fbpx

11 Resepi Puding Mangga Yang Sedap (Simple Je Cara Nak Buat!)

Hari ini saya nak kongsi resepi puding mangga yang sedap. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Cara penyediaan puding mangga ini pun mudah dan simple. Senanglah nak buat kat rumah. Sesekali jom buat puding mangga untuk dihidang pada keluarga. Rasa lemak manis-manis buah mangga gitu. Tak manis dan just nice je, elok juga buat puding yang kurang manis supaya lebih sihat. Pastikan pilih buah mangga yang manis dan masak supaya rasanya lebih nikmat.

Resepi Puding Mangga Lemak Manis Mat Gebu

Puding Mangga Lemak Manis Mat Gebu

Puding Mangga Lemak Manis: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 5 gram serbuk jelly “konnyaku”
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat “IDEAL”
  • 200 gram isi mangga masak*
  • 125 ml air*(*dikisar halus)
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • Hirisan mangga untuk hiasan
  • Daun pudina untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 – 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan.

Resepi Puding Mangga Segar Dari Egypt Azie Kitchen

Puding Mangga Segar Dari Egypt Azie Kitchen

Puding Mangga Segar Dari Egypt: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir 
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji mangga – isi diblend kasar dengan 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak serbuk agar agar bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih. Boleh rasakan sedikit kemanisan yang bersesuaian. Jika belum manis, boleh tambah gula. Nota: Kalau nak manis, boleh guna 1 cawan gula. 
  2. Scoop isi mangga. Blend kasar isi mangga bersama 1/2 cawan air kerana ianya telah mempunyai banyak jus.
  3. Satukan susu cair bersama mangga yang diblend. Masukkan ke dalam periuk agar agar dan perlahankan api. Kacau sehingga ianya kelihatan hampir mendidih, terus tutup api. Jika suka, boleh masukkan sedikit pewarna kuning, tapi saya tak guna pun.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Lihat teksturnya yang lembut dengan berperasa mangga asli.

Resepi Puding Mangga Susu Best Mykmu

Resepi Puding Mangga Susu Best Mykmu

Puding Mangga Susu Best: Sumber Mykmu

Bahan A:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji mangga
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit lemon kuning
  • Secubit garam – jika suka

Bahan B:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 susu pekat manis
  • 2 biji mangga – potong dadu
  • 2 – 3 sudu oren sunquick

Cara-cara: (Bahan A)

  1. Gunti kecil agar-agar tali. Cuci agar – agar dan dengan air bagi agar-agar larut.
  2. Sementara itu, boleh kisar buah mangga, susu cair, tepung jagung & sedikit lemon kuning hingga hancur halus.
  3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sedikit dan masukkan susu pekat, secubit garam jika suka.
  4. Kacau – kacau dan sebatikan. Tak perlu masak sampai mendidih.
  5. Basahkan dulu loyang 8×8 dan tuang kesemuanya.
  6. Biarkan sederhana beku.

Cara-cara: (Bahan B)

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar.
  2. Ketepikan dulu 1/2 cawan agar-agar.
  3. Tuang susu cair, kemudian susu pekat dan kacau sebati.
  4. Tuang perlahan – lahan atas puding mangga tadi. Biarkan sederhana beku.
  5. Mangga yang dipotong dadu dan dengan oren sunquick. Gaul rata.
  6. Susun/tabur mangga perlahan – lahan atas puding susu tu keseluruhan loyang.
  7. 1/2 cawan agar-agar yang telah diasingkan tadi dipanaskan semula atas api perlahan bagi cair.
  8. Tuang sedikit demi sedikit atas puding mangga (bagi keseluruhan mangga terkena agar-agar ni ya, biar nanti dia melekat elok dan tak terkeluar/tertanggal mangga).
  9. Masuk dalam peti sejuk 1 jam atau lebih. Siap!

Resepi Puding Mangga Bonda

Resepi Puding Mangga Bonda

Puding Mangga: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 6 cawan air
  • 8 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan isi buah mangga yang dikisar
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Masak air bersama agar-agar serbuk hingga larut dan masukkan gula dan daun pandan.

