang special ini. Mudah je rupanya cara nak buat doh roti nan di rumah. Ikut je resepi yang telah dikongsikan langkah demi langkah. Confirm jadi! Nak buat frozen pun boleh.

Resepi Roti Nan Gebu Simple Sangat

Resepi Roti Nan Gebu Simple Sangat

Roti Nan Gebu Simple Sangat: Sumber Nazurah Hassan / Fatihah Hamid

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
  • 1+1/4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

Cara-cara:

  1. Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.
  2. Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.

  3. Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.

  4. Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula. Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti. *Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.

  5. Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan. Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu. Agak-agak dah masak, bolehlah angkat. Siap!

Resepi Lengkap Roti Naan Cheese

Resepi Lengkap Roti Naan Cheese

Lengkap Roti Naan Cheese: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum
  • 1 ½ sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam 
  • 2 sudu besar yogurt (natural)*
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 80-100 ml susu segar suam
  • 3 sudu besar minyak jagung
  • Cheese mozarella | diparut

Cara-cara:

  1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi di atas. Bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif. Campuran tersebut akan mengembang.
  2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Aduk sebati, kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
  4. Biarkan adunan naik sekali ganda. Tutup adunan dengan kain lembap selama 45 minit suhu agak suam-suam panas (seperti dalam ketuhar suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).
  5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80 gram. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
  6. Ambil sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut di tengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).
  7.  Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar.
  8. Panaskan non stick pan, tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat, sederhana sahaja atau perlahan.
  9. Letak roti tadi atas non stick pan. Tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi. Bila ia menggelembung, leperkan ia.

  10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat atau keema daging, ayam tandoori dan timun yogurt.

** Jika yogurt takde tak mengapa, abaikan. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye.
** susu segar tu jangan curah sampai habis, nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni tak keras dan tak lembik, erti kata lain tak lekat di tangan.
** jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.

Resepi Roti Nan Cheese Gebu & Lembut

Roti Nan Cheese Gebu & Lembut

Roti Nan Cheese Gebu & Lembut: Sumber Vanilla Kismis / Maria Nazri Said

Bahan-bahan:

  • 150 ml susu suam
  • 150 ml air suam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar dry yis

(Gaul bahan di atas dan biar hingga kembang)

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Mozarella cheese (ikut citarasa) 

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum dalam bancuhan yis. Gaul, biar sampai kembang.
  2. Masukkan minyak, uli sekejap sampai tak melekat.
  3. Perap lebih kurang sejam. Bila dah kembang bahagi kepada 6 bahagian.
  4. Ambil satu doh, masukkan cheese. Tutup.
  5. Sebelum bakar, ambil satu doh berisi cheese tadi tabur tepung untuk elak melekat kemudian leperkan.
  6. Bakar atas kuali non stick hingga garing. Siap, boleh makan dengan kari, sambal dan sebagainya.

Nota:

  • Roti nan cheese ini juga boleh disejukbekukan. Bakar dulu sebelum disejukbeku. Bila nak makan panaskan dalam micriwave atau kuali. Hasilnya tetap gebu dan lembut.

Resepi Garlic Cheese Naan

Resepi Garlic Cheese Naan

Garlic Cheese Naan: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Susu suam 1 cawan setengah

  • Gula 2 sudu kecil

  • 1 bungkus kecil yis kering (11gm)

  • Yogurt – 3 sudu besar

  • Butter cair 3 sudu besar

  • Garam secukup rasa

  • Tepung gandum 4 cawan

  • 10 ulas bawang putih cincang

  • Cheese parut (saya campurkan mozzarella dan cheddar)

  • Campuran butter cair dengan daun ketumbar cincang dan lada hijau cincang untuk di sapu atas roti yang telah di masak.

Cara-cara:

  1. Campurkan susu suam, gula dan yis kering. Biarkan berbuih dalam 10 minit.

  2. Campurkan campuran yis dalam tepung. Uli dan campurkan yogurt, butter cair. Uli hingga adunan licin dan tidak melekat pada tangan. Minyakkan bekas dan adunan roti. Biarkan ia naik hingga 2 kali ganda (90 minit).

  3. Tumbuk adunan. Bahagi 8. Canai dengan pencanai, letakkan keju di tengah. Bulatkan macam bola dan biarkan 10 minit.

  4. Panaskan tempat memasak. Canai bebola panjang dan lonjong. Tabur bawang putih cincang. Gunakan rolling pin untuk tekan bawang putih cincang dalam roti.