  2. Kacau sebati dan masak lagi hingga mendidih dan masukkan pula susu segar.

  3. Biarkan ia hampir mendidih dan masukkan mangga yang dikisar tadi beserta daun pandan yang disimpul.

  4. Padamkan api dan biarkan adunan sejuk seketika. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan.

  5. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum menghidang.

Resepi Puding Cheese Mangga Bonda

Resepi Puding Cheese Mangga Bonda

Puding Cheese Mangga: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 20 gram agar agar tali – cuci dulu
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji mangga (besar sikit)
  • 1 keping slice cheddar cheese
  • 12 keping biskut creakers (hancurkan) – boleh juga guna biskut marie
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar tepung kastard – bancuh dengan sedikit air
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna oren

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut creakers, letak dalam loyang 8 inci, ketepikan.

  2. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian masukkan gula, kacau-kacau rata. Perlahankan api.

  3. Ambil 1 1/4 cawan adunan agar-agar tu, tuang dalam loyang biskut tadi. Kacau bagi biskut dan agar-agar sebati. Tekan-tekan bagi sama, biarkan sederhana beku.

  4. Lebihan adunan agar-agarr tadi, masukkan susu segar, cheese, tepung kastard, dan secubit garam. Kacau sebati, perlahankan api.

  5. Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar-agar, tuang perlahan-lahan atas biskut tadi. Biarkan sederhana beku.

  6. 1 biji mangga, potong-potong, blend dengan lebihan agar-agar dalam periuk hingga hancur. Tuang semula dalam periuk, tuang sedikit pewarna oren, masak sebentar. Kemudian tuang atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Tinggalkan sedikit agar-agar ni lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit, biarkan sederhana beku.

  7. 1 biji mangga lagi, potong dadu kecil-kecil tabur atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Kemudian lebihan agar-agar tu tuang atas mangga, biarkan beku sepenuhnya. Simpan dalan peti sejuk 3 jam.

  8. Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan-lahan, sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan-lahan puding tu). Potong ikut suka, boleh makan.

Resepi Puding Mangga Susu Bonda

Resepi Puding Mangga Susu Bonda

Puding Mangga Susu: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 20 gram agar-agar tali
  • 6 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji mangga saiz besar
  • 1 cawan susu fernlef – Bancuh dgn 1 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara:

  1.  Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar baru masuk gula, dikacau bagi larut gula.

  2. Masukkan susu fernlef tadi, kacau rata. Masukkan susu pekat manis, kacau-kacau lagi. Masukkan secubit garam, sentiasa dikacau-kacau. Tutup api.

  3. Ambil 1 biji setengah buah mangga, potong dadu kecil-kecil dan tabur dalam loyang kesemuanya. Ambik adunan agar-agar tadi dalam 3 cawan tuang dalam loyang perlahan-lahan. Biarkan sederhana beku.

  4. Boleh keluarkan puding tadi dengan cara terbalikkan loyang atas alas yang rata perlahan-lahan. Boleh potong ikut suka.

Nota:

  • Kalau tak suka susu tepung fernlef, boleh ganti dengan susu segar ducth lady atau susu cair (dalam 2 cawan. Air untuk masak agar-agar kurangkan kepada 5 cawan). Buah mangga boleh letak lebih, lagi sedap.

Resepi Puding Mangga Susu Media Permata

Resepi puding mangga susu Media Permata

Puding Mangga Susu: Sumber Media Permata

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • Agar-agar tali 20 gram dibahagi 3 (letak 1 bahagian saja)
  • 1 liter susu kotak full cream
  • Gula
  • Garam
  • Buah mangga segar dipotong dadu
  • Sirap mangga

Cara-cara:

  1. Masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.
  2. Tunggu agar-agar betul-betul hancur dan larut dan kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Setelah agar-agar yang dimasak tadi hancur barulah masukkan susu kotak full cream 1 liter.
  3. Tunggu sampai meruap dan padamkan api. Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu sebentar untuk membiarkannya memejal.
  4. Sebagai topping puding susu ini, campurkan mangga yang dipotong dadu dengan sirap perisa mangga dan tidak perlu dimasak.
  5. Selepas itu letakkan campuran buah mangga dengan sirap tadi ke dalam agar-agar susu yang dibuat awal. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resepi Puding Mangga Hafizah Yahaya

Resepi Puding Mangga Hafizah Yahaya

Puding Mangga: Sumber Hafizah Yahaya

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah mangga masak 
  • 150 gram gula 
  • 650 ml air
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1.  Masak air bersama agar-agar dan gula sehingga larut, biarkan seketika. Kupas mangga dan kisar hingga halus.
  2. Kemudian satukan telur, tepung kastard, susu cair, mentega, esen vanila dan puri mangga. Pukul sedikit agar sebati.
  3. Masukkan adunan tersebut kedalam bancuhan agar-agar tadi sehingga larut dan sebati.
  4. Tapis dan tuang kedalam acuan. Sejukkan hingga agar-agar keras dan bolehlah dihidangkan. Lebih enak dimakan sejuk dan masukkan kedalam petiais terlebih dahulu.

Resepi Puding Mangga Kristal K Nor

Puding Mangga Kristal K Nor

Puding Mangga Kristal: Sumber K Nor

Bahan Lapisan berkaca (atas):

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 600 ml air
  • 5 sudu besar gula
  • buah mangga ~ dipotong kiub

Bahan Lapisan puding (bawah):

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 500 ml air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 sudu besar gula ~ bergantung pada manis mangga
  • 120 ml puree mangga

Cara-cara Lapisan berkaca (atas):

  1. Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
  2. Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api. Ketepikan.

Cara-cara  Lapisan puding (bawah):

  1. Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut dan masukkan gula.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
  3. Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puree mangga.

Untuk membuat puding mangga kristal:

  1. Basahkan mould yang akan digunakan.
  2. Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan mangga.
  3. Biarkan mengeras bahagian atasnya.
  4. Kemudian kelar-kelarkan sedikit dengan garfu.
  5. Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan-lahan hingga habis.
  6. Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dalam peti ais.

Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla SlurPppp!

Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla SlurPppp!

Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla SlurPppp!: Sumber Shahriah Abdullah

Bahan-bahan:

  • 1 peket serbuk agar-agar
  • 1000 ml air
  • 150 gram gula 

Bahan Kisar:

  • 400 gram mangga masak
  • 200 ml susu cair
  • 100 ml air

Cara-cara:

  1. Campurkan gula, air dan serbuk agar-agar dan renehkan sehingga gula larut, sentiasa di kacau.
  2. Masukkan *Bahan Kisar* dan kacau sehingga sebati.
  3. Renehkan sebentar dan tapiskan.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sehingga set! 

Bahan Kuah Kastard Vanilla:

  • 300 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar vanilla
  • 6 sudu besar gula sedikit garam
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau dengan menggunakan whisker dengan api sederhana.
  2. Kacau sehingga kuah agak pekat,  angkat dan tapiskan, sejukkan terlebih dahulu baru di tuangkan di atas puding mangga.

Resepi Puding Berkuah Mangga Sue Hana

Puding Berkuah Mangga Sue Hana

Puding Berkuah Mangga: Sumber Sue Hana

Bahan kuah kastard:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula

Bahan untuk kuah:

  • 2 biji mangga
  • 1 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 tin buah fruit coktail

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan untuk kastard. Kacau hingga pekat. Masukkan kedalam acuan atau bekas dan sejukkan.

  2. Sebiji mangga dikisar. Kemudian hampasnya di tapis. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanila, tepung kastard dan krim masakan kedalam periuk bersama mangga yang dikisar tadi. Di aduk rata.

     

  3. Puding yang dah di sejukkan tadi boleh dituang kuah beserta buah koktail tadi. Potong dadu mangga dan masukkan jugak didalam kuah. Boleh jugak letakkan air batu makan sejuk-sejuk. Sedap.

Penutup

Cukup mudah je nak buat, confirm menjadi! Jom cuba resepi puding mangga ini.

Anda juga boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.