  5. Masak roti atas kuali panas dengan api sederhana. Selepas 90 saat, terbalikkan. Bila elok masaknya, angkat dan sapu dengan butter cair yang telah dicampur dengan daun ketumbar dan lada hijau cincang. Siap.

Resepi Roti Nan Yang Sedap

Resepi Roti Nan Yang Sedap

Roti Nan Yang Sedap: Sumber Muhammad Hafizuddin

Bahan-bahan:

  • minyak masak/ minyak zaitun
  • air, 1 1/4
  • baking powder
  • garam, 1 sudu
  • gula, 1 sudu besar
  • yis, 1 sudu besar
  • tepung gandum, 3 cawan

Cara-cara:

  1. Mula-mula sekali, campur dan gaulkan semua bahan-bahan dan ulikan sehingga menjadi doh.
  2. Apabila sudah selesai menguli doh, rehatkan doh seketika dalam lebih kurang setengah jam (30 minit).
  3. Setelah doh tadi direhatkan, tumbuk doh bagi proses mengeluarkan angin.
  4. Kemudian, bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki dan setelah itu, canaikan doh tersebut.
  5. Jika anda berminat dengan nan cheese atau garlic, semasa proses mencanai, campurkan garlic atau cheese yang sudah siap dihiris/kisar kemudian bulatkan semula doh.
  6. Jika anda penggemar nan kosong, anda boleh abaikan langkah nombor 5.
  7. Masak nan di atas kuali anti lekat , guna api kecil dan tutup kuali dengan penutup semasa proses memasak.
  8. Terbalikkan roti sekejap sekejap sehingga ia masak.
  9. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama sama side dish yang anda suka, contohnya seperti kari kambing.

Resepi Lengkap Roti Naan Cheese Yang Lembut

Resepi Lengkap Roti Naan Cheese Yang Lembut

Roti Naan Cheese Yang Lembut: Sumber Sue Norrman

Bahan-bahan:

  • 150 gram tepung roti/ gandum
  • 1/4 sudu teh instant yis
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik/ baking powder
  • 1/ sudu makan gula pasir
  • 1/ sudu teh madu
  • 1 sudu makan plain yogurt
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 100 ml (+/-) air suam*
  • Mozzarella parut secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan bahan-bahan kecuali (*). Gaul sebati dan masukkan (*) sedikit-sedikit sehingga habis dan uli lagi sehingga lembut dalam 15-20 minit. Rehatkan doh selama 30 minit dan tabur sedikit tepung atas permukaan doh dan tutup dengan kain atau plastik.
  2.  Bahagi doh kepada 2 bahagian dan bulatkan. 
  3. Panaskan non stik pan pada api sederhana terlebih dahulu kemudian tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan giling doh tadi me. Jangan giling doh terlalu nipis – agak-agak ye! Isi mozzarella dan tutup balik dan bulatkan lagi.
  4. Giling lagi doh yang berisi cheese tadi seperti gambar di atas. Jangan giling nipis nanti pecah dan tak cantik.
  5. Masukkan doh yang telah digiling tadi, tutup dengan tudung periuk sekejap dan biarkan ianya naik seketika dan balik sebelah bahagian lagi supaya ianya masak serata. Ulang cara yang sama sehingga habis.
  6. Angkat dan boleh lah di potong dan sedia untuk di hidang bersama menu sampingan.

Resepi Roti Naan Goreng Yatie Memories

Roti Naan Goreng Yatie Memories

Roti Naan Goreng: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum/tepung roti
  • 2 sudu kecil baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 ml air
  • 3 sudu besar susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara:

  1. Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
  2. Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk. Gaul dengan senduk hingga rata.
  3. Tuangkan air susu sedikit-sedikit dan gaul hingga rata lagi dan dengan menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk. Tutup doh dengan kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
  4. Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur. Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
  5. Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yang telah dicanai sekeping-sekeping.
  6. Apabila doh mula timbul cepat-cepat balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua-dua belah.Goreng roti hingga keperangan.
  7. Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
  8. Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

Penutup

Cara penyediaan resepi roti nan ini cukup mudah dan simple je untuk kita buat di rumah. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.